Thursday, August 4, 2011

Sesi Penggambaran Majalah Mangga #2

Berdasarkan tajuk di atas, anda mungkin boleh membuat ramalan apa yang anda bakal lihat di dalam entri ini. Pihak penulis tidak akan menanggung dosa akibat terbatalnya puasa kalian setelah membaca entri ini. Pilihan di tangan anda.

WOOHOOO SWIMMING POOL! Walaupun kita ini tercipta daripada sperma yang pandai berenang, itu tidak bermakna bakat berenang tersebut akan terbentuk secara automatik di dalam diri kita. Ya, aku akui yang aku tidak pandai berenang. Jika aku dicampak ke dalam kolam renang bersaiz olimpik tanpa pelampung aku pasti akan terkapai-kapai kelemasan. Maka kesempatan mandi kolam ini aku gunakan sebaik mungkin untuk belajar berenang dengan Anas.

Oleh kerana aku memang tiada asas langsung dalam acara renang ini, aku disuruh untuk berlatih teknik pernafasan terlebih dahulu. Sumpah aku langsung tiada bakat, sehinggakan aku harus menjadikan Aryan, bayi yang belum sampai 2 tahun pun sebagai mentor aku dalam kelas renang tersebut.


Belajar bernafas pun kau ingat senang ke? Sukar hoccay. Ahh nyatalah aku memang tiada bakat. Apapun, hanya diri kita sahaja yang tahu apa yang kita mampu lakukan dengan baik. Bagi aku, aku dianugerahkan dengan paras rupa dan tubuh badan yang menarik untuk ditatap. Ok tubuh badan buat masa ini mungkin bermasalah sedikit, tetapi kita lihat lepas bulan puasa nanti bagaimana. Dengan wajah kurniaan Tuhan ini, aku yakin aku boleh pergi jauh dalam bidang peragaan. Lihatlah shot-shot yang bakal dipaparkan dalam majalah Mangga edisi Aidilfitri nanti.




Di saat ini, puasa anda mungkin telah terbatal di atas dua sebab; pertama, anda muntah dengan sengaja melihat gambar di atas. Kedua, anda telah mengecapi kemuncak syahwat akibat terlalu ghairah setelah menjamu mata dengan gambar tersebut. Kalau anda tak rasa apa-apa, tahniah, Iman anda memang kukuh dan anda mungkin ada peluang untuk bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Entri ringan-ringan saja. Nanti kita sambung lagi entri percutian ke Pulau Pinang. Jangan lupa ganti puasa jika puasa anda terbatal disebabkan gambar di atas ya.



11 comments:

Qaseh said...

yg penting belajar kalo xbelajar sampai bila pun xpandai berenang

cik aletheea : said...

erk..gamabr last skali tue..
~adeh~,
nak terbatal pose aku tahan gelak..

ainie syeema said...

hampir terbatal pose gara2 ketawa tanpa henti..

Faizal Rosly said...

qaseh: dan, yang penting rupa

aletheea & ainie: jangan lupa ganti puasa

..:: WiRdA ::.. said...

comelnya aryan buat teknik pernafasan..hahaha sebbaik tak batal puasa aku..kurang pahala tak kalo tergelak byk2?

makdara TERdiva said...

muntah pink :P

haha

crazy_labelle said...

bwahaha... gambar last buat ak rase nak tergelak... so means iman ak masih kukuh la kan...

eh tp kalo org ehem2 bukan automatik senang terapung kan?

The Sharkox said...

mana gambar penuh? alang dah batal ni

Aslina said...

aku muntah time nak sahur. ok lagi la kan?

Anonymous said...

gambar last sekali tu rasa nak lempang hocayy..hehehe.. serius ak gelak full blast ;P

uculer said...

nasib baik aku baca entri lps buka. tapi aryan mmg hebatlah. ni yg rasa nak repeat kelas renang ni.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...