Thursday, October 20, 2011

Mengkaji Tabiat Manusia di Mesin ATM


Hai apa khabar pembaca? Tahukah kalian walaupun aku sudah berkerjaya tetapi aku tidak memiliki kad kredit? Memang tidak pernah aku rasa kad kredit itu satu keperluan, lebih-lebih lagi setelah melihat penderitaan rakan-rakan aku yang sering membuat sesi luahan perasaan kena bayar hutang tiap-tiap bulan. Kalau saat-saat terdesak memerlukan kad kredit pun, aku pinjam je da'killa punya. And by terdesak I mean tak boleh login ke Cimbclicks untuk membeli tiket wayang secara online. Maka sebab itulah setiap kali keluar dari rumah aku akan singgah ke Petronas ataupun bank berdekatan untuk mencucuk duit di mesin ATM. Do you guys use that term? Cucuk duit as in mengeluarkan wang? Anyway sebagai pencucuk yang memcucuk at least 3 hari sekali, aku dapat mengenalpasti corak ataupun pattern pengguna mesin ATM lain. Ayuh kita kaji tabiat-tabiat stereotype yang boleh kita perhatikan ketika mencucuk wang.

1) Tak ingat nombor pin

Betullah Tun Dr. Mahathir kata, Melayu ni mudah lupa. Perkara paling penting dalam upacara mencucuk wang adalah nombor pin kad ATM anda. Kau dengan bedak sejuk di muka dan berbaju kelawar nampak bra berjalan dengan penuh keyakinan di dada tetapi bila sampai je kat mesin kau akan pandang skrin terkebil-kebil cuba nak ingat nombor pin anda. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana secara umumnya, kita hanya menggunakan nombor-nombor yang lazim dalam kehidupan kita. Jika saya mencuri kad Maybank anda sekarang dan pergi ke ATM untuk mengebas wang anda, kebarangkalian untuk saya berjaya login masuk adalah 50% jika saya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Kalau tak nombor IC anda, mesti tarikh lahir anda. Benar bukan? Ada baiknya kalian pergi menukar no pin anda sekarang kerana saya sudah tahu.

2) Mr Never Give Up

Antara sifat mahmudah (terpuji) yang tiba-tiba muncul di dalam diri ketika anda mencucuk wang adalah sifat tidak mengenal erti putus asa. Contohnya, kau masukkan kad kau, tekan-tekan nombor pin lepastu tiba-tiba dia cakap kad tidak boleh diproses. Ok fine. Cuba lagi sekali. Masukkan kad lagi. TET TET kad tidak boleh diproses. Oooo mungkin ada habuk kot kat cip dia. Baiklahhh kita tiup sikit cip tu fuhh fuhhh. TET TET kad masih tidak boleh diproses. Ok ok bertenang bertenang. Pengguna-pengguna lain di belakang dah mula soksek soksek mengumpat tetapi kita tidak boleh menyerah sekarang. Dengan bacaan ayat hafazan PAFA sebagai penaung, anda pun menggosok-gosok cip kad anda dengan baju. AHAH! Berjaya! Lepas tu cek baki, eh gaji tak masuk lagi? What the whatt? Ok Rileks rileks mungkin dalam proses pemindahan wang. Batalkan transaksi, kemudian masukkan kad balik. Mana tahu dah masuk kan. Celaka memang tak mudah berputus asa dia ni. Sebab itulah panjang sekali barisannya.

3) Noob mesin ATM

Golongan noob (newbie) ni ada di mana-mana, bukan sekadar slang yang digunakan di dalam permainan video bagi menggambarkan ketidakhandalan (dibaca: kebangangan) seseorang itu bermain Call of Duty ataupun Fifa 12. Pengguna mesin ATM pun ada yang noob juga. Kalian toksah nak berlagakla nak cakap kalian sudah berpengalaman kalau pilih bahasa Cina pun boleh buat transaksi. Pada satu masa dahulu anda merupakan seorang yang noob juga. Padahal keluarkan wang dan cek baki je yang kalian tahu. Kalau terpaksa buat aktiviti-aktiviti yang lebih advance seperti menopap kad Touch n Go mahupun membuat perpindahan wang ke akaun lain mau kena sawan barbie kau berbuih mulut depan tu sorang-sorang tak tahu nak tekan butang mana.

Contoh yang lebih relevan kalau kau guna mesin cash deposit tu. First time buat memang berpeluh testis kau dibuatnya. Tekan sana tekan sini tak jadi apa-apa. Rupanya ATM jenis yang pakai touch screen macam Maybank tu celaka. Lepas tu tempat masukkan wang terbuka kita jadi blank taktau nak buat apa terus masukkan syinggam ingatkan tong sampai automatik. Lepas tu dah menggelabah orang belakang yang mengeluarkan kata-kata kesat, kau gunakan saja taktik "Eh ada call masuk pula" lepas tu kau terusla buat-buat cakap di telefon, keluar dari bank dan bertaubat nasuha taknak datang bank itu lagi akibat aib.

4) Pak guard yang berdedikasi

Kalau kau pergi ke CIMB di Bangi, jangan sekali-kali kau cuba melanggar peraturan yang telah diekspreskan dalam bentuk gambar di pintu masuk bank. Kalau kau pakai helmet, kau akan dicota di tempat kejadian. Kalau kau bawa binatang peliharaan tak kiralah kucing kau ke, tupai terbang kau ke, kau akan dicota di tempat kejadian. Ok ok part kena cota tu mungkin ezajerit tetapi memang kau kena bebel lah. Bagusla takdela makan gaji buta ye tak. Tapi kadang-kadang jenis pak guard yang Islamik ni kau pakai seksi sikit tersembul payu ke nampak cameltoe ke memang kena ceramah Ustaz Ismail Kamus lah kau. Baguslah yang Islamik ye tak dapat pulak yang jenis rakus haa memang berdedikasilah mereka mencota anda di punggung sambil cakap orang putih you like that? You like that?

5) Makcik yang paranoid


Dear makcik, aku tak curi-curi tengok kau masukkan nombor pin dan aku tak curi-curi tengok baki wang kau. Maka tolonglah cepat sikit membuat transaksi dan tak perlu nak toleh-toleh ke belakang ataupun jeling-jeling cermin kecil di sebelah mesin ATM tu untuk tengok apa yang aku lakukan. Seriously.

6) Abang minta derma


Aku rasa kan, sejak pembukaan CIMB di Bangi beberapa tahun yang lalu, awal-awal lagi sudah bertapak seorang abang ni menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil pengutip derma untuk pembinaan sebuah masjid di mana tah. Itu beberapa tahun yang lalu. Sekarang beliau masih ada lagi dengan kotak derma yang sama, dengan skrip meminta belas kasihan yang sama dan dengan muka mintak kombinasi tinju Real Steel yang sama. Cikai mak lampir orang hari-hari derma takkan tak cukup-cukup lagi wang kau untuk membina masjid. Nampak sangat dia dah jadikan aktiviti meminta derma itu sebagai kareer tetapnya. Yelah orang Melayu ni mudah kasihan nak nak pulak baru lepas cucuk duit kan apa salahnya hulur seploh ringgit untuk pelaburan di alam barzakh.

Adakah kalian pernah mengalami situasi-situasi di atas ataupun kalian sendiri yang membuat orang belakang maki-maki? Jika anda ada melihat tabiat stereotype yang lain, ayuh kongsikan bersama. Ok selamat malam. Or selamat pagi jika anda baca entri ini pada pagi Jumaat. Or selamat petang jika anda membaca entri ini pada petang Jumaat. Or Happy Deepavali jika anda membaca entri ini pada hari Deepavali. Dan seterusnya.



20 comments:

Anonymous said...

Lemah kalau cash deposit maybank suka reject duit. Ada tu memang berusaha nak deposit jugak sampai renyuk or gosok duit. Yang Q belakang hangin je.


~amie

Aslina said...

Yeay high 5 sket. Aku pon walaupon da keje masih juge tak punye kredit kad. Tapi maybank debit kad aku ada visa. Slambe je pegi mane2 pon bayar gune debit kad je. Malas nak gi cucuk2. Cucuk duit utk kegunaan seminggu atau tengok keadaan kalo baki lebih bakal berlarutan ke minggu2 seterusnya. So far 2 minggu skali ah. So tak discover sgt tebiat pelik2...

The Sharkox said...

ade juga jenis noob yang mintak kita tolong keluarkan duit dia..biasanya golongan opah2 dan nenek nenek si bongkok tiga...

dia kata makcik tak reti nak guna mesin ni haa..mesin gan macik tau la

theanswer said...

1. kdg2 mixed up dgn password email ;p

2.kad atm aku buruk gle..org dh cimb..aku masih bumiputra commerce..hahaha.

3.salu maybank yg touchscreen..pastu byk gle tulisan yg x berkait..xtaw nk tekan mane.

4.ade ke pak guard kt atm? motor je aku nampak kt dlm..orgnye xde.

5.kalau mak aku lansung x paranoid..sampai aku kne offer nk escort kalau nk keluar duit byk.

6.cimb depan pkns..hahaha. tpi silap ah..salunye aku pgi situ nk topap hp or masukkn duit..bukan keluarkn.

Mrs Sufatiha Infinity said...

paling bengan bila masa nak deposit duit tu..dah la queue panjang giler..pastu leh lak org palign depan dgn sengal muka bwk kuar dr poket duit setebal kitab..masukkan satu persatu..serius hangen satu badan...

sumtimes smpai siap doakan biar ade mane2 penyangak rembat duit dia sblm masuk mesin tu, then dia mesti lari g kejarnye kan, so leh la cepat sket q tu..ahaks padan muka..ngan aku skali padan muka...

Faizal Rosly said...

amie: kena belai manja dulu duit tu

aslina: eh pegi makan kat village view tak boleh pakai kad debit

sharkox: makcik dalam johnny english reborn tu handal mesingan

theanswer: apa password emel kau

sufatiha: ish ish orang doa benda yang sama kat kita juga nanti

StingRay said...

"Humm..nak keluarkan berapa ye?" ujar pakwe kepada makwenya di sebelah.Mereka berbincang.

"Ha..nampak tak? nampak tak?" ujar awek tadi pula sambil main tutup-tutup mata pakwe dia yang terkial-kial nak keluarkan duit depan mesin ATM.Gedik.

Di belakang,orang ramai sedang beratur panjang.

Ya,aku kena benda tu di ATM kat Melaka.Macam celaka.

saya bukan awek gedik said...

ya Allah aku dpt bygkan perasaan stingray bila kena queue depan kapel yg suka PDA dan bercengkerama di hadapan org ramai ni.. tak kisahla queue kt atm ke, nak beli tiket wayang ke.. cth kalau nk beli tiket wayang baru nak discuss "eh nak tgk citer apa ekkk? pukul brape ekkk?" aku rasa nak hempuk dua2 ekor manusia ni.. get a room pls !!

btw i have a tip - kalau uols draw duit more than 5 times (kot) in a month guna atm, nanti bank charge tau.. esp maybank la.. so the tip is, jgnla asyik draw duit selang 3 hari.. jgn dok kayakan bank yg dh sedia kaya tu.. profit diorg juta2 ok every yr.. dia charge RM0.50 for the sixth transaction of the month tak silap.. so sayangilah duit anda n jgn bg free jer kat banks ok

muna said...

ijai ada lagi satu: kawan baik hati yang tolong keluarkan duit kawan lain. lepas satu satu dia masukkan kad atm. mungkin mencecah 5 kad. barisan kat belakang dah panjang mengalahkan apa dah, hahaha

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

time aku cucuk duit depan aku selalu budak sekolah. dah la lambat lepas tu kad pulak bukan satu dua.

tapi tak berapa nak berani nak sound sebab aku cikgu. kot-kot nanti aku kena p sekolah dia mampus dia mengata aku.

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

oh ya, untuk maybank kalau baki lebih dari 5k cucuk banyak kali pun tak paaaa.
kalau baki below 5k, the 5th transaction dia charge hang 5 kupang (banyak sungguh nombor 5)

mijie said...

Aku kalau gi Maybank kat cyber serabut ngan warga2 afrika persis Dieder Drogba dan Pak2 Arab..Dh la ckap kuat..Buat mcm negara sendiri...

Kalau CIMBNK kat Dengkil dipenuhi Mat Indon dan Bangladesh...bulan ni saja dh 3 kali mat bangla mintak tolong aku keluarkan duit dia d mesin ATM...

Fareez Mansur said...

aku pernah kena sekali couple buat2 gedik nak keluar duit. aku ingat dialog dia:
jantan: ayang nak kluar brapa ni?
betina: ala, kluar la dalam 400
jantan:banyaknya, ayang nak beli apa?
aku : (dalam hati cilako botol)
betina: nak beli blablabla
jantan: alamak gaji tak masuk lagi
aku: kali ni aku luah aku geram : PADAN MUKA KAU.
what the what?

Faizal Rosly said...

stingray: kalau kau rakam guna fon dah dapat dah tengok awek_ATM_Melaka.3gp

awek gedik: baiklah

muna: contoh yang bagus

human: budak sekolah pun pandai cucuk duit. ewahh aku masuk u baru ada akaun bank

mijie: haha nasib baik kau tak rasis

fareez: lain kali rakam agar kita dapat menonton bersama2

Aslina said...

alaa... takpe bukan aku pegi village view pon. lokasi pon aku tatau kat mane dalam penang nih. slalu bila makan gempak2 ni boss2 yang blanje. ape ade hal ye tak...

aku pegi cikai2 je... paling2 pon kepsi. dorang accept debit kad. slamberrrr...

muna, aku terasa eh. aku penah buat bende yang sama dulu masa outing form 4 form 5... hahahaha... memang tak dapat la sekeping dua... siap sorang 5 keping, sambil pegang buku kecik tulis nama dengan no pin.

yang kapel berbincang tuh... blom penah lagi la kene kat aku... bese kat mesin atm sebelah aku... pastu aku perasan mamak belakang q dorang asik usya bahek awek kapel tu. haha. padan muka gedik lagi...

AA said...

aku pernah mengalami pengalaman ngeri ketika masukkan duit di CDM maybank bangi..ada mamat menggunakan jemari halus mencucuk belakang pinggangku dan dengan suara sayup2 mengugut ingin merompak aku.tetiba mamat tu berkata..."eh ke aku salah orang..."



aku ingat arbok.

noulha said...

aku skang seram2 sejuk nak g ATM. bulan lepas aku g ATM pastu aku dgr org tepi aku mcm ngah borak2, aku toleh je upenye ada perompak ngah mtk duit dia. siap berparang. menggigil aku. sibaik pas dia rompak org tu dia trus blah.. pastu aku terus lembik lutut

nub said...

nasib baik withdraw duit toksah guna syiling. kalu dak, habeh kena penerajang mesin. haha

norizzuddin said...

Meh meh aku pulak..

Pengalaman paling tak boleh belah, org Q belakang yang mesra pelanggan. Aku tgh Q nak keluar duit, dia punya berdiri dekat betul sampai napas dia terasa kat tengkuk aku. Kamon la.. kamon la.. wa jantan, lu jantan. Wa bukan gay! Dem la u. Lagipun ini bukannya dlm LRT waktu puncak yg nak kena berimpit2.

Bukan sekali beb.. berkali2 kena.

Anonymous said...

Just to btulkn..maybank cas sthun rm8 fr the service..so klo nak kuarkn tiap2 hri spnjg sthun pun korg kne cas 8 gk..tk guna sthun pun 8 gak cas ok.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...