Monday, October 24, 2011

Konspirasi Kerajaan Untuk Menjatuhkan Aku

Sepanjang masa aku berblog ni, aku memang terlalu jarang berbicara tentang politik. Orang sana sini tak kiralah di alam maya mahupun di meja makan duduk dok pom pang pom pang kutuk kerajaan, aku hanya duduk mendiamkan diri saja tanpa sebarang emosi. Kawan-kawan aku asyik racun aku cakap kerajaan tu korup la, zalim la dan suka memanipulasi rakyat melalui media massa. Again, aku buat tak tahu saja kerana aku memang tiada masalah langsung dengan kerajaan yang memerintah.

Salah satu lidah kerajaan adalah surat khabar, bertindak dengan memberi input melalui komunikasi satu hala. Kau dapat maklumat tentang apa yang kerajaan nak kau dengar. Tapi kalau aku baca surat khabar pun aku baca ruangan sukan, obituary, kaji keputusan nombor ekor mahupun menatap gambar di ruangan gossip saja. Masuk je bab politik aku akan skip. Kawan-kawan aku yang anti kerajaan kata kerajaan guna surat khabar ni untuk memanipulasi berita dan menyebarkan fitnah. Liwat-liwat tu semua konspirasi je tu, kata kawan-kawan Harakah aku. Aku bukan tidak percaya, cuma tidak ambil peduli saja. Kadang-kadang aku terfikir juga bagaimana perasaan ahli keluarga aku bila ada orang kata aku memasukkan zakar 6 inci lebih aku ke dalam dubur mereka dengan kerelaan semasa aku bersekolah di Uniten dahulu. Well kalau tak kena kat kita, macam mana kita nak tahu perasaan mereka yang menghadapinya ye tidak? Segalanya tampak indah, sehinggalah pada hari ini aku sendiri mengalami situasi di mana aku DIFITNAH di dalam surat khabar kerajaan di peringkat nasional. Ayuh teruskan membaca entri serius ini.

Jika kalian merupakan pembaca veteran blog ini, kalian pasti tahu aku berada di pihak mana. Bukan dari segi politik, tetapi dari segi teknologi. Aku merupakan peminat setia produk dan servis Maikrosof. Aku pernah bekerja sebagai technical support untuk pengguna Windows. Sampai sekarang walaupun sudah bertukar kerja, aku masih memakai Tshirt Windows 7 dan memberi sokongan penuh di rumah dengan menggunakan perisian Windows yang tulen. Orang lain berebut-rebut nak pakai Android, tapi aku berkeras nak pakai Windows Phone 7. Nak panggil aku fanboy Maikrosof pun aku tak sakit hati.

Maka sebagai peminat setia Maikrosof, sudah pastilah aku akan membenci ataupun at least buat-buat tak suka produk Apple. Orang pakai Macbook ke iPhone ke iPad ke memang akan dijadikan bahan jenaka. Sure, mama aku pernah beri aku iPhone tetapi memang aku terus jual kat mudah.my dengan kerugian. Tetapi apa kaitannya kesetiaan kau terhadap Maikrosof dengan kerajaan?

Well cuba bayangkan, kalau kau digambarkan membuat sesuatu yang kau tidak mungkin buat, serta melanggar segala prinsip yang kau terapkan di dalam diri? Itu kategori fitnah la tu kan? Ok cuba bayangkan lagi, kalau kau difitnah di suratkhabar Utusan bukan setakat dalam bentuk tulisan malahan dalam bentuk gambar, di mana mengikut statistik yang aku reka sendiri, dibaca hampir 5 juta penduduk di Malaysia ini? Yes, you read that right. Aku telah digambarkan sebagai seorang judas, pengkhianat, tiada prinsip dan douchebag di dalam suratkhabar Utusan di ruangan Mega hari ini. What the what? Kalian kata aku menipu? Ok fine sila lihat gambar di bawah ini:



Well korang mungkin masih tak nampak so kita zoom sikit lagi:


Cikai mak lampir apakah ini? Seingat aku memang aku tak pernah izinkan mana-mana pihak untuk mengambil gambar aku untuk dipaparkan di mana-mana bentuk media massa. Obviously mereka menggunakan gambar aku tanpa keizinan, bertujuan untuk menjatuhkan air muka aku di samping mengeksploitasikan wajah aku untuk tujuan komersial. Antara 3 fitnah yang ketara di dalam artikel dan gambar di atas adalah:

1) Mereka telah membuat aku nampak lebih gemuk daripada biasa. Ini adalah teknik Fotosyop yang paling asas di mana mereka menggunakan teknik resize secara manual melebarkan bahagian pipi aku.

2) Mereka telah mengubah warna cermin mata aku daripada hitam garang kepada kuning arbok. Teknik editing ini adalah lebih advance di mana mereka akan mencipta satu layer yang baru sebelum membuat outline secara manual menggunakan Freeform pen terhadap spek mata sebelum mewarnakannya dengan warna kuning. Aksesori yang dipaparkan juga ternyata datang daripada siri Queer Eye For The Straight Guy kerana aku yang normal tidak akan menggunakan jaket 4U2C dan headphone di khalayak ramai.

3) Fitnah yang paling ketara adalah bagaimana mereka menunjukkan wajah GEMBIRA aku meraikan pelancaran iPhone 4s dengan memakai topi berbentuk iPhone yang pasti membuatkan bakal bapa mertua aku berfikir dua tiga kali untuk mengahwinkan aku dengan anaknya.

Tetapi bila fikir balik, mungkin bukan salah kerajaan. Mungkin ini adalah teknik pemasaran Apple itu sendiri. Mungkin mereka tahu reputasi aku sebagai penyokong tegar Maikrosof dan secara tidak langsung menggunakan pengaruh yang aku kononnya sebarkan bagi memanipulasi para pembaca, terutamanya peminat fanatik ijaicool. OH EM JI IJAICOOL.BLOGSPOT.COM PAKAI AIFON AKU PUN NAK PAKAI JUGAAA!!!! Begitulah reaksi salah seorang stalker. Seriously, teknik mereka ini memang keji tetapi brilliant. Cara yang paling baik untuk menunjukkan kehebatan sesuatu produk adalah dengan membuat rival kita sendiri menggunakan produk tersebut. This is marketing at its finest.

Well sebelum ini gambar aku pernah digunakan di dalam suratkhabar juga tetapi mostly untuk sebarkan kebaikan seperti gambar Solat Jumaat di Kosmo bawah ini.


Tetapi kali ini, mereka ternyata bertindak di luar batasan mencabuli hak asasi aku dengan menggambarkan aku sebagai penyokong Epal di mana pada hakikatnya aku merupakan penyokong Maikrosof. Banyak kesan jangka masa pendek dan panjang yang terpaksa aku hadapi sejak penyiaran artikel tersebut. Jangka masa pendek, well kawan-kawan aku semuanya menggelakkan aku cakap aku menggelabah pakai macam tu serta mempersoalkan kredibiliti aku terhadap prinsip yang aku canang-canangkan. Kawan aku Muaz siap call sambil ketawa dan mencarut-carut akibat cemburu dengan pendedahan yang aku dapat walaupun dia penyokong tegar Epal. Bagi kesan jangka masa panjang pula, perkataan iFags akan menjadi sinonim dalam hidup aku. Aku tak mahu penghinaan itu!

Maka di sini saya ingin meminta pendapat dan nasihat daripada anda semua, apakah tindakan yang harus saya ambil sebagai tanda protes terhadap fitnah ini? Medium apakah yang dapat membantu saya dalam perjuangan bagi menebus maruah saya? ISA dah tak ada so mereka dah tak boleh main tangkap je saya di bawah akta hasutan melalui blog. Or should I just go attack Apple directly? Sesiapa yang belajar law tu harap boleh beri panduan tentang tindakan undang-undang yang saya boleh ambil. Maklum balas kalian memang amat saya hargai. Now I know, we should not take things for granted.....

kisah sebenar:
1) Kredit kepada Shadatul Shima yang jumpa wajah 'aku' dan menyebarkannya di Twitter
2) Percaya atau tidak itu sebenarnya orang Jepun. Maka betullah teori dalam kisah How I Met Your Mother wajah kita ni ada duplicate. Hihi. Aku tengok 1st time tadi memang dah perasan retis dah muka masuk paper. What do you guys think? Sama ke tak? Hikhik.
3) Entri ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik
4) Epal saks Maikrosof roks!




18 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

Haha..mmg sama jai. Bukan nak ckp apa la kan. Aku rasa karakter pun lebih kurang nih. Cemburu jugak aku bila kau dh byk kali kluar paper.

ikhan said...

Cis..mati-mati aku ingat ko tadi ijai..senyumannya(macam nak minta penampo)memang sama. haha~~

apa-apa pun ko memang cool.. :p

pakwan said...

pelanduk dua serupa. kene cr lg 5org. cukup kn 7.

Shadatul Shima said...

Ni kononnya doppelganger ko la ni? :P

Anonymous said...

ijai!!!!sama giler!!!!!tidakkkkk
-umi

Faizal Rosly said...

cikinto: biasalah wajah komersial memang selalulah keluar paper haha

ikhan: memang. aku tak akan memberi senyuman begitu

epul: haritu aku nampak kembar kau kat pasar malam. eh

shima: haha turn kau pula dah jumpa kena buat keputusan untuk berkahwin (tiba2)

umi: thanks. memang tak sama kerana lebih gemuk

sha2 said...

hahah. bongok weh. serious aku ingat tu kau. haha

DuniakuAbstrak said...

kau tidak segemuk itu kan?

AA said...

eleh darik masa kita jumpak itu hari aku dah nampak ko jeling2 kat ipad aku non-stop sambil main kuku.. admit it lah. ifag.

Anonymous said...

haha..nampaknya 'kembar' kau ada ideology yg berbeza..aku rasa dia pun bukan peminat liverpool..

-casablancas-

yusuf mujahidin ™ said...

hahaha..
mmg sama la. baru nak suruh saman malu

the mosaicist said...

YEAH IJAI MICROSOFT FOREVER!!!! (Semua caps agar tampak lebih serius)

Atiqah Ahmad said...

dah baca sampai habis baru tau itu bukan anda. gile sama muka. seriously ingat ko yang dalam gambar tu!

Wun said...

hahaha aku tertipu..
baru je nk jeles :p

Aslina said...

walaupon aku tak kenal ko sangat tapi aku pon terkejut sbb sama siot gamba tu ngan gamba2 ko yg lain...

hahaa... mati2 ingat citer betul...

hahahaha... jauh gak "kembar" ko yeh... kat jepang nun... tak rase nak pegi cari ke? pastu brainwash dia supaya mempunyai ideologi same ngan ko... hehe...

crazy_labelle said...

Haha... Serius same...

melyssa_nadiea said...

nak gelak je...

hahahahaha...

Anonymous said...

sebijik Jai.. kak wati ingatkan ko dah jadi glemer jadi supermodel hehehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...