Sunday, September 4, 2011

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Berhari Raya

Hai apa khabar pembaca? Hari ini merupakan hari raya keenam. Esok dah kembali bekerja cikai mak lampir cuti seminggu memang tidak produktif langsung. Aku perhatikan time raya ni memang korang beraya sakan ya sampai tiada masa untuk kemaskini blog. Update la woi aku nak baca di kala kehornian. Aku hari raya kedua sudah kehabisan saudara mara untuk dilawati. Hari-hari selebihnya dihabiskan dengan berlingkar di hadapan televisyen sambil mengunyah kuih raya tanpa henti. Oleh kerana kita menyambut hari raya setiap tahun, kita pasti dapat mengenali corak ataupun pattern perangai seseorang itu tak kiralah yang suci mahupun keji di Aidilfitri. Semasa pulang berhari raya di kampung ataupun bandar, tabiat tahunan yang klise ini secara automatik muncul di dalam diri sama ada kita sedar ataupun tidak. Tidak percaya? Ayuh teruskan membaca.

1) Pakcik makcik dengan soalan-soalan klise

Aku yakin perkara ini berlaku kepada anda semua. Balik kampung jumpa Pak Long ke Mak Teh ke Pak Andak ke, semuanya ada predetermined set of questions yang akan ditanya kepada anda. Soalan-soalan ini adalah soalan yang sama setiap tahun, dan walaupun anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut, anda akan dihidangkan dengan soalan lanjutan pula. Cycle ini tidak akan berhenti sehinggalah tiba giliran anda untuk menjadi tua dan annoying dan membalas dendam dengan bertanyakan soalan yang sama kepada generasi seterusnya, unless anda dihantar ke rumah orang tua tiada siapa nak lawat. Eh nauzubillah. Berikut adalah set-set soalan ramalan yang bakal ditanya:

a. Bila nak kahwin?

b. Jika sudah berkahwin, bila nak dapat anak?

c. Jika sudah ada banyak anak, kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? Vasektomi?

Sebagai calon untuk menjawab soalan-soalan sama setiap tahun, kita pasti akan rasa tertekan dengan situasi tersebut sehinggakan secara tidak langsung, perasaan benci untuk menyambut hari raya akan terbentuk. Jika hendak diikutkan nafsu amarah, mau saja kita mengaplikasikan teknik kunci pergelangan kaki Kurt Angle kepada Pak Long kita yang sudah tua kerana asyik bertanyakan soalan-soalan yang merimaskan. Tapi tak eloklah buat begitu dulu-dulu masa kita kecil mereka juga yang menjaga kita. Jadi apa yang anda patut buat adalah menyediakan template jawapan yang padu sehingga mereka terkedu agar anda tidak akan ditanya lagi dengan soalan-soalan klise tersebut. Contohnya:

a. Bila nak kahwin? = Susahla Mak Ngah, kat sini perkahwinan lesbian tak dibenarkan. Tak tahu dah nak ikhtiar macamana.

b. Bila nak dapat anak? = Saya mandul mak ngah.

c. Kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? = YOU WANT A PIECE OF ME BITCH?

Ok tu dah marah sangat tu. Pandai-pandailah kalian reka jawapan sendiri yang boleh mendiamkan pakcik dan makcik anda once and for all.

2) Memakai baju Melayu lengkap hanya pada hari raya pertama

Pemandangan yang terindah di hari raya adalah melihat gadis-gadis berkebaya ketat menampakkan liuk lentuk tubuh mereka yang ramping setelah sebulan berpuasa ataupun sekadar memasang gajet Premium Beautiful. Biasalah syaitan dan bebas puasa mata memang dah tiada makna. Perkara yang sama juga yang dialami oleh kaum wanita. Mereka menanti-nantikan saat untuk pergi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri tetapi mata galak memandang kaum lelaki segak berbaju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok tinggi Jins Samsudin. Bagi kaum wanita, lelaki yang berbaju Melayu adalah super seksi dan boleh membuat mereka mendengus seperti kuda. Tak percaya sila tenung gambar di bawah ini. Haa see see.


Tetapi jika anda perhatikan dengan teliti, fenomena pemakaian baju Melayu ini hanya berlangsung pada hari raya pertama sahaja. Ketika pergi beraya pada hari raya kedua dan seterusnya, anda dapat lihat kebanyakan lelaki akan menggantikan baju melayu dengan baju kemeja, seluar jeans, kasut SB Dunk mereka dan spek mata hitam Uptown. Tapi orang perempuan masih lagi pakai baju kurung ataupun baju kebaya terbelah sehingga ke perut. Kenapa kalian orang lelaki tidak meneruskan pemakaian baju Melayu? Sebagai ahli jawatankuasa Belia Segak Berbaju Melayu cawangan Bangi, aku sering menerapkan konsep berbaju Melayu dalam semua acara seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka mahupun kenduri lenggang perut. So hari raya kedua pun of courselah aku masih memakai baju Melayu lengkap pergi ke rumah Pak Long di Shah Alam. Ayuh kawan-kawan ubah persepsi anda dan teruskan pemakaian baju Melayu pada hari raya kedua tahun depan ok?

3) Saudara-mara / tetamu yang kompetitif

Manusia ni memang suka bersaing. Tak boleh nak tengok orang lain maju sikit kita pun taknak kalah. Contohnya kalau orang perempuan, cuba pakai baju raya tahun lepas, lepas tu pergi beraya di rumah sepupu perempuan anda yang lain. Orang perempuan memang ada attention to details yang tinggi. Mereka akan membuat muka mencebik sambil memerli anda, "haii pakai baju raya tahun lepas ke?" ujar mereka sambil melibaskan rambut gaya iklan syampu sebagai body language tanda mereka takbur dengan baju baru mereka yang penuh dengan labuci.

Jiran-jiran pun sama juga. Datang rumah anda, tengok kiri kanan atas bawah keliling rumah anda. Eleh langsir lama. Eleh kuih raya tunjuk-tunjuk beli kat Warta. Eleh tak heran TV dia 32 inci je tak ada full HD pulak tu. Semua benda nak dikondemnya.

4) Remaja muka masam sebab terpaksa ikut pergi beraya

Ahh remaja zaman sekarang memang berbeza macam zaman kita dahulu. Dulu kita baik dengar cakap ibu bapa sekarang ni tahu nak memberontak sahaja. Tak puas hati riot terus rompak kedai curi Ipad. So kalau orang datang beraya di rumah kita bawa anak, kalau yang remaja tu mesti buat muncung macam tikus mondok. Muka masam sebab tak dapat join kawan-kawan lain konvoi beraya di rumah ketua kampung yang anak daranya lawa tu. Memang tiada keihklasanlah ikut ibu bapa pergi beraya. Lepas tu duduk diam tanpa berkata-kata keluarnya Ipad main game tak pun cucuk earphone dengar lagu Avril Lavigne. Habis anarki lah kononnya.

5) The kids

Aku rasa yang paling seronok beraya adalah kanak-kanak. Mana taknya semua benda akan disiapkan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Lagipun time raya ni diorang fikir satu benda saja, nak kumpul duit raya. Manusia ni kalau dah lihat wang di depan mata, minda akan menjadi korup. Kanak-kanak yang tidak mendapat didikan yang sewajarnya pun sama, hanya berfikir untuk menggandakan wang tanpa mendalami maksud hari raya yang sebenar. Time tengah duduk lepak depan TV tengok sarkas, tiba-tiba dengar "ASSALAMUALAIKUMMMM". Kita pun bangunlah sarung boxer pakai ubat ketiak semua buka pintu nak bagi mereka masuk tetapi mereka kata mereka taknak masuk sekadar mahu duit raya. Sebagai lelaki yang masih muda mestilah kita rasa panas dan tidak boleh bertoleransi dengan sikap sedemikian bukan? So lain kalau kalau kau dengar mereka beri salam kau jawab je salam diorang, tapi takyah buka pintu. Ah Faizal cakap jelah kau cemburu sebab tak ada orang nak bagi kau duit raya lagi.

6) Beraya dengan menonton filem


Ok mari kita buat survey, ketika anda beraya di rumah atuk/nenek/skandal anda pada hari raya pertama tempoh hari, apa benda yang anda buat? Anda tidak berbual-bual mesra bertanyakan khabar kerja di mana, PTPTN dah habis bayar ke belum. Sebaliknya, anda semua tonton Nur Kasih The Movie dan Evolusi Kl Drift 2 yang dua-dua ada Remy Ishak bukan? Itu nasib baik tengok di televisyen. Kalau jenis yang beraya di bandar ni, pasti ada yang menyambutnya di panggung wayang. Yelah time 1 Syawal nilah filem-filem blockbuster Melayu bakal ditayangkan di pawagam. Dulu tiap-tiap tahun Senario keluarkan filem time raya. Kalau filem tu gagal pun tak apa sebab time hari raya semua filem Melayu yang gagal mahupun berjaya akan ditayangkan di TV3. So tidak hairanlah kalau time raya ni ramai orang habiskan masa di depan televisyen saja instead of pergi bersalam-salaman sambil melaga-lagakan gelas macam orang putih.

So far aku tak pernahlah lagi menyambut hari raya pertama di panggung wayang. Tapi hari raya ketiga pernahlah. Masatu kami ahli team Bangi yang tidak pulang ke kampung pakai baju Melayu pergi Midvalley nak tengok cerita Lord of The Rings, tapi tiket habis. Lepastu kami membuat keputusan untuk menonton filem Melayu Gila Bola lakonan Dr Fazley Yaakob Asmara Ini dengan misai kumisnya....Tapi kalau tak tengok filem pun tengok rancangan Rumah Terbuka Bersama _________ (masukkan nama artis) pun best juga.

Apa yang ditulis di atas adalah hasil daripada pengalaman sendiri serta pemerhatian stereotype yang diexaggerate berdasarkan apa yang ditonton di media massa. Bagaimana dengan anda pula? Adakah anda juga turut mengalami situasi-situasi di atas? Jika anda ada tabiat berhari raya tipikal yang lain, silalah kongsi bersama. Ok aku dah kemaskini blog kini tiba giliran kalian pula untuk update bagi aku baca.



20 comments:

che sakinah said...

waaaaa... hebat la theory kau. terpana aku.
setujuuu betulll! hahaha

weh2, lagi satu, time ziarah. paksa diri makan hidangan walaupun sudah kembong.

sha2 said...

remaja muka masam tuh abang2 aku ah. hahah.

aku suke je jalan-jalan raye sebab boleh cuci mate. hihi

linkinstreet said...

http://wakarimasenlol.com/2011/09/05/selamat-hari-raya-dan-salam-merdeka/
Nah aku punya blog post psl raya.

miss maurer said...

yg 1st tu mmg.. cliche sgt smpai time kenduri kawen org pun dorg masih bertanya soalan yg sama.. sekali lg cliche hehe...

Faizal Rosly said...

che sakinah: ahh betul tu penuh macamana pun setiap rumah mesti baham juga nasi himpit

sha2: baguslah jangan lupa memberi wang raya kepada yang layak

linkinstreet: selamat hari raya din

miss maurer: so apa jawapan kepada persoalan no 1?

kundi said...

persoalan nombor satu tidak lagi ditanya sebab semalam adalah hari aku bertunang..ngehehe.

Malam hari raya pertama aku n kengkawan pergi bermain bowling, berpakaian baju malayu semuanya.Nice kan?

sitiaminahismail said...

ade je idea dia ni hahahaha.

Anonymous said...

"Ah Faizal cakap jelah kau cemburu sebab tak ada orang nak bagi kau duit raya lagi. "
kamu sudah DISQUALIFIED! hahahaha

Anonymous said...

ijai tiap thn mesti buat open house.
keep it up~ lalala

-alia-

afrohead said...

aku tak dapat nak bayangkan macam mana muka Mak Ngah tu lepas dapat jawapan macam tu. kahkahkah!

theanswer said...

Kalau aku mungkin jwb cmni.

a. Bila nak kahwin?
Saya ikut gaya hidup barat..tak kawin pon takpe.

b. Bila nak dapat anak?
dah name pon gaya hidup barat..letih la nk buat anak dgn macam2 gf.

c. Kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung?
nk buat cmne..kami power & subur. Bkn cam pakcik yang x power.

miss maurer said...

oh jawapan saya mungkin :

a. Bila nak kahwin? = Saya tunggu Dato' ke Tan Sri ke dtg meminang.

b. Bila nak dapat anak? = Saya xnak mengandung. Nti harta x dpt kat saya kalo kawen dgn org kaya.

c. Kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? = Ok la ni daripada mengandung anak luar nikah. Haa kan naya tu.

oke x jwpn sy encik ijai hehe
selamat hari raya maaf zahir batin.

white purple flower said...

pagi raya pertama pergi ziarah kubur,lalu sebelah ijaicool tgh baca yassin.agak hot jugak.

fndrocka said...

tiap2 tahun ada raya tu yg jadi klise agaknya..kalau raya 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali barulah fresh.hehe

FizaMustafa said...

haha sentap mak ngah dengor jawapan anak sedaghe.rosak!rosak!:D

BUKAN BELOGGER said...

sengaja komen. cari perhatian. eh ?
tapi jawab soalan tu memang terbaik.

..:: WiRdA ::.. said...

masa laki aku student..budak datang beraya nk duit saja..mmg dia beri 20sen utk share 4 org budak...hahahah kejam gila..tp dah nama pun student..makpak tadak umah, kau nk minta duit raya kan..mendapat lah..hahaha

Faizal Rosly said...

kundi: kongratulasi di atas pertunangan anda

sitiaminahismail: selamat hari raya kesebelas

alia: ingat, tak datang putus kawan seminggu

afrohead: mak ngah takkan tanya dah sampai bila2

theanswer: jangan lupa minta maaf

miss maurer: selamat hari raya kesebelas

white purple flower: hot bukan? thanks. tapi bukan anda dah kawen ke

fndrocka: 5 tahun sekalipun masih menyampah jika dengan soalan tersebut haha

FizaMustafa: hari raya bermaaf maafan mak ngah tak kecik hati punya

BUKAN BELOGGER: perhatian apa ni

wirda: kedekut punya suami

white purple flower said...

yeah..dan suami sy ckp "tak paham lah nape you minat dia" :))

dhuat79 said...

Sekarang di tahun 2014, manusia berdampingan dengan gadjet..iphone, tablet, ipad, smartphones. Hinggakan disediakan bakul untuk meletakkan gadjet tersebut.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...