Thursday, July 21, 2011

Liverpool FC Asia Tour 2011: Malaysia vs Liverpool

Eh apa ni takkan baru hari ini nak tulis pasal perlawanan Malaysia menentang Liverpool? Macam sudah terlambat beberapa hari sahaja. Sebenarnya masa perlawanan tempoh hari aku entah bagaimana boleh terlupa bawa kamera. Eksaited sangat kot. So kenalah tunggu gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto rasmi pada hari itu iaitu Syed Muaz yang baru menceburkan diri di dalam bidang fotografi setelah berjaya meminjam DSLR daripada isteri. Eh. Apapun aku, Anas dan Maskawaih membuat keputusan untuk memandu sahaja ke stadium dan ternyatalah keputusan kami itu silap kerana jalan jem nak arwah. Yelah pukul 4 baru nak gerak dekat 2 jam jugalah baru sampai ke area Bukit Jalil dari Bangi. Itu belum nak cari parking lagi. Nasib baik nampak lambaian abang polis trafik yang memanggil-manggil kami untuk parking di dalam Astro. Abang kat parking tu cakap 10 minit je jalan kaki untuk ke stadium. Penipu gila 10 minit kalau naik skateboard kot. Naik basah ketiak kami berjalan sejauh 5 kilometer (exaggerate).


Sampai-sampai memang dah penuh dah stadium. 80,000 orang beb Man U datang dulu pun tak penuh macam ni walaupun diorang mengaku memiliki fans yang paling ramai di Asia Tenggara ni. Arsenal dan Chelsea apatah lagi separuh stadium pun tak penuh kot tapi mungkin sebab match diorang weekdays siap kena bagi 20,000 tiket percuma lagi. Eh. Tiket kami RM108 tapi macam kena duduk kat tempat lain. Padan muka kau siapa suruh datang lambat. Tak apalah. Nasib baik dapat cari seat lagi 10 minit saja mahu kick off. Ayuh teruskan membaca.


Perlawanan dimulakan dengan jeritan histeria para peminat. Tampak kelibat Charlie Adam dalam kesebelasan utama. Dia main pun macam dah lama settle in dengan Liverpool tenang sahaja membuat passing yang jitu, sehingga berjaya membuka ruang untuk Andy Carroll masuk ke kotak penalti dan dijatuhkan sekaligus pengadil meniup wisel. Taktahulah daripada sudut aku duduk nampak macam adik Andy dive je hehe. Musim lalu Adam tukang ambil set pieces dengan Blackpool so penalti ni memang dialah yang angkat. Walaupun score kali pertama namun pengadil suruh ambil sekali lagi entah kenapa tah. Tetapi Adam menunjukkan composure yang tinggi setelah tenang menyempurnakan penalti itu.



Tak banyak sangat peluang yang dicipta pada separuh masa pertama. Malaysia mendapat sepakan percuma berhampiran dengan kotak penalti. Kapten Safiq Rahim membuat penonton histeria macam cerita seram Histeria lakonan Liyana Jasmay setelah memasukkan bola ke dalam penjuru gol dengan gaya sepakan percuma yang hebat sikit dari David Beckham. Memang Brad Jones tak boleh nak buat apa-apa.


Separuh masa kedua, pasukan Liverpool membuat pertukaran dengan memasukkan wajah-wajah familiar yang berdasarkan rambut mereka yang aku nampak dari jauh seperti abang Kuyt, pakcik Kyrgiakos, abang Aquilani dan adik Ngog. Tampak seperti Liverpool banyak mengawal possession dan kesilapan pertahanan membuatkan adik Ngog menjaringkan gol entahapahapa. Mungkin sebab dia rasa gol tu tak mendapat pengiktirafan penonton, lalu adik Ngog segera menonjol bola ke penjuru gawang menjadikan kedudukan 3-1.

Time ni Malaysia nampak macam sudah keletihan. Itu yang buat Aquilani nampak bergaya dengan back heel serta defence splitting passnya membebaskan Insua untuk membuat low cross sebelum disudahi dengan salam oleh Maxi Rodriguez untuk jaringan ke empat Liverpool. Namun begitu kelihatan hero Malaya sedang bersiap sedia untuk masuk. Sebaik sahaja nama Safee Sali dilaungkan oleh di speaker Altec Lansing, memang bergema stadium dengan sorakan padu. Kemasukan Safee ternyata menyuntik semangat pasukan Malaysia dan menambah bisa jentera serangan yang tidak efektif sebelum ini. Kesilapan Hansen ke siapa tah dieksploitasikan sebaik-baiknya oleh Safee untuk merapatkan jurang gol 2-4.

Masa ini penonton di stadium sudah menggila memberi semangat untuk pasukan Harimau Malaya. Safee sekali lagi menunjukkan mengapa description dia dalam permainan Football Manager ditulis 'The Next Mokhtar Dahari' dengan jaringan kedua beliau. 4-3 fuhh jika anda memang ghairah bolasepak memang mengalir air mazi anda ketika menonton perlawanan itu secara langsung. Tampak seperti Malaysia mengkaji video kebangkitan Istanbul Liverpool, namun begitu akibat hilang fokus Maxi dan Kuyt menjaringkan gol di waktu kecederaan menjadikan kedudukan akhir 6-3.


Kedua-dua pasukan mendapat standing ovation daripada penonton. Exposure begini memang sangat bermanfaat untuk pasukan negara kerana mendapat pengalaman yang berharga bertepuk tampar dengan pemain bertaraf dunia di mana gaji mereka seminggu pun dah sama macam gaji setahun kita. Sure, mereka ada kelebihan dari segi teknikal dan fizikal, tetapi kita dah tunjukkan yang kita mampu memberi saingan menjelang perlawanan bertemu Singapura dalam pusingan kedua sesi kelayakan Piala Dunia. Ayuh kita tekup mulut mereka dengan aksi gemilang di atas padang agar tidak kedengaran sorakan Kallang.


Soksek soksek yang mengatakan peminat Malaysia tidak patriotik kerana lebih banyak warna merah daripada biru juga tidak benar sama sekali. We could say the same thing during the Arsenal and Chelsea match. Adakah nilai patriotism seseorang itu diukur dengar jersey yang dipakai? Ya, kalau ini perlawanan Malaysia menentang Singapura. Liverpool datang ke Malaysia buat kali pertama so it's understandable if people show up in their colors, in their tour. Mengambil petikan daripada salah satu banner di stadium, 'Malaysian by birth, Liverpool by choice'. Sorakan untuk pasukan Malaysia ternyata lebih kuat daripada sokongan terhadap Liverpool, maka tiada masalah tentang patriotism di sini.


Kalau ini karangan sekolah rendah dan cikgu suruh tulis pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan, aku akan menulis pengalaman menonton pemain kegemaran di hadapan mata sendiri. You'll never walk alone!



11 comments:

noulha said...

tu ah pasal. aku tunggu2 gak ko apdet pasal match ni tapi y aku nampak training session nyer entry je. hampir histeria aku.

Anonymous said...

semangat gile penyokong liverpool. tapi masih tak dapat masuk champions league. hehe.

adam

Faizal Rosly said...

noulha: biasalah lambat cuci filem maka lambatlah apdet

adam: hoi hoi komen tak relevan

nobody said...

huuiiiii akhirnye ...
jenuh saye tunggu post ni

excited nak tau ulasan encek ijai

tapi memang best

tengok dari rumah pun dah macam nak histeria dah adik2

:D

profwacko said...

sapa cakap kita tak patriotik?? masa malaysia dapat gol, sorakan lagi padu kot. go malaysia go go..

Alia Liverpool said...

Wilson,mate.bkan Hansen Hansen ke siapa tah.aha.

YNWA~!

Faizal Rosly said...

nobody: kat stadium lebih histeria kena pergi berubat kampung

profwacko: benar. jauh lebih kuat. pap pap pap pap pap papapapap

alia: wilson defender, hansen goalkeeper. berbeza tu. dia main kan 2nd half

crazy_labelle said...

i really can feel ur passion...
kalo i cikgu bm u i bg a++

Anonymous said...

tapi kau tak leh lawan aku jai. dah la dapat tiket vip free, dapat salam dengan player pulak tu....muahahahahahahaha *gelak jahat*

-kusha rodriguez-

Mas said...

hi encik ijai..
sy silent reader yg tegar blog ijaicool..(sori..heheh)
selamat kenalan..ceehhh..liverpool memang rawk..:)


-mas-

Faizal Rosly said...

labelle: terima kasih cikgu!

kusha: dia kena sertakan bukti bergambar sharmizi

mas: hai mas salam sejahtera untuk seluruh kawasan kejiranan anda

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...