Sunday, November 6, 2011

Perkara-Perkara Tidak Senonoh Yang Harus Dielakkan di Hari Raya Korban


Hai apa khabar pembaca? Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidiladha anda? Adakah anda memakai baju raya tahun lepas? Alah Hari Raya Haji mana ada orang beli baju raya baru pun. Baju aku kat atas ni pun baju 4 tahun lepas. Ok tak, itu gambar aku masa zaman universiti dahulu. Kurus bukan? Anyway, kita memang diharuskan untuk bergembira di hari raya, namun terdapat beberapa perkara yang tidak sesuai ataupun tidak bermoral untuk kita praktikkan pada hari raya. Ayuh kita kaji perkara-perkara tersebut.

1) Bermain futsal

Apa? Orang sibuk-sibuk memakai baju Melayu bagi sedap mata memandang, anda pula sibuk-sibuk memakai jersey Newcastle anda. Taulah Newcastle ni tengah unbeaten di Liga Perdana Inggeris. Kita memang digalakkan berkumpul dan bersemenda di hari raya, tetapi padang futsal bukanlah tempatnya. Lagipun orang yang bukak kedai futsal tu pun nak beraya jugak tak payahla korang pergi menempah gelanggang. Baik kau pergi bawa parang untuk melapah lembu di surau kariah anda.

2) Menonton wayang

Huii ini memang tabiat keji yang popular di hari raya. Adakah wajar hari untuk anda bermesra dengan jiran tetangga yang tak pernah jumpa sambil melapah daging korban dihabiskan dengan ringan-ringan di dalam panggung wayang? Kalau anda memang hidup sebatang kara tiada saudara mara mungkin boleh diterima. So bila Shuhud call aku masa aku tengah sembahyang raya untuk mengajak aku menonton filem 'Alamak, Toyol! terus aku tempelak dia. Alah kalau korang bersabar sedikit cerita yang keluar di wayang tu minggu depan keluarla kat Astro First.

3) Berpuasa

Hari Raya ialah hari yang haram berpuasa. Tak usah nak mengada-ngada walaupun anda ini juara Makmum Muda.

4) Bersembahyang raya tetapi tidak mendengar khutbah

Huii baju melayu dah kilat-kilat ada labuci M Daud Kilau. Songkok pula tinggi gila mengalahkan songkok Jins Samsudin. Sampin ikat bunga siap ada keris lagi. Dengan spek mata Ray Ban tiruan dia huii memang kaulah orang yang paling bergaya kat surau tu. Tapi lepas beri salam je, terus kau berlari pecut mengalahkan Watson Nyambek. Anyway korang tahu tak kat mana Watson Nyambek sekarang? Dia sekarang jadi usahawan buka farmasi Watson. Amacam lucu tak?

5) Mengejek lembu

Dahla kau tak dengar khutbah. Lepas tu masa keluar dari surau kau nampak lembu yang bersedia untuk disembelih ditambat di kawasan surau. Lepastu kau bersikap tidak matang pergi ejek lembu tersebut. Antara contoh-contoh ejekan yang aku dengar dan saksikan:

"Haa haa padan muka kau kejap lagi nak kena kelar leher"

"Mmm kau rasa badan kau ni sedap masak lomak ke masak kari?"

(buat gaya penggusti Undertaker sebelum dia buat gerakan penyudah dia)

6) Bermain dam haji sepanjang hari

Orang Melayu ni suka mengambil sesuatu istilah itu secara literal. Bagi mereka yang Imannya tipis, mereka akan menghabiskan masa bermain dam haji di kopitiam kariah masing-masing sambil membincangkan tentang bagaimana mendapat haji yang mabrur. Malangnya, haji mabrur yang mereka maksudnya di sini merujuk kepada skil makan buah dam pihak lawan sehingga sampai ke 'base' mereka lalu dam kita naik pangkat mendapat gelaran Haji lalu boleh melangkah lebih daripada satu petang, sekaligus memberi advantage untuk makan buah dam sampai sekali tiga.

7) Membaca blog keji di pagi raya

Apa benda ni korang pegi baca entri ini di hari raya? Sudahlah, pergi asah kapak dan majulah ke surau yang berhampiran untuk menambah aset akhirat anda. Sebagai juara bekas juara Makmum Muda, saya memang kena pergi menjadi sukarelawan di Surau Al-Kauthar. Tapi saya takut darah so tugas saya adalah membahagi daging korban sahaja.

Apa lagi perkara tidak senonoh yang anda lakukan di hari raya? Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Zafuan dan Zaquan Adha kepada anda semua. Ok tak serius serius. Selamat Hari Raya Aidiladha di samping keluarga tercinta. Balik rumah nanti jangan bawa laju-laju kelak nanti terkorban di Hari Raya Korban.



8 comments:

Blog Chimuss said...

komen ini membuktikan saya mbaca blog anda pada hari raya... sekian

Yumna Khazali said...
This comment has been removed by the author.
Noraishikin Mohd Salleh said...

jai...muka kau adalah sangat innocent yang aku rasa nak gelak berdekah-dekah..hahahahah

Faizal Rosly said...

eleh kalau terpesona katakan saja. eh no jangan katakan, kau dah berumahtangga...

Anonymous said...

zaman bilakah gambar tersebut? di manakah perut boroi?



-syarina sepupu-

ParkAir said...

Nasib baik aku baca blog ni lepas raya.

Faizal Rosly said...

syarina: kau pulak, sudah 'boroi' ke belum hikhik

ParkAir: sama juga dosa / pahalanya

pakwan said...

mcm knal je kt mne gmbr tu diambil. hehe.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...