Monday, October 31, 2011

What's In The Bathroom?

Jika kita pergi melawat blog gadis-gadis yang memiliki sifat kefemininan yang tinggi, kita pasti akan melihat posting-posting yang mendedahkan objek-objek yang terkandung dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, gadis-gadis suka mendedahkan apa yang mereka simpan di dalam beg tangan mahupun fabrik-fabrik yang disumbat di dalam almari pakaian. Maka hari ini kita akan membuat pendedahan eksklusif tentang produk-produk yang orang lelaki guna di dalam bilik air. Jika kita hendak membuat perbandingan dengan bilik air kaum wanita dengan kaum lelaki, bezanya adalah ibarat kehenseman Brad Pitt dan kawan aku Shuhud, bagai langit dan kerak bumi. Bilik air wanita penuh dengan gajet yang fancy, tetapi kami tidak perlukan produk-produk kecantikan yang aneh, cukup sekadar apa yang perlu. Sudah bersedia untuk melangkah ke bilik air jejaka? Ayuh teruskan membaca.

1) Ubat Gigi Mu'min


Zaman sekarang ni kita kena berhati-hati dalam melalukan urusan duniawi, khususnya tentang perkara-perkara yang melibatkan hukum-hakam. Sure kita boleh belasah guna semua produk yang kita suka tetapi jika ada sekelumit Iman di dalam dada, pasti ada timbul sifat was-was di dalam diri sambil bertanya, eh betul ke ada DNA babi? Maka ada baiknya kita menggunakan produk yang memang telah disahkan bersih dan suci. Ini termasuklah dalam penggunaan ubat gigi. Sebagai juara rancangan realiti Makmum Muda tempoh hari, saya amat bersyukur kerana ada syarikat produk halal toyiban yang telah bersetuju untuk sponsor ubat gigi Mu'min selama 3 bulan. Ubat gigi ini mengandungi ekstrak gamat so kalau mulut ada luka-luka akibat ulser ataupun gigi lebam, secara tak langsung luka itu akan lebih cepat sembuh. Garam bukit yang terkandung juga memberi rasa kemasinan yang unik di samping mencuci kotoran degil daripada pelbagai jenis makanan yang anda baham tanpa baca Bismillah.

2) Sabun badan Lux


Pemilihan jenama ini adalah 100% dipengaruhi oleh mama kerana mama lebih gemar menggunakan sabun pencuci badan berbentuk cecair berbanding sabun berbentuk ketulan. Selain itu, sabun ini menawarkan lebih 31% lebih sabun secara percuma so memang bargain lah kan walaupun aku tak tahu apa-apa. Jenama Lux memang dipercayai secara turun temurun di mana di dalam setiap iklan mereka menampilkan watak-watak gadis yang menjadi hangat dan seksi setelah menyabun diri. Kalau gadis tak comel tu itu tanda mereka pakai sabun buku Breeze untuk mandi. Jika dilihat pada gambar wanita penghias botol Lux itu, kelihatan seperti dia cuba menanggalkan bajunya untuk mandi bersama anda so kita tak boleh tenung lama-lama. Jika ditenung lama-lama, disyaki kita akan berfantasi sekaligus secara tidak sengaja menggunakan cecair sabun itu sebagai pelincir untuk kita melakukan sesuatu perkara yang berdosa sebelum menyesal sementara. WHYYY GOD WHYYYYY lepas tu mandi wajib sambil tumbuk dinding konon-konon marah dengan diri sendiri sebelum esok lupa lepas tu buat lagi.

3) Berus gigi batang hitam


Tidak perlulah letak gambar tetapi ini adalah pemandangan yang tipikal dalam mana-mana bilik air dalam kediaman yang ada orang lelaki. Orang lelaki ni yang penting berus dia je, batang dia tak peduli. Jadi memang normallah kalau anda nampak susunan berus gigi yang comel-comel lepas tu ada satu berus gigi batang hitam. Mesti adik lelaki atau abang anda yang punya. Bilik air kan kawasan yang lembab, maka hasil daripada proses fotosintesis dan fatamorgana yang berlaku menyebabkan bakteria E-Coli berkumpul di kawasan batang. Maka terhasillah berus gigi berkulat hitam. Ok sumpah penjelasan saintifik ni salah saje nak tunjuk aku ni terer Biologi dapat B masa SPM.

4) Pencuci muka L'Oreal


Macamana nak sebut L'Oreal? Loriyel? L ori yel? Laurier? Macam nama pad je. Buruk benar pad sapu ke muka. Anyway masalah tipikal seorang lelaki pada wajahnya adalah kandungan minyak di muka. Sure aku ni memang semulajadi hensem tapi banyak minyak tak terkata. Time panas terik kalau letak telur kat muka boleh jadi telur separuh masak. Telur ayamlah lah bukan testis lelaki tahtapa pemikiran korang ni. Sekali lagi hendak ditekankan, orang lelaki memang tak reti nak pilih produk yang sesuai dengan kondisi kulit mereka. Ini pun da'Killa yang beli sebab muka aku tiap-tiap minggu asyik berminyak dan tumbuh jerawat. Memang hopeless kaum lelaki.

5) Oradex Smokers' Mouthwash


Produk ini digunakan untuk para perokok untuk melindungi dan membersihkan mulut perokok daripada elemen-elemen yang berbahaya yang terdapat di dalam rokok. Ini dulu arwah abah aku punya. Walaupun kini di dalam rumah sudah tiada lagi perokok, produk ini masih digunakan oleh tetapi perokok yang datang ke rumah aku. Contoh pengguna tegar produk ini adalah kawan aku Fandi. Dia memang kuat sapkok tanpa mengira saiz dan kaum. Tetapi bini dia tak suka bau dan rasa rokok so kalau setiap kali Fandi tengah horny nak melakukan hubungan suami isteri, dia pasti akan datang ke rumah aku untuk untuk membersihkan mulutnya terlebih dahulu. Hoi beli sendiri la woi.

6) Megatron


Ok Mega pun ada dalam bilik air aku. Kehadiran gambar Mega ini hanyalah sekadar untuk memanjangkan entri serta memasukkan unsur kecomelan di sini.

Sesungguhnya mentaliti orang lelaki itu amatlah simple maka secara tak langsung akan mempengaruhi struktur organisasi bilik air mereka. Kalau dulu aku lepak rumah sewa rakan-rakan Uniten aku, yang ada hanyalah berus gigi masing-masing dan sebuku sabun untuk dikongsi beramai-ramai. Dan mungkin senaskah majalah Mangga sebagai hiburan. So tell me, what's in your bathroom?



15 comments:

Wun said...

tak shampoo rambut ke?? *mushkil*

crazy_labelle said...

Ko xpakai syampoo, razor dan pembersih alat sulit ke?

Faizal Rosly said...

Wun: head n shoulders

crazy_labelle: head n shoulders, gillette dan berus dawai

The Sharkox said...

pemicit ubat gigi dari atas detected

StingRay said...

buka air pili bagi kena megatron,menarik jugak tu.


menggelupur dibuatnya.haha.

Anoneemus™ said...

Yang botol Bodyshop tu apa? oo..tak mengaku ye..

h.u.m.a.n - e.n.g.i.n.e.e.r said...

Tak dak kain basahan?! Mandi bogel nihhhh.


Hahahahahahaha

Anonymous said...

kalo lah laki aku beli kan jakuzzi kan best. :) hehe

ALia

kundi said...

berus gg, sabun ketul yang juga merangkap sabun muka, syampoo adik aku punya aku bedal.settle.

Aslina said...

Dlm bilik air aku kebanyakkan barang wakaf je... barang2 aku cuma berus gigi, pencuci muka dan set lengkap shampoo.

Mcm best je megatron duduk dlm tu...

Atiqah Ahmad said...

megatron yang comel. haha.

btw, dalam bilik air rumah aku pun sama. hanya ada tambahan botol-botol kosong dan berus gigi lama sebab abang and adik aku sangatlah malas mengemas dan mencuci bilik air.

ParkAir said...

haha berus gigi berkulat. sama la aku pon.

Faizal Rosly said...

sharkox: dari tengahla. kalau kau biar ubat gigi tu kat atas lama2 boleh masuk angin tau.

StingRay: tak baik buat macam tu kat mega

Anoneemus: mana? mana? itu mama punya hihi

human: memanglah mandi bogel apa kalian mandi pakai kain basahan ke? tipu

Alia: well well well aku tau apa korang nak buat dalam jakuzi tu te teww teteteeww tetetwww te te tewww

kundi: ish ish apa nak jadi dengan kau ni

Aslina: shampoo vidal sassoon ke

Atiqah: usah harapkan lelaki kita kena bertindak sendiri. eh

ParkAir: kadang2 boleh ternak cendawan lepas tu boleh jual kat pasar malam

kun santiago yusuf aguero said...

kat umah bujang kawan aku ada sumber ayu..

pencuci khusus alat sulit
ala...yang rossa jd model tu.

kadang aku try..layan jugak. harum

kahkahkahkah~

gi beli kat mydin

Faizal Rosly said...

jaga-jaga nanti organ reproduksi kau pun menjadi layu di tasik madu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...