Friday, August 26, 2011

Ucapan Khas Hari Raya Aidilfitri 2011

Hai apa khabar pembaca? Rata-rata anda semua sedang tak keruan di pejabat sebab hari ini merupakan hari terakhir anda bekerja sebelum bercuti panjang untuk hari raya. Bersabarlah saat indah kan menjelma jua. Walaupun tahun ini aku tak dapat satu kad raya sebenar dan kad raya elektronik pun daripada kalian, aku tetap akan mendoakan kesejahteraan anda semua berhari raya bersama keluarga di kampung sambil mencuci mata melihat riak wajah gembira gadis-gadis yang berjaya mengurangkan berat badan untuk memakai kebaya ketat terbelah sehingga ke peha. Ya saya tahu anda sudah menggigil parkinson nak balik kampung, maka saya ingin gunakan kesempatan ini untuk membuat ucapan khas Aidilfitri khas untuk anda semua sebab nanti kat kampung tak ada 3G. Ayuh teruskan membaca.

Manusia memang tak dapat lari daripada kesilapan. Saya manusia biasa seperti anda juga, bezanya kita cuma paras rupa. Saya sedar, sepanjang saya menulis blog ini, saya sering membuat jenaka-jenaka berunsurkan seksual asyik cakap pasal organ reproduksi, membuat jenaka perkauman, serta menstereotypekan gadis-gadis seperti menuduh gadis tak boleh buat side parking. Mungkin ada di antara anda yang terguris hati dan mengalirkan air mata di sudut-sudut gelap dengan hasil penulisan saya, maka di sini saya memohon keampunan dengan penuh keikhlasan dari hujung rambut ke hujung kaki, unless kaki anda kena potong sebab kencing manis. Usah menyimpan dendam di dalam hati, kelak dendam tersebut akan membuat anda horny. Entah apa kaitannya entah. Mengenali perangai saya, saya pasti akan kembali membuat jenaka seksual dan seksis selepas hari raya nanti, tapi ketahuilah semuanya sekadar bergurau senda agar kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni.

Buat mereka yang akan pulang ke kampung malam ini, saya ucapkan berhati-hati di jalan raya. Jangan bawa laju-laju jika tidak mahu menjadi statistik di dalam Ops Sikap nanti. Ibu bapa di kampung menantikan kepulangan anda menaiki Myvi, bukannya van jenazah. Unless kalau kau ni kerja sebagai bilal dapat van kompeni and in this case van jenazah so memang kau bawa van jenazah ke mana-mana. Ketika anda sedang mengulum kuih batang buruk buatan nenda, bayangkanlah saya di sini. Usah bayangkan secara seksual kerana itu adalah gross, tetapi bayangkan saya berada di Bangi beraya seorang diri tiada kampung agar anda dapat lebih menghargai suasana beraya di kampung halaman. Jika kalian tak pulang ke kampung, nak beraya di rumah saya hari raya pertama pun boleh. Pintu pagar saya sentiasa terbuka untuk gadis-gadis berbaju kurung bertudung Hana Tajima. Buat anda yang beraya di perantauan ataupun terpaksa bekerja berbakti kepada negara ataupun kompeni kafir, takziah saya ucapkan.

Akhir kata, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua para pembaca setia Y.P.R. Buat peminat-peminat fanatik, stalker-stalker, serta rakan-rakan alam maya, saya tujukan pantun raya ini untuk anda:

Di pagi Syawal membaham lemang,
Lemang dibaham bersama sirap,
Dosa yang lalu usah dikenang,
Harap diampun salah dan silap

Chewahhh pantun. Kad raya recycle tahun lepas punya jelah ok haha. Happy Raya Day uols! HO!





14 comments:

niena ; ) said...

selamat hari raya ijai ! *dah lama aku tak komen kat blog kau ni =)

..:: WiRdA ::.. said...

haha...
selamat hari raya utk anda dan bonda anda... thn depan raya seblah mana dulu..eh

clarky said...

ah, kau tak emel aku pun alamat. hemph.

esok aku keja lagi. hemph.

selamat hari raya. hemph. maaf zohir dan batin. hemph.

Anonymous said...

jom jai karipap-karipap cinta di pagi syawal..hehe..
slamat hari raye..pagi raye nanti aku dtg bwk vuvuzela..


-shuhud-

Faizal Rosly said...

niena: selamat hari raya maaf zahir sahaja

wirda: tahun depan raya di di di ahhh usah anda cuba memporakperandakan rumahtangga kami. hehe lepas raya kita jumpa sila beritahu suami

clarky: aku emel laa kat emel ofis anda. takziah bekerja esok

abe: yaaa pergi alamanda tengok wayang pakai baju melayu. solat raya datang amek ake

Yun said...

Selamat Hari Raya Ijai & tidak ketinggalan juga ibu tersayang & teman wanita tercinta :D

Muaz said...

Ijai, selamat hari raya! maaf zahir..

Takpe, nanti tahun depan raya utagha noo..

Kun yusuf santiago aguero said...

Salam Ijai


selamat hari raya..
bosan la kadraya lama. oh, maaf zahir batin



kehkehkeh~

jana said...

"SELAMAT HARIRAYA IJAI"

ainie syeema said...

salam hari aidilfitri abg ijai mat kool ! hari raya ke 5 marilah dtang rumah terbuka di rumah saya. Ada makanan percuma , hanya bawa perut yg ksong. :)

Aslina said...

Isnin pon aku keje lagi ohhh... dan takde kmpung untuk balik. Semoga tahun depan aku ade kampung la hendaknye. Wahaha...

Slamat hari raye weh... aku berbakti pade company local yg ada client kafir. Aci tak statement camni? Haha...

Anonymous said...

Allah Akbar..Allah Akbar.. Allahu Akbar.. Walillah Ilham.. Kami dari peminat @ silent reader YPR yang brada d Brunei Darussalam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri to you Ijai ;)

P/s Ijai raya nnti jgn kuat makan nnti tak muat sinjang getah (kain samping,eh?) awak iteww..hikhikhik

Pa'an said...

slmt hari raye ijai...suruh la abu dtg rumah kau nnt..kesian dia kene keje time hari raye...hahaaa

Faizal Rosly said...

yun: selamat hari raya chua shi yun. lei hou leng. ngo hou leng chai? datang rumah nanti ok

muaz: haha kita balik sama2 nooo

yusuf: hai yusuf selamat hari raya. ok next year jika berpeluang kita buat kad raya baru

kak jana: selamat hari raya kak

ainie: baiklah!

aslina: selamat bekerja satu hari sebelum raya!

gadis brunei: hai apa khabar orang di sana selamat hari raya. apa juadah istimewa orang brunei

paan: haha padan muka dia berlagak tanak amek cuti

selamat hari raya semua!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...