Friday, September 30, 2011

Bitches in TV Series

Hai apa khabar pembaca? Tempoh hari kita telah membincangkan tentang Jejaka-Jejaka Idaman Gadis di Siri Televisyen. Hari ini kita akan membuat kajian tentang watak-watak perempuan jalang dalam siri TV pula. Watak-watak ini dimainkan dengan begitu efektik sehingga timbul rasa benci, menyampah, dan meluat di dalam diri. Kalau jumpa pelakon-pelakon tersebut kita tak rasa nak minta tandatangan pun, sebaliknya kita akan memaki hamun mereka di tempat kejadian. Watak-watak yang disebutkan ini kalau muncul saja di kaca TV, secara automatik kita akan menjerit BITCHHHHH, well at least di dalam hati. Kalau kenalkan kat keluarga kita sebagai calon isteri memang ibu bapa kita tidak akan memberi restu. Ayuh kita kaji watak-watak bitches ini.

Julie Cooper - The O.C.


Julie Cooper adalah seorang MILF. Kau tengok saja wajahnya pun dah tau dia ada sextape rahsia macam Wan Nur Azlin cuma tak dirilis je lagi. Dia ni selamba saja membuat hubungan sulit dengan bekas teman lelaki anak perempuannya Marissa Cooper yang dulu comel tapi sekarang anoreksia nervosa in real life. Dahla mata duitan, gemar menabur fitnah dan spekulasi dalam kawasan kejiranannya pula tu. Tapi dia ni protective sebenarnya kalau anak dia kawan dengan orang nampak jahat sikit memang dia larang. Or maybe sebab mereka tak cukup kaya. Lepastu dia berlakon dalam Nikita still jadi watak bitch jugak. Memang bitch for life dia ni.

Lucille Bluth - Arrested Development


Siri komedi Arrested Development adalah antara siri komedi yang terbaik sepanjang zaman, tetapi malangnya hanya mampu bertahan sehingga musim ketiga. Seriously, you guys should watch this series. Keluarga Bluth adalah keluarga yang dysfunctional, dan ibu mereka Lucille Bluth secara tidak langsung kelihatan sebagai watak yang mengawal segala-galanya dalam keluarga Bluth. Dia ni suka minum minuman keras. Lepastu menggelapkan wang syarikat untuk kemudahan diri pergi ke spa dan membuat facial. Kalau ada anugerah Ibu Mithali Maal Hijrah memang dia dapat undi negatif kerana skil parenting dia adalah celaka sekali. Sepanjang masa menipu anak-anak dan suami dia. Dia bersifat mementingkan diri sendiri dah super kompetitif dan manipulatif. Selalu dera bibik dia. Apapun aku dengar ada filem Arrested Development akan dikeluarkan nanti. Mananya?

Semua Watak Utama Desperate Housewives

Seriously, semua watak surirumah dalam siri itu adalah perempuan yang keji. Anda mungkin kata Edie saja yang keji tapi sebenarnya tidak. Ya ya Edie meniduri semua lelaki dan bakar rumah Susan, tapi watak lain pun sering menunjukkan kebitchan mereka. Bree...nama pun dah macam pornstar. Dia ni terlalu mementingkan kesempurnaan di dalam hidup sehingga membuat orang lain benci. Gabrielle pun sama juga curang dengan tukang kebun muda. Dahla bersifat pisau cukur, lepas tu mengambil kesempatan di atas kebutaan suaminya dengan parking di tempat orang cacat. Mary Alice pula bunuh diri huiii memang tiket sehala ke neraka.

Christina Yang - Grey's Anatomy



Christina bukanlah seorang watak orang Asia yang tipikal. Pada musim-musim awal, dia seorang yang fearless dan ruthless, tiada apa yang lebih penting daripada kerjayanya sebagai doktor pakar bedah. So tiada masalah lah nak membelot kawan mencuri pembedahan. Dia tak percaya dengan Rukun Iman kerana dia percayakan sains. Dia ni memang handal membedah tetapi keperibadiannya memang dibenci. Tak pernah nak jaga hati pesakit mahupun kawan-kawan. Main cakap lepas je. Tengok muka pun memang rasa nak tinju.

Sue Sylvester - Glee



Sue Sylvester ni memang pure evil. Aku dengar gosip dalam season finale nanti Sam dengan Dean Supernatural nak membuat kemunculan di dalam Glee kerana Sue sebenarnya adalah seekor demon.

Yvonne - Nora Elena

Ok secara jujurnya aku tak pernah tengok satu episod Nora Elena so apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian aku semata-mata. Ketika Nora Elena sedang ditayangkan, kita boleh lihat status-status hilang akal di Fesbuk dan Twitter seperti "OH EM JII SCHWEETTT GILA BARBIEEEE" mahupun "OHH ABANG SETH KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU". Tetapi bila watak Yvonne muncul status tersebut akan diganti dengan "BETINA SUNDAL!!!", "EIIII BENCINYA AKU KAN YVONNE NI KALAU AKU JUMPA MEMANG AKU SIMBAH ASID". Sampai kat Fesbuk pun ada page benci "KAMI BENCI YVONNE DALAM SIRI NORA ELENA". So I guess she's a major bitch in a Malay TV series?

Margarita - Mis Tres Hermanas



Dia curang dengan suaminya dengan meniduri lelaki kacak. Dia sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan adik-beradik suaminya kerana tidak rela tinggal sebumbung dengan mereka. Dia sanggup melakukan pelbagai pendustaan dan menabur fitnah bagi memastikan dia hidup dalam kesenangan. Hendak dijadikan rumusan, dia memang layak digelar bitch. Dialah Margarita Alvarez dari telenovela agung Mis Tres Hermanas. Jika anda tidak mengetahui apa itu Mis Tres Hermanas, mungkin anda tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mendapat siaran NTV7. Seriously muka dia pun sama muka Bitch For Life. Even in real life dia ada sextape sendiri huiii jangan kalian pergi Bing pulak. Lagipun Margaritalah penyebab berlakunya satu insiden memalukan dalam hidup aku. Boleh baca dengan mengklik entri The Biggest Bitch di bawah.

Begitulah antara watak-watak perempuan keji di dalam siri televisyen yang aku tonton. Mungkin ada banyak lagi watak yang anda ingin ketengahkan? Blair Waldorf aku dengan bitch jugak. Silalah kongsi bersama.



17 comments:

Cipantino said...

Sue sylvester plg bitch.ahahaha...menarik jugak adik beradik supernatural nk dtg tuh..wahahahaha

slay said...

hahaha aku tak sangka margarita pun masuk dalam list!

BTW, OHH EM JI, ijaicool tengok Glee! :D

eiffel said...

peh peh peh.layan gak ko telenovela ni ea

eiffel said...

ah, pesal actress sinetron xtermasok?aku rasa, mst lg ramai giler kot.heu heu heu

Shima Ibrahim said...

Ah Margarita. Dia memang the bitchest bitch of them all. Sorang lagi yang layak masuk kategori ni ialah Whilhelmina Slater (Ugly Betty). Memang bitch!

muna said...

i love yang! jangan laa samakan yang ngan bitches lain tu semata2 sebab dia keras kejung dan tak pandai meluahkan kasih sayang.. :(

clarky said...

makcik kaya dalam ramadhan terakhir, auoauoauoauoa!

cik aletheea : said...

ye .
saye sokong sue mmg super bitch.
selamba katak sesuka hati die je.
tapi die seorang kakak yang baik, ok.


ada sam nanti???
wah....suke.suke

Faizal Rosly said...

cipantino: season finale nanti. tungguuuu

slay: eh tengok kadang2 je hihi

eiffel: sinetron aku tengok gambar je sebab tak faham. eh

shima: yaaaaaa. that bitch. walaupun aku sekadar tengok iklan dia di starworld

muna: dia menggugurkan kandungannya. haa macamana tu

clarky: kalau kaya mesti lupa diri

aletheea: baik sikit, jahat banyakkkkk

Cipantino said...

Tapi Rachel dlm glee pon bitchy gak. Masuk ler sekali dlm list..hehe..

Wilhemina slater..btol btol..

Eh, calon kpop takde ke?

Atiqah Ahmad said...

tiba-tiba teringin nak tengok balik siri mis tres hermanas. perempuan dalam tu sume cun-cun. heee~

jana said...

bitch yang klasik Siput Sarawak,cerita melayu klasik mesti sakit hati kalau tengok dia berlakon

Muaz said...

Kalau bitch bukan perempuan, aku tak suka Joffrey Baratheon dalam Game of Thrones. Haha

nn said...

yvonne memang superbitch!

khairul_bariyyah said...

suka watak sarcastic christina yang dengan sue sylvester.. heheheh

muna said...

alah..kan dah kata, dia keras kejung dan tak pandai meluahkan kasih sayang. dia tanak beranak sebab dia sendiri rasa dia incapable of loving a child. kira oklaa dari jadi cam mak meredith.

amirah said...

sarah dalam nur kasih! erghh.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...