Friday, August 12, 2011

Ciri-Ciri Seorang Stalker di Twitter

Hai apa khabar pembaca? Di bulan Ramadhan ini, kita lebih banyak menghabiskan masa menanti waktu berbuka puasa dengan melayari laman web sosial seperti Facebook dan Twitter daripada melakukan amalan seperti membaca Qiraati ataupun bersedekah senyuman. Tempoh hari kita telah membincangkan tentang Ciri-Ciri Seorang Stalker di Facebook, hari ini kita akan mengkaji perwatakan seorang stalker di Twitter pula. Pengguna Twitter yang aktif mengganggap Twitter adalah jauh lebih kool daripada Facebook, which is true. Kadang-kadang bila kita terlalu aktif tweeting tanpa sebarang sekatan emosi, kita mungkin akan membentuk keperibadian seorang stalker yang ternyata tidak sihat. Aktiviti menyetalk di Twitter adalah lebih terperinci dan menyeluruh kerana Twitter adalah lebih 'personal' berbanding Facebook. Bagaimanakah kita hendak mengenali ciri-ciri seorang stalker di Twitter? Ayuh teruskan membaca.

1) Anda merupakan orang pertama yang membalas, mahupun 'retweet' SETIAP tweet orang yang anda follow. Tak kiralah tweet itu tweet yang awesome ataupun tweet yang tidak membawa makna seperti 'hai' ataupun 'laparlah', itu pun anda mahu retweet. Apabila mereka tidak membalas tweet anda, (or in most cases, tak sempat lagi nak reply), anda sudahpun membuat tweet susulan bertanya mengapa mereka tidak membalas tweet anda.

2) Anda tidak follow orang itu, tetapi anda sentiasa melawat page mereka untuk melihat apa yang mereka tweet. Anda juga turut leka membaca timeline orang yang sedang anda 'perhatikan'.

3) Anda berusaha untuk 'check in' ke tempat yang sama dengan orang yang anda follow. Lepas tu kalau terserempak anda akan buat-buat terkejut dan disusuli dengan komen-komen seperti 'heyyy you buat apa kat sini?'. Ingat, kalau anda terserempak dengan orang yang sama dalam 3 tempat yang berbeza, itu bukan jodoh, itu tandanya anda harus pergi membuat laporan polis ataupun pergi belajar silat.

4) Anda retweet ataupun membalas tweet yang dipost pada 4 hari yang lalu, pada pukul 3 pagi.

5) Instead of guna butang 'Retweet' untuk meretweet tweet yang kool, anda memplagiat tweet tersebut dan memaparkan tweet tersebut di timeline anda konon-konon macam anda sendiri yang tulis tweet tersebut.

6) Perbualan anda di dalam kehidupan sebenar dengan orang yang anda follow sentiasa berkisarkan tentang tweets yang mereka paparkan, walaupun mereka tidak menujukan tweet itu kepada anda. Contohnya katalah anda sedang stalk @ijaicool di Twitter, lepas tu malam tadi di Twitter @ijaicool cakap dia berbuka puasa makan Nasi Goreng Thailand. Lepas tu esok anda terjumpa @ijaicool di tempat kerja ataupun di surau, lepas tu anda tiba-tiba tanya kat mana beli Nasi Goreng Thailand tersebut sebab anda pun nak berbuka Nasi Goreng Thailand. Creepy.

7) Seorang stalker yang sejati bersifat paranoid juga. Jika anda tidak nampak orang yang anda selalu perhatikan, anda akan freak out kerana menyangka mereka telah memblock anda. Apabila followers anda berkurang (ya, anda kira bilangan followers anda setiap hari) anda akan menggunakan applikasi untuk periksa siapa yang unfollow anda seperti ByeBuddy, Qwitter, Unfollowr mahupun Kau Unfolo Kau Hamsaplo.

8) Anda ada lebih daripada satu akaun Twitter. Stalker yang sejati tidak akan mengenal erti putus asa. Walaupun anda sudah kena block dengan seseorang, anda akan mencipta akaun Twitter palsu dengan avatar gadis comel yang dicuri daripada blogshop menjual shawl ala-ala Hana Tajima berserta tweethandle yang aneh seperti @gadis_dahagakan_cinta untuk meneruskan aktiviti stalking anda.

9) Anda dapat tahu pattern tweeting seseorang itu setelah hari-hari mengkaji gaya tweeting mereka. Kalau pukul 9 pagi anda nampak orang itu tweet melalui web, anda tahu mereka sedang berada di tempat kerja. Pukul 12 tengahari anda nampak orang itu tweet melalui Ubersocial for Blackberry, anda tahu mereka sedang keluar lunch. Pukul 11 malam nampak orang itu tweet melalui Tweetdeck, anda tahu mereka sedang berada di rumah. Maka senanglah untuk anda 'melawat' mereka memerhatikan mereka dari sudut-sudut gelap sambil menyeluk tangan ke dalam seluar akibat ghairah.

10) Jika anda mengklik artikel ini daripada Twitter, tahniah anda baru sahaja membuktikan yang anda ini seorang stalker.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, adakah anda merupakan seorang stalker di Twitter? Jika anda jawab tak, anda memang stalker yang sejati tak mahu identiti diketahui. By the way anda mungkin boleh relate dengan entri di atas jika anda ada akaun Twitter. What the what? Anda tiada akaun Twitter dan anda masih gembira bermain dengan Fesbuk? Ish ish ish.



12 comments:

afrohead said...

aku jawab ya.
macamana pulak tu?

crazy_labelle said...

haha... ak retweet sume pasal lady gaga utk appear kat trending topic..

Muaz said...

Damn, aku stalker.. click post ni dari twitter. haha..

btw, dah takde futsal dah ke? haha

Faizal Rosly said...

afrohead: jika anda jawab ya, well dah agak dah!

labelle: stalker lady gaga

muaz: kau tak terawih ke? eh haha tengok nanti aku usulkan futsal ramadhan

uculer said...

I wish nobody will be this blunt about my obsession but darn it! You hit the spot.

Wan said...

mcm mana nak dapt ramai folower plak

piikachu said...

no 6 tu biase wei, kalau makan nasik rimau mesti org lain pun mahu merasai nya juga lalu tertanya2.

no 8 tu mak seram uolsss. tak lama lagi muncul la lelaki2 gersang nnt seperti @abanghebatdiranjang dan menghantar tweet berbaur sexual harassment.

oh ye lama tak masuk sini. slamat pose jai.

The Sharkox said...

aku stalker tegar @ijaicool...

jgn risau, aku bukan pedo

syahrilhafiz said...

kehkeh, stalker lisa surihani je..haha

ainie syeema said...

stalker bekas kekasih jer.hahaha

Anonymous said...

hehe..aku masih blom ade twitter ijai :p wakaka..

-alia-

Faizal Rosly said...

uculer: hai stalker. eh

wan: cadangan kah? menarik

piikachu: selamat berbuka puasa untuk anda juga

sharkox: kau cougar. aoummmm

syahrilhafiz: 80% pengguna twitter melayu memang stalk dia

ainie: memang ciri-ciri utama tu

alia: apalagi registerla lepas berbuka

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...