Thursday, November 3, 2011

Who's That Girl?

Hai apa khabar pembaca? Kalian kalau duduk rumah sorang-sorang buat apa? Kebarangkalian untuk anda melakukan sesuatu perkara yang nikmat tetapi berdosa adalah tinggi jika kita duduk sorang-sorang tanpa ada manusia di sekeliling. Mula-mula cucuk external hard drive, lepas tu show hidden files and folders, kemudian dengar bunyi dengusan kuda sebelum disudahi dengan teriakan penuh penyesalan. WHYY GODD WHYYY?? Jerit diri sendiri kemudian bertaubat untuk sementara sebelum mengulangi rutin yang sama pada esok hari. Bagi mengelakkan berlakunya perkara sedemikian, saya cadangkan anda menghabiskan masa yang terluang dengan menonton siri televisyen. Di sini saya ingin membuat rekomendasi tentang siri televisyen terbaru yang ohsem nak arwah. Tidak percaya? Ayuh teruskan membaca.

Aku sedang duduk buku panduan tajwid tatkala telefon bimbit aku berdering. da' Killa call dia suruh muat turun satu siri baru ni. Tiada masalah dengan Unifi 20mbps, satu siri 22 minit hanya mengambil masa lebih kurang 120 saat untuk dimuat turun. Tajuk siri itu, New Girl. Alah standard siri untuk gadis-gadis la ni bisik aku di dalam hati. Tetapi bila aku cuba try test tengok.............OH EM JI terus berlaku pergerakan di dalam seluar aku. Bukan akibat bernafsu tetapi keterujaan yang amat sangat apabila melihat Zooey Deschanel menjadi pelakon utama dalam siri televisyen itu!


Siri ini mengisahkan tentang Jess ataupun nama dalam kad pengenalannya Jessica Day yang baru lepas berpisah dengan teman lelakinya yang curang. Setelah hatinya diremukkan, dia melayari Craigslist mencari apartment baru dan berpindah masuk ke dalam rumah 3 orang jantan iaitu Nick, Schmidt, dan Coach. Mari kita kenali karekter-karekter dalam siri tersebut.

Jess: Jess adalah seorang guru dengan sifat yang bubbly dan goofy. Walaupun dia hangat tetapi dia seorang nerd. Dia juga seorang yang sangat vulnerable mudah dimanipulasi dari segi perasaan, namun hati dia ini mulia. Dia ni macam Marshall suka menyanyi semua benda dia nak nyanyikan.

Nick: Nick sebenarnya baru break up dengan gadis dia juga. Well takdelah baru sangat tapi dia mengalami masalah untuk move on asyik terkenangkan ex dia. Macam kita semualah. Eh.

Schmidt: Dalam setiap siri, mesti ada seorang douchebag. Schmidt adalah watak itu. Suka berfoya-foya, kaki perempuan, egomaniac serta mengamalkan konsep Yang Penting Rupa daripada yang penting hati.

Coach: Coach hanya ada dalam episod pilot sahaja, sebelum digantikan watak lain Winston. Ini kerana Coach yang dilakonkan oleh salah seorang adik beradik Wayans kena kembali kepada sitcom Happy Days dia. Hmm aku rasa karekter Coach lebih lucu daripada Winston walaupun mereka dua-dua sama berkulit hitam. Eh bukan rasis.

Sesungguhnya siri ini memang genuinely funny. Ini bukan siri yang ada mesin ketawa di latar belakang setiap kali satu jenaka dimainkan, maka kebarangkalian untuk anda ketawa dengan ikhlas memang tinggi tanpa dipengaruhi oleh mesin ketawa tersebut. Kekuatan siri ini terletak pada jalan dan teknik penceritaannya, di samping persembahan hebat karekter utamanya yang dimainkan oleh Zooey. Seriously setiap kali Jess membuat kemunculan, kau akan serta merta mengeluh OUHHHHH AWWWWWW kerana kecomelannya, sebelum ketawa terbahak-bahak melihat situasi awkward yang sering berlaku kepada beliau. Kau akan mudah relate dengan karekter Jess kerana masalah yang dia hadapai sama sahaja dengan masalah tipikal kita, tetapi cara dia menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh keceriaan menjadi siri sendiri yang dorky dan bubbly tanpa perlu berpura-pura membuatkan kita senyum sentiasa. Besides, she sings! Suara dia dahla unik. Kalau kau pernah dengar lagu band sebenar Zooey She and Him maka kau boleh expect keohsemannya.Itu tidak bermakna yang karekter lain tidak memberi apa-apa sumbangan yang signifikan, cuma aku malas nak taip je.


So di sini aku ingin membuat satu cabaran. Aku cabar kalian menonton SATU episod New Girl dan aku yakin kalian akan terus jatuh cinta dengan siri tersebut. Sekiranya kalian kata siri tersebut tidak best, aku kan belanja kalian minum di mapley pilihan aku dan air pun pilihan aku jugalah. Amacam, ada berani? Tapi tak boleh tipu Tuhan tau. Alah kamon baru keluar 4 episod tak perlu risau tertinggal LRT. Kalau Internet tak laju sebab pakai P1 bolehlah tengok kat Star World setiap hari Sabtu. Tapi tak kool ah tengok lambat. Please go watch it, and let me know what you guys think. Btw Zooey sudah berpisah dengan suami dia jeng jeng jenggggggg.

ps3: satu lagi siri komedi baru yang worth mentioning adalah Up All Night. Ada Christina Applegate, Uncle Gob Arrested Development dan Maya Rudolph SNL. Go watch it!



11 comments:

faizul said...

zooey ni lawa dia lebih dari katy pery walaupun orang kata diorang ni lebih kurang.

fatin itu saya said...

siri ni ohsemm!! zooey is so funneyhhh that it makes my day watching this. ep 4 lagi kelakar hokehhhh! *taknak kasi spoiler kang kena marah*

lagi satu series, try 2 broke girl. not bad. sarcasm max just naiss!

che sakinah said...

weh nak download mana? nak link boleh?

Faizal Rosly said...

faizul: katy cuma menang di bahagian payu saja

fatin: 2 broke girls...gadis muflis ke apa

che sakinah: semua siri boleh dimuat turun di eztv.it

fatin itu saya said...

2 broke girl pasal caroline anak org kaya (ala2 paris hilton n nicole richie) jatuh muflis sbb bapak dia muflis so pegi area brooklyn sbb kawasan tu je org2 dari upper east side takkan jejak... jumpa max, another broke girl. so sama2 keja kat diner tu..kumpul duit nak bukak bisnes.. try tgk...got me hooked right after watching it.

fatin itu saya said...

btw, kalau nak save hdd, stream sudeyh kat http://www.free-tv-video-online.me/

finaz said...

i meragui review u pada kali ini sbb ada unsur yang agak bias - u mmg peminat zooey deschanel so tak berapa independent di situ.. hehe..

xleh jadi ni kena tukar unifi gak..

Faizal Rosly said...

serius tak bias. watak jess itu memang seolah-olah dicipta hanya untuk dimainkan oleh zooey. tiada gadis comel lain yang mampu memainkan watak itu seohsem zooey. ok bias

crazy_labelle said...

Alla... Ak mamtu tgk di channel 711 je...
Da la esok kje pkul 2-11..
Crite tu 1st tayangan kul 7.30 5 nov...
Arghhh...

Faizal Rosly said...

ulangan dia malam. so dah tengok ke belum best bukan best bukan

kundi said...

ahh biar aku layan lost perabih dulu...hoho.*ketinggalan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...