Sunday, July 10, 2011

T-Shirt Kool Untuk Dijual (updated)

Hai apa khabar semua? Bagaimana perhimpunan tadi kena cota kah? Ke duduk rumah saja pura-pura berada di tempat kejadian? Di saat ini jika kalian buka laman web sosial tak kiralah Fesbuk ke Twitter ke Hi5 ke semuanya sibuk membincangkan tentang Bersih. Topik ini dijangka akan menjadi buah mulut masyarakat untuk beberapa hari lagi, maka pihak yang business minded pasti akan mengeksploitasikan situasi ini untuk mengaut keuntungan. Salah satu cara untuk mencari rezeki adalah dengan mencipta tshirt yang kool dan hip untuk kedua-dua pihak Bersih dan Patriot yang boleh digayakan ketika berjalan-jalan di Pavilion. Ayuh teruskan membaca.










Bagaimana? Belilah t-shirt aku woit. Harga kita boleh bincang berdasarkan paras rupa anda. Semua free size material dijamin tiada DNA babi. Eh. Boleh bantu untuk tambah tabung perkahwinan. Kalau kalian ada caption menarik untuk kedua-dua belah pihak, silalah kongsi bersama. Tetapi tidak kiralah apa pun fahaman politik mahupun orientasi seksual anda, tak perlulah kita hendak bersengketa kerana kita semua rakyat Malaysia. Mereka itu jiran kita juga, kawan kita juga, ahli keluarga kita juga. Oleh itu, ayuh pakai baju kuning dan merah anda dan sama-sama turun ke stadium Bukit Jalil untuk berhimpun tanpa dicota pada hari Sabtu 16 Julai ini! #TanahTumpahDarahku #YNWA



25 comments:

phish said...

last shirt tuh kalo ade kompom aku beli...

Abuya said...

BERSIH...
serbuk pencuci handalan?

ainie.syeema. said...

saiz S ada tak?

HASNORWANI ... said...

likeeeeeeeeeee..tak usah bersengketa sesama kkita

Faizal Rosly said...

phish: ok saya print esok jangan tak beli

abuya: berkesan membersihkan segala kotoran

ainie: errrrr semua free size

hasnorwani: yaa ayuhlah kita semua bersalaman dan berpelukan

finaz said...

hahaha.. kelakar

Aslina said...

outsted inspektor mazlan as the mayor of lokap bukit aman tu memang rare...

Anonymous said...

bersih : big bird
patriot : angry bird
ijai : olympic-sized bird




-megan musang

che sakinah said...

aku nak dua2 tp taknak asing2.. boleh? aku nak tulis atas baju tu..
"merah kuning lambang kebanggaan"
;]

Martini Muaz said...

totally akan beli THIS IS NOT THE TEAR OF JOY

hahahha!

profwacko said...

nak beli Bersih I was there dengan Bersih Apa pun Tak boleh ...

nak SEPULUH !!! lol

shida said...

ha3..suka design yang last...
tuka kaler pink pliss..:P

The Sharkox said...

dua2 kaler tiru geng2 warna geng2 politik siam..haha

Faizal Rosly said...

finaz: belilah tiga hehe

aslina: sebab anda cakap rare harga dia dah naik sikit

megan: tengkiu megan kau memang memahami

sakinah: ala itu boleh dapat kat stadium shah alam

martini: rm20 plis. harga boleh bincang lagi

profwacko: sepuluh? huiii kaya aku

shida: kaler pink metrseksual sangatlah

sharkox: tanpa menggunakan khidmat carian, siapakah nama perdana menteri thailand? tiba2 aku bagi kuiz

Noraishikin Mohd Salleh said...

jai, saiz aku mesti ada kan kan kan..hahahahhaha....aku nak beli yang last tu :) berapa harga kawan-kawan?

Nobita Sensei said...

Kahkahkah! Cool!

afrohead said...

ni serius punya nak suruh beli ni. siap repost lagi sekali lagi. haha.

Faizal Rosly said...

cikinto: harga kawan-kawan rm25 lebih lima ringgit je

nobita: bayaran secara online sahaja

afrohead: mestilah aku ada tambah 2 design dari posting semalam di atas permintaan yang menggalakkan haha

Thalut said...

kalo nk custom msg bleh?

nobody said...

~ehehheeh

encek ijai ni ade2 je
tapi macam tertarik dengan tshirt last tu

-apa pun tak boleh-

macam sangat familiar :)

ehheehehee

*tertarik jew, tapi tak beli :p*

uculer said...

saya mahu t-shirt pertama. dan saya serius *tolak cermin mata dgn jari telunjuk.

shukrin farahdiba @ ceklala said...

Sy nk beli!! Eh?ade ape dgn 16 julai??

Faizal Rosly said...

thalut: bolehhhhhhhhhhhh

nobody: kena beli untuk membantu saya berkahwin

uculer: ok sudah hantar gambar ke emel anda. tak pun right click save as saja

shukrin: Malaysia menentang Liverpool yo!

Anonymous said...

Cadangan :

Bersih 2.0 - Service Pack 1
Bersih 2.0 - Bugs Fixed
Bersih 2.0 - Programmer from India

mohd khairul aizan said...

Bang camne nk order ni???
Size S ade x??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...