Tuesday, August 16, 2011

Parti Liar Ramadhan

Hai apa khabar pembaca? Saat yang paling indah di bulan Ramadhan ini adalah saat berbuka puasa. Saat di mana air jagung yang sejuk menuruni anak tekak, popia basah dikunyah ghairah dan kemudiannya disudahi dengan jilatan ke peha.....peha ayam. Keindahan itu akan lebih bermakna jika dikongsi bersama orang yang memerlukan kasih sayang dan perhatian. Maka pada hari Ahad lepas, satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim telah diadakan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Rumah anak yatim yang menjadi pilihan adalah rumah aku. Tahun lepas tema majlis berbuka puasa kami adalah barbie q, tahun ini tema kami adalah Arabian Nights. Maka segala benda mesti berunsurkan Arab daripada makanan dan minuman sehinggalah kostum dan kebudayaan. Ayuh teruskan membaca.

Mengikut pembahagian tugas berdasarkan bangsa, Ahmad Shuhud ataupun Abe telah ditugaskan untuk BELANJA main course kami iaitu Nasi Arab. Abe kena denda belanja sebab haritu masa pergi Penang dia belot di saat akhir dah nak bertolak baru nak hantar emel cakap dia tak jadi pergi. Anyway jika mahu makan makanan Arab, di manakah kita harus pergi? Sudah pastilah ke restoran Saba' di Cyberjaya sebab tempat itu je yang kami tahu. Maka Abe pun membawa pulang 10 bungkus Kabsah Chicken dan Lamb untuk 15 orang makan. Lepas tu tengok cerita Don't Mess With The Zohan diorang asyik mention Hummus maka kami pun belilah roti Arab sekali untuk cicah dengan Hummus.



Bagi melengkapkan kearaban kami, mula-mula ingat nak beli gajet shisha di kedai Arab di Alamanda tapi macam melampau sangat kan. So kalau tiada shisha mesti ada minuman keras Barbican. Bapak Abe dekan fakulti Pengajian Islam UKM dia cakap boleh minum Barbican. Barbican hanya haram diminum jika Barbican itu Barbican yang dicuri.


Kali ini kami berazam untuk tidak membazir seperti tahun lepas. Last year ada buat barbie q lepas tu isteri masing-masing membawa juadah yang mereka dakwa mereka buat sendiri bagi menunjukkan mereka isteri terhebat tapi last-last banyak gila makanan berlebihan. Tapi biasalah bulan puasa kan walaupun syaitan telah dirantai nafsu serakah masih ada. Itu yang beli karipap, samosa, popia, kuih cara, buah tembikai, buah epal, jus mangga, jus oren, Tropicana Mall, kari kambing, kek cis oreo serta kek batik. Kalau korang perasan dalam ayat sebelum ini aku taip Tropicana Mall instead of Tropicana Twister saja je nak tengok korang peka ke tak.


Setelah azan dilaungkan kami membaham dengan penuh bernafsu umpama ikan-ikan yang makan kulit kaki kita dengan rakus di Fish Spa. Macam kurang kena saja analogi yang digunakan itu. As usual, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa dan ikut hati mati. Main peribahasa nampak. Anyway, lazat tu memang lazat, tapi biasalah nikmat bulan puasa ni makan kurma berbentuk lipas kering dua tiga biji pun dah kenyang dah. Daripada 10 bungkus Nasi Arab, hanya 6 sahaja yang berjaya dihabiskan. Selebihnya nak bagi jiran, kami kedekut pula so terpaksalah dibahagikan secara tak adil. Kuih-kuih dan kek pun tak habis mama aku kena bawak ke tempat kerja dia untuk sedekahkan kat makcik cleaner UKM. Itulah kalian degil taknak dengar cakap mama aku elakkan pembaziran.



Sambil terbongkang kelesuan, kami menonton perlawanan akhir Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan. Fuhh tatkala LCW menang set pertama memang bergegar Surau Al-Kauthar berhampiran. Tapi kekuatan mental Lin Dan memang tinggi dah kesudahannya kita terpaksa akur melihat gaya trademark kemenangannya dengan mempamerkan six pack Asia sambil membaling baju yang basah dengan peluh jantannya itu kepada penonton. Dengar cerita kawan aku Adam yang dapat sebab Lin Dan salah faham ingatkan Adam orang Cina dari Tanah Besar.


Walaupun kami semua kepenatan dan kekenyangan, kewajipan sebagai seorang muslim tidak akan dilupakan. Kali ini aku tidak recycle gambar tahun lepas, gambar di bawah masih segar lagi. Kami berjaya mengimport Imam dari khas Nepal dan lakonan para makmum kini semakin meyakinkan dan tidak kaku seperti Rashid Sidek. Matlamat gambar di bawah bukanlah untuk riak dan takbur, sebaliknya untuk memberi dorongan dan perangsang kepada anda semua untuk solat terawih berjemaah walaupun berada di rumah. Amacam kalian terpengaruh tak? Bagus sebenarnya sesi terawih malam tersebut kerana itu merupakan kali pertama Fandi solat Terawih dalam Ramadhan kali ini.


Sudah habis solat, barulah boleh yamsenggggg. Taaaani kudekelam! Hic hic hic ambil gambar macam tengok berparti liar di kelab malam. Memang influence yang tidak baik terhadap anak-anak kecil. Fandi kata Barbican perasa Malt rasa dia macam beer. Macam mana tah kau boleh tahu bagaimana rasa beer.....


Bukannya selalu kita dapat bergelak tawa, dan berkumpul mengumpat bekas teman wanita sebegini. Jika anda ada circle of friends yang semakin drifting away, ambillah inisiatif untuk berkumpul bersama untuk berbual mesra merapatkan hubungan. Bila dah berkeluarga, masing-masing dah ada komitmen sendiri, memang susah nak berjumpa. Sesungguhnya aku berasa gembira sekali dapat menganjurkan majlis berbuka puasa ini di mana semua ahli team Bangi (yang berada di Bangi) berjaya memberikan komitmen masing-masing. Terima kasih Da' Killa, Anas & Zack, Apai & Mizah, Jamil & Evi, Fandi & Ida, Zul & Shuhud, Ikmar & Irna dan mama.

Thank you I lap uols. Uols lap me tak?



9 comments:

cik aletheea : said...

wah...banyak makanan....
suke tengok.suke tengok..
pos sket kat aku oit...

crazy_labelle said...

lakonan semayang tu same je ak tgk...
fandy apesal tetibe terselit...
yg baju kuning n ko apsal kepala teleng?

gelak guling guling (: GLAMOROUS said...

naise . tp , bukan air barbacian what ever tu tak halal ke ? i'm just asking (:

Faizal Rosly said...

aletheea: ala right click > save gambar sudah

labelle: aku nak masuk kamera jugak kenalah teleng yang baju kuning tu zul dia memang tak reti berlakon

gelak: majlis fatwa kebangsaan cakap halal so togak saja

jana said...

ijai,

tergelak tengok gambar time solat tu,nak masuk gambar ijai yang baju kuning kena teleng kepala ye ha ha.

Anonymous said...

Aku laparrr.
Comel betul anak Ikmar.
-adam

Anonymous said...

adam yg gambar dekat tv tu anak anas aryan namenya..hehe..
parti ini mmg nais!!!

-fandi-

Anonymous said...

eh maaf. aku tengok gambar anak ikmar kat facebook ijai. gambar kat sini tak jelas.

aku dah faham dah kenape anak anas semua bermula dengan huruf AZ. Anas + Zaahirah.

adam

Faizal Rosly said...

kak jana: dia memang tak ikhlas dalam menunaikan ibadat

fandi: buat2 lupa je tak payah bayar kat abe hee hee hee

adam: so anak kau nanti gabungan bagaimana? heheh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...