Friday, October 21, 2011

Seram: Episod Sembilan

Rabu, 19 Oktober 2011. Minggu ini aku masuk kerja petang dan balik malam. Perubahan waktu bekerja setiap minggu kadang-kadang boleh mendatangkan kesakitan di kepala. Otak dan mata aku terasa berat, sehingga mengganggu fokus aku terhadap kerja. Bila aku kata fokus aku terganggu, bukan bermakna aku tidak dapat menaip emel kepada pengguna, tetapi lebih kepada bisikan-bisikan halus yang aku dengar, mahupun imej samar-samar yang membuat kemunculan.

Aku memang tak gemar kerja syif malam. Ini kerana aku kerap didedahkan dengan cerita-cerita menakutkan daripada rakan sekerja aku. Satu cerita yang popular adalah cerita seram tahap Mastika di tingkat 2. Malam-malam tingkat 2 tak ada orang. Kalau nak hantar borang untuk claim OT, kena naik tingkat 2. Ada orang cerita, masa dia naik tingkat dua yang gelap tu telefon tiba-tiba berdering. Maunya tak menggelabah. Tetapi yang berdering tu telefon bimbit dia la mak dia tanya nak balik pukul berapa. Ok fine tu mungkin tak seram langsung. Ada orang kata malam-malam kalau tengok dari luar, boleh nampak bayang orang berjalan di tingkat 2, padahal tingkat dua tiada orang! Ok mungkin orang kat luar tu sebenarnya nampak bayang orang yang hantar borang claim OT tu tadi.

Anyway, keseraman yang nyata tetap bermain di benak fikiran aku. Ini kerana aku tiba-tiba teringat akan trailer Paranormal Activity 3 yang aku tonton minggu lepas. Paranormal Activity 3 mengisahkan tentang apa yang berlaku kepada adik-beradik Katie dan Kristi 18 tahun yang lalu, kira macam prekuel untuk filem Paranormal Activity 1 dan 2 la. Dalam trailer tu, ada satu scene di mana Katie dan Kristi main-main hantu sebut 'Bloody Mary' tiga kali dalam toilet lepas tu tiba-tiba muncul satu lembaga pengawas. Ok tak sesuai kita selitkan elemen komedi dalam siri seram, so tukar lembaga pengawas kepada lembaga hitam. Sumpah seram aku tengok dan waktu-waktu macamnilah aku tiba-tiba nak teringat kan? Celaka betul.

Aku cuba menenangkan diri dengan membaca ayat-ayat hafazan PAFA tingkatan 3, tapi gagal sebab dah lupa. Aku terus membuka Youtube mencari klip video nasheed In Team agar dapat menguatkan semangat aku dengan mendengar lagu-lagu berunsurkan ketuhanan. Namun masih gagal sebab In Team hanya mengajar kita bercinta selepas kahwin dan tidak berzina. Tiba-tiba perut aku diserang kesakitan yang amat sangat. Rasa seperti dicakar dan ditampar oleh gadis-gadis yang bergaduh rebut jantan di kedai kasut tu. Kalau nak dibincangkan secara saintifik, kesakitan yang aku alami itu sebenarnya adalah sindrom nak berak, so aku pun pegilah ke tandas.

Lampu di tandas menyala dengan suram. Kadang-kadang lampu itu berkelip-kelip, dan tandas itu akan berada dalam keadaan gelap dalam masa beberapa saat. Aku tak peduli aku terus masuk ke dalam jamban nombor 1 dan FRAGGG PRUTT PRUTTT pssss BLOB BLOLB TUP. Itu baru serangan pertama. Serangan kedua bakal tiba. Boleh pulak time tengah membuang najis metawatitoh ni sekali lagi memori aku tiba-tiba memanggil scene dalam bilik air Paranormal Activity 3. Cikai mak lampir betul. Untuk mengurangkan ketakukan dan kesakitan aku pun menyanyilah. "BLOODY MARY BLOODY MARY BLOODY MARY" BARBIE APASAL AKU SEBUT BENDA ALAH TU PULAK??

KREOUOKKK!!! Serta merta aku terdengar bunyi pintu utama tandas dibuka. Memang berderau darah aku ketika itu. Peluh sejuk mula membasahi dahi. Tangan aku terketar-ketar tanpa henti. Hati aku semakin tak keruan. Kemudian aku terdengar pula bunyi perempuan ketawa mengilai macam pontianak WEE HEE HEE HEE HEE. Bunyi tapak kakinya semakin hampir. Apa aku nak buat ni?

TIBA-TIBA.........!!!!!!!!!!!!!

"KU TAK MAU CINTAKU DIKOCOK-KOCOK. KU TAK INGIN SAYANGKU DIKOCOK-KOCOK. SEPERTI ARISAN MENUNGGU GILIRAN. ADUHH ADUHH ADUHH MANA TAHANNNN....". Bunyi macam mantera pemujaan tetapi macam familiar saja melodinya. Eh itu macam lagu penyanyi dangdut Inul gerudi tu. Rupa-rupanya itu pekerja wanita Indonesia yang masuk untuk membersihkan tandas. Ceh bikin saspen saja. Ok dalam skala 1-10, berapa tahap keseraman cerita ezajerit aku ini? Alah korang jangan nak judge aku korang pun sama juga cuak jika berada di dalam situasi aku.





7 comments:

sha2 said...

hahahah. serius seram.

Muaz said...

Hahaha.. aku punya skala seram mcm berubah2.. mula2 4. pastu 7 pastu 3 pastu aku tak tau apa dah..

pastu aku tak tau betul ke tak cerita ko tu.. mcm kurang yakin tapi betul ke makcik tu nyanyi lagu tu? hahaha

Faizal Rosly said...

biasalah cerita 'based on true story' ni mestilah sudah digarap ceritanya dapat memenuhi kehendak penonton

Aslina said...

makcik cleaner part time ke memalam???

kat building opis aku memalam dah takde cleaner berkeliaran...

kau biar betul weyyy...

*hahaha... bakar line bagi ko lagi takut lepas ni*

Aslina said...
This comment has been removed by the author.
Mia said...

Trailer Paranormal Activity 3 tue memang menghantui. Dia dah keluar kat US nie malam tadi tapi takut nak pergi midnight screening. Tengok trailer pun dah berjaya membuatkan diri nak pegi toilet malam buta basuh tangan taknak tengok cermin, apatah lagi tengok movie dia malam2 buta kan. Tapi betullah, dia sebut 'Bloody Mary' banyak-banyak tue terngiang-ngiang dekat telinga!

Faizal Rosly said...

aslina: ahh tak takut minggu ni kerja siang

mia: sudah tonton memang seram nak arwah. berlagak berani je tapi sebenarnya tutup mata di saat2 seram

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...