Wednesday, July 20, 2011

Falling Skies

Hai apa khabar semua? Kalian kalau duduk rumah sorang-sorang buat apa? Kebarangkalian untuk anda melakukan sesuatu perkara yang nikmat tetapi berdosa adalah tinggi jika kita duduk sorang-sorang tanpa ada manusia di sekeliling. Mula-mula cucuk external hard drive, lepas tu show hidden files and folders, kemudian dengar bunyi dengusan kuda sebelum disudahi dengan teriakan penuh penyesalan. WHYY?? WHYYY?? Jerit diri sendiri kemudian bertaubat untuk sementara sebelum mengulangi rutin yang sama pada esok hari. Bagi mengelakkan berlakunya perkara sedemikian, saya mencadangkan anda menghabiskan masa yang terluang dengan menonton siri televisyen.


Jika anda memang merupakan kaki menonton siri barat yang tidak berdosa dan bukan siri di slot Akasia TV3, anda pasti sedang mengalami tekanan kerana hampir semua siri televisyen kegemaran anda sedang berehat buat sementara. Paling awal mereka kembali membuat kemunculan pun hujung Ogos ataupun awal September. Habis tu bagaimana? Usah gusar kerana ada siri televisyen terbaru yang masih segar dari Amerika iaitu Falling Skies. Ayuh teruskan membaca.

Falling Skies merupakan siri drama / sains fiksyen yang mengisahkan tentang bumi kita ini ditakluki makhluk asing. Dalam series premiere, kita dapat tahu makhluk asing durjana itu sudah 6 bulan menjadi pendatang tanpa izin di bumi kita. Kuasa ketenteraan negara-negara besar semuanya telah dilumpuhkan, berjuta-juta manusia tanpa mengira warna kulit dan saiz organ reproduksi telah dihapuskan. Kanak-kanak dan remaja pula dijadikan buruh kasar setelah makhluk asing itu melekatkan lipan aneh di tulang belakang mereka. Makhluk asing tersebut digelar Skitters, memiliki kaki seperti labah-labah sambil dibantu oleh Mechwarrior 3.

Aku pasti negara tanah tumpah darah kita pun menjadi kucar-kacir dengan serangan makhluk asing celaka, tapi sebab cerita ini cerita orang Amerika yang buat maka watak utamanya berdasarkan keluarga Amerika jugalah. Antara watak utama dalam siri tersebut:

Noah Wyle (ER): Memegang watak Tom Mason sebagai protagonis utama dalam siri ini. Dulu-dulu dia jadi profesor sejarah di universiti apa entah. Lepas tu bila alien dan turun ke bumi buka perniagaan baju Alien Workshop, dia kini dilantik menjadi naib kapten dalam pasukan Rejim Tel Aviv eh Second Massachusetts. Bini dia dah mati, kini dia bersama tiga orang anaknya tapi sorang anak dah jadi hamba setelah kena nasi kangkang alien.

Moon Bloodgood (Terminator Salvation): Memegang watak Anne Glass, seorang medic yang boleh tahan kehangatannya. Laki dengan anak dia dah arwah dibom alien.

Drew Roy sebagai Hal Mason. Anak sulung Tom. Tak tahulah anak haram ke anak halal biasalah orang putih kan tiada masalah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Entah apa kaitannya entah. Kesian baru form 4 dah kena bertarung dengan alien.

Colin Cunningham sebagai John Pope. Dia ni kira macam watak Sawyer dalam Lost la kot. Mula-mula dia jadi pailang nak merampas segalanya daripada pasukan Tom tapi lepas tu kena tangkap jadi tukang masak pula. Dia memang bencikan Skitters. Hobi dia memburu Skitters tapi tak tahulah dia makan ke tak. Haram kot makan alien walaupun telah disembelih.

Siri ini baru disiarkan sebanyak 6 episod, maka memang sesuailah jika anda nak cuba tonton siri baru sebab tak payah nak catch up banyak sangat. Aku start tengok pun sebab bosan gila tak tahu nak tengok apa lepas balik kerja dan untuk elakkan aku buat perkara seperti yang digambarkan di dalam intro entri ini. Siri ini mendapat sambutan yang baik setakat ini dan mereka telah confirm akan ada season 2. Namun begitu untuk jangka masa panjang aku berasa agak skeptikal yang cerita ini akan berjaya macam siri sains fiksyen terulung X-Files. Lihat sajalah siri post apocalypse / alien invasion yang lain seperti Jericho, First Wave, V etc semuanya tamat awal.

So far aku dah tengok sampai episod 4. Plot siri ini lebih menekankan tentang drama dan konflik emosi seperti bagaimana kehidupan manusia dipengaruhi oleh penaklukan tersebut, bagaimana mereka menghadapi kematian ahli keluarga, keputusan yang harus dibuat untuk kesejahteraan bersama, serta hilangnya kepercayaan terhadap rukunegara. Efek CGI dia so so sahaja tapi kira okla untuk siri televisyen. Alien dia nampak real tapi dia punya robot nampak kaku seperti lakonan beberapa watak siri itu.

Kesimpulannya jika anda ingin menonton siri televisyen terbaru sementara menanti siri televisyen kegemaran seperti The Office, 30 Rock, HIMYM, Fringe mahupun Gossip Girl kembali, maka bolehlah cuba siri ini. Apapapun siri yang aku eksaited nak tengok nanti adalah Terra Nova! Kalian sedang tengok cerita apa sekarang?



16 comments:

Blog Chimuss said...

Are you smarter than a 5th grader...
at least menambah ilmu sket..haha

The Sharkox said...

aku no idea ini cerita pasal apa..

Faizal Rosly said...

chimuss: so setelah menonton....are you? heh

sharkox: harus ditonton cerita tentang kemanusiaan ni

afrohead said...

memandangkan House musim baru sudah tama, maka aku berpuasa dari menonton sebarang siri buat masa sekarang

Anonymous said...

try tgok Pretty Little Liars skrg bru je s02e06...hahahahaha

kundi said...

kawin masal....hohoohohohoho

Along said...

Masih setia menunggu The Good Wife Season 3. Sementara tu, tengok rerun Project Runway and CSI. Jadi la...

muna said...

off season ada cerita rookie blue. cerita polis2 tu laa. ada dulu asteruk siarkan season 1. bolehla nak hilangkan boring. then ada cerita the big c jugak off season ni. cerita makcik kena cancer tu laa. lain2 download season lepas punya raising hope, cerita kelakar2 tu. memang kelakar tak senonoh ada ciri2 malcolm in the middle sikit2, hehe.

Anonymous said...

ok faizal. nanti aku datang rumah kau curik cerita2 baru.


-Jamil

finaz said...

bilalahhh HIMYM nak start season baru niii..

oleh sbb bosan tiada siri menarik utk ditonton di TV.. i slalu lepak kat shopping malls now.. which results in unnecessary purchases +_+

Anonymous said...

Jai kau kena tonton dexter ngan mad men. Dua siri terhebat zaman skarang - adam

Faizal Rosly said...

afrohead: puasa tengok siri tv kena puasa seluk tangan ke sudut tertentu juga

kundi: apekebendetuh

along: eheh semua tunggu di astro saja

muna: ada gak tengok iklan rookie blue tuh ada tom selleck kan haha

jamil: balik bangilah men bolalah minggu ini lama budak2 tu tak jumpa kau

finaz: see dengan adanya siri tv ternyata bagus untuk perbelanjaan ktia

adam: ala dah banyak season susah mahu catch up...

crazy_labelle said...

i obses dgn reality show...
like super duper obses...
skang gile masterchef australia...
walopon adam yg menang, tp the best player 4 me adalah marion..

Anonymous said...

bro. tv series "leverege".. yg tu best. skarang dh season 4... citer ala movie ocean eleven...

angkasa said...

eh ko ada beyond tak? tak silap aku beyond ada few channel yg takde kat astro biasa..which got few more options for tht kind of daram bersiri ah...

tapi haram satu pon aku tak sempat tgk sbb asek bini aku jerk layan darama melayu...

**drama korea pon style gak gua tgk...

Anonymous said...

try leverage.
best (for me)
:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...