Saturday, August 6, 2011

Liga Super 2011/2012

Hai apa khabar semua? Bagaimana puasa tahun ini sudah ada yang tertinggal kah? Apa ni kata tahun ni nak memburu Lailatulqadar. Tak apa jika kalian memang tahu kalian tiada peluang untuk bertemu dengan Lailatulqadar, sekurang-kurangnya kalian boleh mencuba nasib untuk memburu kejuaraan Liga Super. Ya betul, musim bola sepak telah kembali. Minggu hadapan, Liga Perdana Inggeris akan kembali bersiaran di kaca TV membuatkan ramai orang pakai baju Melayu tetapi tak pergi terawih di surau, sebaliknya menuju ke mapley yang sudah lama tidak dilawati.

Jika Liga Perdana Inggeris telah kembali, itu bermakna liga Fantasy Football akan kembali termasuklah Liga Super. Sebagaimana yang anda tahu dan mungkin tidak tahu, pasukan Anfield Heroes bimbingan Mohamad Faizal Rosly telah berjaya menjuarai Liga Super musim yang lalu. Ini bukan satu perkara yang luar biasa kerana kejayaan Anfield Heroes memang sudah diramalkan oleh komentator siri Fifa iaitu Martin Tyler dan Andy Gray. Naib juara entah siapa aku pun dah lupa. Sesiapa yang menyertai Liga Super musim lepas boleh menyertai Liga Super kali ini secara automatik jika anda menggunakan login ID yang sama. Apapun saya faham jika kalian berasa gentar dan tiada testis untuk menyertai Liga Super kerana bimbang diaibkan oleh saya sebagai juara Liga Super sebanyak 4 kali. Seperti biasa untuk memberi advantage kepada anda dan saingan kepada saya, saya dedahkan line up saya untuk musim hadapan.


Ayuh teruskan membaca senarai pesaing-pesaing untuk merebut tangga kedua dan seterusnya.

Pasukan: Romper Stopper
Pengurus: Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin
Overview: Dazu janji nak datang perkahwinan aku, berdiri segak berbaju Melayu tetapi dia tipu. Eh salah komen. Dazu merupakan calon utama untuk mendapat tempat kedua musim hadapan kerana dia pernah menjadi juara Liga Super, sekali je kot. Perhatian hanya perlu diberikan kepada Dazu sehingga Krismas sahaja sebelum dia lalai dengan kehidupan dan kerja lepas tu lupa nak transfer sebelum kembali dengan pelbagai alasan. Walaupun dia handal bermain Fifa, kehandalannya itu tidak dapat diaplikasikan secara menyeluruh terhadap kehebatan berpundit sekaligus menjadikan peluangnya untuk menjadi juara semakin tipis.

Pasukan: Toon Army
Pengurus: Amir Rashidi (Cut Me I'd Bleed Black and White)
Overview: Apai merupakan peminat setia Newcastle United. Dia seorang yang tabah, melihat pasukan kegemarannya itu turun ke League One sebelum kembali naik ke Liga Perdana sebelum adik Carroll kesayangannya berpindah ke kelab yang lebih besar. Kini kehidupannya semakin tertekan dengan perangai pemain Newcastle paling konsisten musim lalu iaitu Joey Barton yang hanya tahu membuat kacau di Twitter. Itu belum ditambah dengan tekanan rumahtangga di mana keputusan untuk membeli pemain setiap minggu sering dipengaruhi oleh isterinya Nurhamizah.

Pasukan: Bola Pancit
Pengurus: Anas Mohd Mustafah
Overview: Anas pernah memenangi anugerah 'Rookie Manager Of The Year' setelah memberi cabaran sengit secara konsisten dalam saingan Liga Super. Musim ini beliau dijangkakan akan memberi saingan yang lebih padu kerana dia pun tak hadir ke perkahwinan aku nanti kerana dia akan menyambung pelajarannya di Sheffield. Kot. Maka dia ada kelebihan untuk mendapat berita line up, kecederaan dengan lebih pantas dan jitu. But still, dia tidak menghadiri perkahwinan aku...

Pasukan: Adamonster
Pengurus: Adam Johari
Overview: Adam kembali ke saingan Liga Super dengan sebagai status pengurus yang paling taktikal, di mana dia telah memperbaharui formula di dalam Excel spreadsheetnya yang membolehkan beliau untuk memasukkan variable-variable tertentu menggunakan macro yang kompleks bagi membantu dirinya dalam mengurus pasukan fantasi. Namun begitu kelemahan utama Adam adalah beliau tiada kesabaran sekiranya melihat orang lain berada di atasnya lalu menggunakan terus kuasa Wildcard. Mungkinkah Adam sudah belajar daripada kesilapannya? Adam turut membawa 2 orang adik iparnya sebagai perang psikologi bagi menunjukkan semangat kekeluargaan mampu membawa kegemilangan sebelum Adam sendiri diaibkan oleh kedua-dua orang adik iparnya itu.

Jika anda berasa yang anda mampu untuk bersaing bagi merebut gelaran naib juara Liga Super kali ini, anda disunatkan untuk menyertai kami di http://fantasy.premierleague.com/ dan kod untuk menyertai Liga Super adalah 665793-170846. Ayuh segera, tempat adalah terhad!



9 comments:

Mat Pintu said...

"u cannot choose more than 3 players from the same club" hahaha

rockcintan.blogspot.com

haadziq said...

aku ingat liga super mna la td..haha..aku da join da..selamat berjuang!

Faizal Rosly said...

mat pintu: bolehh aku pakai cheat code

haadziq: selamat berjuang untuk tempat kedua dan ke bawah. eh

crazy_labelle said...

ak nk join tp xreti men

Anonymous said...

tahun ni aku pasti akan membawa saingan. - adam

Faizal Rosly said...

labelle: tak apa boleh belajar dan saya yakin kalau anda aktif anda akan menjadi lebih handal daripada kawan saya muaz

adam: hee hee hee ayat yang sama setiap season

kundi said...

en.kundi hadir dengan membawa team Rancak Rossoneri.Awas kalian.hahaha

Anonymous said...

bro boleh join x??aku nak wat team aku sok...glory2 man utd...


lan

Anonymous said...

anfield heroes tangga ke-38 bro...

-kutu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...