Monday, June 6, 2011

Wordless Monday?



Sepatutnya entri ini dipaparkan pada hari Rabu bagi menyertai permainan Wordless Wednesday, saya sudah tidak sabar untuk riak dan takbur. Lagipun entri wordless sebegini sepatutnya tidak memaparkan apa-apa 'word' kerana gambar yang dipaparkan sudah cukup untuk menjelaskan apa yang ingin disampaikan. Bagi saya, apa yang saya ingin sampaikan di dalam gambar di atas adalah kegembiraan dan keeksyenan dapat membeli tiket Jelajah Asia Liverpool di mana pasukan bolasepak kegemaran saya Liverpool akan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai nanti.

Harus dinyatakan di sini tiket hanya akan dijual kepada masyarakat umum pada 10 Jun nanti. Jika tiket hanya akan dijual pada 10 Jun, bagaimanakah saya dapat memiliki tiket di atas? SIAP DENGAN TRAINING PASS PULA TU? Di sinilah kelebihannya jika kita menyertai skim perbankan Islam Standard Chartered. Sebagai penaja Liverpool, pelanggan bank Standard Chartered diberi kelebihan untuk membeli tiket dengan lebih awal dan mendapat pas terhad untuk melihat pasukan Liverpool berlatih pada 14 Julai nanti.

Ok fine aku sebenarnya tiada akaun kad kredit mahupun debit Standard Chartered. Aku sudah hampir berputus asa dengan kebarangkalian untuk mendapat training pass semakin tipis jika tidak beli tiket awal-awal. Namun begitu rezeki boleh datang dari pelbagai sumber. Aku tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki asing yang bernama Mohd Khairizal di Twitter. Kita ikuti perbualan yang dilakonkan semula ini:

@MohdKhairizal: Eh bro kau pakai pencuci muka apa aa? Nampak berseri-seri dowh muka kau.

@ijaicool: Aku ambil wudhu 5x sehari. Tapi kadang2 aku ambil 3x sehari, kadang2 tak ambil langsung sebab aku manusia biasa mudah alpa.

@MohdKhairizal: Oh patutlah nampak cahaya keimanan dan kehenseman. Hoi aku esok start kerja bank Standard Chartered. Kau nak tiket Liverpool?

@ijaicool: OH EM JI MESTILAH AKU NAK.

Begitulah dialog REKAAN antara aku dan Khairizal. Mula-mula aku agak skeptikal juga takut kena tipu mana tau dia nak mengambil kesempatan di atas orang yang terdesak seperti aku. Tak pun sebenarnya nak ajak aku join MLM. So semalam aku pun pergilah FTF dengan Adinda...eh Kekanda Khairizal di rumah dia dekat Giant Seri Kembangan. Dalam kereta aku dah sediakan perengkoh paip sebagai gajet mempertahankan diri manalah tahu dia nak lakukan perkara yang tak senonoh terhadap aku. Tapi nasib baik dia peniaga yang jujur menjual tiket yang halal. Yelah dulu tak halal sebab penaja Kasbeg. Eh. Maka terima kasih Mohd Khairizal kerana menawarkan tiket walaupun kita saling tidak mengenali. Anyway jika kalian mahukan tiket Liverpool menentang Malaysia dengan lebih awal, silalah login ke Jobstreet dan mohonlah jawatan di Standard Chartered. By the way tiket dan training pass lagi dua tu sebenarnya milik rakan aku Anas dan Muaz, tetapi aku rela mengorbankan persahabatan jika kalian menawarkan wang dengan nilai riba yang tinggi untuk merampas tiket tersebut. Heheh.

Sesungguhnya saya berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan Anfield Heroes sekalian. Tak kisahlah kalau mereka setakat hantar Jay Spearing dan John Flanagan sekalipun. So who's going? Kita jumpa di sana ya. Anda tidak akan berjalan berseorangan.



11 comments:

Kap said...

kirim salam kepada jenKUYT.
tanya dia minum tongkat ali ke lari tak reti berhenti, boleh main long distance?
aku nak try rahsia dia lepas akad nikah nanti.
hahah.

shogunn_general said...

omggggggggg jom kite nyanyi YNWA ramai2 kat stadium

The Sharkox said...

ko snap gambar tiket ni dari angle lain, susun ikut susunan yg kreatif maka pada hari rabu nnti ko buleh sertai permanian WW...

Mohamad Faizal said...

kap: abang kuyt tiada rahsia minuman ataupun bahan kimia. dia hanya seorang yang rajin

naqqib: kau pun pergi ke naqqib bukan kau belajar di rusia ke heh

sharkox: ya mungkin aku patut lekat di dahi ke kemudian bergambar sekali lagi barulah riak dan takbur

Khairizal said...

Ye terima kasih juga kepada Ijai Cool kerana datang amek tiket pagi2ahad waktu saya ingin bermesra dgn isteri..hehe..takde laa bro..aku mmg dilahirkan untuk tlg mahkluk asing..eh, orang asing..

O Ena O said...

tahniah2..sure tido pon kepit pass tu kt sebelah..:P ..pehtu mmpi jumpe seme liverpool player...

Mohamad Faizal said...

khairizal: wahh kau sudah berkahwin jangan asyik ingat bola je bro bini pun perlu diberi nafkah zahir dan batin

ena: mimpi basahlah harapnya. eh

Anonymous said...

aku pun pg jugak nnt bra, tp sokong harimau malaya lah....
~yusry tp bkn kru~

Anonymous said...

wah!tlg krim salam kt torres! eh.

Mohamad Faizal said...

kau masuk pintu mana abang yusry duduk dengan akulah. aku masuk pintu hijau

cik.nisa.khaidir said...

sempoi! yang penting dapat tiket. haha. bak ah 2 ketol.... kede la bro ni...heheh ;p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...