Friday, June 24, 2011

Team Bangi Akan Melawat Pulau Pinang!


Apa habaq oghang utagha? Awat loqlaq sangat dok asyik pi mai pi mai tang tu ja? Cemuih ceq nooo. Hah terkancing gigi kalian melihat aku cakap utagha bukan. Itu sebenarnya adalah persediaan aku untuk melawat Pulau Pinang untuk bercuti. That's right, jika dahulu Team Bangi telah melawat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bagi menyambut bachelor's party ahli team Bangi Fandi, lawatan kali ini adalah untuk menyambut parti bujang aku pula. That's right sekali lagi, aku sudah hendak berkahwin dengan gadis pilihan. Saya tahu kenyataan itu akan meremukkan hati pembaca gadis dan sesetengah jejaka, tetapi pepatah kolot ada mengatakan, jika benar kita jatuh hati pada seorang blogger secara senyap-senyap, kita hendaklah mendoakan kebahagiaan mereka. Apapun, percaya atau tidak, aku TIDAK PERNAH melawat Pulau Pinang sepanjang hidup aku. Habis terer pun menyanyi lagu 'Seberanggg Peraiiii bandar yanggg indah menuju Pulau Pinangggg...' semasa sekolah rendah. Oleh itu, kami memerlukan bantuan anda untuk menjadi tour guide kami. Ayuh teruskan membaca.

Adakah anda penduduk tetap Pulau Pinang ataupun sering menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi percutian anda? Maka sebagai noob saibot Pulau Pinang, ada beberapa perkara yang kami ingin tahu berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Tempat tinggal

Walaupun ini merupakan trip parti bujang macam cerita Hangover 1, ahli team Bangi yang sudah berkahwin tetap akan membawa anak-anak dan isteri. Maka kami bercadang untuk menetap di homestay seperti banglo yang ada banyak bilik. Para isteri boleh duduk di dalam bilik mengepam buah dada menggunakan Madela Breast Pump, kami jantan-jantan boleh duduk di luar berjudi tanpa wang. Ikram yang KINI SUDAH KEMBALI SINGLE sudah ada homestay pilihan berhampiran dengan Hard Rock Cafe dan dia kata boleh jalan kaki pergi pantai, namun begitu sebagai alternatif jika tak dapat book, ada lagi tak banglo ataupun tempat penginapan lain yang boleh kami gunakan? Yang dekat dengan pantai lah kalau kool.

Makanan

Salah satu keunikan Penang adalah makanannya bukan? Orang kata Penang ni syurga makanan. Aku dah biasa dengar tentang kekoolan Nasi Kandar ataupun Pasemboq Penang. Persoalannya di sini, di manakah tempat yang paling popular ataupun menarik untuk dikunjungi jika kami mahu menikmati athentic cuisine Penang? Perhaps ada pasar malam ataupun gerai-gerai yang pernah dikunjungi oleh Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan? Dulu pergi Melaka korang ada rekomen Jonkers Street mungkin ada Street Street yang menarik di sini?

Tempat menarik untuk dikunjungi

Oh ini bahagian yang paling penting. Jika pelancong asing dalam negeri ingin melawat Penang, apakah tempat menarik yang harus dikunjungi? Harus dinyatakan di sini ahli team Bangi semuanya mengamalkan keperibadian Muslim yang above average. Kami masih lagi buat perkara-perkara yang berdosa seperti mengumpat, mencarut ringan dan kadang-kadang menonton filem thriller / ganas yang ada unsur tidak senonoh macam Basic Instinct ataupun Species. Tetapi dosa besar memang jauh sekali so kami tidaklah bercadang untuk pergi ke kelab malam meneguk alkohol ataupun rumah urut mengurut di organ yang tidak sepatutnya. Kami perlu cadangan untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah, pantai-pantai yang tenang dan indah, muzium ataupun tempat kebudayaan, mahupun kompleks membeli belah yang kool.

Kami akan pergi melawat Penang pada bulan Julai. Diharap anda dapat membantu kami agar kami dapat bercuti dengan gembira! Yayy!



28 comments:

muiz aL said...

padang kota g makan pasemboq sambil cuci² mata melihat gadis separuh bogel berlari² di tepi pandai..

muiz aL said...

*pantai

muna said...

menggunakan ingatan samar2 sebagai seorang yang pernah menetap di penang time belajar dulu...

jangan lupa makan seafood jugak. ikan bakar kat penang murah berbanding belah2 sini (rate 5 tahun dahulu, haha). makan seafood kat teluk tempoyak, ada mee udang yang glemer tu jugak kat sini. kat batu uban pun ada gak seafood. malam2 je baru bukak ye.

rasanya sekarang dah gugur durian jugak, buatla rombongan kak kiah ke balik pulau carik durian jugak.

selamat bercuti! :)

Faizal Rosly said...

muiz: padang kota melihat gadis2 separuh bogel berlari2 di tepi pantai......ok sudah dipahat di dalam minda

muna: thanks for the tips. tapi saya tak makan durian haha

Noraishikin Mohd Salleh said...

Ijai.....amboi seronok ang no. ok mula-mula sila cakap loghat utagha bila sampai sana....

pasai tempat tinggai tu, mmg dah cun sangat la homestay dekat area HRC tuh. mmg walking distance aja boleh sampai pantai sbb situ mmg dah area batu feringgi.

kalau ampa smua jadi duk situ, belah malam ada satu pasar malam awesome yg diberi nama feringgi walk, juga dekat are situ.ala2 downtown juga tapi satu lorong je tepi jalan.

makanan popular pulak kena pi joh sket la belah town.kena try nasi kandaq line clear, pasemboq plak area padang kota.aku nak cerita pun tak gheti, ang google map lebih afdal :)

selamat berparti geng bangi :))

ryani said...

pegi toys museum kt tanjung bungah depan corpthorne hotel. mesti best. terus rasa mcm budak2 balik. pegi naik bukit bendera. tu pun kalo cable car dia x rosak le. aritu baru je tukar tp dgr citer dah rosak balik.

Rahim Hashim said...

sampai2 je ko kene beli tshirt 'i love penang'. baru nampak macam pelancong.

afrohead said...

penang popular dengan McD dan KFC. tak lengkap pergi Penang kalau tak makan McD dan KFC.

bahaha!

penjual brg2 bundle... said...

nak makan nasi kandaq yg sedap,ang p cari nasi kandaq beratoq..memg jenoh beratoq pasai rmai org..kat area town bersebelahan dgn masjid kapitan keling...tanya org penang depa mesti tau.kedai 2 buka pukoi 10mlm...smpai 3-4 pagi la...

h a n i a n m u r i h a n said...

1) Komtar
2) Botanical Garden
3) Bukit Bendera
4) Kalau nak makan sedap hang kena pi makan kat market taman tun sardon. kat gelugoq..tapi kena pi pagi2 la time bekfes..ni ada masuk rancangan warong kita kt astro..
5) Pasar Chowrasta, georgetown. Ni kena pi la saatgi nak beli jeruk buah pala nak bagi kt mak hang..

Banyak lagi la tempat menarik kat penang..ckp byk pun bukan hang larat pi semua pun..hehehehe

finaz said...

ok i bukan org penang tp sbb last yr every month pegi outstation penang (every month ok !! rasa mcm nak muntah darah.. dahla drive ok bukan naik flight).. so rasanya bolelah nak bagi beberapa suggestion:

- kalau nk lg best, dokla kat HRC.. hehe
- makan - kena try nasi goreng ketam kat juru (ni before jambatan pulau pinang tu).. cheese nan kat kapitan and kalau tak larat nak tunggu nasi kandaq beratoq, bole try nasi kandaq line clear.. tp makan kat tepi longkang la ye.. my colleagues suka benor makan kat sini. and ohh kat padang kota (near G Hotel) ada satu gerai jual pasemboq.. masuk2 je bhgn makanan halal tu mesti jumpa punyalah.. takkan miss. uncle yg jual pasemboq tu siap nyanyi2 sambil hidang pasemboq u
- ok part tmpt menarik mcm xleh nak suggest apa2 sbb i pegi sana mmg keje 24 jam +____+ tp pasal pasar malam kat feringgi tu mmg betul.. happening tp ada timing dia i.e.: malam weekends sahaja.. lg best sbb ada byk jual dvd pirate yg murah giler and barang2 lain..

kalau uols ada masa lehla checkout slippery senorita ke.. ala bukan suruh buat dosa besar, people watching je.. it's fun =)

have fun in penang !!

finaz said...

eh silap.. pasemboq pakcik nyanyi2 tu kat gurney drive..

jana said...

ijai,
kak jana baru 2 minggu balik dari Penang,

Pergi Muzium Toys dekat depan Copthorne Hotel di Tanjung Bungah kononya World largest tapi kak jana rasa ala-ala World Largest,tapi oklah

makan pasembog kat padang kota memang marvelous and buat kita terkenang-kenang keenakkanya.nanti dok kat Batu Ferengghi kan oklah tu ada pasar malam ala-ala uptown downtown kat situ.

Jangan lupa ambil gambar kat Hard Rock Cafe dah jadi trend ambil gambar kat sana kalau pi Penang,Dr Shuhud pergi ke,lama tak dengar cerita dia,kalau tengok rupa dia pergi Penang tu macam Sirih Pulang ke Ganggang laa kan he he jangan mare aa gurau je.

Opps lupa pulak jangan lupa pergi ke rumah kelahiran P.Ramlee ye,tapi jalan Di Penang Jammedlah Ijai.

BearBoss said...

kalau dah duduk kat banglo yg berdekatan ngan hard rock cafe tu~ pekata korang jalan dulu area feringhi tu~ ada spice garden (depan spice garden ada food court yg ok gak makanannya)... bhg atas ada hutan simpan ngan tpt mandi air terjun~ malam-malam ada night market~ kalau terasa nak tgk captain america @ membeli belah, gurney plaza adalah dekat.

yang lelain tu adalah seperti komen2 diatas.. passemboq padang kota, nasik kandaq beratoq etc~~ heee~

Clarky Afif said...

nak bajet? hotel uitm permatang pauh (promote alma mater). kari kepala ikan situ superrrrrrrrbb!

Anonymous said...

erm.da ni yang cita pasai mkn kat png ni.
-try nasik nasik dalcha kat kassim mustaffa kat area jeti dekat ngan balai bomba. sedap.mmg besh aa,bukak siang smp pagi

-nasi kandaq line clear xdak la best or bersih sgt,nasi berator kat masjid kapitan keling kira ok lagi la.

-nasi tomato kat batu lanchang, tapi bukak kul 12mlm..heehe

-nasi kandaq kg melayu..lagi best

-pasemboq kat area padang kota depa juai mahai sgt..

-lagi satu try takua rendang kat jomorah (bazar) next to Bazar chowrasta kat penang road

-try mee udang sg dua

-try sup hamid dekat kat penang road.
byk lg ni..ish..bile nk blk png ni..

cahya indah said...

makan kat depan spice garden..nasi kandaq kat area Komtar pun best.

Anonymous said...

Awat dok susah2 sangat tanya pasai Pineng ni, bukan ka lebih senang tanya kat Evi (Jamil) saja? Tentu dia buleh rekemen nak pi mana, nak melawat sebelah Tanjung pun buleh aih!

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

ajak la aku. tak pun ayuh berparti liar di rumah aku. gadis-gadis cantik menanti anda semua.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

by the way aku sukaaaa caps lock yang psl ikram tu. say hi to ikram.

bukannya ikram staf petronas ke? ada satu banglo kat batu feringghi yg staf petronas dapat murahhhhh gile.

phish said...

sile breakfast dkt mesjid terapung dkt tanung bungah..die kna naek atas bukit sket..sumpah sedap..
ok lagi satu sile lah melawat kawan2 anda di botanical garden..dh rindu sgt dwrg kt ko..

Anonymous said...

Sekarang Penang musim durian.. Kalau ada masa, apa kata pegi kebun durian dekat Balik Pulau. Makan durian fresh... Sedap.

-Stalker senyap-

Anonymous said...

char kuey tiaw sungai dua !! sungguh lazat dan udang-udangan yang fresh..yg penting telor dibasuh..ops !! ^^


[nadea_hutt]

Faizal Rosly said...

terima kasih uols di atas informasi yang berguna ini. I really do appreciate it. akan kami cuba untuk melawat semua tempat yang kalian cadangkan jika sempat.

The Sharkox said...

ijai, masjid jgn lupa..

..:: WiRdA ::.. said...

buleh komen lagi ka? mak bz takdan nk baca blog hang...hahahaha


MAKANAN.
1) Carilah Restoran Kapitan (area masjid keling ada, depan queensbay ada, kat bandar perda pun ada)..pekena nasi beriani ayam kapitan..mesti hg balik bangi terus bungkus pakaian pindah penang...hahahaha

2) Nasi kandaq beratur..hat ni aku pun takpenah makan..hahahahaha tp glemer..


3) Pi laa padang kota sebagai tmpat wajib makan sotong yg digiling nipis bersama sotong kangkung..jgn jadi lembik mcm sotong dh. haha

4) Mee udang kat gertak sanggul..

5) Laksa Janggus, kat balik pulau..bleh pekena durian balik pulau skali.. wuhuuuu...



TMPT jalan..

1) Night market kat feringghi.. org dok beli DVD kat situ..tp aku tak penah pun beli sekeping pun..hahahahaha

2) tmpt2 perlancongan lain...bukit bendera..masak lah nk tunggu naik benda alah tu...

3) jemputlah ke umah mak aku..hahaha

TMPT TINGGAL..

erm hat ni aku tatau..sbb aku mmg ada umah kat sana.. tp kalo ada yg keje telekom, banglo TM ada je. Tp awas. takut nampak entiti pulak...hahahahahahhaa

Hisyam said...

dukacita aku rasa aku mayyybe tak boleh join la... takut ada work assignment... i cannot confirm i'll be joining now la guys...

s.u.h.a said...

nanti boleh datang melawat aku :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...