Wednesday, October 26, 2011

Tanda-Tanda Hari Raya India Akan Tiba

Hai apa khabar pembaca? Walaupun saya bekerja hari ini ketika Deepavali, itu tidak bermakna yang saya ini rasis. Dulu-dulu saya pernah membuat entri Tanda-Tanda Hari Raya Melayu dan Cina, maka untuk membuktikan yang saya ini bukan rasis, saya akan membuat satu entri sempena Deepavali selari dengan konsep 1Malaysia yang dipupuk oleh Perdana Menteri di dalam diri. Ayuh kita kaji bagaimana Hari Raya India mempengaruhi hidup kita.

1) Jalan raya menjadi lengang sebab semua orang sudah pulang ke kampung, tak kiralah anda ini bangsa apa. Orang kita ni kalau ada cuti walaupun sehari selalunya akan sambung sampai ke hujung minggu. Well maybe bukan semua. Jikalau korang terpaksa bekerja di Deepavali, korang boleh sedapkan hati kata, "YES! AKU TAK PERLU MENGHADAPI KESESAKAN LALU LINTAS HARI INI!". Tapi nak kisah apa aku kerja kat Cyber memang tak pernah jem dan tak ada tol. Kerja time public holiday dapat dabel pay pulak tu. Ok fine itu ayat sedapkan hati lagi sebab aku lebih rela duduk rumah bangun lambat lepastu bukak mata terus main Battlefield 3 lenyek orang dengan kereta kebal.

2) Anda akan lihat di kompleks membeli belah terkemuka mahupun di lobi pejabat anda dihiasi dengan Kolam. Tetapi kolam ini jenis yang tak boleh celup kaki apatah lagi kalau nak mandi bogel. Kolam ini adalah corak-corak yang dilukis dengan serbuk beras berwarna. Tak pasti beras Basmati ataupun beras Faiza ataupun tepung beras. Corak-corak yang dihasilkan memang colorful dan beautiful, tetapi jangan pula anda yang ada rukun Iman ni terbawa-bawa sehingga membawa kepada terbatalnya Iman akibat penyembahan berhala.



3) Siapa kata kad raya hanya untuk hari raya Aidilfitri? Ok maybe time Deepavali orang tak hantar kad raya asli, tetapi kad raya elektronik pasti akan diberi. Tak semestinya daripada rakan macha anda, orang Melayu yang kebanyakannya sibuk-sibuk pula. Menjelang Deepavali, anda mula mendapat notifikasi bertalu-talu di emel dan telefon pintar anda akibat ditag dalam kad raya Deepavali oleh rakan-rakan anda yang celaka walaupun anda ni sebenarnya orang Melayu tapi kulit anda gelap. Memang rasis kawan anda itu. Tidak lupa juga SMS pengganti diri dengan pantun-pantun Deepavali.

4) Ok kalau hari raya Melayu ada pakcik yang sama pakai baju Melayu yang sama tiap-tiap tahun mengumumkan ketibaan Aidilfitri, tetapi aku tak sure pula time Deepavali ada makcik yang tiap-tiap tahun pakai Sari yang sama akan keluar di kaca televisyen dan mengungkapkan skrip yang sama mengumumkan ketibaan Deepavali.

5) Televisyen dan panggung wayang akan dipenuhi dengan filem-filem lakonan Rajinikanth. Baru-baru ni keluar filem Sivaji the Boss dengan Ethiran. Kau jangan main-main Rajinikanth ni memang lejen. Dia umpama Chuck Norris orang India kau tahu tak. Semua filem yang dia berlakon kalau dia bertumbuk memang tak pernah kalah. Bila belasah orang belasah dengan penuh gaya mutu keunggulan pulak tu.

6) Lagu raya India mula berkumandang di radio. Antara lagu raya India yang popular ialah Musafir di Deepavali dendangan S. Jibengkumaran, Satu Hari di Hari Raya India dendangan M.Nasir Mohan serta Menjelang Hari Raya India dendangan DJ Dave Jayakumaran.

7) Menjelang Deepavali, anda akan dapat melihat keseksian gadis-gadis HR di pejabat anda yang menunjukkan effort untuk membawa keharmonian kaum dengan memakai Sari ke pejabat. Pusat bertindik alert! Yang lelaki pakai baju macam jubah singkat tu tapi di saat aku menulis entri ini aku tak ingat pula apa nama baju itu (Kurta, thanks sis @ayinemran). Tidak lupa juga yang membawa makanan-makanan India seperti maruku dan nasi daun pisang vegetarian.

8) Hari Raya India akan tiba apabila aku membuat entri tampak rasis tahunan sebegini sambil mengucapkan Happy Deepavali kepada rakan-rakan berbangsa India aku seperti Lavanya Nagaraja, Sugaindra Kumar, Kughan Balakrisnan, Jayakumaran Thangaiah, Mathavan Ayappan, Ramu Moorthy, Rameash Subramaniam, Prabakumaran Subramaniam, Kashturi Balasubramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Komathi Balasubramaniam, Vijay Kumar, Jabez Jeyaraj, Arvind Nair, Kabilan Ratha, Balanmurugan Venugopal, Clifford Sanjevi, Dilip Vellasamy, Gurubalan Krisna, Kunal Kukreja, Shuhud Zakaria dan semua pembaca yang berbangsa India di luar sana.

Taanikudekelam? Ni rombe allega irruke! Kita akhiri entri ini dengan sebuah pantun Deepavali:

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji di dalam perahu,
Happy Deepavali aku ucapkan,
Esok jangan lupa bawa maruku.

Happy Deepavali!



5 comments:

Noraishikin Mohd Salleh said...

Kunal Kukreja sambut Deepavali ka...masa aku tgh baca ni, dia baru je melintas utk ke cubiclenya..haha

anyway, kesian Shuhud weh.....hahahahahahhahah

Malique said...

aku rasa niat utama ko karang post panjang2 ni adalah utk menyelitkan nama shuhud zakaria ni hujung post kan kan

crazy_labelle said...

Haha... Ak sokong yg pos kat atas ni...

Mesti ko tag shudud jgak kat dlm kad deepavali elektronic di fb kan?

The Sharkox said...

hahaha... aku rasa ada yang kena cabut gigi dengan Dr. Shuhud ni

Faizal Rosly said...

hahah kalian semua ini rasis

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...