Friday, July 15, 2011

Liverpool FC Asia Tour 2011: Training Session

Hai apa khabar semua? Orang kata benda terakhir yang kita fikir sebelum tidur akan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kadang-kadang kalau tak sengaja terfikir Rosnah Mat Aris memang mimpi ngeri la juga, tetapi malam tadi sudah pasti aku mimpikan adik Ngog setelah melihat aksi pasukan kegemaran Liverpool FC di dalam sesi latihan terbuka mereka. Mengikut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Liverpoolfc.tv, seramai 37,800 peminat datang membanjiri Stadium Bukit Jalil tanpa mengira warna kulit mahupun tuhan yang disembah.

Aku gerak dari Bangi bersama satu-satunya penyokong Liverpool lain dalam team Bangi iaitu Anas selepas Asar. Sampai Bukit Jalil memang jem lah parking pun dekat kawasan C. Nanti match hari Sabtu patut naik keretapi saja. Sampai-sampai pasukan Harimau Malaya sudah memulakan latihan tapi masa itu tak cukup korum lagi sebab kena tunggu seorang peminat MU yang eksaited gila nak tengok Liverpool training merangkap jurufoto pada hari itu iaitu Syed Muaz. Aku call dia baru nak gerak dari rumah memang cikai mak lampir lah kan. Terus kami membelot dan mencarut ringan sebagai tanda protes lalu masuk ke dalam stadium untuk melihat aksi anak buah Datuk K. Ayuh kita lihat gambar-gambar di sekitar sesi latihan yang disertakan dengan caption-caption mengelirukan.


Huiii Datuk K pun turun padang untuk membuktikan yang dia masih mampu menggentel anak buahnya. Gentel bola ok jangan salah faham. Ok gentel bola...semakin salah faham.


"Lu apahal?" bisik akak tu di dalam hati sambil membuat muka bengkek. Mungkin akak ini panas hati kerana baru lepas gaduh dengan penjual burger yang menjual burger dengan harga cekik darah. Alah biasalah tu kak.


Nampak sangat aksi yang dipamerkan oleh makhluk dua orang di atas adalah lakonan semata-mata kerana penonton lain rileks sahaja di sekeliling.


BABE ALERTTT. Just in case if da'killa baca entri ini, gambar ni Muaz yang ambil dengan kerelaannya sendiri, menggunakan kamera dia sendiri. Serius saya tak suruh. Nurul Iza please take note di atas kehamsapan suami anda ini.


CAMWHOREEEE. Barbie ada orang tuduh aku gemuk. Mana ada dowh. Mungkin gambar diambil pada sudut yang mengelirukan. Lagipun kan tubuh badan tak penting, Yang Penting Rupa. NEXT!


Hey that's Ian Rush. Masa aku ondeway nak pergi stadium dengar Hitz dia masih kena temubual lagi di Pavilion. Lepas tu dia terus RUSHing pergi stadium. Amacam lucu tak? Lucu tak? Ok tak lucu sangat sebenarnya, but hey, that's Ian Rush! Dengan Phil Thompson kat belakang.


Berdasarkan gambar punggung di atas, cuba teka siapakah pemain itu? 5 saat dari sekarang...........OH EM JI ITU ABANG CARRA. We all dream of a team of Carragher’s Number 1 is Carragher, Number 2 is Carragher, Number 3 is Carragher, Number 4 is Carragher, Number 5 is Carragher, Number 6 is Carragher sampailah sebelas carragher Altogether now! Hik hik eksaited lebih.


Pemain-pemain semua sudah masuk sambil Phil Thompson menjadi pengulas di latar belakang dengan aksen scousenya sambil membuat jenaka-jenaka British.




Shooting training. Uncle Kyrgiakos walaupun sudah lanjut usia tenang sahaja mempamerkan aksi volley lipat gunting tanduk terbang semua.


Hey it's The King himself! Dia menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Malaysia yang ditanyakan seperti makanan kegemaran (roti telur), kawasan pelancongan yang digemari (baru pergi One Utama je) serta kugiran kegemaran (Radiohead). Eh.


Satu kisah menarik berlaku. Adalah seorang mamat ni memang wirawanlah membuat provokasi memakai baju Man U di kalangan ribuan peminat fanatik Liverpool lain. Kami duduk di seksyen lain tapi boleh dengar dengan jelas jeritan 'BUKAK! BUKAK!' di seksyen sebelah. Ingatkan apakebende yang depa suruh buka rupanya suruh buka baju. Ramai orang merakam aksi tersebut dan video di bawah adalah antara video yang paling jelas dan popular. Hik hik hik. Tapi budak Rooney kat atas ni kecik lagi mungkin kena paksa dengan abah dia suruh datang jugak walaupun minat Man U.



Jurukamera kami Syed Muaz yang hanya tahu merakamkan gambar gadis-gadis molek turut mengambil beberapa video ringkas termasuklah nyanyian separa YNWA ini. Mungkin suasana gilang gemilang sinar cahaya purnama (tiba-tiba masuk lagu KRU) akan dirakamkan pada hari Sabtu nanti dengan kehadiran 80,000 orang penonton?



Tak sabarnya nak tunggu esok. Jauh di sudut hati, aku berharap pasukan Malaysia akan bermain lebih baik daripada perlawanan menentang Arsenal dan berjaya membuat kejutan dengan mengayamkan Poulsen lalu kena transfer list on the spot. Hehe. Hitamkuninghitamkuninghitamkuning Go Tigers! Go Tigers! . Baru dengar lagu tu kat Hitz.fm eh I mean Liverpool.fm. Lebih banyak gambar akan dimuat naik di laman Fesbuk nanti. See you guys on Saturday. #HarimauMalaya #YNWA!



7 comments:

afrohead said...

aku teringat video mamat yang kena bukak baju MU tu. walaupun aku kesian tengok dia, tapi salah dia jugak bebal sangat pegi pakai baju Manwhore di tengah lautan Reds.

mungkin niat dia nak troll atau mungkin juga dia rasa tak apa asalkan merah.

..:: WiRdA ::.. said...

hitamkuninghitamkuninghitamkuning go tiger go tiger.. sumpah aku tergelak dgr lagu ni dlm keta aritu...hahhaha

Faizal Rosly said...

afrohead: haha ramai je yang pakai baju man u arsenal semua tapi diorang duduk diam2 so tak kena apa2

wirda: patut dinyanyikan di stadium untuk memberi semangat kepada pasukan negara

cik aletheea : said...

baru tgk secara curi-curi kat opis tadik pasal mamat MU gie masuk padang Liverpool...
kesian budak tu...
dibogelkan dikhalayak ramai...
siap dapat escort kluar stadium lagik ;p

The Sharkox said...

"ada orang tuduh aku gemuk."- aku la yg cakap macam tu kat ijai..selamat hari raya ijai..hahaha

Faizal Rosly said...

cik aletheea: alaa bergurau manja je tu

sharkox: sensitif hoccay cakap pasal berat badan

nobody said...

salam encek :)

mane entry liverpool lawan malaysia nih?

tak sabor tunggu ^^

"you will never walk alone"

eh betui ke tak eh?
betui rasenye ...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...