Thursday, August 18, 2011

Cara-Cara Membentuk Kumpulan M-Pop Popular

Hai apa khabar pembaca? Dewasa kini, genre M-Pop ataupun nama penuhnya Malaysian Pop semakin mendapat perhatian dan menjadi buah mulut masyarakat. Kumpulan-kumpulan M-Pop seperti Gula-Gula dan Max247 muncul bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Berkiblatkan muzik K-Pop yang menggabungkan irama elektronika, hip hop, pop rock dan R&B, kumpulan M-Pop biasanya membabitkan beberapa orang jejaka mahupun gadis menyanyi secara berharmoni sambil menari mengikut koreografi yang ditetapkan. Fenomena ini dijangka akan bertahan untuk masa yang lama, maka tidak hairanlah banyak syarikat rakaman yang cuba mengeksploitasikan situasi ini dengan berlumba-lumba mencari bakat-bakat baru untuk digilap bagi membentuk sebuah kumpulan berteraskan M-Pop. Maka hari ini kita akan mengkaji formula untuk membentuk sebuah kumpulan M-Pop (versi boyband) yang popular untuk panduan anda di luar sana yang ingin membuat gadis-gadis histeria. Ayuh teruskan membaca.

1) Suara tak penting, yang penting rupa

Ini adalah perkara yang paling penting yang harus diberi keutamaan dalam membentuk sebuah boyband M-Pop. Target audience bagi boyband M-Pop adalah gadis remaja berumur 13 tahun sehinggalah gadis matang berumur 29 tahun. Gadis-gadis selalu letak status ini di Fesbuk, "paras rupa tak penting, yang penting hati...". Sesungguhnya status itu adalah dusta semata-mata. Jauh di lubuk hati, gadis-gadis kepingin teman yang hensem dan kalau teman mereka kaya itu merupakan satu bonus. Jadi tidak hairanlah ahli-ahli M-Pop semuanya kacak-kacak dan comel-comel belaka kerana ingin memenuhi kehendak gadis-gadis dalam diam. Kalau bakal mak mertua tengok sejuk je mata memandang tiada bekas kena parang.

Kelunakan suara memang tidak ada peranan di dalam kumpulan M-Pop. Kalau suara anda umpama bunyi kucing betina yang memanggil pasangan pun tiada masalah, kerana suara anda boleh di autotune menjadikan anda hebat menyanyi macam Jason Derulo. Kadang-kadang anda tak payah menyanyi pun duduk miming di background sudah sebab ahli kumpulan M-Pop ni ramai, boleh mencecah belasan orang takkan semua orang nak menyanyi kan.

2) Tiada bulu-buluan di badan


Kebersihan diri ataupun hygiene memang amat penting dalam sesebuah kumpulan M-Pop itu. Kalau anda perasan, kumpulan K-Pop di Korea tidak ada seorangpun yang berbulu lebat. Bukan setakat mereka tiada misai dan janggut, bulu-bulu di kawasan lain memang langsung tiada. Cuba tengok tangan dan kaki anda sekarang, berbulu lebat berpintal-pintal seperti Ceasar dalam The Rise of The Planet Of The Apes bukan? Sebelum membentuk kumpulan M-Pop anda harus membuat wax biasa ataupun Brazilian Wax bagi membuang semua bulu di badan termasuklah di sudut-sudut sukar. Ini kerana kostum yang anda pakai selalunya menampakkan ketiak dan dada, maka kita tak mahulah para penonton berasa geli dengan bulu dada yang dipamerkan kerana rata-rata gadis remaja tidak menganggap bulu dada itu seksi. Konsep jejaka metroseksual memang relevan sekali jika diaplikasikan di sini.

3) Memakai kostum yang harmoni mengikut tema

Imej sesebuah kumpulan M-Pop itu boleh dikenali melalui gaya pemakaian mereka. Bukan boleh sebarangan je pakai ikut suka hati opah kita. Ahli kumpulan M-Pop mesti memakai kostum yang identical, sama ada dari segi tone warna mahupun fesyen yang digayakan. Tak bolehlah sorang nak pakai nak pakai vest nampak dada seorang lain nak pakai baju Melayu. Antara imej-imej tipikal ahli M-Pop adalah seluar kulit ketat, kasut Adidas yang ada sayap tu, pemakaian skarf di leher, jaket kulit / vest yang menampakkan dada serta topi yang dipakai secara senget.

4) Tahu asas koreografi K-Pop

Sila kaji video di bawah dan praktikkan sehingga lancar.



5) Boleh menamakan ahli kumpulan SuJu/SNSD tanpa menggunakan khidmat enjin carian

Satu soalan lazim yang sering ditanyakan kepada ahli muzik adalah, siapa pengaruh ataupun influence anda? Kita ni dah jelas-jelas memplagiat eh I mean menggunakan konsep yang serupa dengan K-Pop, maka sudah pastilah gaya muzik M-Pop kita dipengaruhi mereka. So kenalah hafal nama-nama ahli kumpulan Super Junior, Beast mahupun 2AM/PM agar tidak terperangkap dengan soalan-soalan trick yang abang Nas Melodi hamburkan, bagi menunjukkan anda ini knowledgeable dalam scene K-Pop dan bukan sekadar melengkapkan ahli kumpulan.

6) Mesti ada stage name yang unik

Paras rupa? Lengkap. Bulu-buluan? Licin. Kostum harmoni? Checked. Gaya joget? Mastered. Mungkin anda rasa anda sudah bersedia untuk bergelar artis M-Pop. Wait seminit my friend, ke-m-popan anda masih belum lengkap sekiranya anda masih menggunakan nama yang tertera di kad pengenalan anda. Takkanlah nak guna nama kampung kita tak glemerlah bila orang interview kita tanya nama siapa kita cakap 'Syahdan'. Anda mesti ada stage name yang kool dan susah hendak disebut yang dibentuk daripada variasi nama anda. Contohnya kalau ijaicool jadi Jay-Kewl, kalau Shuhud jadi Shu-D, kalau Amir jadi Arm, dan kalau Khairul Nazrin jadi Rain.

7) Memiliki keyakinan dan ketabahan yang tinggi


In the end, aspek emosional yang mesti dipupuk di dalam diri untuk menganggotai sebuah kumpulan M-Pop adalah keyakinan dan ketabahan yang tinggi. Seriously, if you have a low self esteem, you will never have the courage nor the balls to strike a pose like this picture below.


Ketabahan yang tinggi diperlukan kerana pasti ada golongan MINORITI yang akan mempermainkan dan memperlekehkan anda. Kalau anda meletakkan klip video anda di Youtube, anda pasti akan pedih hati membaca komen-komen menghancurkan jiwa yang menuduh anda ini babi dan homoseksual. Kat Fesbuk pula kumpulan anda ada hate page sendiri. Blog-blog hiburan pula akan mencabar kredibiliti anda dengan menuduh anda adalah seorang K-Pop wannabe, tiada identiti sendiri. Tekanan-tekanan sebegini ternyata tidak sihat untuk emosi kita dan boleh menyebabkan bertindak liar seperti terjun KB Mall ataupun menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.

Jika kita mengikuti panduan-panduan di atas, saya yakin album M-Pop kita akan mencapai peringkat aluminium. Ok so siapa nak join boyband M-Pop aku? Sekarang dah ada 5 orang termasuk aku, Tengku Sharmizi (Kewl-Sha) dan tiga orang di atas, perlu lagi 7 orang je. Sila sebarkan panduan ini agar kami dapat membentuk kumpulan M-Pop terulung. Jangan lupa sertakan sekali stage name anda lagi catchy lagilah cerah peluang anda untuk menyertai kumpulan M-Pop Y.P.R



24 comments:

Anonymous said...

aku punya permohonan aritu macam mana? kau macam tak sudi je nak amik aku. ok find! eh,fine!

kewl-sha

Faizal Rosly said...

kewl-sha: eh sori kew-sha aku terlupa. kau diterima aku dah edit dah tu

Adileen Ramlee said...

smalam saya bru je tw pasal mv max 247 tu...hbt usaha diorang smpai buat mv...nanti jgn lupa buat mv jugak tw haha

haadziq said...

kenapa tekak aku rs geli2 bila tgk gambo last? kenapa? kenapa?

The Sharkox said...

Saudara Jay-Kewl, permohonan saya melalui Twitter semalam bagaimanapun?? Diterima atau tidak pun?

Oh, my name stage is thshrkx..ha, macam mana nak sebut pandai2 la

clarky said...

*isi borang putus hubungan alam maya*

hahaha! plis cerahkan ketiak masing-masing dahulu~

kundi said...

jay-kewl....bila nak cukur janggut.

Faizal Rosly said...

adileen: pasti akan buat klip video dan kalian semua akan ternganga kekaguman

haadziq: itu tandanya anda terlalu ghairah

sharkox: saudara thshrkx, susah nak sebut tu. tetapi lagi susah lagi gadis suka maka diterima

clarky: guna ubat ketiak avon nanti putihla

kundi: errr bila dah lengkap ahli kumpulan dan nak buat sesi fotografi pertama

ainie syeema said...

ainie boleh join tak m-pop YPR?
hehe..

crazy_labelle said...

mcm haram yg gamba tu...

Muaz said...

Aku pun nak join gak! Kita cari la 22 orang member.. kalahkan 12 max247 tu.. hahaha

Aku Em-Zi, ok tak Jay-kewl?

Siti Nur Aminah said...

saiz organ reproduksi mempengaruhi pengambilan ahli??

Faizal Rosly said...

ainie: tak boleh. jejaka metroseksual saja

labelle: akan popular satu hari nanti...tungguuuuu

muaz: Em-Zi......that is totally lame....which is totally kool

aminah: tidak kerana orang asia mostly saiznya tipikal seperti orang asia yang lain.

jana said...

ijai
gambar yang last sekali tu Hang pedajai tau,tak baik buat macamtu bulan puasa pulak tu,hopefully raya nanti mereka-mereka ini maafkan ijai,abe @Dr.shuhud tu yang paling tak boleh belah(ayat budak-budak sekarang) ha ha.

Anonymous said...

Perut x boleh Buncit ok~ lalalalalala

i'm shin... i'm inesen said...

rambut kena rebonding all time.. kalo yg jenis rambut negro.. toksah mimpi

zakzak said...

hahaha. lawak2.
FYI, aku geli tengok video MAx247 tu. tak sampai seminit pun tgk terus tutup. i just gutted seeing their not-so-high level of dancing.geli wehh...

anyway, aku rasa salah satu sifat yg patut masuk dlm no 7 tu adalah sifat narcistic yang tinggi. perasan diri sendiri hebat/hensem/terer tu penting.

anyway,good entry.

afrohead said...

hasilnya nanti bukan M-Pop, tapi M-Poops.

:)

Faizal Rosly said...

kak jana: diorang suka diperlakukan sedemikian

alia: dah kurus dah semua bulan puasa ni

im shin: rambut negro kat bawah je dibenarkan

zakzak: ahah. memang sesuaila aku masuk mpop kerana narcissistan aku.

afrohead: that's a good mpop band name!

Anonymous said...

betul ke dah kurus ni ijai? hehe
btw mane tau aku? lupe nak letak signature.
hehe

-Alia-

BearBoss said...

rujuk minit 3:26 vclip tersebut~ dia pijak kaki mmbr dia~ wth~~ haha~ lol... :P

Sarkasiz said...

aduh,senak perut gua baca.
berfakta habis.

gua suka max247! hahaha

KerooL said...

Faizal Rosly : M-Pop..?? Bukan k 24/7 tu tak dapat sambutan.. course dy org tu terlalu ramai % xde suara.. And one more dyowg tu pakai baju terlalu sexy.. aw..! X ley nak tgk gambar dyowg kat google..
Tapi kalau abg Faizal Rosly nak buat kumpulan m-pop.. sy rapper.. bley join ke? kalau pasal dance tu x jadi masalah buat sy..

ALICE_ALICIA12 said...

wawawa...saya baru cari pasal m-pop ni...saye dlm proses nak tubuhkn m-pop ...smuanya 6 org,....I hope m-pop semakin dikenali ramai di dlm industry hiburan mahupun muzik...

-ALICE GALAXY-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...