Wednesday, August 10, 2011

Penang Toy Museum


Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita akan kembali ke siri jelajah Pulau Pinang. Salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati di Pulau Pinang adalah Toy Museum di Tanjung Bungah. Mengikut lagenda yang diturunkan secara turun temurun, muzium permainan ini menyimpan lebih 100,000 permainan, patung yang tidak patut disembah, serta collector's item daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa yang nerd. Namakan saja apa-apa kartun, siri televisyen, filem mahupun permainan video, hampir semua anda boleh jumpa di sini. Ini bukan sekadar tempat khas untuk kanak-kanak, aku yang dah baligh sejak darjah 5 dan kini sudah ada janggut pun pasti boleh inzal jika berada lama-lama disini. Kalau mama aku tak buang permainan M.A.S.K, Ninja Turtle mahupun Captain Power aku mesti aku pun dah boleh bukak muzium sendiri macam pemiliknya Loh Lean Cheng yang mula mengumpul sejak 30 tahun yang lalu. NERD. Ayuh bayar RM10 dan melawat Toy Museum ini. Seperti biasa, pasti ada gambar yang boleh mengurangkan pahala puasa anda, so nanti jangan kompelin cakap aku tak beri amaran.

Masuk dalam muzium ni, baru nampak macam sempit sedikit laluannya. Nak bergambar pun kena tunggu nerd yang lain habis bergambar dahulu. Muzium ini boleh dibahagian kepada beberapa seksyen seperti Chamber of Comic Book Heroes, Chamber of Horror, Hall of Rock and Roll Legends dan lain-lain. Ah tengok gambar sajalah.

Oh yeah. Teenage Mutant Ninja Turtles baby. Dulu-dulu aku ada patung Michelangelo dengan Pizza Thrower, tapi apa sangatlah berbanding koleksi beliau ini.



Banyak juga kartun-kartun dan siri TV awal 90an lain seperti Biker Mice From Mars dan Suria Perkasa Hitam.



Figurines daripada filem pun banyak juga. Tahukah anda ada buku Harry Potter 8: Revenge of the Ultraman?




Tapi koleksi yang paling banyak dalam muzium ini aku rasa Star Wars. Aku cakap Star Wars je serta merta bermain dalam minda kalian tet tet tet tetttt neeeee teneneneee kan? (lagu tema).




That nerd moment aku tiba bila nampak patung Fallout, permainan role playing kegemaran aku of all time siap dengan Power Armor dan laser riflenya sekali. Malahan, ada banyak lagi karekter-karekter familiar daripada permainan video seperti Metal Gear Solid, Halo, Tekken, Mortal Kombat, Half Life, Hitman dan cough cough, Lara Croft dari Tomb Raider.




Figurines di sini bukan setakat kartun dan superhero saja, artis popular pun ada hoccay. BYE BYE BYE!




Ok mari kita main kuiz. Sapa dapat teka watak dalam gambar di bawah, aku belanja makan kurma. Ok tak, saja je nak kurangkan pahala puasa kalian kah kah kah. Apapun bagus diorang ni melindungi kanak-kanak daripada pendedahan awal kepada payu dara cover guna selotep je.


Banyak lagi gambar kurang senonoh kita letak di Fesbuk sahaja. Jangan lupa mengganti puasa jika puasa kalian terbatal setelah melihat gambar di atas ini. Sesungguhnya jika anda seorang yang nerd ini adalah tempat yang patut anda lawati di Pulau Pinang ini. Eh belum habis lagi hoccay siri jelajah Penang. Awwww.





13 comments:

sha2 said...

hahah. harry potter revenge of the ultraman. hahah. btw,gambar 2nd last tuh sangat hentai. ish3

ryani said...

hehe been there in 2008. kitorang stay kt corpthorne hotel blkg toy museum tu je..mmg best rasa xnak balik..oh nerd nye aku lalalala

crazy_labelle said...

utk rm10
ak lg rela juadah berbuka mcd.

The Sharkox said...

aku dah pergi dah bulan 3 ke empat haritu..

Memang banyak, tapi ada perkara yg aku tak puas hati..

Dia tak jaga. Boleh tengok ada kesan2 debu kat kepala2 action figures tu semua. Mungkin pasal dia tak larat nak cuci tiap2 hari. kalau tak larat, upah la mat penang sana sorang dua suruh basuh debu tiap2 bulan..

lagi satu, dia suka2 hati je letak karekter ikut suka dia. Atromen dalam kawasan mr bean, toy story dalam kawasan manga, dan lain2..

sekian..

ainie syeema said...

upin ipin ada tak?

Faizal Rosly said...

sha2: habis pahala puasa anda

ryani: mesti lagi kool jika ada maskot bergerak untuk bergambar. eh

labelle: rugi jalan depan sikit ada bazar kat pkns. rm10 bole beli nasi ayam berempah + air jagung + popia basah

sharkox: mungkin sebab dah terlalu banyak sehingga tiada tempat...aku nampak Woody Toy Story bercinta dengan Snake Metal Gear Solid

ainie: hmm malangnya tiada or dia tak beli lagi

Anonymous said...

nampak cam mai shiranui from king of fighters. tapi bukan kot...

adam

haadziq said...

gambo last cam haram. best tak kna sebat? haha

Wan said...

ok aku baca entri ni malam

Faizal Rosly said...

adam: mungkin benar, jika diukur saiz dadanya. eh

haadziq: memang nikmat

wan: still kena mandi wajib

Clarky Afif said...

adult toy tiada?

Faizal Rosly said...

errr errr errr semua toys tersebut boleh diaplikasikan menjadi adult toys. eh

AA said...

adult toys ade ke tak kat sini?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...