Monday, September 19, 2011

Jejaka-Jejaka Idaman Gadis di Siri Televisyen

Hai apa khabar pembaca? Hari ini merupakan hari raya ke dua puluh satu. Adakah anda sibuk menghabiskan hujung minggu anda dengan menambah kadar kolestrol di badan anda pergi membaham nasi minyak dan rendang di kenduri khatan Pak Su anda? Elok-elok makan tu nanti diserang penyakit kardiovaskular pula. Habis tu kalau tak keluar rumah nak buat apa? Mungkin boleh menonton siri televisyen barat yang kini sudah kembali? Mengikut statistik yang aku reka sendiri hasil daripada kajian terhadap siri televisyen barat, terdapat 5 calon jejaka yang sering difantasikan oleh gadis dalam impian romantis mereka. Jejaka-jejaka ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza, dengan karekteristik yang unik menjadikan mereka calon suami yang diimpikan walaupun bakal mendapat tentangan keluarga. Ayuh kita kaji jejaka-jejaka idaman gadis di kaca TV.

Sam Winchester - Supernatural

Sam Winchester merupakan salah seorang daripada protagonis adik-beradik Winchester di mana setiap minggu mereka akan menggembleng tenaga untuk menghapuskan iblyss dan syaiton dalam siri Supernatural. Kalau nak diikutkan dari segi paras rupa, Sam lebih hensem sedikit daripada abangnya Dean. Gadis-gadis rata-ratanya akan memilih untuk meniduri Sam daripada Dean kerana keperibadian Sam yang lebih independent dan bertanggungjawab daripada abangnya. Kalau ada kes je yang tukang buat research semua Sam yang buat. Dean pulak sekadar berfoya-foya di bar sambil membuat bunyi cet cet untuk menarik perhatian gadis tempatan.


Walaupun Sam tampak tenang di luar, dia sebenarnya menderita di dalam. Dia selalu rage dengan iblyss bunuh tanpa banyak soal, dan sebenarnya ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang bapanya Denny Duquette sejak kecil. Konflik dalaman ini ternyata berjaya menimbulkan rasa simpati daripada gadis-gadis. Dia sebenarnya inginkan kehidupan normal berbanding kerja entah dapat gaji ke tak memburu syaiton ni. Tapi kalau aku jadi gadis aku akan pilih Dean sebab Dean rela masuk neraka untuk menyelamatkan Sam. Ultimate brotherly love tu.

Derek 'McDreamy' Shepherd - Grey's Anatomy


Ahh McDreamy. Nama pun McDreamy memang nama jejaka yang kita ingin muncul dalam mimpi basah kita la kan. Mungkin kalian akan bertanya, mengapa tak pilih McSteamy? Kerana rakan yang baik tidak akan meniduri isteri teman baiknya. Trauma yang ditanggung oleh Derek hasil daripada kecurangan isterinya itu membuatkan gadis-gadis berasa kagum dengan ketabahannya menumpuhi hari-hari yang mendatang di Seattle Grace. Lagipun dia kerja sebagai pakar bedah otak, tak hangat ke tu? Paras rupa toksah ceritala. Dengan rambut lebat macam singa, efek 'cukur tak cukur' yang seksi serta suara husky yang menggoda, tidak hairanlah gadis-gadis mengimpikan rangkulan hangat daripada McDreamy.

Chuck Bass - Gossip Girl

Chuch Bass adalah definisi bad boy di kaca TV. Walaupun wataknya sepatutnya dibenci, tetapi gadis-gadis tiba-tiba menjadi buta apabila ternampak Chuck. Apasal korang suka si Chuck ni dia pernah membuat cubaan merogol hoccay? Gila saiko. Anyway gadis-gadis memang mudah attracted dengan bad boys bukan? Dia ini tampak mementingkan diri sendiri, narcissist macam penulis blog ini serta kerapkali horny berdasarkan dialog-dialog tak senonoh yang diungkapkannya. Walaupun dia kaki perempuan, cinta agung dia hanya pada yang satu. Bukan tuhan yang disembah, tetapi Blair Waldorf. Macam lagu Siti Sarahlah, "Kesetiaan, menghalangiiii kupindah ke lain hatiii...".


Dari segi pemakaian, dia sering nampak elegant dengan memakai suit dan baju yang formal. Rambutnya sentiasa tersisir rapi dan bulu dadanya itu hanya melengkapkan keseksian beliau.

Damon Salvatore - Vampire Diaries


Aku tidak pernah menonton Vampire Diaries maka aku tak boleh nak membuat ulasan tentang karekter Damon ini. Namun begitu, kemasukannya di dalam senarai ini adalah berdasarkan kekerapan aku melihat namanya muncul dalam timeline aku di Twitter ataupun dalam news feed di Fesbuk. Setiap kali beliau membuat kemunculan, gadis-gadis akan terkinja-kinja di atas kekacakannya, most probably matanya yang seksi itu. Betulkah?

Barney Stinson - How I Met Your Mother

Ok pilihan yang ini sumpah aku tak faham. Jika kita buat survey, siapakah jejaka yang ingin dijadikan teman lelaki dalam siri How I Met Your Mother, kebanyakan gadis-gadis akan menjawab Barney Stinson? What the what woman? Barney adalah seorang yang keji. Dia akan menipu anda, memanipulasi anda, menggunakan pelbagai teknik mengurat yang tampak awesome demi meraih kepercayaan anda, semata-mata untuk memasukkan zakar beliau ke dalam faraj anda tanpa ada sebarang ikatan emosi. Lepas tu habis madu Sepah berpecah. Setelah berzina dengan anda, anda buka saja mata anda tidak akan nampak kelibat beliau di sebelah dan anda tidak akan dengar langsung berita daripadanya kerana nama, pekerjaan, nombor telefon yang diberi kepada anda semuanya adalah rekaan semata-mata. Lupakan ending season 6 di mana kita dapat lihat dia seperti mahu settle down dengan mengahwini gadis idamannya (aku rasa last2 mesti dengan Robin juga dan bukan Nora) kerana ramai lagi gadis yang akan disetubuhinya termasuk anda.

Bagi aku, teman lelaki yang anda patut pilih adalah Ted Mosby, bukannya Barney. Ted adalah seorang hopeless romantic, dan dia percaya dengan kewujudan cinta suci. Dia sanggup menunggu masa yang sesuai, berkorban demi cinta agar dapat gadis yang memang jodohnya demi mengecapi kebahagiaan hakiki. Itu yang dah masuk season 6 paling terer pun kita nampak kaki bakal isteri dia je. Ah even Ranjit pun lagi bagus korang jadikan teman lelaki berbanding Barney. That being said, Barney adalah karekter yang bagus untuk siri televisyen tetapi dia bukanlah calon teman lelaki yang anda harus pilih.

Bagaimana dengan senarai jejaka-jejaka di atas? Adakah benar kalian ingin menjadikan mereka sebagai teman lelaki? Jika anda ada jejaka idaman dari siri televisyen selain daripada yang disebutkan di atas, ayuh kongsikan bersama. Cuma tak perlulah masukkan Seth Tan ok.



29 comments:

miss maurer said...

i heart Dean Winchester hehe

LaLaLOLa said...

Ayuh kita kagi jejaka-jejaka idaman gadis di kaca TV.

kau nak kagi atau nak taji jejaka2 tersebut sebenarnya?

muna said...

i love ted! nakkkkkk! <3<3<3

Norshafiqa Norisham said...

Anda patut menonton The Vampire Diaries.

O Ena O said...

ko terlupe letak tom welling..hero aku setiap hari ahad tuh..walopon smallville takde skang.huhuhu...ko jgn lupe include die tau.hahahaah..

slay said...

damon just like chuck, bad boy character! but that's what made him smoking hott!

damn, i know i sound gay rite now.

slay said...

eh aku noted something from this entry.

OHH EMM JI, Ijaicool tengok Gossip Girl! XOXO

Faizal Rosly said...

miss maurer: bagus dean walaupun kaki perempuan dia sayangkan adik dia

LaLaLOLa: dua dua

muna: semoga anda bertemu ted anda satu hari nanti

Norshafiqa: kurang bernafsu untuk menonton siri itu

O Ena O: 10 tahun nak tunggu dia terbang. eh

slay: eh aku kaji berdasarkan pemerhatian terhadap gadis2 yang minat aku tak tonton lah haha

ainie syeema said...

dean lagi kacak lah berbanding sam..wlupu kaki betina.

Shima Ibrahim said...

HO! Untuk Barney Stinson! Hahahaha ;) Apasal ko tak letak gambar dia? Diskriminasi!

Chuck Bartowski tak tercalon ke?

Shima Ibrahim said...

Satu lagi, Daniel Meade (Ugly Betty). ;)

AtieZul said...

Sam : tak minat

McDreamy : tak follow Grey's Anatomy

Chuck Bass: yes psl die bad boy and girls mmg suke bad boy.

Damon Salvatore: psl die hensem dr Steffan (main hero), psl die mcm ego, tp actually die susah nk admit. *kan girl suke guy yang ego sket* :p

Barney Stinson : sebab die adorable, as a friend. kalau bab lovey dovey tu, taklah kot.

ryani said...

sorang lagi hot....sawyer dlm series LOST....owh damn hottt!!! ahaksss...wei barney hot ape? walaupun agak bengong wataknye tp betul la kate ko ijai, as fren, not as lovey dovey =)

Tiger_WONG said...

chuck bass..ahhhhhhhh

crazy_labelle said...

Omg... Damon salvatore is fucking howt hokay... Bile die pandang sure cair lah... Mata die mmg menikam kalbu... Sblm ni pon ade tgk die belakon tp die jd vampire bad boy... Pergh, mmg orgasme lah...

And i like chuck... Knp xde dlm list... He is the hottest geek ever...

Sawyer pon ak suke gak....

cahya indah said...
This comment has been removed by the author.
cahya indah said...

adik i suka Sam Winchester, i suka McDreamy..

tapi ktorang lebih lebih suka actor2 Korea..hehe.

I heart Kim Hyun Joong, Park Shi Hoo, Jang Geun Suk, Joo Ji Hoon, Jung Il Woo..ramai lagi la ;)

Martini Muaz said...

1. aku suka dean. aku suka lelaki lebih matang. akhem.

2. slow. tak minat.

3. encik Dan Humphrey lebih menarik perhatian

4. aaaaaahhh! melt me like butter

khairul_bariyyah said...

aku suka sam, tapi lagi suka dean sb muka naughty dia.. suka mcdreamy, suka jugak mark sloan.. aura ayah penyayang dia sangat okay~ hahha

and barney stinson? sangat comel!!!! :D

Atiqah Ahmad said...

ted mosby calon yang sesuai. barney stinson comel tapi bak kata anda, dia karakter yang bagus utk watak televisyen. ;P

kundi said...

sawyer hebat di atas dialognya sahaja.super awesome.-bukan gadis-
(john lock baik ke jahat?aku baru ikut season 2 Lost...hahaha)

kundi

noulha said...

ho. aku suka gile dean.

Anonymous said...

tapi ulasan ko berbau gay je ijai? ko yang mengidam mereka kah? hahaha

Anonymous said...

suka nak arwah kat Dean Winchester tu...walaupun orang kata Sam itu hot tp aku still kata Dean tu jejaka idaman aku...HAHAHA

yang lain2 dalam senarai tu aku tak suke...vampire diaries,gossip girl dan grey's anatomy bukan feveret aku

aku ske HIMYM tapi tak suke barney..well, dia lawak tp lagi suke marshall...hahaha

oh ye, aku mahu tambah lagi satu (or dua)...Sam Evans dan Noah 'Puck' Puckerman dalam Glee tu feveret aku...huwahahahah~~

-Cik Jem-

Faizal Rosly said...

ainie: benar

shima: tataulah nak diskraib chuck camana haha. hensem.....lagi?

atiezul: kalianlah yang selalu sebut2 nama damon tuh haha

ryani: sawyer memang hot tetapi saya tak expect gadis2 normal menonton lost

tiger: klimakskah. ahhhh

labelle: ala tak tonton chuck la

cahya: korea tak kira kerana muka mereka sepesen saja (bukan rasis)

martini: apebende ni tiba2 klimaks

khairul: sloan keji. tapi dah tak tonton greys dah

atiqah: carilah jejaka seperti ted dan kahwinilah beliau jika beliau beriman

kundi: john locke baik dan jahat. WARNING SPOILET ALERT: not penny's boat

noulha: saya suka dean sejak dari smallville. eh

cik jem: budak2 glee dah nak bergraduasi kan musim ni

phish said...

haruslah dexter...walaupon die serial killer tp die ttp dilf yang machooo

Shima Ibrahim said...

quote:
"shima: tataulah nak diskraib chuck camana haha. hensem.....lagi?"

Hensem, quirky, clumsy, nerd (but not so nerdy nerd), romantik la jugak. And he's a spy! What's sexier than that? Ok maybe abang ipar beliau Captain Awesome lebih sexy, but still ;)

nub said...

ted is the awesome one

Anonymous said...

Masa aku layan HIMYM pun aku suka gila barney lepastu aku wiki pasal dia aku dapat tau dia gay. fak, terus turn off hahaha.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...