Friday, October 14, 2011

Surat Cabaran #3

Hai apa khabar pembaca? Saat yang ditunggu telah tiba. Sempena dengan perlawanan Liverpool menentang Manshitter United di Anfield pada esok hari, saya secara rasmi ingin memulakan persengketaan dan mencetuskan provokasi dengan menghantar sepucuk surat cabaran penuh kebencian kepada penyokong-penyokong Manshitter United. Ingat, pihak yang kalah esok harus menerima cercaan dengan redha. Surat ini ditujukan khas kepada:

Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Adam Phong Wei Hoong, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Sugaindra Kumar, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Irsyadudin Ismail, Ezry Yusry Yu, Norman KRU, Fakri, Zahrul Idzwan Zainal, Mohd Salahudin Idris, Tengku Amir Afendi, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri Nazlan, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Suami Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Salamea Zakaria, Zakaria Stapa, Khairul Afandi Kasim, Nur Hisyam Suhaimi, Perdana Menteri, Mohd Imran Suria, Luqman Salehuddin, Zuhri Yusoff, Mohd Naufal, Safee Sali, serta anda yang membaca entri ini jika anda merupakan penyokong Manchester United.

Ayuh teruskan membaca surat benci ini.

Penyokong Liverpool,
Surau Al Kauthar Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
14 Oktober 2011.

Menemui penyokong-penyokong kelab ajaran sesat Ayah Pin Manshitter United, semoga kalian semua mendapat hidayah dan kembali ke landasan yang benar dengan berhenti menyokong kelab Syaiton dan membuka akaun melalui Perbankan Islam Standard Chartered tanpa riba. Semoga dalam perjalanan pulang kerja nanti jalan yang anda lalu jem dan anda rasa nak terberak sangat-sangat.

Saudara,

Harus dinyatakan di sini meminta air jampi di Darussyifa untuk mengurangkan perasaan takut menjelang pertemuan bertemu Liverpool esok ternyata tidak dapat membantu anda kerana Harun Din minat Man City mana boleh tolong rival. Saya perasan ada juga yang sanggup menghabiskan wang untuk bertemu pawang di Thailand untuk menyantau abang Dirk Kuyt kerana bimbang dia meledakkan HATRIK seperti musim lepas di mana Liverpool membelasah Manure 3-1. Begitu juga dengan pihak pengurusan Manshitter United yang sibuk bermain permainan simulasi Football Manager untuk mengkaji bagaimana nak sekat abang Suarez. Tapi dah save lepas tu quit banyak kali pun still tak dapat lagi nak menang dengan Liverpool walaupun dalam FM. Mungkin ada yang hilang ingatan ataupun tak mahu ingat lagi, maka biar saya segarkan memori indah ini; musim lepas, abang Suarez dengan dengan penuh ketenangan memperanjingkan Rafael, memperdayakan Carrick, melepasi Wes Brown dan kemudiannya mengaibkan Van der Sar pula meloloskan bola di celah kangkangnya sebelum disudahi dengan salam oleh abang Kuyt. Tu yang Van der Sar buat keputusan untuk bersara tu sebab malu 7 keturunan.

Ya ya kami tahu anda kini di takhta liga. Kami juga tahu anda telah memancung kami menjadi kelab Inggeris paling banyak menang liga domestik. Ehem liga Juara-Juara perlu kerja keras sikit ya. Tetapi dalam situasi jangka pendek ini, kami hanya mahu aibkan pasukan saudara di gelanggang keramat kami, sekaligus mendapat 'bragging rights' boleh berlagak di Fesbuk dan Twitter melibat anda semua emo sehingga pertemuan seterusnya.

Perlukah kami tekankan di sini yang kami benci melihat pemain-pemain pasukan kegemaran anda? Kita mulakan dari posisi bawah ok. David 'Calamity' De Gea, muka hensem, beli mahal-mahal tetapi bakal mengisi slot penjaga gol gagal seperti Massimo Taibi. Nak tewaskan dia senang je kau tonjol je dari luar kotak penalti mesti terkapai-kapai. Jaga-jaga Abang Gerrard dah kembali. Chris Smallpenis, perasan tak muka dan gaya fizikal dia macam Jermain Jenas tulang pipi terlebih? Itu bukan pujian ok. Pakcik Rio, tau nak main Twitter je dahla orang putih tapi tak tahu mengeja. Pakcik Vidic dah sihat ke belum? Jauhkan dia daripada kanak-kanak Bosnia. Naniiiiii esok dah apply cuti ke dari mapley Ameerali? Cleverley takdelah seclever mana exam MUET dia dapat band 2 je. Hoi Anderson, Venus Williams call suruh pulangkan rambut palsu dia. Eh apasal atuk Giggs ada lagi ini? Ni makan gaji buta je ni dah tak boleh contribute dah tak larat kan. Ikutlah jejak kuda tua yang lain macam Gary Neville dan Scholes. Pork Ji Sung? Dah pergi PLKN macam Rain ke belum?

Eh tak habis lagi keji. Dalam semua pemain Manure, yang paling dibenci adalah Wayne 'GILFHUNTER' Rooney. Berzina dengan nenek, curang dengan bini, memalukan anak bagi nama aneh masuk sekolah nanti kena ejek sebab nama macam ikan Koi. Lepastu bangang kena ban 3 match terus kat EURO 2012 nanti. Berbatov apa cerita? Dasar pemalas duduk kat bangku simpanan lagilah jadi pemalas nak arwah. Owennn kalau kau dapat main (ataupun jika dipilih dalam match squad) Anfield faithful pasti akan menyanyikan lagu-lagu yang mengguris hati. Eh pelakon Planet of The Apes watak Ceasar si Bebe tu apa khabar? Kata wonderkid apasal pergi hantar loan pulak?

Sebelum saya mengakhiri surat benci saya ini, saya ingin menyampaikan sebuah pantun 4 kerat:

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Aku berjenaka saja dengan kalian,
Yang dibenci cuma Menyu.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan sayang daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijaicool
(Mohamad Faizal Rosly)






14 comments:

kundi said...

oyeh sebagai peminat the blues, aku akan sokong the reds pada perlawanan ni sebab aku memang aku bencikan man u.

rehaljingga said...

nah aku sudah sediakan balasan berbentuk pantun utk kau ijai..

http://rehaljingga.blogspot.com/2011/10/pantun-balasan-buat-liverfool-fans.html

renung2kan..ahaks!

Sandokhan said...

pergh!..

Ini macam pengisytiharan perang. Banzai!!

Kehkehkeh!

O Ena O said...

ijai esok mlm aku gi temankan bf aku tgk game man utd dgn liverfool..dh la aku nie x minat man u..sabor jer lah..just tgk n enjoy the game..tp kalo man u kalah x berani aku nk cacimaki lebih2 si man u..kang x sms seminggu .hahahahhaha

selamat maju jaya liverpool!

O Ena O said...

ijai esok mlm aku gi temankan bf aku tgk game man utd dgn liverfool..dh la aku nie x minat man u..sabor jer lah..just tgk n enjoy the game..tp kalo man u kalah x berani aku nk cacimaki lebih2 si man u..kang x sms seminggu .hahahahhaha

selamat maju jaya liverpool!

O Ena O said...

ijai esok mlm aku gi temankan bf aku tgk game man utd dgn liverfool..dh la aku nie x minat man u..sabor jer lah..just tgk n enjoy the game..tp kalo man u kalah x berani aku nk cacimaki lebih2 si man u..kang x sms seminggu .hahahahhaha

selamat maju jaya liverpool!

yusuf mujahidin ™ said...

esok mesti ko tarik balik surat ni pasal menyu pasti menang

kahkahkahkah~

The Sharkox said...

ijai, kalaulah manure titik Liverpool tu, kau jgn tutup blog ni ye..macam dulu aku rasa seminggu kau diam..haha

O Ena O said...

sgt buruk pulak komen aku sampe 3 sekali kuor..huhuh...
ok terus kan provokasi masing2...esok aku nk tgk sape yg kene..kehkeh2..

Faizal Rosly said...

kundi: the blues birmingham ke ni hehe

rehaljingga: ewahh berpantun pula

sandokhan: setiap kali bertemu pasti begini

ena: huii bukan 3 tetapi 4 komen

yusuf: kahkah mana ada pernah tarik membisu sajaaa

sharkox: alah sekarang ni pun memang apdet blog seminggu sekali apapun mesti orang dah lupa nanti haha

Anonymous said...

Abang gilfhunter akan menoron esok. Glory glory Man Utd! - adam

Anonymous said...

-yusry bkn kru-
igt boleh menang ke bra-der?? jgn mimpilah...hehe

Anonymous said...

hg jgn ckp pandai la

Anonymous said...

hahaha. . .mengada ko ijai sia buat pantun gik. .

shyla :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...