Thursday, November 24, 2011

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Twilight

Hai apa khabar pembaca? Ni apasal asyik tulis pasal Twilight je ni. Huii kalau aku tak tulis pun sana sini orang sekeliling anda pasti sibuk berbicara tentangnya kerana demam Twilight sedang melanda. Adakah anda pun turut terjebak dengan fenomena tersebut? Ataupun anda merupakan pembenci siri tersebut serta memandang hina mereka yang meminatinya? Di sini saya ingin berkongi tanda-tanda anda ketagihan siri Twilight berdasarkan pemerhatian stereopype saya. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda pergi menonton Breaking Dawn pada malam tayangan perdana. Anda rasa obligated untuk pergi menonton di hari tayangan perdana bagi menunjukkan kefanatikan anda. Ini kerana anda kena jumpa dengan rakan-rakan obses Twilight yang lain untuk mengadakan perbincangan yang teliti tentang adaptasi buku ke filem sambil menjerit-jerit histeria. So kalau tak tengok tayangan perdana memang kena tuduh lame lah anda. Dan di dalam panggung wayang, anda literally MENJERIT dengan suara gadis yang nyaring dan annoying setiap kali Edward ataupun Jacob membuat kemunculan. Ini benar-benar berlaku.

2) Di laman sosial Fesbuk, anda menggunakan gambar Edward mahupun Jacob sebagai gambar profail anda. Nama pun taknak kalah mesti letak jugak nama keluarga fictonal anda seperti Fandi Cullen dan Shuhud Black. Eh? Anda tidak bimbang dikeji oleh rakan-rakan lain kerana anda di hati anda, siapa yang mengeji Edward dan Jacob ni semuanya cemburu dan tidak mempunyai paras rupa yang menawan. Yang gadis-gadis mostly tak letak gambar Bella, sebab diorang ada yang benci Bella sebab Bella dapat cium Edward tetapi diorang tak dapat. Jangan lupa click 'Like' terhadap setiap page yang anda elemen Twilight seperti 'Pencarian Lelaki Sweet Seperti Edward' dan 'Jacob Black is Yummier than Biskut Jacob's'.

3) Anda berazam untuk tidak melakukan persetubuhan haram sebelum kahwin. Tetapi bukan sebab Iman anda ini kuat, sebaliknya sebab Edward cakap dia tak mahu melakukan dosa besar dengan berzina.

4) Anda asyik membuat perbandingan hubungan percintaan anda dengan percintaan Edward dan Bella. Jika anda gadis, sikit-sikit nak compare teman lelaki anda dengan Edward. Anda suruh dia shave sampai licin, anda suruh jejaka anda pakai gel rambut bagi pacak-pacak dan paling abnormal anda menawarkan teman lelaki anda pad Kotex berdarah anda untuk kudapan. Kalau dah kahwin lagilah emosi. Kalau merajuk sikit je mesti nak jerit "YOU NI KENAPA TAK BOLEH JADI ROMANTIK MACAM EDWARD?? PROTECTIVE SEPERTI JACOB?? YOU HANTAR I BALIK KE FORKS SEKARANG JUGAK!" Yang lelaki kalau minat Twilight pun compare jugak awek diorang dengan Bella. Tapi part-part yang negatif sajalah seperti kuat merajuk, tak boleh berdikari dan degil.

5) Setiap kali anda nampak kereta Volvo lalu di sebelah anda, anda sangka itu kereta Edward. Nampak kereta Porsche, eh macam Alice je yang drive tu. Lepas tu ada pulak motor scrambler potong, terus nyanyi "Kuuuuu jejak jalan yang berrrrliku". Eh itu reference Gila-Gila Remaja.

6) Sebagaimana yang kita tahu, ada 2 kem utama di dalam siri Twilight. Anda boleh menjadi Team Edward, ataupun anda boleh menjadi Team Jacob. Kita boleh mengenali ahli Team Edward mahupun Jacob melalui gaya fizikal mereka. Team Edward, mereka akan menjahit labuci M Daud Kilau di baju mereka untuk menampakkan efek kilat-kilat ketika vampire disinari cahaya matahari. Yang lebih ekstrim letak serbuk 'glitter' di seluruh badan. Bagi team Jacob pula, mereka akan berjalan-jalan tanpa memakai baju, dan hanya berseluar pendek tak kiralah yang berotot di lengan mahupun berlemak di perut. Yelah nanti kalau nak bertukar menjadi serigala kan membazir kalau baju koyak.

7) Anda sudah merancang untuk menamakan anak dengan nama-nama watak di dalam siri Twilight. Fenomena menamakan anak berdasarkan nama watak di televisyen ini memang popular di kalangan masyarakat melayu. Contohnya Durrah (Ahmad Durrah), Dania (Awan Dania), Maria Ozawa eh Nora Elena (Nora Elena) mahupun Syahdan jika mereka menonton drama persilatan popular Hati Waja. Tapi sebab Twilight ni cerita orang putih so gantilah dengan nama-nama fusion Melayu campur orang putih seperti Mohamad Edward, Jacob Abdullah, Isabella Nurhaliza, mahupun Emmett Roslan.

8) Kalau anda kena 'paper cut' ataupun siku anda berdarah, anda terus jadi menggelabah kerana bimbang Jasper akan menyerbu anda.

9) Anda pakai tshirt dengan caption-caption berunsurkan Twilight seperti 'Mrs Edward Cullen','Dara dan Darahku Ini Hanya Untukmu', 'Auuu Auuu Auuu' mahupun 'Pontianak dan Serigala Jadian itu Makhluk Allah Juga'. In fact, anda sedang memakai tshirt sebegitu di saat anda sedang membaca entri ini.

10) Anda overreacted apabila orang mempermainkan Twilight, mahupun membuat entri parodi di blog. Bagi jejaka, kalau nak kenal dia fanatik Twilight tetapi tak mengaku senang sahaja. Apabila dikaitkan sahaja dengan Twilight, dia kan bersifat defensive dan menuduh jejaka yang menonton Twilight itu seorang yang homoseksual. Siap ajak bertumbuk lagi.

Jika anda memiliki salah satu daripada simptom di atas, anda memang merupakan peminat fanatik Twilight. Tak perlu buat penafian bersumpah, tiada siapa akan judge anda walaupun anda seorang lelaki sejati, kerana lelaki sejati boleh menonton apa sahaja yang mereka mahu termasuklah Twilight. OH EM JIII BILA BREAKING DAWN PART 2 NAK KELUARRR?? ARGHHHH R-PATZZZZ!!!! Ok penafian bersumpah, aku belum tengok Breaking Dawn lagi ketika entri ini ditulis.





9 comments:

Shima Ibrahim said...

Hahaha aku terkena point #2; tapi bukan Facebook, Twitter.

Satu lagi point aku tambah, tanda2 orang ketagihan Twilight - post entry bertemakan Twilight kat blog. Eh?

kundi said...

kenapa ada amir raja lawak kat pic tu.

Cik Siti said...

Gigih ko buat potosop. Effort 3 hari 4 mlm tu.

sha2 said...

poster tu mmg ah. mcm haram. hahaha

Faizal Rosly said...

shima: baju kurung corak batik gambar edward yang kat rumah kau tu nak jelaskan macamana

kundi: eh nama dia memang amir pun (no 2 dari kanan)

cik siti: biasa

sha2: tergoda lettew

shandye. said...

gile jijik.

anyways... siri novel twilight tu dr segi literaturnya sangat lame hoke....

aku paling tak suka cara si bella swan tu diolah oleh stephenie meyer (eh, betul ke cara aku eja nama dia? ah dulik!!!) sbb aku sependapat dgn pensyarah subjek kesusasteraaan inggeris aku yg bilang perwatakan bella tu flat dan 2-dimensional. pendek kata tak realistiklah.

i mean... kamonlah... mana ada pompuan yg gila emotionally pathetic macam bella tu? perhaps disebabkan dia terperuk lama sangat kat forks tu kot yg sebabkan dia macam ada emotional detachment issues.

entahlah.

apa2pun aku takdelah eksaited gilebabeng nk tgk breaking dawn part 1 tu (dhla feeling2 bahagikan bahagian akhir kpd dua ala2 harry potter... copycat idea sangat...) sbb wlaupun aku akui aku baca kesemua novel2 siri twilight tu... tp aku mmg tak suka cerita tu.

kthnxbai.

Anonymous said...

anjurkan parti twilight faizal..costume team edward pakai blingbling..team jacob tak berbaju (konfem anas team jacob), dan team ijaicool berbaju melayu haha..

-fandi-

Jay said...

@shandye, cubalah baca novel2 cinta bahasa Melayu. Mmg banyak watak utama pompuan yg emotionally pathetic macam Bella. Tapi ramai pembaca Melayu SUKA watak bodoh camtu. :(

Watch movie online said...

Hahaha amboii :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...