Monday, November 21, 2011

Mengapa Edward Cullen Bukan Lelaki Yang Sesuai Untuk Anda

Hai apa khabar pembaca? Hari Sabtu aritu aku pergi ke Pavilion untuk menonton wayang. Lepas tu aku tengok sudah ada barisan untuk membeli tiket Twilight: Breaking Dawn secara advance yang hanya akan disiarkan pada 24 November ini. Ramai orang bersemangat beratur untuk membeli tiket tersebut, terutamanya gadis-gadis muda. Mereka kelihatan begitu bersemangat terkinja-kinja keghairahan dapat membeli tiket sambil memakai t-shirt berunsurkan Twilight dengan caption-caption seperti Team Jacob, Bite Me With Your Eternal Love serta Ambil Dara dan Darahku.

Persoalannya di sini, mengapa gadis-gadis tergila-gilakan siri Twilight? Saban hari mereka sering membayangkan diri mereka dalam rangkulan hangat Edward Cullen mahupun memintal-mintal bulu serigala Jacob. Kefanatikan gadis-gadis tentang siri tersebut mungkin akan dibincangkan dalam entri yang akan datang, kerana hari ini saya ingin mendedahkan sifat-sifat Mazmumah Edward Cullen yang kalian obses sangat itu. Jika anda menjadi Bella, anda seharusnya menjauhkan diri daripada Edward Cullen kerana dia bukanlah teman lelaki yang baik untuk anda. Jika saya menjadi seorang bapa, saya tidak mahu si Edward ni mendampingi anak saya. Ayuh kita kaji mengapa.

1) Edward adalah seorang pedophilia

Tahukah anda, Edward Cullen lahir pada tahun 1901? So umur dia sekarang dah lebih 100 tahun. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Eh. So orang yang berumur 100 tahun keluar bertemujanji dengan gadis berumur 17 tahun? Wau itu sudah masuk kategori super pedophilia. Ok fine mengambil lagu KRU Awas sebagai contoh, kita mungkin boleh nyanyikan bait "Pendapatmu usia tak material. Walaupun dua kali gandamu...." Dia mungkin nampak muda remaja pakai Biore for Men, tapi kau tak rasa seram sejuk ke dating dengan orang berumur 100 tahun?

Walaupun anda rela menyerahkan keperawanan anda di atas nama cinta, itu masih menjadi satu kesalahan di beberapa buah negara. Edward boleh didakwa di atas tuduhan mengadakan hubungan seks terlalu bawah umur jika dibandingkan dengan usianya. Lagipun 100 tahun, dia terlalu matang untuk anda. Anda mungkin seronok dapat bersetubuh buat kali pertama tetapi Edward sudah terlalu advance. Mungkin dulu-dulu dia dah banyak bersama gadis lain sebelum anda maka dia sudah ada expectation terhadap layanan secara seksual terhadap dan daripada anda. Habis teknik-teknik yang aneh dan menyakitkan semuanya diaplikasikan kerana nafsunya tidak dapat dipuaskan dengan kaedah normal. Hubungan seperti ini ternyata tidak sihat. Carilah lelaki lain yang umur tidak terlalu jauh dengan anda.

2) Stalker


Edward ni insomnia tak boleh tidur malam. Dia tak boleh tidur dia bukan pergi kelab malam ke minum arak ke so baguslah macam tu. Yang tak bagusnya, dia pergi menceroboh rumah anda malam-malam, dan tengok anda tidur. Creepy. SUPER CREEPY Wait, maybe that's not his fault....mungkin masa itu dia telah dirasuk oleh momok Paranormal Activity. Patut letak kamera dalam bilik kalian.

3) Terlalu mengongkong dan overprotective

Macam mana anda boleh bersabar dengan sifat terlalu mengongkong dan overprotective Edward? Di dalam perhubungan, perlu ada sedikit kebebasan. Ni tidak, pergi mana-mana pun mesti nak berkepit dengan Bella. Kalau tak secara fizikal, secara spiritual pun jadi. Sedar tak sedar, anda terlalu obses dengan Edward sampai anda abaikan kawan-kawan lama, dan abaikan keluarga anda lepas kahwin dah taknak melawat mereka dah. Semua benda yang dia buat, seperti suruh adik dia kidnap Bella, kelar tayar taknak kasi pergi mana-mana serta bergedumbek dengan Jacob, semuanya di atas dasar 'I'm doing this to protect you...'

Edward dahla boleh baca minda orang. Cuba bayangkan kalau korang pergi dating kat Midvalley. Orang lelaki ni sentiasa horny 23 jam. Time tu pulak anda pakai short pants dengan spaghetti strap memang agak mengghairahkan jugalah anda ketika itu. So kalau Edward baca minda orang lelaki yang lalu di sebelah anda, dia mungkin akan dapat membaca pemikiran kotor mereka seperti "MMM I WANNA DO YOU" ataupun "NICE ASS BITCH". Edward yang over emotional dan kaki pukul baca je fikiran mereka memang tak akan bagi peluang dah. Habis dia kelar perut mereka sehingga terkeluar usus. Oh anda kata mungkin anda boleh pakai purdah bagi mengelakkan orang melakukan seksual harassment di minda? Well orang kita ni jugmental pakai tudung labuh dalam otak mereka cakap "terrorist dalam tudung ada bom". ZASSSS kena kelar perut lagi.

4) Suka main sukan bahaya

Sekejap over protective, sekejap tak peduli keselamatan langsung. Adake pergi main besbol di tengah-tengah hujan guruh. Kena kilat baru kau tahu. Lepastu tak pasal-pasal mendedahkan Bella kepada vampire negro dan rambut merah.

5) Dia dan keluarganya mahu membaham anda

Apa yang membuatkan Edward jatuh 'cinta' terhadap Bella buat kali pertama? Bau darah manis Bella. Ya di awal-awal percintaan mereka Edward sebenarnya sedang menahan diri untuk membenam gigi taringnya ke payu dara anda. Bila Edward bawak balik anda pergi jumpa keluarga, kau ingat keluarga dia suka kat kau? Well secara luaran nampak seperti mereka baik dan mesra tetapi di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu nafsu kepontianakan mereka. Lepas tu masa birthday anda dapat kad harijadi daripada mereka lepastu kena papercut lepastu jari berdarah ROARRRRRR mereka semua akan membaham anda beramai-ramai. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Begitulah anda sebab-sebab mengapa anda tidak patut menjadikan Edward Cullen sebagai teman lelaki anda. Usah hanya pandang ciri-ciri luarannya yang sempurna itu kerana itu semua adalah kosmetik. Mungkin anda mahu bangkang dengan menggunakan konsep Yang Penting Rupa, tetapi konsep itu ternyata tidak applicable jika nyawa anda menjadi taruhan. Adakah itu bermakna anda harus cari lelaki seperti Jacob? Tidak juga. Lain kali kita akan bincangkan mengapa Jacob Black tidak sesuai menjadi teman lelaki anda. In the mean time, OHH EM JI TENGOK BREAKING DAWN MALAM RABU INI EKSAITEDNYAAAAAAAA. GOSHHHH EDWARD XOXO!!





21 comments:

The Sharkox said...

kau ni kipas susah mati twilight ke apa? semua benda kau ingat

atiqah said...

ohemji.. edward pakai spek? kahkah

eddyminako said...

kantoi ko tengok semua movie twilight!! by the way, breaking dawn is awesome!!

Faizal Rosly said...

sharkox: OH EM JIIIIIIIII PASTIIIII

atiqah: OH EM JIII CUTENYEWWWW

eddyminako: eh mana ada kantoi tak pernah sorok pun

ainakhani said...

lawak. semua scene kau ingat. aku yang minat ni pun xde lah macam kau ni ha. hahahaha :D

Shima Ibrahim said...

Team Edward!

Anonymous said...

i Love Edward ;)hehehe
x kira lah Ijai kutuk mcm mane pun.

-Alia-

slay said...

OH EM JI ijaicool peminat fanatik Edward Cullen si pontianak rupenye. BTW, terdapat kenyataan kau diatas yang agak diragui kesahihannya. Bukankah Edward menolak pelawaan Bella untuk berzina di dalam Eclips dan sebaliknya menyatakan hasrat beliau untuk berjimak hanya selepas berkahwin? Yes, aku boleh ingat sebab agak kagum dengan sifat suci murni beliau menolak pelawaan gadis hangat di atas katil dengan tenang walaupun terdapat kebarangkalian beliau telah mati pucuk disebabkan faktor umur.

Akim Iqbal said...

Nah ... hang mmg peminat sejati.. kekeke

cik aletheea: said...

reason pertama ko...
hahahhaha x bleh blah... jeles kuat nampak!!!!

dekan fizik said...

bhahhahahahaa~ tak boleh blaa poster dia!

Faizal Rosly said...

ainakhani: biasalah aku ada diari lagi

shima: team ijaicool!

alia: edward ke suami anda lagi hensem

slay: itu bella ini gadis2 melayu kita mana dia boleh tahan

akim: mungkin

altheea: jeles sikit2 je

dekan: print dan tampal di bilik air

namaakulynn said...

hahahahhaaha. poster tak boleh blaaa. adehhhhhhh. "yang penting rupa".

#teamjacob! :P

Anonymous said...

lelaki tengok twilight = gay

Anonymous said...

lelaki tengok twilight = gay

kundi said...

lelaki tuduh orang gay = Cari pasangan gay

Anonymous said...

Ijai, hensem ni subjective . di mata ku mestilah suami ku. hehe
Edward ni pujaan kaum wanita secara ammnya. mcm lelaki lah jugak kan. mesti ade artis pujaan wanita kalian. tp pasangan kalian lah paling cantik di mata kamu semua :p cewaahh

-Alia-

noulha said...

team edward! hehe
tp ijai, aku nk tny pendapat ko. part 1 ni kan aku ase saje je nk buatkan org tak saba2 nk tggu part 2. sbb part 1 cite dia sikit tp drag sampai ke akhirnya. ending baru la nak sampai klimaks. aku stress jadi mcm tak saba nk tggu part 2. bile ek kua part 2?

Rahim Hashim said...

alah ko mmg minat edward tu kan..ckp jela...

Anonymous said...

ahaahahahahaha...

Chapit Zulkefli said...

LOL. bro, aku gelak guling2 bhai. hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...