Tuesday, August 2, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang (Day 1)

Pada hari Jumaat yang lalu, Team Bangi telah berangkat ke Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bagi menganjurkan parti bujang liar untuk aku. Hehe. Perbincangan menyeluruh dan persiapan rapi telah dilakukan sejak 2 bulan yang lalu untuk menjayakan percutian ini. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Cuti telah diluluskan majikan, kucing sudah diberi makan, kereta sudah diservis, dialek utagha sudah dipraktis. Maka aku, Anas & Zack & Aryan, Ikram dan Zul bertolak dari Bangi pada pukul 10 pagi. Apai & Mizah gerak lambat sikit. Pagi Jumaat itu jalan ke KL sesak kerana ada kemalangan, maka sampai ke Restoran Jejantas Sungai Buloh dekat pukul 12. Kat situ ada pesta membaham durian 'All You Can Eat' bayar 8 ringgit saja tapi aku bukan makan durian pun. Perjalanan kami dihiasi dengan nyanyian sumbang Zul selaku pemandu utama menyanyikan lagu-lagu popular KRU dan Britney Spears. Kami tiba di Pulau Pinang lebih kurang pukul 3.30 petang dan bergegas ke gerai Nasi Kandaq popular Line Clear untuk membaham. Ayuh teruskan membaca.


Tempoh hari ada beberapa pembaca mencadangkan pelbagai jenis gerai Nasi Kandar untuk dikunjungi. Since gerai Nasi Kandar Line Clear adalah yang paling popular dan sering dikunjungi artis tempatan, maka kami pun singgah mentekedarah di situ. Nantila kita buat satu entri khas pasal makanan di Pulau Pinang ini. Selepas membaham, kami terus menuju ke tempat penginapan kami di Holiday Villa di Batu Feringhi dekat dengan Hard Rock Hotel tu. Fuhhh memang bagus tempat ini kalau nak bawa keluarga bercuti. Satu malam RM500, boleh sumbat 12 orang. Segalanya lengkap ada 3 bilik, 5 katil, dapur tanpa gas, peti ais kosong, mesin basuh semi automatik, aircond, water heater, TV CRT disertakan dengan Astro pakej paling murah dan DVD player serta patung berhala sebagai perhiasan ataupun penyembahan bergantung kepada kepercayaan masing-masing.




Sudah puas berehat, kami membuat keputusan untuk bermandi-manda di pantai, sambil berharap di dalam hati dapat tengok Mat Saleh mahupun orang Melayu berlagak Mat Saleh berbikini. Pantai kat seberang jalan je. Namun begitu hasrat kami untuk mandi wajib dengan niat dan meratakan air ke seluruh badan dengan terjun terus ke dalam laut dibatalkan setelah melihat keadaan air laut yang kotoq dan berlumpuq. Tahap laut di Morib ni, but aku rasa mungkin pantai di kawasan itu saja. Ikram mengajak kami untuk mencuri masuk ke pantai di Hard Rock Cafe kerana pantai disitu mungkin bersih di samping menjanjikan kehadiran gadis-gadis yang menampakkan aurat berat mereka. Bila lagi kan nak cuci mata nanti dah nak puasa. Kalau nak buat aktiviti laut seperti menaiki jet ski, parasailing, mahupun sehari bersama nelayan boleh juga. Tapi kami membuat keputusan untuk bermandi-manda di kolam renang banglo sahaja.




Kawasan di sekitar banglo memang nampak tenang dan cantik. Banglo-banglo dia nampak identical tapi sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Masa pergi bercuti di A Famosa dahulu setiap banglo ada kolam renang tapi kat sini kena kongsi kolam renang, so tak bolehla nak melepaskan najis mutawasitoh sesuka hati serta melakukan lain-lain aksi berdosa yang tidak sepatutnya. Semua orang pandai berenang aku je masih terkapai-kapai. Memandangkan aku masih noob, aku terpaksa menjadi rakan sekelas Aryan belajar teknik asas pernafasan sebelum boleh belajar berenang. Cis. Zul pula memang betul-betul berparti liar dengan berpura-pura mabuk di dalam kolam renang kanak-kanak.




Dah puas berenang, kami pergi ke Persiaran Gurney untuk makan malam. Huiii ramai betul orang walaupun dah malam. Tapi banyak sangat kedai makan kami bukannya tahu mana satu yang sedap pun. So Ikram membawa kami ke restoran tandoori popular Kapitan's. Pasal makanan kita cerita lain kali, tetapi pasal gambar di bawah ini korang nampak tak tiga orang gadis hangat di belakang kami? True story, gambar di bawah ini diambil memang untuk merakamkan gadis-gadis hangat tersebut. Lepas tu Zul si kaki perempuan pergi senyum kat baju putih dia. Zul kata baju putih tu senyum balik. Pastu Zul senyum lagi. Lepas tu ketiga-tiga gadis itu berpindah masuk ke dalam. Obviously sebab sexual harassment daripada Zul. Cis.


On the way nak pulang ke villa, kami singgah di pasaq malam di Batu Feringghi. Memang happening tempat ini. Dengan keindahan lampu-lampu neonnya, dengan kehadiran pelancong asing dari pelbagai warna kulit dan saiz payu dara, dengan suasana peniaga melambai-lambai untuk ke gerai menjual beg tangan berjenama mereka. Ya kawasan ini memang syurga cetak rompak. Kalau nak beli barang hantaran, kau boleh je beli beg tangan Jurulatih ataupun Teka kat sini. DVD haram pun sekeping RM4. Semua benda kat sini dicetak rompak. T shirt Hard Rock sebenar mahal kat sini boleh beli 8 helai. Tapi kau dah sentuh produk mereka memang wajib beli kalau tak nanti diorang panggil kongsi gelap Cina bertatu untuk menyergah anda. Nak tawar menawar pun tak boleh terang-terang depa dah tulis no discount. Gambar pun tak boleh ambil nanti diorang mencarut dalam bahasa Hokkien. Kalau dah penat membeli-belah, boleh pergi merehatkan fizikal dan minda di rumah urut di sepanjang jalan itu. Mostly menawarkan perkhidmatan urut kaki urut organ lain aku tak pasti.



Balik rumah, kami tak boleh tidur sebab kena paksa main board game dengan Zul. Eksaited gila dia ajak main. Huii macam-macam board games yang dia bawak yang tak pernah dengar nama dia. Mula-mula kena paksa main Risk permainan peperangan dan penaklukan. Sumpah tak faham bagaimana lepas Zul pun explainlah peraturan dia macamana. Aku rasa dia main reka je peraturan tu untuk berpihak kepada dia. Lepas tu setiap kali turn orang lain dia akan menasihatkan orang agar buat itu ini kami tak boleh nak buat keputusan sendiri. Kalau camtu kau main sorang-sorangla woi. Sikapnya itu menjadikan beliau sebagai target utama dan dia tewas dengan permainan sendiri. Masa ni dah pukul 2 pagi. Apai & Mizah & Akif baru sampai. Gila apa 8 jam pergi Penang. Tapi aku terharu jugalah dia akhirnya tiba mula-mula ingatkan dia nak membelot di saat akhir walaupun sudah lama merancang percutian ini......


Maka berakhirlah hari pertama kami di Pulau Pinang. Sila datang lagi untuk membaca episod seterusnya yang disertakan dengan gambar-gambar yang mungkin akan mengurangkan pahala puasa anda. Banyak lagi gambar akan dipaparkan di Fesbuk. Jangan korek hidung ya.



11 comments:

..:: WiRdA ::.. said...

kedai kapitan mana ko pegi nih? mcm lain je..:D

kundi said...

kapitan kat2 gurney ke...??dekat dah dengan tempat keja aku tuh.

Faizal Rosly said...

wirda: kat area gurney plaza. kat town pun aku ada nampak satu sign board dia kaler merah

kundi: ya ka awat ang tak habaq awai2 noooo (masih melekat dialek utagha)

cik aletheea : said...

pergh... cantek nye tempat yang ko stay...
suke katil die...
cantek ;p

x macam ko la, x d egmabr makanan pon!!

eddyminako said...

orang utagha tak sebut pasaq la :P

Faizal Rosly said...

aletheea: pasal makanan nanti kita buat satu entri khas

eddyminako: ha ha ha apalah yang saya tahu

najwa's said...

hehe a'ah, org utara tak sebut pasaq la. :p

crazy_labelle said...

cik gf xikut ke?

Faizal Rosly said...

najwa: yalahhh yalahhhhh

labelle: eh ini parti bujang saya so tak ikutla haha

..:: WiRdA ::.. said...

ha yg signboard kaler merah tu yg btol..kat gurney aku tatau la btol ke tak yg tu..haha

wanda arry said...

salam..
boleh tlg provide contact@ web untuk holiday villa ni tak??sy stay penang tp xtaw ada tmpt camni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...