Thursday, July 28, 2011

Surviving Bukit Jalil

Hai apa khabar pembaca. Adakah kalian sudah membeli tiket dan mengambil cuti untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Singapura pada malam ini? Ke anda tak dapat pergi ke stadium sebab tiket sudah sold out? Ataupun anda mencari rezeki di waktu malam tak dapat nak pergi stadium? Ataupun anda sedang meringkuk di dalam penjara? Tiada masalah. Semangat cintakan negara tidak diukur dengan kehadiran anda di stadium. Ada banyak cara untuk anda tunjukkan kadar patriotism anda. Kalau kena penjara sekalipun masih boleh berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku ataupun lagu-lagu patriotik yang lain seperti Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-Ramai.


Buat mereka yang pergi ke stadium, tahniah, kalian memang ohsem nak arwah. Aku pun ingin juga pergi sebenarnya tetapi apakan daya minggu ini kerja malam. Kerja IT bukan kerja jual body. Tapi at least aku dapat juga half day balik pukul 9 maka masih sempat lagi menonton di mapley berhampiran. Anyway, jika kalian pernah pergi ke Stadium Bukit Jalil sebelum ini, secara umumnya kita boleh membuat kesimpulan yang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah merupakan stadium yang hebat. Namun begitu, bagi first timer mahupun pengunjung yang jarang-jarang ke stadium, pengalaman mereka mungkin berbeza kerana mereka tak set expectation sebelum hadir ke stadium. Ayuh kita berbicara tentang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengangkutan

Ada 2 kaedah pengangkutan utama untuk kita pergi ke Bukit Jalil, memandu terus ataupun naik LRT. Kalau rumah dekat bolehla naik skateboard ataupun jalan kaki. Kalau anda bercadang untuk memandu 2 jam sebelum perlawanan bermula, itu merupakan satu keputusan yang silap. Mungkin anda rasa anda sudah habis fanatik datang 2 jam awal namun begitu ada at least 50,000 orang berfikir benda yang sama. Jika anda datang dari selatan, lebuhraya akan menjadi sesak dari kawasan Serdang sehinggalah ke Bukit Jalil. Keluar tol Sungai Besi untuk nampak Petronas pun dekat 45 minit di mana hari biasa 1 minit sudah tiba.

Itu belum fikir masalah parking lagi. Walaupun ada beberapa parking bay, namun begitu memang tak pernah cukup untuk menampung 80,000 orang penonton. Kalau bernasib baik mungkin boleh parking dekat area Stadium Hoki, tapi jauh sikitla kena berjalan. Kalau bernasib baik lagi mungkin polis trafik akan melambai-lambai memanggil anda untuk parking di dalam kawasan Astro. Dijamin ada parking tapi lepastu kau kena jalan kaki 30 minit. Tapi along the way boleh makan cempedak sebab ada banyak pokok cempedak. Anda mungkin rasa tempted untuk parking di tepi jalan di sekeliling stadium, tetapi kebarangkalian untuk hilang RM300 amat tinggi. Polis trafik akan tunggu semua orang parking terlebih dahulu sebelum menyaman dan merantai tayar anda guna rantai kunci basikal tu. Maka penyelesaiannya adalah, datang awal 4 jam? Hehe.

Anda mungkin rasa naik LRT lebih selamat dan menjimatkan masa. Waktu pergi mungkin kot walaupun terpaksa bersesak-sesak. Yang menjadi masalahnya adalah waktu balik. Kalau match habis pukul 11, anda akan bersaing dengan 30,000 penyokong yang lain yang berbau seperti landak laut untuk menaiki tren yang sama. Jika anda tak tegas dan tidak mementingkan diri sendiri, mungkin tak dapat naik pun sebab perkhidmatan tren sudah tamat pukul doblas, I think. Penyelesaiannya, keluar awal daripada stadium sebelum match tamat? THAT'S NOT COOL. Takkan nak keluar stadium tatkala melihat Harimau sedang meratah Singa bukan?

Fasiliti


Kunci kepada kejayaan pasukan negara kita selain daripada usaha pemain di padang adalah doa daripada para penyokongnya. Doa je kalau malas semayang tak guna jugak kan. Dari Ampang je Bukit Jalil tak sampai 2 marhalah so tak boleh nak guna alasan musafir untuk tidak solat Maghrib. So anda pun bersemangatlah nak solat pergi surau tetapi surau di Bukit Jalil (yang di dalam stadium) bukan seperti surau Al-Kauthar. Kecil saja tak muat pun nak menampung sebilangan kecil manusia yang masih ingatkan agama. Itu belum beratur nak tunggu ambil wuduk lagi. Usah risau, hendak seribu daya, tak hendak dicemeti Mungkar Nakir sahaja. Tak perlu pergi surau pun. Kat luar di setiap exit mereka dah sediakan paip letak label 'ablution area'. Pastu kau semayang je kat situ guna saja jersey original anda sebagai sejadah.

Sebagaimana yang anda tahu, tandas awam adalah umpama kawasan baru lepas berlaku pembunuhan. Cuma instead of percikan darah di dinding, anda akan lihat percikan tahi daripada pelbagai jenis. Ada tahi lepat pisang, tahi slurpee, tahi pengebom berani mati dan lain-lain. Tandas di Bukit Jalil tidak terkecuali. Bukan salah tandas, tapi salah pekerja dia kot pergi tengok bola jugak. Tak pernah pergi tandas di situ dan dan tiba-tiba rasa nak main saidina di lantai tandas. Ada baiknya anda berak sampai habis di rumah.

Makanan


Sekeji-keji manusia adalah manusia yang melepaskan kentut di dalam lif lepas tu taknak mengaku. Selepas itu, peniaga makanan di stadium boleh dimasukkan ke dalam senarai manusia keji juga. Mengapa? Kerana mereka menjual makanan kategori mutawasitoh dengan harga yang mencekik darah. Mereka tahu kita tidak boleh membawa makanan dari luar jadi mereka meletakkan harga komputer riba untuk makanan yang mereka jual. Sebiji burger berharga tiga ringgit. Apa yang ada pada burger itu adalah roti kering, letak daging separuh masak dan sos secalit. Tiada sebarang sayuran mahupun mayonis. Air mineral pun 2 ringgit. Yang bekas kecik tu bukan botol hoccay. Penyelesaiannya? Kau pergi kat pagar, beli makanan dan minuman di gerai di luar stadium. Hulur melalui pagar je air mineral sebotol singgit burger pun boleh dapat murah. Unless kau sanggup tunggu sampai habis match maka peniaga akan serta merta membuat tawaran jualan penghabisan stok potongan sehingga 70% jual sebiji burger singgit.

Reception

Apabila 80,000 orang berada di dalam satu kawasan pada waktu yang sama, maka telefon bimbit anda akan hilang koneksi. Tak kiralah anda pakai line merah, kuning ataupun biru semuanya sama saja. So tak bolehla nak jadi pengulas secara langsung melalui twitter. Alah nak update apanya kalau dia stadium beri sokongan padu sampai hilang suara sudah. Tak perlu nak main Ipad kau tu. Tapi itu bukan masalahnya masalahnya kalau tak jumpa kawan ke awek ke haa menggelupur kau mencari semua orang pakai baju sama. Itu tak kira anda punya klaustraphobic lagi. So jangan lupa bawa minyak cap kapak.

Jika anda telah set expectation sebelum pergi ke stadium, maka tiada masalah untuk anda menikmati perlawanan bolasepak di stadium dengan tenang. So gadis-gadis tak usahlah kompelin itu ini dekat teman lelaki nanti. Apapun tujuan utama untuk anda ke stadium adalah untuk menjadi the 12th men (and women) memberi sokongan membabi buta terhadap pasukan negara, tidak kiralah apapun keputusannya nanti. Usah menjadi lalang, sokong ketika menang, kutuk ketika kalah. Apapun kita harus bersikap optimistik yang pasukan Harimau Malaya mampu merogol Singa pelbagai spesis itu. Apa sangatlah Duric tu umur dah patploh tahun 10 minit je main dia penatlah. Tajuk mungkin Surviving Bukit Jalil but for Singapore, you will not survive in front of our 80,000 fans. Pap pap pap pap pap Selamanya Harimau Malaya! Selagi kita bernyawa oh Malaysia kau kebanggaanku!



16 comments:

fairuz said...

GO GO GO MALAYSIA! *semangat

noulha said...

btolll aku sangatlah hangen bila makan bege tak ikhlas tu. urghhh

sha2 said...

serius entry kau selalu wt aku gelak. hahaha

nobody said...

hehehe ~

adoyai lah encek ijai ni^^
goli hati den...

rupenye macam tu gayenye nak ke stadium ni ...

patutlah kalau ayah ngan adik2 pi stadium keluar awal gile, ade sekali tu pi naik kete... balik lewat pagi ...

nak tau sebab pe?



















muahahahhahhaaha :p

lupe parking kat mane !


kesian ayah + adik2 :p
adik2 saye ni pun satu, mude2 dah lupe ...

tapi possible je kan terjadi ?

hehe ~

Faizal Rosly said...

fairuz: pergi pergi pergi! (google translate)

noulha: tu ah seludup je begedil dari rumah lagi puas

sha2: terima kasih kerana gelak dengan serius

nobody: lenkali amek gambar macam pergi sunway pyramid

Hudarling said...

hahaha. selamat maju jaya Harimau-Harimau ku! =D

Selamat menonton di mapley berdekatan, Ijai!

Muaz said...

Ijai, sempat lagi tu.. bleh datang stadium.. jom jom..

ulat2 mungkin turunkan harga by that time.. skrg RM100 or RM300.. giler la.. sorang ulat kena belasah tadi.. jual RM100/tiket utk yg RM30 punya.. hahaha.. padan muka...

eddyminako said...

wahh... scary. aku tengok kat umah la macam ni

Faizal Rosly said...

huda: jom ah ke RIMS bistro haha

muaz: padan muka memang cikai mak lampir manusia sebegitu

eddyminako: eh tapi tengok di stadium jauh lagi best daripada tengok di televisyen

deeb said...

dan dan daun pandan kau keje mlm ijai.... aritu time liverpool dtg kemain cuti! ini tidak adil!!!!

Faizal Rosly said...

aku cuti half day lah harini. so dapat juga tengok di mapley tadi. kemain stalk jadual cuti aku haha

Mr feckry said...

sedey la malaysia kalah

Anonymous said...

Player kita kena disiapkan dengan kemahiran kungfu or shaolin or silat. Bila badan dah tahan belasah boleh hadapi serangan pihak lawan. Ni mula2 terer, baru berapa game, key player dah takda. Bila nak masuk game yang kritikal penyerang dan pertahanan dah longlai... alahai...
Get up strong Harimau. This is not the end. - Makcik Kay

kun yusuf santiago aguero said...

aku pegi BJ semalam dan arini demam..ciskek

semua gara2 dikelilingi perokok tegar ms kat stadium dan menjerit2 sambil menggoyangkan dada melihat safee sali..



go Malaysia !

Anonymous said...

hahahhaa..suka baca entry sini..sakit perut suka....kahkahkah

http://suezdairy.blogspot.com

crazy_labelle said...

haha...
1. ak tensyen gile bile tunggu member yg xreti beli tiket lrt awal2 sblm balik. Lepas tu jenis yg beratur dgn cekal n xreti mencelah2... T_T sampai rasa mcm nak... (isi tempat kosong dgn jwpn yg sesuai...)

2. setuju bab tandas mcm kws pembunuhan... da la scary gile, gelap, ade titis2 air, sunyi xde org... siang2 pon takut wey...

// since ko suke recycle idea...
ak nak suggest ko tulis balik pasal ciri2 or ragam2 penonton. tambah la org yg xreti respek org lain yg suke berdiri n block org belakang ke..
xpon satu lg apekah ciri2 or preparation yg perlu ada sblm masuk tgk bola... mcm kene hapal lagu pasukan bola sepak kegemaran anda, kalo in group create cheer etc2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...