Friday, September 23, 2011

Mengkaji Tabiat Wanita di Kenduri Kahwin

Hai apa khabar pembaca? Esok aku ada kenduri sepupu mama aku punya anak merangkap dua pupu aku di Ampang. Aku seperti biasa tak kira saudara mara ataupun orang biasa pergi kenduri kahwin mesti pakai baju Melayu lengkap untuk membuat gadis-gadis dan makcik hangat berpeluh jantan sambil mengetap bibir memandang aku. Pergi kenduri kahwin ni memang best. Selain dapat makan percuma, kita juga dapat melihat aksi gadis-gadis di kenduri kahwin. Aura gadis-gadis di kenduri kahwin memang ternyata berbeza dengan aura mereka di majlis keramaian lain. Maka hari ini kita akan membincangkan tabiat gadis-gadis di kenduri kahwin berdasarkan pemerhatian seksis dan stereotype saya. Ayuh teruskan membaca.

1) Pemakaian voguedevass

Dalam kehidupan gadis-gadis, ada 2 hari di mana gadis-gadis akan bergaya lebih daripada normal, di majlis hari jadi pertama anaknya dan di kenduri kahwin sama ada sebagai pengantin ataupun tetamu. Serius kalau kau pergi majlis besday anak kawan kau yang baru masuk setahun kau akan lihat mereka bermekap tebal di samping memakai baju-baju abnormal seperti baju nikah ataupun baju prom tutup aurat. Tapi kita nak bincang pasal tabiat gadis di kenduri kahwin, bukan kenduri kahwin harijadi anak. Gadis-gadis yang pergi ke kenduri kahwin telah menetapkan satu mindset di mana di kenduri kahwin tersebut seolah-olah ada anugerah Best Dressed.

Tampak seperti saya ezajerit tetapi sebenarnya tidak. Cuba anda lihat album kahwin yang anda kunjungi. Adakah anda ada nampak gadis-gadis pakai jeans, tudung bawal lusuh mahupun bibir nampak pucat? Tak ada beb. Baju mesti baju kurung ataupun baju kebaya yang ketat menampakkan liuk lentuk tubuh mahupun lemak berlipat bergantung kepada berat badan masing-masing. Lagi sendat lagi bagus sebenarnya so kalau tak muat kau sarung je Premium Beautiful sampai biru muka tak boleh bernafas. Kalau jenis yang pakai tudung huiii memang stress nak pergi kenduri kahwin sebab tak tahu nak pakai tudung Hana ke tudung Yuna ke tudung Ekin ke. Kalau yang tak pakai tudung kena fikir juga nak buat rambut Rosmah ke rambut Rosnah Mat Aris ke paling koman pun rambut Angeline Tan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Mekap pun kena fikir nak buat mekap mata harimau arwah Amy Winehouse ke tak pun macam the Joker.

Fenomena extra bergaya ini bergantung kepada beberapa faktor. Kalau nak cakap mencari jodoh tu memang dah biasa. Kita boleh lihat banyak mahligai cinta yang terbina hasil daripada pertemuan sang teruna dan sang dara di kenduri kahwin, well at least dalam filem komedi romantik barat. Maka nak memberi pandangan pertama yang menghantui mimpi kenalah mekap tebal dua inci. Lagipun kat wedding mestilah ada banyak photographer kan. Dah banyak jurukamera mesti banyak juga gambar kita yang diambil sebelum dimuat naik ke Fesbuk. Fesbuk sekarang ada teknologi mengesan wajah daripada gambar yang diupload. Kita tak tag lagi diorang dah automatik kenal wajah anda. Mahukah gambar anda yang buruk itu dikenalpasti oleh Fesbuk? Maka ini menjelaskan mengapa gadis-gadis akan voguedevass nak arwah di kenduri kahwin.

2) Mengambil nota tentang majlis perkahwinan

Setiap jemputan perkahwinan yang diterima oleh gadis-gadis, jarang sekali mereka menolaknya, terutamanya bagi mereka yang belum berkahwin. Ini kerana selain dapat mencuci mata melihat jejaka seperti aku, kehadian di majlis perkahwinan merupakan satu teknik research yang berkesan buat gadis-gadis. Melalui teknik deduksi dan perbandingan, mereka dapat berasa lebih cemas, lebih keliru, dan lebih tertekan kerana bimbang dengan persepsi tetamu di kenduri kahwin mereka nanti. Eh kata nak ambil maklumat kenapa tiba-tiba jadi menggelabah pula?

Ini kerana setiap gadis mengimpikan majlis kenduri kahwin yang awesome, lebih awesome daripada gadis-gadis lain. Tapi bila dah tengok baju pengantin, gadis-gadis rasa baju mereka tak cukup malatop mak aih nak kena tempah dekat Man Kajang juga. Lepas tu nampak pulak video pengantin main teknik zoom in zoom out blur sana sini sebelum muzik background diberhentikan untuk mendengar lafaz akad ahhh mereka pun nak video macam tu juga. Tetapi terlalu banyak input pun tak boleh juga kan gadis-gadis? Nanti jadi bridezilla tak apa topik ini kita boleh bincangkan di lain hari.

3) Mengumpat

Antara kemahiran yang gadis-gadis miliki tanpa perlu sebarang latihan ataupun kursus adalah kemahiran membebel. Dari sekecil-kecil kesilapan lelaki seperti terlupa potong kuku sehinggalah sebesar-besar kesilapan seperti terlupa tarikh ulangtahun pencintaan, gadis-gadis boleh membebel dalam jangka masa 5-10 minit tanpa rehat. Kadang-kadang boleh membebel panjang dalam satu nafas. Satu skil pasif yang dibentuk daripada kemahiran bebelan ini adalah skil mengumpat. Skil pasif ini akan menjadi aktif apabila bertemu dengan rakan seperjuangan yang memiliki kepercayaan yang sama. Yelah nak mengumpat mesti ada interaksi dengan lebih daripada seorang kan. Mana boleh mengumpat seorang diri itu dipanggil sakit jiwa. Mengumpat di telefon ataupun Fesbuk kurang impaknya berbanding face to face. So di mana lagi tempat yang sesuai kalau bukan di kenduri kahwin ye tak?

Antara subjek utama dalam 'perbincangan' gadis-gadis adalah perihal pengantin perempuan yang korang anggap biasa je tapi boleh dapat kawan lelaki anda yang paling hensem di universiti dahulu. Mulalah korang tuduh dia guna minyak dagula bagi nasi kangkangla. Takpun mengumpat watak dalam poin no 1, tak boleh nak tengok orang bergaya sikit mesti kena cap gedik. Ish ish ish.

4) Bersifat kompetitif

Kebanyakan gadis-gadis yang datang di kenduri kahwin ni mesti datang berpasangan. Pasangan normal lelaki dan wanita, lesbian tak kira. Ini kerana mereka berasa bangga dapat memperkenalkan jejaka mereka kepada rakan-rakan gadis yang lain. Berdua kan lebih baik? Siapa yang single tu mereka akan gelakkan dalam hati, percayalah. Kalau yang dah kahwin pun sama juga. Mereka dengan bangga akan bercerita tentang kejayaan suami mahupun anak-anak sendiri jika pihak lawan telah mulakan sesi bangga diri.

Selain itu mereka juga akan bertanding dengan menunjukkan aksesori masing-masing seperti kalau nak ambil lauk diorang akan sinsing lengan baju kurung bagi menampakkan gelang emas yang berlingkar-lingkar itu. Kalau sorang keluarkan iPhone dia keluarkan iPad terus taknak kalah beb. Apa bendalah pergi kenduri pun nak bawa iPad lepas tu tanya adik katerer tu apa password wifi. Eh.

5) Bijak mengelak soalan-soalan klise


Macam biasa, pergi kenduri kahwin mesti kena berhadapan dengan soalan-soalan klise seperti bila nak kahwin dan bila nak dapat anak. Gadis-gadis yang tidak dapat memberi jawapan yang kukuh senang je teknik diorang, mereka jawab, "mmm itu kena tanya cik abang kita ni...." sambil menuding jari ke arah teman lelaki sambil mengenyit mata. Woit mana aci macamtu woit.

Begitulah antara tabiat-tabiat gadis-gadis di majlis perkahwinan yang dapat saya perhatikan. Alah stereotype saja saya tidak merujuk kepada anda, anda ataupun anda. Tetapi mungkin anda. Mungkin anda patut buat 'Mengkaji Tabiat Jejaka Di Kenduri Kahwin' pula untuk saya baca. Alah orang lelaki mana ada tabiat yang ketara sebab diorang rileks je kan. Hikhik.


Sekadar gambar hiasan tiada kaitan dengan entri. Kongratulasi Aiman aku baru tahu kau anak pengetua Imam Muda. Pilih menantu haritu guna melalui rancangan realiti juga ke? Kahkah jenaka saja. Kongratulasi juga Juliana Juhari. Kongratulasi semualah yang berkahwin minggu lepas.



10 comments:

sha2 said...

anda bile nak kawin? *jgn tunjuk pasangan soh jwb. hahah

santiago yusuf aguero said...

mcm ko yg kawen aku tgk bj tu

kehkeh~

mangkuk statik said...

kalau mat salleh, taim wedding ni lah boleh kenduri one-night-stand. Tapi kita dapat kenduri "usha" jer. Usha tak kenyang bro....ambik bau je. Hahha

clarky said...

kisah apa. aku pergi kenduri untuk hakimi makanan sedap ke tidak je. hihi

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Aku bercita-cita hendak buat kenduri di bulan puasa pada waktu sahur. Jimat belanja dan mungkin waktu ini jejaka-jejaka dapat lihat penampilan sebenar gadis-gadis (yang konon) hangat.

Faizal Rosly said...

sha2: awal tahun depan (jawab dengan penuh keyakinan)

yusuf: aku tak nafikan pujian kau itu hihi

mangkuk statik: ha'ah macam cerita wedding crashers

clarky: makan free memang pasti sedap

h.u.m.a.n: mana kalau ada kenduri kahwin gadis2 bangun tidur pun dah bergaya macam ziana zain

crazy_labelle said...

Bile nak kawin?
31 feb tahun depan makcik...

Ok amek dr blog jebon...

LaLaLOLa said...

kalau ada "majlis hari jadi pertama anaknya" tu maknanya dah tak gadis dah, yo! =p

cik asam jeruk said...

bila nak kawin?

kalau sorg yg tnye tu bagi 100, 2thn lepas saya da kawen..uwuwuwuw

nub said...

melaram baju lawa itu mesti

-mak kiah kaki kenduri-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...