Monday, October 3, 2011

Filem-Filem Lucu Di Bulan September

Hai apa khabar pembaca? Bertemu lagi kita di dalam rancangan Ulasan Filem Bersama Abang Jai. Bulan 9 ni bulan yang sibuk. Banyak benda yang harus disiapkan demi masa depan. Tinggal 3 bulan saja untuk aku berfoya-foya sebagai seorang jejaka solo sebelum kena bersihkan cakera keras daripada siri-siri yang mungkar. Itulah sebabnya aktiviti menonton wayang sudah semakin berkurang. Hanya dua filem lucu sahaja yang sempat ditonton di pawagam pada bulan September. Mungkin bulan Oktober ni tak pergi tengok wayang langsung. Ayuh teruskan membaca.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Bridesmaids


Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Annie (Kristen Wiig), seorang wanita yang nampak tua yang bekerja di kedai emas Poh Kong setelah kedai keknya muflis akibat kegawatan ekonomi. Dia sering berzina dengan lelaki Mad Men mengharapkan sesuatu yang indah terhasil daripada perhubungan itu walaupun lelaki Mad Men tersebut hanya menggunakan Annie sebagai alat untuk melempiaskan syahwatnya. Balik rumah pulak makin tensen sebab sering didesak untuk bayar sewa rumah oleh housemate Britishnya. Walaupun hidupnya dilanda kemurungan, dia ada seorang teman baik sejak kecil iaitu Lilian (Maya Rudolph). Annie dilantik menjadi maid of honor setelah Lilian bertunang, dan bertemu dengan bridesmaids yang lain merangkumi pelbagai karekter, terutamanya Helen the Bitch. Annie berasa tercabar melihat kemesraaan Helen yang seolah-olah cuba merampaskan Lilian sebagai teman baiknya dan mereka dua sering bersaing untuk mendapatkan perhatian Lilian.

Aku rasa filem ini memang underrated sekali. Mungkin kalian tak sempat tengok pun di pawagam sebab tiada publisiti meluas untuk filem ini. Dah lama dah tayang kat sana tapi kat sini baru je nak rilis. Tengok poster tampak macam filem tipikal pra perkahwinan tetapi bak kata pepatah filem, 'Don't judge a movie by its poster' Ternyatalah filem ini memang lucu. Bukan selalu kita boleh tengok filem feminin sebegini. Kira macam equivalent to The Hangover la. Aku memang suka Kristen Wiig kerana aku rasa dia wanita yang paling lucu dalam Saturday Nite Live generasi ini. Karekter-karekter yang ditulis dilakonkan dengan berkesan and Kirsten Wiig is genuinely funny. Ok mungkin tiada sesi ketawa setiap minit tetapi bila kau ketawa, kau memang akan ketawa sehingga mengalir air mata. Saya cadangkan anda membeli DVD filem ini dan kalau korang kata tak best, nanti aku bayar separuh duit DVD tu (janji palsu).

Ratings: $$$$ 1/2

Johnny English Reborn



Ulasan ringkas: Ini adalah sekuel kepada filem Johnny English. Mengisahkan tentang ejen MLM MI-7 Johnny English yang bersama daripada agensi perisikan setelah kegagalannya dalam misi di MOZAMBIQUE (gerak-gerak mata, in-movie jokes). Kini dia menjadi sami di Tibet belajar kungfu Hikmat Testis Besi sebelum dipanggil keluar daripada persaraan bagi menyelesaikan misi terbaru iaitu komplot untuk membunuh Perdana Menteriyang diketuai oleh Scully yang hangat dengan aksen Englishnya yang seksi. GOD I LOVE ENGLISH ACCENT.

Mengenali watak Rowan Atkinson, kalian sudah boleh expect karakter konfidennya walaupun dia jelas tak tahu apa-apa. Ini filem parodi genre 'Secret Agent' jadi anda kena lowerkan expectation anda dengan lawak-lawak slapstik tanpa mengharapkan jalan cerita yang fantastik. Bolehlah pergi tengok dengan rakan-rakan di saat-saat kebosanan.

Ratings: $$ 1/2

Sekian sahaja ulasan filem-filem lucu untuk bulan September. Sekarang macam tiada movie yang best je di pawagam. Takkan nak tengok cerita Taylor Lautner tu kot. Jika anda ada tonton filem yang best silalah buat ulasan untuk aku baca. Ok jumpa lagi di segmen yang sama di bulan hadapan jika aku ada peluang untuk ke pawagam. Eh.



4 comments:

The Sharkox said...

eleleh..entah2 kau layan cerita jacob tu..

Sandokhan said...

Johnny English nie memang sesuai sangat layan dikala tensen! Typical Rowan Atkinson's jokes!

Faizal Rosly said...

sharkox: nak layan tapi tiada geng. eh

sandokhan: true

zakzak said...

aku baru tgk 2,3 hari lepas. komen aku, bridesmaid tu mmg bagus cara penceritaanya. ada part aku rasa patutnya jadi hepi, tapi the next scene showed the whole situation just crashing down. ingatkan dah jatuh ditimpa tangga jek, takde dah ditimpa tangga dipijak orang lagi. dipijak orang, patah riuk lagi, patah riuk pengsan lagi, n on n on n on...
but at the end, it was quite exhilarating. a well made film i think.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...