Friday, September 9, 2011

Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu: Edisi Iklan Dulu-Dulu

Hai apa khabar pembaca? Nampaknya mood raya masih membara di dalam jiwa. Itu yang korang malas nak kemaskini blog ye tak? Hari ini kita akan berjalan ke bawah lorong memori ataupun kalau orang putih selalu kata, 'walk down the memory lane' dengan mengimbas lagu-lagu di dalam iklan yang popular pada satu masa dahulu. Orang yang baligh awal lahir tahun 80-an dan pasti dapat mengungkapkan lagu-lagu yang saya akan bincangkan nanti kerana minda separa sedar mereka telahpun menyimpan data-data tersebut secara automatik. Ini kerana lagu-lagu tersebut tersangatlah catchy, dengan lirik-liriknya yang corny disertakan dengan lakonan over the top yet tidak menjengkelkan. Tidak yakin dengan kenyataan saya? Ayuh teruskan membaca.

1) Adabi


Adabi yang dimaksudkan di sini adalah Adabi yang membekalkan bahan memasak yang diproses, dan bukannya Pusat Tusyen Gaya Pos Adabi. Dengan produk mereka yang dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu Powdered Spice Mix, Processed Paste, Soya Sauce and Flour Mix, mereka mula bertapak sejak tahun 80an lagi. Kemajuan yang mereka kecapi selama ini adalah disebabkan oleh iklan mereka yang relevan, disertakan dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Jika sebut pasal lagu di iklan Adabi, ada 2 lagu yang popular iaitu:

a. Iklan pertama menunjukkan kehebatan seorang ibu memasak di rumah kampung, sambil membuka tingkap kayunya disertakan dengan lagu "Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi palbagai rempah, melazatkan kari dan kuah" Haa see korang baca lirik tu mesti terbuat melodi dia sekali bukan?

b. Iklan popular yang kedua menunjukkan seorang bujang yang baru balik dari kerja. Tiba-tiba dia terbau satu bau yang menyelerakan dari rumah jiran sebelah dan terus memegang pinggan sambil menyanyi "Hei nasi goreng! Hei sungguh lazat! Sungguh sedap sungguh enakk. Itulah perencah nasi goreng Adabiiii". Kemudian orang bujang yang tak malu tadi terus mendekedarah di rumah jiran. Susah nak cari jiran yang memahami macam tu zaman sekarang ni.

2) Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak


Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak adalah ubat batuk mainstream yang pertama di Malaysia dan tiada saingannya sehinggalah kemunculan ubat batuk orang kulit hitam iaitu Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Namun begitu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak masih dapat mengekalkan dominasi mereka di pasaran ubat batuk mainstream dan underground kerana teknik iklan mereka yang efektif. Mereka menggunakan konsep wayang kulit yang ternyata lebih relevan dengan masyarakat Melayu tempatan, berbanding approach Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika yang menggunakan lagu-lagu Hip Hop masakini.

Lirik lagu yang digunakan dalam iklan wayang kulit ubat Batuk Cap Ibu dan Anak menggambarkan bagaimana seorang anak yang sayangkan ibunya sanggup keluar di waktu malam yang gelap untuk mencari ubat batuk buat ibunya. Let's sing it! "Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK"

Ini aku ada jumpa klip video iklan ni tapi ini versi lain yang lebih moden, but still konsep dan melodi dia lebih kurang:



3) Axion

Axion adalah produk pencuci pinggan dan mangkuk yang masih mendapat kepercayaan mama aku dari dulu sehinggalah hari ini. Axion terlebih dahulu menggunakan tanda 'rait' sebelum dipopularkan oleh Nike dimana selepas kita mencuci pinggan kita dikehendaki membuat tanda 'rait' di pinggan sehingga berbunyi "OUKK EAKK" bagi menunjukkan kesan minyak telah dihapuskan. Axion juga ada satu iklan dengan lagu terulung di mana lagu tersebut berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu 1989 kategori Irama Melayu. Seingat aku, watak suami dia dimainkan oleh Sulaiman Yasin Pi Mai Pi Mai Tang Tu ke. Yeke main belasah je aku.

Isteri:

Mari-mari puan dengar ini cerita,
Suami saya asyik balik awal saja,
Ada pembantu baru katanya,
Tentu dia perempuan muda.

Suami:

Kan Abang dah kata, Axion namanya. Axion ke Aziah? Tunjukkan saya (Isteri mencelah)
Sebelum ini teruk abang mencuci!
Secolek saja tanggal minyak segera,
Mudah mudah mudah dijamin mudah!

4) KFC

Dulu-dulu hari Ahad pukul 10 rasanya, ada siri Kids Fun Club dengan dua orang hos gadis memaparkan kartun-kartun popular sambil membaca surat daripada adik-adik. Dalam masa yang sama ada satu iklan KFC yang mengajak kanak-kanak bermain bola dan tidak berputus asa walaupun kalah kerana lepas tu boleh menambah kolestrol di KFC. Not sure if you guys remember this song, but if ada pernah dengar, secara automatik anda boleh menyanyikannya bersama-sama.

Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah. (lepas tu dia miss penalti)
PAP PAP PAP alamak apa nak nak jadi,
Sudah kalah dua kali,
Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol,
Nasiblah ada KFC,
Kentang (or kepak?) ayam penawar hati

5) Nano-nano

Nano nano nano nano nano nano nano nanonanonao nanonan oh nano nano saya tak sabar, saya gemar, rasanya seeeegar. manis masam masin nano nano, na na na no nano nanoooooo. Lepas tu kena plagiat dengan Hafiz AF. Eh.

Bagaimana? Katakan HO! jika kalian dapat menyanyikan lagu-lagu di atas dengan lancar secara tidak sengaja walaupun telah lama tidak mendengarnya. Jika anda ada lagu-lagu daripada iklan televisyen DULU-DULU, silalah kongsi bersama tengok kita boleh nyanyi ramai-ramai ke tidak. Nini cokolat celup! celupcelup! Mungkin next time kita akan buat entri edisi lagu dalam iklan moden pula.



41 comments:

..:: WiRdA ::.. said...

lagu kfc je aku tak penah dgr.. lagu pizza hut igt.. 7552525..7552525...pizzzaahut~~
jakun siot tgk iklan pizahut dgn cheese bertali2 tu dulu..haha

Shima Ibrahim said...

HO! Except for lagu KFC tu. Esok aku gi rumah kau sila nyanyikan. Mane nak tau tetiba teringat pulak.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

HO! kecuali lagu KFC.
Pls come out with a video featuring u singing the song.

n a d e a said...

KFC tak pernah dengar pulak.
yg lain semua HO!

Faizal Rosly said...

hmmm okayyy so far kalian semua tak pernah dengar lagu KFC itu. mengapakahh???

Clarky Afif said...

iklan kepsi tu aku tak pernah dengar.

ke kita lain jenerasi?

Anonymous said...

HO utk semua lagu..lagu KFC kan popular dulu..hehe..

lagi satu lagu scott emulsion:
mengail bersama ayah,kurasa bertuah
pulang sebelum hujan
sebab kami ada kawan
bernama scott emulsion..
hehe


-shuhud-

rehaljingga said...

HO! sume lagu aku dapat nanyi dgn lancar..infact lirik lagu KFC tu ade lari sket.

Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah. lepas ini mata penambah,(lepas tu dia miss penalti)
PAP PAP PAP alamak apa dah jadi,
Sudah kalah dua kali,
Nasib baik ada KFC,
Kentang goreng penawar hati
Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol,
KFC memang kawanku,
idamanku selalu.

tak silap aku macam ni la lirik betul die..haha

*aku komen sambil menyanyi..memang HO!

Faizal Rosly said...

clarky: either aku terlalu tua ataupun sebaliknya? girls generation!

abe: haha aku minum menda alah tu tak sihat pun

rehaljingga: HO! untuk kau bro! haha cayalah siap lirik penuh lagi. see mamang wujud lagu itu

Anonymous said...

HO !

lagu choki2 ko ingat jai ?

Choki choki enak sekali ~~
Choki choki adek gemari ~~~~

Pastu ada bunyi2 ikut irama

Atiqah Ahmad said...

aku tak penah dengar lagu KFC jer. yang lain-lain semua dapat nyanyi dengan lancar. u should put pizza hut punya lagu. seven five five two five two five~~

ceklala said...

lagu kfc je xpernah dgr..yang lain sume memang hafal!hehe

santiago yusuf aguero said...

ho!

aku ingat lagu ayam goreng mekdi

ayam goreng..ayam goreng mekdi...
hahaha


ala..iklan yg ada lisa surihani ms muda2 dlu tu


kehkehkeh~

white purple flower said...

lagu KFC tak patut berada dlm list.

ainie syeema said...

lagu terbaru..
keropok moni ! mmg catchy giler.haha..

Faizal Rosly said...

atiqah: dulu2 sebut macam ni, seven pai pai tupai tupai

ceklala dan white purple flower: lagu kfc popularlahhh lihat tu rehaljingga menyanyi penuh perasaan

yusuf: aku tahu iklan tu tapi tak dapat recall melodi dia??

ainie syeema: yang itu tak kira kerana itu lagu moden

fatinzainal said...

Kenapa mcm lari jer lagu axion tuh. Bukan macam ni ker?

Axion ker Asiah? Tunjukkan saya!!
Axion ini dengan sistem berkuasa,
Handal membersih, minyak tanggal segera,
Nyata lebih bagus,
Axion baruuuuuuuuu.....

Wallahualam. Hehe.

Anonymous said...

berhati hati di jalan raya..
semoga anda selamat tiba..
ucapan selamat hari raya..
dari EON untuk semuaaa..

Mc D O N A L D S..Mc D O N A L D S..
good time great taste..
at McDonalds!!

-fandi-

Anonymous said...

Cap cap cap
Cap aji no mo to

--> Rasanya tu lagu lagi lama kot.
Yang bawah tu kami nyanyi:

Cap aji naik moto!

mrs.spicy said...

ho! kfc jer xpernah tau. huhu..

selain gula-gula nano-nano aku ingat jugak nini cokelat celup

The Sharkox said...

apasal aku tak pernah dengar lagu kFC?

weh, ada satu lagi..

tomyam..tomyamm..adabi..cepat mudah enak lazat..adabiiiiii...

haadziq said...

HO! lagu adabi dgn tingkap mmg rare..smpai skg kalau bkk tingkap rumah kena nyanyi lagu adabi..haha

mijie said...
This comment has been removed by the author.
mijie said...

Tak silap aku lagu KFC tu ada 2 versi..Satu versi tukang tendang penalti...Satu lagi versi penjaga GOl...Tapi seriusshit lupa lirik versi keeper tu...

Lagu Iklan Zaitun..
"Zatun, kukenali kesucianmu..Aneka jenis barangan bermutu...Dari dulu sampai sekarang keunggulanmu tetap berkekalan...Penuh dengan keyakinan"...

"Aku ingat dulu iklan asal usul keju...ada pengembara arab bawak susu kat padang pasir...Bila nk minum susu tu tiba2 plak bertukar jadi keju...huhu...tapi xder lagu arr"...

Anonymous said...

Takpe Ijai. Aku ngan Adam dua-dua tau nyanyi lagu kfc tu. Hehe

Shikin

cik FIFFY said...

kenapa aku tak tau lagu KFC tu. isk! sadis sungguh!

ザ-sylver- S said...

kami dah pulang emak buat cucur
mudah saja tambah air
adun sebati goreng dan sedia
tepung cucur Adabi namanya


kami nak lagi
.. goreng dan sedia


haha, classic

Aslina said...

Knapa aku rasa sangat tua lepas baca entry ko? Denggg...!!!

finaz said...

i tau semua iklan2 dan lagu yg disebutkan di dalam entry dan komen2 di atas kecuali kfc tu.. tak ingatlah !!

finaz said...

ooo satu lagi.. iklan dan lagu bedak follow me.. hehe.. yg lari2 turun tangga pas dgr bf dtg tekan loceng kat pintu.. hihi

ryani said...

semua lagu dlm entry & komen penah dengar except KFC...serious x bleh nak recall...meh kita verangan2 iklan follow me...

"aku merindui mu...."
TINGTONG!!!
"rizzz, nini datang!!" (betul ke idok nama watak nih)

1-(budak laki tengah verangan terkejut, terus pakai bedak laju2, budak pompuan naik tangga laju2 nak gi bilik budak laki - kalo anak aku, aku kasi lempang gatal punye anak dara pegi bilik budak jantan iskkkk)
2-(budak laki bukak pintu terlepas botol bedak pastu dia ngan budak pompuan tadi sama2 gelak kegatalan hahahah)

"FOLLOW ME bedak badan wangi, untuk kesegaran sepanjang hariiiii"

SAUJANA HIJAU said...

ijai ko ingat x dulu2 lagu KRU penah digunakan tuk iklan motor SStwo.refresh2...
-kundi

Faizal Rosly said...

fatinzainal: manaaa itu lagu axion baru yang atas tu axion lama. eh

fandi: nyanyi kat aku lagu eon tu nanti

mrs.spicy: ninicokolatcelup CELUP CELUP

sharkox: banyak betul lagu adabi diorang ni tak ada kerja lain ke apa

haadziq: balik kampung tingkap kayu bolehla buat

mijie: aku ada jenaka iklan keju tu. kenapa perempuan mengandung tak boleh berjalan di padang pasir? kerana nanti susunya menjadi keju kah kah kah amacam lucu tak

shikin: kooooooooooooooooool

cik fiffy: cuba pergi ke branch kfc terdekat tanya pekerja diorang lagu tu

sylver: yes. HO! untuk anda. lagu adabi lagi

aslina: terimalah kenyataan kita dah tua

finaz: iklan menjengkelkan follow me tu pakai bedak je dapat gadis

ryani: ni main reka je ni nama watak dia rizz dan nini

kundi: nyanyi sikit

Siti Zafira said...

haha.. aku paling hafal lagu axion and adabi especially perencah nasi goreng tu. yang pergi makan rumah jiran tu macam muka s. shamsuddin je. betul tak? hehe.

tapi aku confuse sikit pasal lagu kfc. aku macam tak pernah dengar. ke aku yang tengok tv masa kecik-kecik dulu? :p

Muhaimin said...

satu lagi lagu yg ko lupa...lagu roti gardenia...skrg ni mcm2 version da ade skrg..

Shakira said...

iklan kfc tak penah dgr sbb kite tak berape tua sangat hewhew jk bro

Anonymous said...

wau, seriusly dorang tak tau iklan kfc tu?? glemer kott..

Anonymous said...

1) Yes! Takde sorang pun ingat lagu Apollo! XD (Ca. 96-98?)

A-ap a-ap... A-ap a-ap, Apollo
Ikutlah rentak, rentak Apollo, yeah
Rasa coklat yang sedap
Pastinya snek lazat
A-ap a-ap... A-ap a-ap, Apollo

Dalam iklan tu, ada dua budak main ride dekat Sunway Lagoon/Mines Wonderland. Diorang naik ride pterodactyl warna hijau (Entah wujud lagi ke tak hah).

2) Paddle Pop

Paddle Pop... Wow
Paddle Pop... Yay
Super, duper, yummy
('Sedap, lazat, mmm' dalam versi BM)

Ada iklan Paddle Pop dekat TV kan?

3) Aku tengok jugak Kids' Fun Club dulu-dulu (Lahir 88), tapi tak ingat pun lagu yang kau kata tu =S Yang aku ingat lagu dia:

Kids' Fun Club at KFC
That's where I want to be

Lepas tu tahun 2000 macam tu, tiba-tiba muncul Chicky. Keluar pulak lagu baru:

Chick-chick-chick-chick-chick-chick-Chicky
Chick-chick-chick-chick-chick-chick-Chicky
He's so lucky
Bla bla bla bla at KFC

Ada jugak lagu Chicky lain, version U.K. Siap ada 3D animation lagi. (Ni zaman Kids' Fun Club tayang Donkey Kong & Oscar, ca. 2000-2002)

4) Pizza Hut

755 2525
755 2525
Pizza Hut special delivery

Tahun 2001, jadi:

1-300-882525
1-300-882525
Pizza Hut special delivery

5) Sustagen

(Tak ingat bahagian awal-awal)
With Susy and Geno
(Bla bla bla bla)
Sustageeeenius Plus
Sustagenius
Such a genius
Sustageeenius

Iklan ni tahun 97-98, tak silap. Selalu kena tayang masa commercial break untuk kids' game show TV2, hari Sabtu. (Sustagen & Genting sponsor. Diorang main outdoor game dekat Genting. Ada kena lompat-lompat untuk letupkan belon Sustagen, lari naik balloon ramp sambil terikat dekat spring, etc.)

6) Milo (Walaupun satu line je)

Minum Milo, anda jadi sihat dan kuat

7) Nano Nano ada dekat YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=NIWyW9S6Okw

8) Kicap Cap Kipas Udang

Cap cap cap, Cap Kipas Udang

Bukan Ajinomoto macam yang Anonymous sebut.

9) Ayam Goreng McD

Mula-mula tak ingat, tapi lepas tengok dekat YouTube, baru ingat. Ada part yang macam Jac nyanyi, woot!:

http://www.youtube.com/watch?v=A13XRbb2rqY

10) Tepung Cucur Adabi

http://www.youtube.com/watch?v=v4k5LdOFNUg

11) Nini

Nini coklat celup (Celup celup)
Nini coklat celup (Celup celup)
Rasa coklat strawberi
Sungguh enak sekali
Niiiniiiii
Nini

12) Carrie Junior

Tet tedettettettet tedededet
Tet tedettettettet tedededet
(Ada lirik, tapi tak ingat)
Bla bla bla bla bla bla Carrie Junior

Lagu dalam BI. Iklan tahun 1998-2000, tak silap.

13) Gardenia

Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja
/
Gardenia, so good you can even eat it on its own

Lagu Scott's Emulsion yang Anonymous (Shuhud) bagi tu tak tahu. Iklan dia ada hujan eh? Lepas tu bila sampai rumah, mak budak tu lap rambut dengan tuala kan?

Lagu Choki Choki, Tom Yam Adabi, & EON tak tahu. Lagu Zaitun ingat bahagian "Zaaaitun" je, hehe.

Iklan Follow Me & keju (Cheesedale ke?) tu aku ingat! =D

Unknown said...

Terminat nak join...
Kami semua anak anak carrie.. (carrie)
Carrie menyegarkan keluarga anda. (carrie)
Andaaa... Carrie....
Mengelakkan ruam lampin dan meningkatkan keselesaan anda...
(agaknya la...)

Cik Dania said...

So far semua pernah dengar, except for lagu kfc..haha..

ada satu lagu iklan mcD yang sy ingat..pasal bubur ayam mcD..setiap kali saya makan bubur ayam kat Mcd msty otomatik teringat.

"..bubur ayam, bubur ayam mcD. lazat dan enak bubur ayam.." HO!!

Anonymous said...

TORA datang lgi... Meluat aku iklan tu... Porabih duit mak bapak aku ja... Time blik tadika msti nak p bli tora... Harga 60 sen... Dpat hadiah blik buang... At last makan coklat hat 3biji kat dalam tu.. Sdappppp... TORA datang lgiiiii.....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...