Wednesday, August 24, 2011

Mengapa Hari Raya Tidak Seindah Dulu

Hai apa khabar pembaca? Hari ini adalah hari ke-24 kita berpuasa. Rasa macam sekejap saja bukan? So far aku rasa Ramadhan kali ini tidak digunakan dengan optimum. Puasa kadang-kadang sekadar berlapar dan dahaga sebab mata asyik melihat aurat berat gadis-gadis berkulit hitam dalam klip video penyanyi hip hop. Mulut pula asyik mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali tersekat di dalam kesesakan lalulintas akibat orang parking macam cikai mak lampir di bazar Ramadhan PKNS. Part beribadat lagilah, boleh kira dengan jari tangan berapa kali pergi terawih, apatah lagi nak baca Qiraati. Pejam celik pejam celik minggu depan dah nak raya. Tetapi secara jujurnya aku tak rasa eksaited langsung nak menyambut hari raya ini. Well kalau nak ikutkan Hari Raya Aidilfitri secara rasminya menjadi bosan sejak tahun 2000 lagi. Sambutan hari raya tidak seindah dan tidak semeriah dahulu. Ayuh kita kaji rasional di sebalik fenomena ini.

1) Aku tiada kampung

Aku tiada kampung kerana atuk dan nenek aku belah mama dan abah aku telah kembali ke rahmatullah. Maka tiada kampung untuk dilawati ketika hari raya. Even if atuk dan nenek aku masih hidup, aku masih juga tiada 'kampung' kerana kampung aku terletak di bandar. Satu di Selayang dan satu di Serdang. Eleh 30 minit drive dah sampai Selayang, 15 minit drive dah sampai Serdang. Kalau naik roller blade mungkin lama sikit perjalanan. Baru semangat buka lagu raya HO HO HO Balik Kampung! tak habis lagi lagu raya dah sampai dah ke destinasi. Maka dulu-dulu kalau orang tanya aku balik kampung di mana, jawapan yang diberi pasti diperlekehkan. Orang balik kampung boleh pergi melihat sawah terbentang aku balik kampung melepak di Warta Selayang. Ciri-ciri kekampungan yang digambarkan dalam Cerekarama edisi hari raya seperti mengacau dodol di dalam kawah besar, membakar lemang bersama ketua kampung serta memadam api pelita asli yang dipasang jiran memang tidak wujud di Selayang ataupun Serdang.

Namun begitu, suasana berhari raya di kampung walaupun kampung aku adalah bandar tetap dirindui. Rumah atuk Selayang aku banyak bilik so bila adik beradik mama aku semua pulang memang terasa kemeriahannya. Sebagai sepupu senior aku diberi hak untuk mengaplikasikan teknik-teknik gusti yang dipelajari daripada pita video wrestling yang atuk aku sewa kepada sepupu-sepupu yang lebih kecil. Tombstone Piledriver, Sharpshooter, Stone Cold Stunner semua aku praktikkan sehingga mereka menangis. Wan aku pulak memang rajin buat kuih raya, especially kuih raya kegemaran aku sepanjang zaman kuih Sarang Semut. Sumpah sedap berbanding kuih tunjuk-tunjuk. Semua kuih Wan aku buat kerana dia memang handal memasak.


Lepas tu pagi hari raya pertama boleh lihat mama aku dan makcik-makcik aku beratur di hadapan atuk dan Wan konon-konon tabah lepas tu air mata bercucuran menangis memohom keampunan. Aku kecik lagi apa aku tahu. Tengahari aku akan balik kampung Serdang pulak. Kampung Serdang best sebab nenek aku diabetis kaki dia kena potong so boleh main kerusi roda. Aku kecik lagi apa aku tahu. Lepas tu waktu petang boleh naik Vespa atuk aku Wak Jonoh menghantar ais ke kawasan Serdang kerana atuk aku merupakan peniaga ais yang berjaya. Ahhh good old days. Maka kalian yang masih ada kampung ni hargailah saat ini dengan sebaik mungkin. Kalau tak ajak aku sekali balik kampung dengan korang.

2) Aku dah dewasa

Graf keseronokan berhari raya akan menurun secara konsisten berdasarkan kadar pertambahan umur anda. Yang eksaited yang menyambut hari raya ni kanak-kanak sahaja. Mengapa? Faktor utamanya adalah duit raya. Kanak-kanak je yang boleh dapat duit raya kalau ketiak kau dah berbulu lebat usah harapla nak dapat. Dulu-dulu masa kecik selalu bertanding dengan saudara mara collection hari raya siapa yang lagi banyak. Aku pasti menang setiap tahun kerana aku ada advantage dengan status 'Anak Tunggal' aku. Anak tunggal mestilah dapat lebih banyak wang bukan hua hua hee. Lepas tu kanak-kanak boleh main mercun. Dah dewasa ni kau nak lari-lari keliling rumah sambil menjerit WEEEEEE menggenggam bunga api nanti orang tuduh kurang siuman pula.

Kau dah dewasa ni semua benda kena buat sendiri. Dulu-dulu mama bawak pergi Yaohan beli baju raya. At least 3 pasang baju raya, hari raya pertama pakai baju Melayu, hari raya kedua pakai baju Cobra Commander, hari raya ketiga pakai baju Kiko. Dah besar ni tak rasa semangat langsung nak beli baju raya. Pakai baju tahun lepas pun tak kisah (kalau kau lelaki, gadis lain cerita hoccay). Seluar jeans lusuh pun tak peduli. Mungkin time kau dah besar ni keutamaan kau diletakkan ke tempat lain, atau untuk orang lain. Especially bila kau dah berkeluarga.

3) Aku sudah berkerjaya kena memberi instead of menerima

Poin ini ada kaitan dengan poin di atas. Kau dah besar, kau dah bekerja, kau sudah ada pendapatan, maka sudah tiba masanya untuk anda memberi instead of menerima. Kalau dulu kau selak sampul duit raya lepas tu memperlekehkan si pemberi duit raya sebab bagi RM2 saja, maka kini tiba giliran anda untuk dihina kalau setakat letak RM5. Kanak-kanak zaman moden ni lain macam sikit dia punya demand. Kita bagi duit syiling diorang main campak saja. Kau bukan setakat kena bagi duit raya kad kanak-kanak, kat ibu bapa mereka pun kau kena bagi juga sebagai tanda membalas budi dulu- dulu mereka jaga kita sejak kecil. Contohnya kat Mak Long dan Pak Su kau. Tapi aku beruntung sebab time aku nak bagi duit raya kat makcik dan pakcik aku, mama aku dah isikan siap-siap dah wang di dalam sampul, so akulah yang mendapat penghargaan walaupun aku tak keluarkan sesen pun kah kah. Jangan nak kompelin cakap aku guna cheat code, aku anak tunggal remember.

4) Where's my kad raya?

Di zaman teknologi maklumat ni, semua benda boleh dilakukan secara elektronik, termasuklah upacara memberi kad raya. Bilakah kali terakhir anda mendapat kad raya sebenar dari orang yang sebenar? Kad raya daripada CIMB ataupun Maxis tak kira. Time sekolah rendahla semangat. Baru puasa dua tiga hari dah dapat kad raya dah. Bila dah dapat kad raya kita secara automatik akan membalasnya kerana terdapat sumpahan 'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas'. Alah kalau tak ada pantun tu pun kau tetap akan bagi kad raya kat orang lain sebab kau rasa seronok melakukannya. So kau pun tulislah lawa-lawa, lukis gambar lemang semua sebelum masukkan duit seposen di dalam sampul konon-konon duit raya.

Zaman sekarang? Time-time nak dekat raya, anda akan mendapat notifikasi bertalu-talu daripada telefon pintar anda. Mostly menghantar pantun raya SMS pengganti diri yang sama yang direcycle sahaja pada tahun lepas seperti di bawah:

Anak Dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai SMS pun kira ok what?


ok aku jawab pantun kau

Anak Pak Dolah tak puasa ke?
Mana boleh makan lepat,
Pantun kau ni macam keldai je,
Baik aku pergi melempiaskan syahwat


Nak nampak effort lebih sikit, post gambar berbaju raya yang diedit dengan Maikrosof Paint, lepas tu tag ramai-ramai di Fesbuk. Usaha anda memang dihargai, but nothing beats the real thing. Kad raya sebenar ternyata lebih personal, lebih ikhlas, dan lebih beremosi. Ada masa lagi ni korang nak hantar kad raya sebenar untuk aku. Haha nak orang hantar je kita patut salahkan diri sendiri kerana tak ambil effort untuk membeli dan pos kad raya kepada rakan dan taulan.


5) Hari raya mungkin kena kerja

Well aku agak bertuah tahun ini kerana tak perlu kerja pada hari raya. Tahun ni aku dah apply cuti seminggu awal-awal lagi. Lagipun di tempat kerja baru aku tu multiracial, so bangsa lain boleh cover semasa kami bercuti raya. Tapi tahun depan belum tentu lagi. So dalam hati kau dah set expectation tahun ni mungkin kena beraya di pejabat so kau dah tak rasa seronok nak beraya. Standardlah kalau kau kerja IT, kau mana sambut cuti umum di Malaysia ni. Hari Raya ke Hari Gawai ke semua kau kena kerja unless kau apply cuti. Aku pernah kerja time hari raya, hiba kau tahu. Datang kerja pakai baju Melayu, hantar emel kat user pun nampak kesedihannya nak nak pulak ofismet kau pasang lagu raya Sudirman.

6) Abah sudah tiada

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku beraya berdua dengan mama. Mama kadang-kadang akan cakap pasal kenangan dengan arwah abah, but aku akan diam saja. Ok I'm not that type of person who would open up my feelings easily, not even to my mom. I admit that my relationship with my dad was kinda 'frosty'. Bercakap bila perlu, tiada perbualan mesra, it's kinda complicated. But do you know what I regret the most? On the day that my father passed away, I was preparing to go to work after subuh. I could see my dad sitting on the big chair, and I knew he was in pain. However, I just left without even saying goodbye, let alone salam cium tangan. I was driving on the highway and 20 minutes later I received a call from my mom, crying heavily. It was so sudden. Now I will never have the chance to say that I'm sorry. Not on hari raya, not on any other day.

Ahh enough about me. How about you guys? Adakah kalian berasa gembira untuk menyambut hari raya kali ini? Ayuh kongsikan pengalaman anda bersama. Apapun kita tidak seharusnya take things for granted. Selagi ada peluang untuk beraya bersama keluarga tak kiralah di mana saja, gunakan peluang itu sebaik mungkin. Apa salahnya kena keluarkan duit raya sikit pun. Bak kata adik beradik Jonas, Don't Know What You Got Till It's Gone. By the way diharap dapat menyimpan ucapan hari raya anda buat masa ini kerana kad raya elektronik sempena raya tahun tak siap lagi nanti dah siap baru kita buat entri khas berbalas ucapan raya hehe.



29 comments:

Anonymous said...

emo *sobs*

selamat hari raya ijai.

Neta

s.u.h.a said...

aku pon dari lahir dah tak ada kampung. tapi best saja raya. cuma bila dah besar ni. kena mula bagi duit raya dekat adik2, parents. dulu aku yang dapat duit raya. hehe

aleng said...

aku pon raya tanpa bapak gak tahun ni.tapi aku dh biasa sebab arwah bapak aku meninggal ketika usia aku 2 tahun lg.

chill out bro..lets enjoy this upcoming raya dont be sedih2 la..

finaz said...

hopefully u will become a better dad someday to ur kids..

i teringin nak test myself beraya sorang2 kat overseas (yg majority penduduknya bukan beragama Islam).. nak tgk melalak ke tak sbb kena beraya alone.. yela beraya kat msia take things for granted.. one challenge that i want to complete at lease once in my life

Anonymous said...

sedih aku bace entry ni..

Ayah aku pun baru je pergi 29 jun ni.

our story almost the same ijai..
ptg tu aku just salam dia lps balik ambik anak aku kat rumah diorang.

biasanya kami slalu borak2 panjang, mkn2 same time ptg. tp entah kenapa hari tu aku kelam-kabut nak balik cepat je.

salam ayah & balik. dia sempat tahan aku, katanya nak borak lama hari ni..tp aku x nak.

malam tu jugak , 2 jam lepas aku balik ayah call aku.
aku busy layan baby, dia kate saje je nak call aku..
kenapa lah aku x paham..

tepat kul 1.30 pagi mak aku call..bg tau ayah aku dah meninggal.

menyesal nye aku..
x sempat aku nak ckp, thank you papa.. walaupun ayah tiri, dia jage aku mcm anak kandung.

semoga roh mereka di cucuri rahmat.

-Alia-

The Sharkox said...

aku tahan nangis baca point no 6 yang dalam bahasa inggeris tu..

thshrkx

thecuriousmind said...

Salam aku silent reader blog kau ni. Tapi entri kali ini menyentuh sanubari untuk aku bagi komen.

I understand how u feel kat point number 6. Aku baru je kehilangan ayah aku just before Ramadan ni. Sedih gila weyh kehilangan ayah, we are in the same boat. Kali ni aku kene raye kat overseas sebab komitmen belajar, hmm..sedih gak tak dapat tolong mama aku kat rumah.

Just nak share (also FYI to finaz yg komen kat atas ni), raya bila kite di negara orang (yg penduduknya majority bukan islam), kita appreciate apa maksud sebenar puasa dan hari raya, bukan sekadar cultural, tetapi lebih spiritual. Tak perlu buang duit dengan benda-benda superficial, like tukar langsir la, baju baru 6 pasang la or etc. Alhamdulillah this is such an eye-opening experience for me so far. One day aku harap korang akan diberi peluang untuk merasanya.

To IjaiCool, teruskan berblogging, blog ko memang cool doh. Selamat Hari Raya :)

finaz said...

i see.. alamak terasa plak baju raya i tahun ni 6 pasang youu.. hehe

Fareez Mansur said...

Bro, tangkap leleh seh. Aku akan lebih appreciate my father after this. Thanks..

Fareez

Anonymous said...

my father handed her the telephone
i said..."hi mom"...
she just silent
keep silent
and silent
i know she was crying at the other end
so did i
we keep silent for almost 5 mins
until we get the courage to talk
that was 5 yrs back
on 1st syawal of my 1st raya in overseas
been 5 yrs celebrating raya in overseas
been 1 yr and half not goin back to msia
always pray to Allah
if He want to take me away
pls just grant me my last wish
to have this raya with my family
Ameen

intan

Mimie.Candy Cane said...

ok,nombor 6 tu buat aku sedikit sebak..

tp aku nk kabor,walaupun dah berusia 28 tahun,aku masih lagi main bunga api jerit2 depan rumah dengan anak2 buah..

Faizal Rosly said...

neta: thanks tapi ucapan anda tak kira, kena tunggu sesi ucapan raya nanti haha

suha: nasib baik saya anak tunggal tak perlu bagi adik beradik wang haha

aleng: thanks. enjoy tengok wayang hari raya ketiga haha

finaz: 6 pasang? ENAM? ni baju raya untuk raya haji sekali ni ke apa haha

alia: :)

thshrkx: usah begitu nanti peminat kumpulan mpop lari haha

thecuriousmind: thanks for sharing. kalau ada ramai kawan best juga kot beraya di perantauan

fareez: great to hear that

intan: ameeeeen.

mimie: apa ni mimie mana boleh berperangai begitu dah 28 tahun

Sally said...

Point no 6 .. yg dah berlaku tak dapat nak rewind, tp setiap yg berlaku ada hikmah Allah..as for now, be d best son to ur mama dan kirimkan Yaasin dan doa anak soleh to ur arwah papa..
:)

theanswer said...

entry kau yg paling tacing pernah aku baca. *sad*
alhamdulillah bapak aku masih alive..memikirkn kisah kau, aku ucapkan terima kasih sbb kau memberikan ingatan kepada kami sekalian utk menghargai org yg tersayang selagi mrk masih ada.
bapak gf aku pon dh xde passed away setahnu lepas b4 puasa..perkara cmni mebuatkn semua org lebih rapat dan aku lebih menyayangi gf aku..cewah ;p

Aslina said...

Hmm... since 2 tahun lepas raye aku da tak bermakna da... coz past 3 yrs my mom takde. Then 8 mths after, my dad follow her... da la aku ade abang yg da kawen sorang tu je... mesti ah dia sibuk ngan family dia...

Raya 1st je aku follow dorg beraya kat umah sedara2 aku... raya second sampai la abes cuti dorang, aku raya sorang2 kat umah sbb dorg balik kmpung bini dia. Time blaja, aku sanggup balik umah sewa pagi raya ke3. Layan perasaan sorang2 dalam umah sambil chatting ngan membe2 blaja oversea...

Tahun ni aku start keja.. sumpah takde feel nak apply cuti... da la kena cover ganti2 org semua... pasrah je lahhh... apply cuti pon kemain payah sbb client tak cuti...

afrohead said...

aku tak ingat bila kali terakhir aku dapat kad raya. sekejap, lima tahun dakulu? eh mungkin juga tujuh tahun dahulu? ahh abaikan saja.

anyway selamat hari raya saudara :)

larilajulaju said...

jgn lupa open house raya ijai.gua pasti datang berbaju melayu tanpa songkok berkasut converse seperti tahun lalu.yehh.selamat hari raya.

Jemz said...

raya tahun ni x bermakna sebab : kedua2 kete yg berumur purata 3 thn dah mintak 4k dr aku..koyakkk

jana said...

Ijai,
kalau sedih ijai cakap orang puteh ya,kita sama ijai anak yatim yang takda kampung,abah kak jana pun meninggal di tahun yang sama.Cuma kak jana dapat mengadapnya masa dia menghembuskan nafas terakhir,mehlah ijai raya umah kak jana kat Putrajaya.Kali ini kak jana tersenyum baca blog ijai macam biasa,tapi kali inilah juga pertama kalinya air mata bergenang baca blog ijai:(

(SELAMAT HARI RAYA DIK)

Clarky Afif said...

tahun ni tahun kedua raya tanpa emak dan ayah saya.
tahun lepas depa kerja.
tahun ni depa umrah pula.

hey rhymes!

Along said...

Points 2, 3, 4 sangat releven. Nak2 Along ni yang dah ada anak2...lagi la..baju raya anak2 kena utamakan. Along dapat coli baru pun dah cukup la tu..takyah bazir, recycle je baju tahun2 lepas. Cik abg Along lagi la..pakai baju nikah 11 tahun dulu. Bagus, berjimat. Ikut cakap Najib.

Point 6 sedih tapi membuka mata. Tahun ni raya kat rumah parents Along dulu so..nak manfaatkan masa tu bersama keluarga. Takmo dok depan tv tengok sarkis. Ada lagi ke sarkis pagi raya?

oya, Along dok bangi...kot2 la ter-rajin buat open house...I invite u and ur mama.

Lizzie Yasmin said...

aku tak pernah rasa bestnya raya since dari kecik. mcm biasa jer.. beza.. ada byk makakn kt umh, dan semayang raya..

Anonymous said...

damnit jai. sebak aku baca entri kali ni.

kau dah berkurangan brape kg?

adam

Faizal Rosly said...

terima kasih uols :)

@adam: barbie turun naik dowh tapi tak pernah turun bawah 72kg. berat asal 73. apa iniiii

Anonymous said...

gile ah. aku dah lagi ringan dpd kau. aku jatuh dpd 72kg ke 67 kg. kombinasi puasa + blajar + bersenam.

adam

fndrocka said...

setiap orang rasanya akan ada naik-turun spirit raya ni, ada time yang biasa-biasa..ada time yg klimaks..dan ada time yg down..

kalau mcm aku..aku masih belum dpt time klimaks tu..setakt ni masih lagi biasa-biasa je..rasanya tahun ni pun biasa2 je, sebagai org bujang gitulah.

tapi dari tahun ke tahun,aku akan cuba jugak menjadikan ia bermakna dan meriah.haraplah.

..:: WiRdA ::.. said...

ending hiba btol..T_T

anyway, selamat hari raya.. beraya la merata tumpang ko dpt cuti tu.. thn ni last kan raya single??? hihihhii

Shima Ibrahim said...

Dem u. Seronok baca from 1-5, tetiba sampai no.6 tersentak aku.

Selamat Hari Raya, Ijai & Mama Ijai.

Anonymous said...

sedih.. rindu arwah.. :(


-syarina sepupu terbaik-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...