Sunday, September 18, 2011

Memburu Barang Hantaran

Hai apa khabar pembaca? Membaca tajuk di atas, kelihatan seperti ada beberapa orang peminat fanatik yang remuk hatinya dan berasa suicidal ingin menelan pil pelangsing melebihi dos yang ditetapkan. Ada juga yang berniat untuk membuat page benci di Fesbuk kerana menyangka blog ini bakal menjadi seperti blog gadis-gadis yang merancang perkahwinan. Hei hei don't judge an entry by its headline. Ini adalah entri yang kool, at least kool buat aku kerana aku telah mendapat barang yang aku idamkan tanpa perlu mengeluarkan wang. Walaupun saat perkahwinan masih boleh dikira jauh, dan orang selalu beli barang hantaran pada last minit kerana menanti jualan hujung tahun, aku telah berjaya slow talk da'killa untuk membelikan salah satu barang hantaran in advance. Ayuh teruskan membaca.

OH EM JI DAPAT PS3 (rhyme)


Sebenarnya, dah lama dah aku ingin membeli alat elektronik ini, sejak PS3 kurus dikeluarkan. Lagipun mahu berubah menjadi manusia dengan kesedaran sivik yang tinggi tak mahu beli permainan cetak rompak di Xbox kegemaran. Kotak putih Unifi sudah ada di tiang telefon belakang rumah aku tapi tak tahulah bila Unifi mahu muncul di jalan rumah aku. Mahu bermain secara online merogol kanak-kanak orang putih mahupun hitam di Call Of Duty. Ataupun mengajar Adam Johari or Dazrul Syariz bagaimana hendak bermain Fifa. Tapi belum berkebolehan untuk online lagi dengan kelajuan Streamyx 512kbps ini maka kita bermain Resistance 3 dahulu. Kalian jika ada PS3 bagi aku pinjam game woi.

By the way jika kalian ingin membeli PS3 ataupun apa-apa konsol untuk dijadikan hadiah harijadi buat teman lelaki tersayang, anda boleh pergi ke kedai permainan elektronik kegemaran aku Gamer Solution di Pertama Complex. Tak perlu susah-susah pergi Sony Center dahla selalu tak ada stok lepastu tanya soalan aneh sikit tak boleh nak jawab. Ini adalah iklan tanpa bayaran, kerana semua konsol yang aku beli memang aku beli kat dia. Dia punya customer service memang tip top. Sebarang pertanyaan noob mahupun advanced pasti akan dijawab dengan penuh ketelitian. Nama aku pun dia ingat dan boleh eja dengan betul.

Mungkin aku harus tumbuk perut sendiri agar cirit birit dan dapat MC untuk aku bermain game sepanjang minggu. Tak perlu risau PS3 terbakar nanti kat dulang letak kontroller saje hikhik. Ok aku harap da'killa tak minta hantaran dia in advance juga kerana masih perlu mengumpul wang. And jika kalian kata patut bersabar mungkin PS4 nak keluar, tak jadi masalah mintak sebagai hadiah harijadi la kan? Hikhik. Ok ayuh bunuh Chimera durjana.



13 comments:

Clarky Afif said...

pertama!

Anonymous said...

bro..lame xde update pasal liverpool..

hik hik hik(GELAK IBLIS)

btw im new here

-along-

Anonymous said...

Aku harap PS3 tu kau beli ikut harga terbaru di pasaran. Sony turunkan harga bulan lepas... anyways, FIFA12 kluar hujung bulan ni ayuh sambung unifi!!

-Dazrul-

Faizal Rosly said...

of kos. di kedai tu aku dapat harga istimewa RM990 untuk mesin. langsung aku topap 1 kontroller 2 game dengan hdmi heheh

Anonymous said...

bagus jai..welcome to the club..hehe..
sile buat research game ape yg best sebelum memborong game membabi buta..nanti tragedi koudelka 4cd akan berulang..haha..


-shuhud-

Faizal Rosly said...

kau yang perlu buat research, kemudian beli, kemudian aku buat harta. aku at least main la jugak koudelka tu walaupun sampai disc 2 je haha

Anonymous said...

faizal kau nak jual x-box kau tak??berilah best price kpd rakan2 bangi..aku nak maen kinect keke..

-fandi-

Harris H said...

Resistance 3 memang mantap;best of the series.Add me on PSN- tetra74

cle0patra said...

berapa harga bro?.. nk bli untuk bakal laki jugak ni buat hantaran... ;p

Faizal Rosly said...

fandi: kau tawarlah nanti aku fikirkan

harris: ayuhhhhhhhhhhhhhh bunuhhhhhhhhh chimera celakaaaaaaaaa

cloepatra: http://forum.lowyat.net/topic/1098935

nub said...

wehuu, geng kopster in da house.

asal hantaran jaa kahwin.. haish

Randolphbxol said...

of kos. di kedai tu aku dapat harga istimewa RM990 untuk mesin. langsung aku topap 1 kontroller 2 game dengan hdmi heheh

Watch box office said...

Aku punya ps1 haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...