Sunday, July 24, 2011

Parti Liar Syarikat

Semalam pejabat aku ada menganjurkan parti liar di MAEPS (Malaysian Agro Exposition Park). Karnival ini diadakan bagi merapatkan siratulrahim di antara para pekerja syarikat yang berlainan warna kulit mahupun saiz payu dara. Aku seorang yang kera sumbang memang selalu cuba mengelakkan diri daripada menyertai sebarang aktiviti yang memerlukan aku untuk bermesra dengan orang yang tidak dikenali, namun begitu setelah terpedaya dengan poster karnival yang memaparkan aktiviti-aktiviti menarik dan mungkin berdosa serta bakal mendapat hadiah misteri, aku pun segera mendaftarkan diri. So aku pun bercadang untuk pergi, rampas doorgift dan KFC percuma sebagai makanan tengahari, kemudian melarikan diri. Ayuh teruskan membaca.

MAEPS ni dekat je dengan rumah aku sebenarnya. 10 minit dah sampai kalau naik kereta dan memandu laju langgar lampu merah. 45 minit kalau naik roller blade. Saja je nak beritahu. So around pukul 10 pagi aku pun tiba dengan penuh keyakinan. Aku ingat benda ni buat kat padang ke apa rupa-rupanya buat dalam dewan penat-penat je aku pakai sports bra. Eh. Sampai sahaja di sana aku terus menuntut door gift. Ok jugalah dia bagi photo frame merangkap jam merangkap alarm clock yang berbentuk telur.Jakun jugalah aku melihat pelbagai jenis pelampung gergasi yang menghiasi keseluruhan dewan. Tapi aku hanya mampu menaruh perasaan cemburu memandang kanak-kanak yang melompat-lompat riang di atas inflatable castle bertemakan superhero dan bermain gelungsur di atas kapal Titanic yang sedang karam.


Hoi aku datang hendak berhibur juga. Kau pergi karnival ini macam kau pergi main permainan kat Genting. Kalau menang kau dapat kupon yang boleh ditukar dengan hadiah misteri. Bezanya, semua permainan free dan kau tak perlu bayar apa-apa. Tapi kalau kau asyik nak main permainan yang sama sehingga kau menang memang kena jeling dengan marsyal juga lah kan. So permainan pertama yang aku main adalah 'Besi Elektrik'. Matlamatnya adalah kau kena elakkan batang kau kena besi di sekeliling menuju ke garisan penamat dalam masa yang ditetapkan. But there's a catch....kalau batang kau kena besi sekeliling tu kau akan kena renjatan elektrik. Dua kali aku main dua kali aku gagal sebab tangan parkinson.


Hampa asyik kena kejutan elektrik, aku pun beralih kepada permainan 'Mengetuk Kacang'. Mereka ada sejenis alat untuk menggolekkan kacang dan kita kena tukul kacang itu sehingga pecah. Permainan ini memerlukan 'hand eye coordination' yang tinggi. Pelbagai jenis kacang digunakan dalam permainan ini seperti kacang kuda, kacang botak dan yang paling mudah kacang panjang. Oleh kerana aku pakai spek, mudah sahaja aku memenangi permainan ini dan mengetuk kacang sehingga pecah. Kalau tak pecah kau boleh makan kacang tersebut. Aku menang dapatlah satu kupon. Kupon tu aku tukar dapat sebiji bola Ben 10. Okla boleh bagi Megatron main.


Banyak lagi permainan yang aku main tapi yang lain memang semua gagal. Main basketball kalah, main main bola ke dalam lubang kalah, main dam ular dengan kanak-kanak pun aku kalah. Tak apa biar gagal yang penting aku ada semangat kesukanan.




Permainan video dan permainan menangkap kertas di dalam bilik air cond dia terlalu kuat pun ada tapi aku tak main walaupun nampak seronok sebab terlalu ramai orang beratur.

Kalau kau dah puas main, kau boleh pergi merehatkan fizikal dan minda di rumah urut berdaftar. Mula-mula kau masuk, lepas tu boleh pilih tukang urut dari pelbagai bangsa tapi semuanya mostly lelaki. Eh. Dia urut kaki je tapi tak surelah dia akan urut organ lain ke tak. Dengar cerita aktiviti parti buih pun ada tapi time tu aku dah pulang dan aku tidak mahu terlanjur lalu basah. Kalau kau tanak pergi urut, boleh pergi suruh kartunis daripada suratkhabar Harakah untuk lukis karikatur kau.



Jika anda kelaparan, anda boleh pergi membaham pelbagai juadah yang disediakan dengan percuma. Memang semua benda dalam ni percuma tak ada apa yang kau perlu bayar kecuali bayar tol on the way nak pergi ke tempat ini. Ada chocolate fondue ada gula-gula kapas, makanan tengahari depa bagi mee kari/rojak/KFC tapi semua hanya boleh dibaham pada pukul 12. Cikai mak lampir maka aku terpaksa sedekahkan kupon KFC aku kepada rakan sepejabat sebab aku nak pergi tengok cerita Larry Crowne di Alamanda. Sebelum pulang kami sempat membelai binatang peliharaan seperti ular dan burung kakak tua. Eww 3 benda yang aku geli di dunia ini adalah ular, ulat sampah, dan kena geletek. So hantar wakil gadis yang berani memegang ular sudah. Hehe.


Kesimpulannya, karnival sebegini memang seronot dan bermanfaat dapat merapatkan hubungan dengan rakan sekerja. Seronok pun seronok. Yelah dapat makan free kena urut free dapat hadiah lagi kita manusia sentiasa memang gemarkan benda yang percuma. Cuma yang tak bestnya aku tak dapat makan KFC sebab dia konon-konon mendengar cakap pukul doblas baru boleh bagi makan. Cis.





10 comments:

cik tikah said...

waaahh!! macam best jer :)

ainie syeema said...

muke abg jai dah macam seiras je dengan clown tuh.adik badik ker?

muiz aL said...

x de game kene kejar dengan gadis comel berpakaian separuh bogel ke? kalau ada game macam tu aku nk join..choii

Anonymous said...

eh mcm best party ni.. lain kali ajak la aku.. nnt aku blanje duit tol.. nak?

-syarina

Faizal Rosly said...

cik tikah: memang best

ainie: tidak kerana saya anak tunggal

muiz: malangnya tiada sebab syarikat aku syarikat halal

syarina: nak bawak lebih daripada seorang kena bayar rm70. mahu?

muiz aL said...

tapi gadis comel yg sopan pegang ular tu sape? sampai kan salam perkenalan aku kat dia eh?*cinta pandang pertama*

Faizal Rosly said...

comel kan? ala berkenalan dengan gadis lainla aku dah nak kahwin dengan dia dah

nobody said...

bestnye paty tu :) gelihati bace petang2 ni...lega sakit kepala den


erm...
comel la buah hati encek ijai ^^

Anonymous said...

kan yg game 1st tu, kita senasib la... walopon da cube berbelas kali, ak masih gagal... ak syak masa kecik tangan xbedung, sbb tu xberjaya...

crazy_labelle

Faizal Rosly said...

nobody: thanks

labelle: tak stretching dulu kot

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...