Wednesday, August 3, 2011

Ekspedisi Mendaki Bukit Bendera


Hari kedua di Penang. Aku dikejutkan dengan kicauan burung di awangan. Sungguh indah ciptaan Tuhan langit membiru nyiur melambai. Tampak macam aku ni puitis padahal itu merupakan bait lagu nasheed popular semasa zaman sekolah agama sampin hijau dahulu. Ok jika anda ditanya dengan pelancong asing, "Di manakah tempat pelancongan yang harus dilawati di Pulau Pinang?" Jika anda berfikiran normal tempat pertama yang bermain di minda anda sudah pastilah Bukit Bendera. Tapi sebelum ke Bukit Bendera kami pergi mandi kolam dulu. Yela bukan selalu boleh mandi kolam kat rumah aku tu paling terer ada bathtub itu pun dah jadi tempat menyimpan periuk lama. Dah penat mandi pergi bersarapan di Subaidah lalu menggunakan khidmat GPS ke Bukit Bendera. Ayuh teruskan membaca.

Trafik di Pulau Pinang ni boleh tahanla kesesakan dia. Kira macam trafik di Kajang pada waktu kemuncak la. Adalah dalam 45 minit perjalanan daripada villa kami. Parking pun limited, kena parking secara makruh di hadapan kawasan perumahan tetapi akan ada pakcik entah mana datangnya minta RM3 kat kau. Tak kisahlah. Tiket nak naik ke Bukit Bendera adalah RM8 bagi orang yang berwajah Melayu dan RM30 bagi pelancong asing. Kalau kau ni Melayu tapi muka macam penyanyi Radja, kau kena tunjuk MyKad.


Sebenarnya aku ada sedikit perasaan tidak selesa hendak pergi ke Bukit Bendera. Mengapa? Well kerana aku mudah pening dan takutkan ketinggian. Macamana nak naik keretapi ke puncak? Zul kata dulu masa dia naik Bukit Bendera adalah dekat 30 minit. Gerabak dia bergoyang-goyang pasti akan membuatkan aku muntah di penumpang lain. Aku pun tawakal saja letak minyak cap kapak awal-awal di dahi dan testis. Namun begitu berita baik kepada anda yang mudah pening kerana mereka sekarang sudah pakai keretapi moden. 5 minit, diulangi, 5 minit saja sudah sampai ke puncak.



Fakta menarik, semasa sampai ke puncak Lim Guan Eng pun ada kat sana. Tak tahulah buat apa, berkempen menjelang pilihanraya kot. So apa kebenda yang kau boleh buat di Bukit Bendera ni? Yang paling utama sudah pastilah untuk melihat keindahan Pulau Pinang di paras xxxx meter di atas paras laut. Semua landmark kau boleh nampak seperti Jambatan Pulau Pinang, Komtar dan barisan orang beratur untuk membeli Nasi Kandar Beratur.



Kalau kalian ada stamina seperti kuda ataupun kanggaru, kalian boleh berjalan kaki ataupun melompat riang ke atas bukit. Tapi jika anda wanita yang mengandung 8 bulan dan lelaki yang macam mengandung 4 bulan di dalam grup anda, anda boleh menyewa buggy untuk ditunggangi. Sewa dia RM30 (boleh dirunding) dan mereka akan membawa anda berjalan-jalan menikmati keindahan Bukit Bendera sambil memberi penjelasan yang kami tidak tahu kebenarannya tentang landmark-landmark yang ada di Bukit Bendera ini.



Terdapat banyak banglo persendirian, mostly dibina pada zaman kedatangan British pada laluan ini. Menurut pemandu pelancong, kat atas ini ada banglo persinggahan milik Gabenor Penang, Ananda Krishnan, dan juga _________ (lupa). Selain itu, ada sejenis bunga yang unik di mana dia boleh bertukar kepada 3 warna dan rumah yang berharga 3 juta. Kitorang bergambar sikit terus dia punya caretaker yang berlagak seperti tuan rumah keluar rumah pakai kain batik kunyah sireh buat muka bengkek. Apahal kau makcik? Jambatan gantung pun ada tapi tak boleh naik sebab perlu penyelenggaraan. Landmark yang nampak biasa tetapi sebenarnya luar biasa adalah sebuah peti surat yang sudah berumur lebih 200 tahun mengikut exaggeration pemandu pelancong.


Antara kawasan menarik yang boleh dilawati adalah Taman Burung, tapi aku tak masuk sebab malas nak bayar RM3. Nak tengok burung eksotik selak seluar je. Eh. Kalau taknak pergi taman burung boleh pergi sembahyang either di masjid yang tua ataupun kuil hindu berdasarkan Tuhan yang anda sembah. Kalau anda keberanian yang tinggi dan tidak geli dengan replitia, anda boleh bergambar dengan ular. Eww geli mak noks. Tempat makan pun ada tapi Penang kat syurga makanan tak rawk ah makan char kuey tiow di food court saja.



Maka sebab itulah untuk makan tengahari kami bercadang untuk pergi baham Char Kuey Tiow tapi tak tahu kat mana best. Dengar khabar angin ada gerai best depan Tokong Ular. Mula-mula aku ingat Tokong Ular ni macam zoo ular di mana ada pelbagai jenis spesis ular yang dipamerkan. Memang banyak ular tapi mostly ular plastik yang dijual di gerai cenderahati yang boleh digunakan untuk menakut-nakutkan jiran anda. Ular sebenar dalam tokong tu ada 3 ekor je kot yang aku nampak. Sedikit fakta sejarah di sini, Tokong Ular ini dibina untuk memperingati Chor Soo Kong.....and I forgot the rest. Apa yang lebih malang adalah kedai Sany Char Kuey Tiow itu hanya akan dibuka pada pukul 5 petang....ni baru pukul 3.30. Maka kami pun makan ringan-ringan di restoran rawak sebelum bersemangat kembali ke kawasan tersebut untuk menunaikan hasrat di hati. Nantilah kita cerita pasal makanan di Penang ni.


Balik villa masing-masing dah penat lalu terbongkang sehingga Maghrib. Malam kami berjalan-jalan di night market (well orang utagha tak sebut 'pasaq') sekali lagi. Banyak sangat tempat makan yang nampak menarik di sini tapi akhirnya kami membuat keputusan untuk membaham di restoran Melayu Ajeed Cafe sahaja. Yang lebih tepat lagi sebab dah malas nak jalan sebenarnya. Lepas tu Ikram dan Zul menghilangkan diri pergi berurut. Aku tak join sebab aku dah nak kahwin. Ok end of part 2. Nanti kita sambung lagi aku nak tidur sehingga berbuka nanti.



11 comments:

Afuan Shah said...

hahhaha..ni org yg dok di penang mai dah..haah
aku dok penang bukit bendera takpenah tapak g..
sany shar koay tiau depan sunshine k?memang terbaek..memang gerai feveret bapak aku..hoho..


http://loadingmode.blogspot.com/2011/08/heyyyyuols-vot-ke-top.html

..:: WiRdA ::.. said...

haha aku pun pelik awat hg dok cari char kuey tiaw siang2 buta.. hahaha

ya org utara sebut MARKET = pasar.

kundi said...

`nampak orang beratur kat Nasi Kandar Beratur`....hehehehe.Rhythm sungguh.

Faizal Rosly said...

afuan: what the whatttt mana boleh orang penang tak penah pi woit

wirda: ala diorang harus faham pelancong asing macam kami. ya la ya la MARKET

kundi: serius panjang depa punya beratur

The Sharkox said...

mana ada org baham chakoteow tengah2 hari.. kat penang ada satu tempat depa panggey charkoteaw parit. selamba je bukak warung charkoteow sebelah parit, tapi hairan, ramai jugak yg makan tak kiralah kau muka meleis, cainis mahupun indiens...

tapu bukak belah malam la..

crazy_labelle said...

abe n fendy xpegi sebab paspot da expired ek?

Clarky Afif said...

5 minit sudah inzal??
:O

Faizal Rosly said...

sharkox: kami pelancong tengahari pasti kelaparan. dah rasa nasi kandaq nak rasa char kuey tiow pula

labelle: hihihihihihihihi

clarky: bergantung kepada penyelenggaraan juga. eh

Hafizul said...

penang kami mai dah

Hafizul said...

kali pertama menjejakkan kaki ke penang...nk p bukit bendera ni...semalam makan nasi kandaq 2orang sampai rm50 lebih persghhh awatnya mahai sangat..

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...