Friday, November 11, 2011

What Men Don't Want Women To Know

Hai apa khabar pembaca? Hari ini 11.11.11 pasti ada ramai yang berpusu-pusu untuk bernikah hari ini. Rasional di sebalik pemilihan tarikh ini adalah, orang lelaki ni susah nak ingat tarikh ulangtahun percintaan. So kalau nikah tarikh hari ini, senang sikit nak ingat sekaligus mengelakkan daripada terkena layanan senyap selama at least 3 hari jika terlupa tarikh-tarikh penting dalam perhubungan. Girls, jika kalian tak tahu, tarikh percintaan sebenarnya tidak begitu signifiken di dalam hidup kami. Kami tidak perlukan satu hari khas untuk memperingati ketulusan cinta kerana cinta kami terhadap anda adalah utuh dan hakiki. Those are some things that we wish you knew, but today we are going to talk about things that we do not want you to know.


Kadang-kadang, apa yang kami ungkapkan di mulut kami hanyalah semata-mata untuk memuaskan hati anda dengan memberi apa yang anda ingin dengar. Kalian meminta kejujuran di dalam komunikasi, tetapi hakikatnya kalian tidak akan suka dengan jawapan ikhlas yang kami beri. Sebab itulah kami sering mengelak, mengubah topik, mengalihkan perhatian apabila anda bertanya soalan-soalan yang jawapannya pasti akan mengguris hati anda. Tetapi sebagai topik perbincangan hari ini, saya akan membuat pendedahan eksklusif tentang perkara-perkara yang kami tidak mahu anda tahu. Ayuh teruskan membaca.

1) Memerhatikan perempuan lain

Pernahkah anda mengalami situasi ini? Anda sedang berjalan-jalan di kompleks membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur dengan jejaka anda. Kemudian anda ternampak seorang gadis yang hangat nak arwah, memakai skirt pendek dan payu daranya hampir tersembul. Lepas tu perbualan di bawah ini akan berlaku:

Perbualan 1

Gadis: "Sayang, gadis tu cantik tak?"
Jejaka: "Gadis mana pula ni? Sememangnya ku sedar dan tahu, tiada wanita di dunia setandingmu...."

Perbualan 2

Gadis: "Ooo awak usha gadis tu yekk?"
Jejaka: "Come on you tak nampak ke bulu hidung dia terkeluar tu sebab I tengok tadi"

Sesungguh dialog-dialog yang kami ungkapkan di atas hanyalah sekadar untuk mengelakkan anda daripada rasa insecure. Hakikatnya, kami dah lama perasan gadis itu sebelum anda nampak mereka, dan kami dah hafal imej tersebut di dalam minda. Orang lelaki ni secara semulajadi ada radar gadis hangat. Kehadiran gadis hangat dalam radius yang tertentu akan menghantar notifikasi kepada mata untuk mengusha mereka serta merta.

Namun begitu, usah salah faham dengan membuat anggapan yang kami inginkan sesuatu yang lebih daripada gadis hangat tersebut. Pandangan tersebut adalah harmless, dan tidak membawa apa-apa erti kerana realiti kehidupan yang kami inginkan sedang berjalan di sebelah kami. Lagipun kalian tidak boleh menjadi hipokrit kerana setiap kali gadis-gadis melihat jejaka yang lebih hensem...no I mean, lebih pandai grooming daripada kami, maka serta merta anda akan membuat perbandingan sekaligus menyuruh kami pakai produk kecantikanla, potong rambutla dan apa-apalah yang dapat membuat kami nampak lebih kacak di mata anda.

2) Koleksi pornografi


Secara jujurnya, semua lelaki normal zaman moden ini pernah menonton pornografi, tidak kiralah jika anda bekas juara Makmum Muda sekalipun. Tabiat ini selalunya bermula dengan aktif semasa zaman universiti, di mana transaksi komoditi berdosa berlangsung di network apartment kolej kediaman. Koleksi ini disimpan hinggalah sampai bergraduasi, di lokasi yang jauh tersembunyi di dalam cakera keras. Aktiviti ini akan berkurang secara langsung dengan peningkatan umur, kerana dengan peningkatan umur, minda kami akan turut menjadi matang dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang songsang. But still, masih ada saki baki koleksi keji yang boleh ditemui jika kita pergi ke Folder Options > On view tab choose show hidden files and folders.

So jika kalian tanya jika kami tengok porn, jawapan kami selalunya 'no' dan disusuli dengan teknik bawa anda pergi jalan-jalan ke dalam Zara untuk mengalihkan perhatian anda daripada terus menyoal siasat kami. Again, alasannya di sini adalah untuk mengelakkan anda daripada berasa insecure kerana perlu bersaing dengan Asa Akira Toriyama ataupun Maria Menado Ozawa (jangan google). Mentaliti sebegitu harus dielakkan kerana fantasi tidak boleh dicampur adukkan dengan realiti. Sure, kami tahu anda pun ada fantasi tetapi jika anda tahu maklumat terperinci fantasi kami, anda mungkin akan membuat laporan polis. Besides, itu semua kisah lama. Dah meningkat usia ni kami tahu membezakan mana yang baik dan mana yang perlu disorok. Eh. I maksud saya mana yang buruk. Dah kahwin nanti anda pantaulah kami. Hikhik.

3) Kami tidak faham apa yang anda cakap

Naluri seorang wanita adalah gemar berbicara henti ataupun nama saintifiknya membebel. Membebel ini ada yang positif dan ada yang negatif. Hari ini kita nak berbincang tentang bebelan positif. Bebelan positif adalah perbualan satu hala tanpa henti yang sebenarnya tidak menimbulkan keterujaan pada kami seperti jualan murah di Bobbi Brown, apa yang berlaku dalam episod terbaru Gossip Girl, mahupun rakan sekerja anda yang baru mendapat hadiah cincin emas Poh Kong. Jika anda perhatikan betul-betul reaksi kami, kami hanya akan memberikan respons-respons yang generic seperti "uhuh", "mmm betul-betul", "oh really?", ocassional heheh laugh, and "you are correct".

Walaupun kadang-kadang kami faham langsung tentang apa yang anda ungkapkan, kami tetap menjadi seorang jejaka yang understanding kerana kami faham perkara-perkara tersebut perlu diluahkan agar tidak mengganggu emosi anda. Tak boleh cakap kami tak peduli kalau nak memberikan respons yang anda ingin dengar, cuma minda orang lelaki ini memang tidak akan dapat tangkap perkara-perkara tertentu khususnya yang berunsurkan kefemininan. Now that you know what we really feel, just play along, teruskan membebel, we love to hear it from you. Because we love you.

4) Bekas teman wanita


Naluri seorang wanita memang ingin tahu segalanya tentang jejaka mereka. Tiada rahsia antara kita? Well apparently, ada perkara yang kami ingin rahsiakan daripada anda. Contohnya, bekas teman wanita. Kami tidak selesa berbincang dengan anda tentang bekas teman wanita kerana emosi-emosi negatif akan muncul bukan setakat daripada kami, tetapi daripada anda juga. Ini kerana anda secara tidak langung akan membuat perbandingan perhubungan anda dengan perhubungan masa kini. You know, to improve the relationship so that we won't make the same mistake. Hey babe, you are not a mistake. And if you were, I'd do it over and over again. Lagipun, tiada istilah berkawan selepas berpisah bagi lelaki normal maka anda tidak perlu rasa risau tentang perasaan kami terhadap mereka.

Kami mungkin ada sorok sebuah Ex-Box di mana kami menyimpan 'memorabilia' ataupun barang-barang yang berkaitan dengan bekas teman wanita seperti surat cinta, teddy bear mahupun bra tetapi ketahuilah jika somehow anda terjumpa kotak itu, benda-benda tersebut tidak membawa apa-apa makna lagi, hanya menanti masa untuk anda jumpa dan bakar sebab kami tidak peduli. Maka, cuba elakkanlah daripada bertanya tentang bekas teman wanita ok? Also, kami tidak berminat untuk mengetahui apa-apa fakta tentang bekas teman lelaki anda juga.

5) Me time?


Apa me time untuk gadis-gadis? Membeli-belah? Membuat facials? Ataupun menonton Twilight berulang kali? Jika kalian ada 'me time' kami jejaka pun demand perkara yang sama. Tapi kami tak selalu dapat buat kerana anda inginkan perhatian sepanjang masa. Nak bergayut doplohpat jam, nak kena dating hari-hari, balik rumah nak facebook chat pula. Abistu tang bilanya kami dapat melakukan perkara yang kami suka tanpa anda di sisi? Don't get me wrong, it's not that we don't you to be a part of our 'manly' activities, but can you girls actually do it without making that muncung?

Kami mahu masa untuk pergi lepak ke mapley tengok bola dengan kawan-kawan bebas dari bebelan anda. Kami mahu main Battlefield 3 secara online berbual strategi dengan orang asing instead of berbual tentang period dengan anda. Kami mahu pergi main futsal instead of teman anda pergi shopping. Tetapi kebarangkalian untuk perkara-perkara tersebut berlaku adalah tipis kerana in the end kami lebih mementingkan kegembiraan anda daripada kegembiraan kami. Still, jika anda peluang untuk melakukan perkara-perkara tersebut, kami lakukannya dengan rahsia just to get away from you. Jangan salah anggap ayat tersebut ok. Kalau kami ambil cuti sakit tu bukan sebab kami demam ke apa, nak duduk rumah main game je.

Setelah mengetahui perkara-perkara yang kami selalu rahsiakan di atas, adakah persepsi dan expectation anda terhadap kami akan berubah? Saya pasti kaum wanita ada perkara yang ingin dirahsiakan juga dan kita mungkin boleh kupas persoalan tersebut dalam entri lain. Kesimpulannya, apa yang kami ungkapkan di mulut kami walaupun sedikit terpesong kebenarannya, segalanya adalah untuk mengelak berlakunya konflik remeh di samping mengekalkan aura positif di dalam perhubungan. Chewahh.



17 comments:

ceklala said...

tq utk post ni!menarik! its 11.11.11 faizal!hehe

che sakinah said...

kenapa aku tiba2 pening kepala baca post ni.. huahahaaha.

Faizal Rosly said...

ceklala: tahniah buat jiran yang bernikah hari ini (tiba2)

che sakinah: biasalah blog ada elemen santau

cik aletheea: said...

hahahah....
sebok nak tiru perempuan untuk 'me time ' tu..;p

Rafhani said...

Bagus sekali tip ni espc yg "me time".Kesian lakiku,ingatkan dia x suke bersosial rupanya nk jg hati bini.sobs...

lurvee said...

tq utk info2 ini...mmg patut bg bf 'me time' itu...kasihan2.jadi sy juga harus mengurang jumlah kekerapan menelepon dia dlm sehari

cahaya mata said...

w0w!! best entry ni.and pnh mengalami situation no 4 tu..kite belek2 laptop die tibe2 terjumpe gmbr2 die dgn ex die..peh, sumpah sentap..grr.selamat la gmbr2 tu semuanye dlm recycle bin.cme die lom delete permanent jek..hampir rosak hbgn kami..aigooo~

Nad said...

Thanks for this entry! ok, baru faham kenapa boyfriend tak penah ingat tarikh2 penting especially ulang tahun ;) lepas ni tak marah dah.. ;p

Anonymous said...

#confession about the ex-bf :

1. he pernah tersebut name his ex-gf , but actually referring to me.

him : bye Lola (bkn name sebenar)


me : hah?

* obviously i'm not Lola. i'm Maria (bkn name sebenar). Gila jauh beza! tp i tak marah.pastu he puji i'm the coolest gf EVER,psl i cool gila.pastu clash jgk!daym you,boy!!%&$!##&!!

2. he kept his ex-gf punya driving license yg dh expired.I noticed it,when i gave him new wallet. mase tgh transfer all the stuffs from the old wallet into the new one, accidently terkeluar the ex-gf license.

him : sorry, its been a while i havent godek my wallet. i totally forgot about it. *sambil campak the license keluar tingkap*

me : its ok.things happened.

seeee!Seeee!skettt pon i tak marah!yang kau sesebok jgk nak clash apesal haaaaaa???psychopath!

-nadiya-

Anonymous said...

hmmm.. lelaki skrg xboleh percaya. believe me, even dah kawinpon masih nak cari pmpn lain, kdg2 pk, apalh yg diorg nk sbnrnya? walaupon i believe my self, but still i need a man in my life..wahaha...

Anonymous said...

apa yg sy boleh suggest, jgn simpan kuat sgt syg dalam hati pd llki or manusia, sbb kenyataannya, semua manusia akan tgglkn kta. ckp mmg sng.hehe

Anonymous said...

hehe.. kalo 24 jam berkepit pun boring kan? elok lah ade "me time" masing2.
dah kawin nanti tgk sgt lah 24X7. hehehehe ;)

-Alia-

Nessa Sierra said...

now i get it!!!! Muahahaa! best2

Anonymous said...

akira Toriyama? Nape nak sorok Dragon Ball?!! haha

nana said...

apa yg d katakn 2 semua nye btl..kdg2 lelaki menipu perempuan hnya kerana ingin menyedapkn perasaan perempuan je..tp pihak lelaki ada pk ke x yg perempuan x ska d tpu?wlpn pahit menerima kenyataan tp kenyataan lbh bgs dr d tpu,ye x?memerhatikan perempuan lain,mmg kdg2 bla i kuar dgn suami,i tau dia akn pandang segelintir perempuan tp i lgsg x pernah tnye dia malahan dia sndri yg akn memberitahu i..kdg2 bla i lihat perempuan cntik,i akn tnya dia perempuan 2 cntik ke x,dia akn jujur jawab yg perempuan 2 cntik/cute(i x pernah pk yg bkn2)..koleksi pornografi,mmg bnyk dlm laptop or hp suami tp i x pernah kisah psl semua 2..bg i mmg semua lelaki ada simpan koleksi pornografi..kami tdak fhm apa yg anda ckp,ye mmg..bla i berbual dgn suami i,kdg2 dia mcm x menunjukkn minat dgn apa yg i nk bualkn..bla dh mcm 2,jd nye i tukar topik laa..bekas teman wanita,i tau semua psl bks teman wanita suami i..dia akn cerita ckit2 psl ex2 dia..mlm ni dia akn cta lain,esk dia cta lain tp i xpernah ambk ht sbb 2 semua kisah lame dia,i trima je..me time,jarang skli..bla suami blk cuti,kmi bnyk luangkn ms bersama sbb dia keja jauh la katakn..so 2 bln skli bru dia akn blk 2 pn cuti cuma 2 mggu je..kdg2 2 dia mmg luangkn ms dgn kwn2 tp ble dia nk kuar jmpa kwn,dia msti akn ajak i skli n main online game,tp i pernah melarang sbb i tau keje dia menghadkn dia buat semua 2,ape slh nye dia blk cuti buat ape yg dia nk kn..i harap semua tolak ansur dlm hbngn kmi akn kekal

Anonymous said...

aku suka entry ni. rasa macam ikhlas dari hati je.



-jaja-

Anonymous said...

aq sbnar ny fed up da dgn laki..xtaw pala hotak dowg pk cm na..2 aq dgn brani mgisytihar kn dr aq lesbian wlaupun aq xpnh kpel nan pmpuan..sja nk tpu sndri..haha..go 2 da hell with love..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...