Wednesday, November 16, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Rakan Sekerja


Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita akan menbincangkan tentang jenis-jenis rakan yang kita boleh jumpa di tempat kerja. What the what? Rakan sepejabat pun ada pelbagai jenis ke? Ya, jawab saya terhadap soalan yang saya tanyakan sendiri. Rakan sekerja kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan pelbagai saiz payu dara, tetapi karekter mereka sebenarnya lebih kurang sama. Tak kiralah jika anda bekerja di Petronas, di HP, di Kompleks Kerajaan mahupun di Kompleks Pembangkang, kita boleh menemui jenis-jenis rakan sekerja ini di mana-mana. Ayuh teruskan membaca.

1) Rakan Sapkok

Di department tempat anda bekerja, pasti ada at least seorang yang merokok. Mungkin setiap sejam ataupun dua jam, mereka akan keluar dengan muka murung dan kembali dengan muka girang macam baru lepas dapat mimpi basah, diiringi dengan bau Gudang Garam. Anda mungkin berfikir yang mereka tiada kawan untuk menemani mereka menghisap rokok, tetapi anda silap. Individu perokok sebenarnya akan membentuk komuniti perokok di mana mereka akan berkumpul di tempat-tempat tertentu seperti di tangga, di tepi longkang mahupun di bawah pokok untuk melepaskan gian mereka.

Jika anda sendiri merupakan seorang perokok tegar, anda sudah ada jadual merokok anda sendiri. Jadual ini sudah disync dengan jadual perokok-perokok lain bertemujanji untuk menghisap rokok pada waktu yang sama di mana pada mulanya mereka hanyalah orang asing yang ingin meminjam lighter daripada anda. Kini, orang asing itu telah menjadi rakan sapkok anda menghidu asap berbahaya sambil berbincang tentang pekerjaan. Rokok adalah stress reliever yang utama terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor IT. Hisap sepam, kutuk customer yang buta IT. Hisap sepam, mengadu pasal server down. Hisap sepam lagi, eh dah habis pula. Bang nak rokok sebatang. Tiada masalah, rakan sapkok saling bantu membantu. My batang is yours and your batang is mine. Saja je buat ayat double meaning.

2) Rakan sapbro


Jika rakan sapkok adalah rakan sekerja yang menghisap rokok, usah salah faham rakan sapbro ini adalah istilah kepada rakan sekerja yang melakukan hubungan terlarang. Sapbro adalah singkatan kepada 'What's up bro?'. Berbeza dengan rakan sapkok, rakan sapbro sebenarnya tidak ada 'bond' ataupun ikatan yang kukuh dengan rakan sapbro mereka. Ini kerana mereka hanya berjumpa kadang-kadang di tempat-tempat khusus seperti di tandas ataupun di dalam lif, dan kebanyakannya kita tak tahu nama hanya tahu paras rupa. Tetapi akibat dah beberapa kali bertentang mata, maka kita rasa obligated untuk memulakan small talk demi menyokong seruan kompeni dengan motto 'Team Together, Team Apart'.

So kalau jumpa dalam lif, kita akan angkat kening macam The Rock lepas tu cakap, 'sap bro?'. Kemudian diam 10 saat. Soalan-soalan susulan yang bakal ditanyakan dalam interval setiap 10 saat adalah, 'How's work bro?' dan 'Lunch ke bro?'. Situasi yang serupa ketika sedang kencing berdiri di urinal dan rakan sekencing anda berdiri di sebelah. Again, dialog permulaan adalah 'sap bro?'. Kalau dah rapai sikit bolehla cakap 'Nice balls bro'. Perhubungan sebegini selalunya akan berakhir di tempat kejadian, dan persahabatan itu tidak akan berterusan sehingga ke Twitter mahupun menjemput mereka ke majlis cukur jambul anak kita. Namun begitu adakah anda tahu apa equivalent untuk sapbro buat gadis-gadis? Adakah kalian gadis-gadis jumpa lepastu cakap 'sap sis?' Tak kan? Kerana kosa kata gadis-gadis terlalu banyak. Tiada small talk, sebaliknya sesi mengumpat terus diadakan so rakan sapbro ini tidak applicable kepada wanita.

3) Rakan HR


Dalam banyak-banyak department, kita pasti ada hubungan 'love-hate relationship' dengan human resource. Bagi orang lelaki, mereka suka berkawan dengan orang HR kerana orang HR ni mostly gadis-gadis dan mostly hangat-hangat belaka. Hari-hari datang kerja pakai skirt, bermekap tidak terlalu tebal dan kadang-kadang boleh nampak lurah di bahagian-bahagian tertentu. Di atas sebab yang sama, gadis-gadis membenci orang HR kerana berasa insecure dengan perwatakan dan penampilan diri sendiri, bimbang orang-orang lelaki semua akan dibolot oleh HR.

Hubungan dengan HR ini jika hendak dibincangkan dari sudut biologi, adalah umpama hubungan simbiotik. Pandai-pandai je aku mentang-mentang Sains PMR dapat A. Kita sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Orang HR memerlukan kerjasama kita yang pemalas ini untuk melengkapkan survey tahunan untuk kemajuan syarikat, dan kita pula memerlukan orang HR untuk membantu kita mengisi borang cukai. Tetapi kita semua akan bersatu padu membenci HR setelah gaji lambat masuk walaupun seminit dengan mengutuk mereka beramai-ramai di Fesbuk, sebelum orang HR membalas dengan status-status mempertahankan kredibiliti mereka.

4) Rakan berlagak penting


Rakan berlagak penting ni pada dasarnya tampak normal, pergi makan sama-sama, ketawa gembira bersama-sama, tetapi apabila tiba situasi tertentu, mereka akan menunjukkan belang mereka. Belang di sini bukanlah menunjukkan belang spender kerana itu adalah merupakan satu seksual harassment. Contohnya kalau dalam meeting, walaupun majikan kita telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang sesuatu perkara, dia masih ingin mengangkat tangan bertanyakan soalan. Soalan itu bukanlah soalan yang valid, sebaliknya adalah rephrasing daripada penjelasan yang telahpun diberikan oleh bos kita cuma ditambah dengan 'you mean' pada mulanya dan diakhiri dengan tanda soal. Mereka rasa mereka perlu untuk menampakkan kewujudan mereka serta kepentingan mereka di hadapan bos.

5) Rakan expatriat

Rakan expatriat adalah orang asing yang tinggal sementara ataupun lama-lama di negara kita untuk bekerja, selalunya dihantar oleh kompeni kita sendiri ke cawangan kita untuk berkongsi kepakaran mereka. Kat kompeni aku banyak orang Jerman, maka hampir semuanya boleh aku katakan hensem yang cantik macam model Eropah. Tapi sebagai anak tempatan, kita kadang-kadang berasa jelak melihat mereka, bukan sebab apa sebab diorang lagi kacak dan tinggi daripada kita. Kalau dah tinggi, organ reproduksi pun panjang juga so kalau tengok mereka flirt dengan rakan HR di atas rasa bagi Stone Cold Stunner je kat diorang tapi tak boleh sebab diorang kuat. Apabila mereka berada bersama-sama kaum mereka, mereka akan bercakap bahasa ibunda mereka. Ihr Penis ist so klein. Ihre BrĂ¼ste so klein ist hikhikhik. Bila mereka cakap bahasa mereka, rasa macam mereka mengumpat kita pula kan.

6) Rakan solat Jumaat

Pemilihan rakan solat Jumaat ini bergantung kepada aset yang mereka ada, terutamanya kenderaan. Yelah jenis malas nak drive sendiri kan so dengan tak malunya kau tumpang kereta kawan kau tu. Tapi time makan tak pernah nak ajak mereka makan bersama bukan? Namun begitu kita perlu berhati-hati dalam memilih rakan solat Jumaat ini. Takut kalau jumpa yang jenis pergi solat Jumaat seminggu untuk topap Iman, lepas tu ponteng dua minggu sebelum kembali membuat kemunculan di minggu yang ketiga bagi mengelakkan daripada terbatalnya Iman.

Begitulah antara jenis-jenis rakan sekerja yang kita boleh jumpa dari pukul 9 pagi ke 6 petang jika anda bekerja di waktu normal. Jika anda ada jenis rakan sepejabat yang lain, ayuh kongsikan bersama.



15 comments:

izyan genit said...

minggu depan dah start praktikal. mesti jumpa macam2 jenis orang kann. takutnye

nabilism said...

kalau takde rakan sekerja..tapi rakan sejiran ofis yang onnoying suka terjah opis orang bajet ada bisnes besa ngn bos..cam haram gak rakan jiran cmtu

Amirul (aremierulez) said...

Rakan sapkok:
Walaupun aku tak hisap rokok, tapi aku selalu juga joint diorang lepak2 sambil tunggu diorang habis hisap rokok

Rakan sapbro:
Ada sorang. Aku cuma akan senyum dan salam mamat ni. Dah dekat 6 bulan aku kerja, sampa isekarang aku tak tau nama & jawatan dia

Rakan HR:
Yang ni aku takde sebab HR aku majoriti lelaki. Pompuan seksi yang ada pun dah kahwin. Damn!

Rakan berlagak Penting:
Ah, yes. Ini pun ada juga. Tapi aku buat bo layan je dengan dia ni

Rakan expatriat:
Kat opis aku ramai oran gPerancis. Tapi diorang tak kawan pun dengan orang Malaysia. Diorang dok komuniti diorang je

Rakan solat jumaat:
yang ni aku tak de. aku pergi solat sorang2 je....

Faizal Rosly said...

izyan: gudlak

nabilism: suruh dia tunjuk tag tiada tag panggil sekuriti

amirul: stereotype orang perancis, makan roti perancis dan berbulu lebat di tempat tertentu

Akim Iqbal said...

Rakan sapkok adalah rakan paling sporting

minah skema said...

i bukak google translate nak tgk apa meaning ayat dalam bahasa german tu ok.. hahahah..

for me org2 kat ofis ni boleh buat kawan hai and bye jer.. takleh nak close and percaya sgt.. sbb dh byk tgk org lain kena backstab sbb competition kat ofis quite tough.. huhu mmg takleh dipercayai.. even bengang dgn bos ke kena simpan diam2 k.. xleh share dgn org ofis kang that thing will be used against u..

for me kawan yg forever adalah kawan masa sek n uni..

Ayie said...

rakan kakipau

idobez said...

i go to work to make money,not to make friends.setuju 100% dgn minah skema :)

Anonymous said...

Kami ade rakan2 diet & rakan2 sembang pasal PB yg kami pakai ;) heheh

-Alia-

ParkAir said...

rakan time senang2 ramai la. time susah2 sikit2 je ada.

kundi said...

Rakan sapkok:
(tempat kerja lama)memang jadual dorang ni tepat weh kalau aku boring jam 11 aku akan join hidu asap tu sekali.
(baru) no smokers.unbelievable?believe it.

Rakan sapbro:
(tempat kerja lama)
aku namakan dia juga sebagai rakan surau. jumpak salam renyeh tanya, 'camna, ok?'
(tempat kerja baru)
bekas-bekas rakan tempat kerja lama sebab company bersebelahan.



Rakan HR:

sekadar senyum kat aku sebab aku sikit-sikit macam robin van persie.


Rakan expatriat:
(tempat kerja lama)
Citi banyak import India mari.
manakala pekerja pembersihan bangla yang rajin sembahyang.


Rakan solat jumaat:
ya betul hari jumaat hari yang kena senyum-senyum kepada sape yang selalu drive keta.

Anoneemus™ said...

Sy tak suka org HR yang berlagak sama mcm pengawas sekolah. yg tak berlagak no hal.

Kebanyakan mereka berlagak sbb inferior mereka sedar yg mereka tu kerja 'HR je' so mereka nak tunjuk yg mereka penting. Sedangkan kami dr department lain tak pernah pun memandang hina pada mereka.

kun yusuf santiago aguero said...

salam jai


mana pegi kawan bermuka2, kawan senior poyo dan kawan gossip girl?


kahkahkahkah~



p/s: aku ternampak ko di new wing OU ahad lepas. dalam hati aku cakap, "ini agaknya ijai yang bajet organ reproduksinya besar itu.."


kehkehkeh~

Faizal Rosly said...

Akim: kerana dia ingin merokok tanpa mengira perasaan anda

minah: kalau macam tu kerjaah rajin2 agar dapat menjadi bos

Ayie: pau kembali

idobez: unless kalau kau keja dengan friendster

alia: kau pakai PB? bagaimana hasilnya setakat ini

ParkAir: memang

kundi: robin van persie ke robin how i met your mother

Anoneemus: tak apa diorang cuma cemburu bila lihat slip gaji anda lebih tinggi daripada mereka

yusuf: kahkahkah kalau kau cam organ reproduksi, memang sahla itu aku kot

Shafawi Hamzah said...

Aku ada rakan berfutsal. Habis je futsal bwk diri masing2 haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...