Thursday, October 13, 2011

Testis Testis One Two Three

Aku nak taip testing tetapi sebab terlalu laju dia jadi testis pula.


Cemburu bukan? Usah cemburu lama-lama. Ayuh teruskan membaca.

Akhirnya, setelah bertahun-tahun menunggu (mestilah ezajerit), rumah aku kini sudah ada Unifi. Jalan rumah aku bulan 6 dulu baru nampak papan tanda pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi tetapi hari ini baru mereka datang ke rumah aku pasang. Aku rasa cara yang paling cepat untuk dapat Unifi jika area rumah kau ada coverage adalah register sendiri secara online, sebab boleh book sesi pemasangan terus. Seminggu je dah boleh dapat.

Mula-mula aku pergi isi borang Unifi dekat adik-adik pakai spek mata hitam rambut ada ekor pakai kasut karipap di kaunter Unifi bawah payung tepi jalan rumah aku. Memang gigih aku isi borang tapi diorang tak professional langsung patut fotostet IC boleh pulak diorang ambil gambar IC aku berlatarbelakangkan kertas A4 dengan telefon 3310s mereka. Lepas tu langsung tiada maklum balas. Kecewa dengan situasi tersebut, aku pun pergila ke TM Point Bangi dengan wajah garang dan berbaju IT untuk intimidate mereka dengan memberi impression yang aku ni pelanggan yang tidak mudah diperdayakan. Sama juga aku isi borang tapi akak pengkid tu layan aku macam nak taknak je memang aku hangin. Baru lepas kena tinggal dengan teman wanita lettew.

Satu hari di pejabat aku mencuri tulang membazirkan bandwidth aku macam biasa bukakla site Unifi nak cek coverage rumah aku. Memang terkeluar air mazi setelah melihat jalan rumah aku tiba-tiba membuat kemunculan sulung maka aku tanpa membaca Bismillah terus membuat pesanan secara online. Tetapi, jalan rumah aku saja yang ada, nombor (unit) rumah aku tidak ada. Yang ada hanya rumah nombor 1. Takkanlah dalam jalan rumah aku tu boleh satu rumah je yang pakai Unifi kan? Ahh aku tak peduli aku register saja menggunakan alamat rumah jiran. Of course lepastu diorang call aku tanya nak register kat rumah jiran ke? Di sini aku dapat tahu walaupun di site Unifi tak tunjuk nombor rumah kau dalam senarai coverage, tapi dalam sistem diorang boleh registerkan. So jangan kecewa kalau tak nampak nombor rumah anda, daftar je dulu nanti diorang call balik lepas tu kalian tukarlah ke nombor rumah kalian. Haha tampak keji tetapi efektif.

Maka tadi abang-abang Unifi pun datang ke rumah aku pukul 10 walaupun berjanji pukul 9.30. Risau jugak aku kalau kena gang raped tadi tapi bersyukurlah tidak berlaku apa-apa. Pemasangan adalah percuma jika anda register online so kalau mereka minta wang sila laporkan kepada pihak berkuasa. So tadi aku ujilah kelajuannya muat turun siri South Park S15E09. Sambil muat turun aku pergilah membuang najis mutawasitoh. Belum sempat aku nak habis beristinjak TING bunyi notifikasi tanda muat turun sudah tamat. WHAT THE WHATTTT OH EM JII PANTASSNYAA jerit aku secara literal. TV dia pun nampak kool tapi tak semua HD dan tak banyak channel. Tak kisahlah aku bukan nak tengok TV pun.

Maka untuk mengakhiri sesi takbur ini, saya ingin menjemput kalian untuk datang parking kereta di halaman rumah saya untuk melayari Internet secara percuma. Wifi tak letak password. Nak muat turun pun bole tapi jangan muat turun porn la sebab dosanya nanti laju 20mbps juga. Assalamualaikum. Eh baidewei, kelajuan Internet tidak mempengaruhi kekerapan untuk berblog. Kekerapan untuk bermain permainan video secara online mungkin. AYUH FIFA 12 TANPA LAG!



14 comments:

muna said...

congrats di atas pemasangan unifi :P

btw, hypptv tu punya display lagi cantik dari asteruk. ce try tengok. kalo hypptv ada cenel sport, lama dah asteruk kat rumah kena kensel, hehe

muiz aL said...

agak² kalau rumah dah ada unifi ada x gadis² separuh bogel lari keliling rumah? kalau ada aku nak pasang.. choii

..:: WiRdA ::.. said...

haha tahniah.. kami dh pasang hampir setahun lalu..hahahak

O Ena O said...

kt pekan kecik mcm pekan Bidor ade tk unifi? hahahahahaha..

Faizal Rosly said...

muna: hypptv ada cerita korea tak nanti mama konker dua dua

muiz: tak ada tapi kau boleh muat turun gadis-gadis tersebut dengan pantas

wirda: well.....penantian telah berakhir

ena: kau kena call dia dan demand dengan tegas

The Sharkox said...

kalu macam ni, aku nak kena beli device yg boleh sedut line wifi ko ni.. apa entah nama benda tu made in china..

baidewei, agak2 aku kat alor star ni dapat tak sedut wifi kau?

kundi said...

jadahnya ape tuh wei.kira kena bayar bulan-bulan tak unifi ni.aku mula tak nak bagitau, sebab nanti mesti kau keji, tapi nak bagitau jugalah sebab nanti mesti kau keji dengan lucu, aku hanya pakai broadband celcom bayaran paling minima.

Nurul Huda Rahim said...

unifi awal2 ja laju. nnt lama2 dia lembab gak. betul. tak tipu.

sincerely,
pengguna streamyx

muiz aL said...

ko nak suruh aku kumpul dosa selaju 20mbps ke?

Faizal Rosly said...

sharkox: member aku kat parit buntar dapat tapi kat alor setar tak surelah. maybe sapat sikit je kot sebab router guna yang tm bagi kan

kundi: since dalam komen kau dah ada lesen untuk aku mengeji, maka aku akan mengeji.......tapi tak sampai hati.

huda: alah kita kan sebangi tak kisah punya dari rumah anda pun boleh sedut wifi jika mahu

muiz: eh tadi tanya pasal gadis2 separuh bogel dosa pahala apa kira

crazy_labelle said...

Saat bahagia kan menjelma jua....

AA said...

gile kau takbur nak mampos...ko da lagging setahun la katak bawah tempurung..org da pakai unifi masa fresh lagik..skang da lembab da pon...

in the name said...

tgok speed aku gile babi x laju..hahaha..takbur2
http://www.speedtest.net/result/1545462089.png

Hollandpofr said...

kalu macam ni, aku nak kena beli device yg boleh sedut line wifi ko ni.. apa entah nama benda tu made in china.. baidewei, agak2 aku kat alor star ni dapat tak sedut wifi kau?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...