Sabtu, 26 November. Aku bangun pagi pada hari itu kerana perlu pergi ke KL untuk menjalani medical checkup atas arahan syarikat. Pemeriksaan itu hanya akan bermula pada pukul 8.30, tetapi aku pukul 6.30 pagi lagi sudah terjaga. Hati aku kurang tenteram ketika itu. Mungkin kerana bimbang dengan keputusan pemeriksaan kesihatan yang buruk sekaligus mempengaruhi kadar bonus yang aku akan dapat untuk tahun hadapan. Yela aku memang tahu masalah kolestrol aku yang tinggi. Aku segera membuka suis treadmill untuk berlari-lari anak mengharapkan dapat menurunkan bilangan kolestrol di saat-saat akhir.
Aku pergi menjemput da'Killa untuk menemani aku. Yelah aku ni kan anak tunggal dan manja semua benda nak buat kena ada orang teman. Sampai-sampai aku tengok dah ramai orang walaupun baru pukul 8.30 pagi. So aku pun bagi surat yang menyatakan aku tak perlu bayar apa-apa di kaunter sambil menunggu giliran aku diperiksa. Mula-mula diorang suruh aku bagi sampel air kencing. Dalam otak aku yang keji ni tiba-tiba rasa nak bagi sampel air yang lain. Mesti lucu kan hikhikhik. Tetapi tak jadilah sebab tiada modal untuk membantu pengeluaran berdosa itu. Lepas cek air kencing, mereka ambil darah pula. Ewwww aku dahla takutkan darah. Masa apek tua tu cucuk lengan aku dia sempat bertanyakan khabar aku sebab muka aku macam nak menangis agaknya. Eh arbok gila kau noks.
Selesai semua benda, diorang suruh aku duduk tunggu. Bagus juga mereka ni walaupun orang ramai tetapi semua proses dijalankan dengan sistematik dan teratur, so takdelah kau rasa lama sangat menunggu. Selang beberapa minit, nama aku dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Doktor itu doktor lelaki India, pakai spek mata, bermisai berbulu lebat di lengan dan mungkin keseluruhan badannya serta lebih boroi daripada aku. Mula-mula dia duduk membebel kat aku sebab tak isi borang dengan betul lepastu marah aku sebab aku tak ingat apa nama ubat kolestrol yang aku makan. Fine.
Kemudian, tiba masa untuk melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor tu suruh aku duduk di atas katil. Kemudian dia cakap, 'Take off your shirt'. Ok tiada masalah tenang saja aku membuka bagi sambil gerak2 tetek macam The Rock. Ok tipu aku tiada bakat nak buat macamtu. So aku pun baringlah di atas katil. Lepas tu doktor tu cakap lagi, "Take off your pants". Hah? Aku salah dengar kot. Lepas tu dia cakap lagi. "Please take off your pants as well". Ahh sudah. Apasal dia nak suruh aku buka seluar pun ni. Walaupun dalam keraguan aku turunkanlah sedikit seluar jeans aku sehingga paras lutut, menampakkan boxer Diesel aku. Mungkin dia nak cek perut, fikir aku untuk menyedapkan hati.
True enough, doktor mula memegang perut aku sambil menekan-nekan di bahagian tertentu. So aku pun just lay back lah membiarkan doktor itu menjalankan tugasnya. Sambil memeriksa perut aku, doktor cuba berbual-bual ringan dengan aku dengan bertanyakan apa rahsia six pack aku ni. Sebenarnya doktor tu tak perasan yang aku ada two pack je, yang lagi empat tu aku lukis pakai marker. Aku berasa selesa berbual-bual dengan doktor tanpa mengetahui satu insiden hitam bakal menghantui aku untuk sepanjang hidup.
Tanpa sebarang amaran, tanpa sebarang isyarat, doktor itu dengan rakus menyelak boxer aku. Tuhan saja yang tahu betapa terkejutnya aku dengan tindakan doktor itu. Akibat terlalu terkejut, aku hanya kaku di tempat kejadian. Doktor itu merenung tepat ke organ reproduksi aku. Aku tak pasti renungannya itu renungan kekaguman ataupun renungan bernafsu melihat organ reproduksi bersaiz Olimpik aku. Dia merapatkan mukanya ke badan aku. Kemudian dia berbisik, "cough". Terus aku menjerit, "What the what?". "Cough!" kata doktor itu dengan tegas. Fetish apakah ini? Tetapi akibat terlalu takut aku pun cubalah untuk batuk melalui organ reproduksi. Is that even possible? "Hey thru your mouth not thru your penis". Ohhh. Uhuk uhuk aku memaksa diri aku untuk batuk ringan. Doktor itu sekali lagi merenung tajam organ aku sambil mengetap bibir. Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku perasaan bakal dirogol....
Tetapi doktor itu tidak meneruskan aksi keji itu sebaliknya menyuruh aku kembali memakai seluar. Dengan linangan air mata aku pun menyarung pakaian sambil memikirkan masa depan aku yang gelap. Aku hanya diam membisu setelah da'killa bertanya mengapa wajah aku macam orang lepas kena perkosa. Well kalau nak ikutkan aku memang telah diperkosa pun. Macam-macam perasaan negatif yang aku rasa. Macam nak pergi terjun KB Mall pun ada. Tetapi aku bukan lelaki dayus. Aku membuat keputusan untuk menelefon talian Befrienders. Tetapi aku teringat, mungkin aku harus dapatkan pandangan professional tentang isu ini. Mula-mula ingat nak call Shuhud, tapi dia doktor gigi bukan tahu apa-apa pasal penis pun. So aku call lah bini Anas, Zaahirah seorang pakar doktor sakit tuan. Kita ikuti perbualan yang mungkin ditokok tambah di bawah:
Aku: uuuu uuuu uuuuuu uuuu huk huk uuuu uuuu
Zack: Helo? Kau ni kenapa Jai? Kami bukan taknak pergi ke majlis perkahwinan kau tapi nak buat macamana Anas kena belajar di luar negara.
Aku: Zack, aku ada soalan perubatan. Ini adalah patient doctor confidentiality kau tak boleh beritahu siapa-siapa pun tentang rahsia aku ini.
Zack: Ye ye cepatlah aku nak berak ni.
Aku: Tadi aku buat pemeriksaan kesihatan. Lepastu doktor tu, doktor itu hampir merobek keterunaan aku dengan menarik ganas seluar aku dan menatap ghairah organ reproduksi aku. Lepas tu dia suruh aku batuk umpama seorang pemangsa yang ingin mendominasi mangsanya. Aku takut Zack, aku takut!
Zack: Kau jangan nak ezajerit ye Jai. Sebenarnya bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla PENIS bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla HERNIA bla bla bla bla bla bla bla COUGH bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla......
Ok yang bla bla tu semua istilah medikal yang aku tak faham satu hapa pun tadi Zaahirah beria-ria terangkan. Sebenarnya aksi yang dilakukan oleh doktor itu adalah normal di mana doktor ingin memeriksa jika kita ada masalah Hernia. Hernia tu apa aku tak Bing lagi tapi mungkin salah satu daerah dalam Narnia juga. Amacam lucu tak jenaka sambilan itu? Apparently, dengan memerhatikan penis kita ketika kita batuk dapat memberi indication yang kita mungkin ada penyakit Hernia berdasarkan aksi organ reproduksi kita.
Fuh. Nasib baik. Ingatkan hampir dirogol tadi. Tak apalah jadikan kisah saya ini sebagai pengajaran buat anda. Yelah doktor tu pun patutnya bagitau awal-awallah nak periksa organ reproduksi aku dulu at least boleh aku trim sikit ke semak samun kerana presentation itu penting.

15 comments:
mesti mula2 selak tu keluar segala kelawar anak beranak kan..pastu doctor tu trim guna chainsaw sambil pakai gogle..ha ha ha
bukan tgok penis pny aksi la..tp tgok ada bulging kat area2 tepi penis tu..
Hernia tu sakit cmne sbnrnye? Tiba2 curious
rehaljingga: ini cerita scary movie ke apa
aminah: tiada bulging. bulky mungkin
finaz: hernia tu daerah dalam narnia (recycle jenaka entri sendiri)
kau suruh lah doktor tu bukak seluar dia dulu. ..baru kau bukak sluar kau.haaa
gila jenuh aku gelak aku baca entry ni walaupun aku expect kau akan sebut six pack kau saiz olimpik kau...namun aku tak juga dapat menahan...hahahaha......
-kundi
knp ak rse turn on bila baca cerita di atas?
crazy_labelle
ijai aku rasa dokter tu amik kesempatan sbb dulu waktu aku checkup xyah bukak boxer hanya londehkan seluar sahaja.
-dazrul-
Orang yang sama gender, memerhati organ reproduksi kita. Fuh! Memang awkward!
btol cakap dazu aku pon tak disuruh bukak boxer mase checkup..kau dahla nak kawen ttpi lelaki yg merasmikan lihat kemaluan kau..but if datillah da lihat then okla doktor tu jd no.2..hihihi
-fandi-
berlaku pergolakan tak time kau kena cabul jai? haha.
adam
hai!
-megan musang
wahahahahahahaha
wahahahahahahahahahhaaaaa
gile kau cough melalui connex.....gile no00ob kau ni...ahahaha
fnd: ish gila kau mula2 suruh buka seluar lepas tu suruh buka mulut pulak
saujana: kau ni memang selalu bayangkan six pack aku dengan organ reproduksi aku ke apa
labelle: memang normal tu ramai dah orang cakap kat aku diorang turned on walaupun sekadar tengok wajah aku
dazu: aku tak bukak boxer, dia yang selak tengok
sandokhan: lagi awkward kalau dia buat komen susulan seperti wow so big ataupun mmmmm nice
fandi: alah kau pun pernah tengok aku punya apa kita kan rakan rapat
adam: tak sebab aku terkaku tak tau nak buat reaksi apa
megan: hai
angkasa: ahh jeles lettew tak ada orang nak tengok connex you
hahaha ijai, die bukan tgk organ kau la .. die pegang kat tepi (adoi susah nak explain) , kalau kau ade hernia, bila kau batuk, akan increase intra abdominal pressure, so benjolan/hernia tu akan trkuar..tu psl die rasa.. tu mmg standard procedure.. aku check pakcik2 tua jemaah haji mmg sume kene buat esp yg tua slalu ade hernia..well aku hrp pakcik2 tu tak traumatised hahaha
zaahirah
Post a Comment