Friday, December 16, 2011

10 Filem Terbaik Tahun 2011

Tahun 2011 masih ada baki beberapa hari lagi. Mungkin ada yang berpendapat entri top ten sebegini harus disimpan sehingga saat-saat akhir bagi memberi peluang kepada filem-filem yang masih belum ditayangkan pada tahun ini. Tapi tak banyak filem menarik pun yang nak keluar selain daripada Sherlock Holmes 2 dan Don 2. Eh. Sebagai pengunjung tegar pawagam Alamanda, aku ingin berkongsi sepuluh filem kegemaran di sepanjang tahun ini. Gadis-gadis usah PMS jika aku tidak meletakkan filem Twilight: Breaking Dawn dan OngBak Rindu di dalam senarai ini. Filem Transformers 3 pun aku tak letak kerana tidaklah mengghairahkan sangat pun, overrated maybe? Baiklah adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita kaji senarai filem-filem terbaik untuk tahun 2011 mengikut nafsu aku.

10) Fright Night

Ulasan ringkas: Ini adalah filem remake dengan menggunakan tajuk yang sama, tetapi filem ini surprisingly ohsem! Colin Farrell sebagai pontianak memang menakutkan yet very charming rasa nak sedekah leher untuk dipagut. Ini bukan filem seram semata-mata, kerana mereka pandai menyelitkan unsur komedi yang tidak keterlaluan dan kena pada situasi. Elemen-elemen klise pontianak seperti tak boleh kena sinaran matahari, tak boleh masuk rumah kalau tak dijemput dan siapa dikokak akan menjadi pontianak semuanya diadun dengan sebati tanpa perlu penjelasan berjela-jela.

Ratings: $$$$

9) The Adjustment Bureau


Ulasan ringkas: David Norris telah tewas dalam pilihanraya kecil kampungnya. Kecewa, dia pun pergilah berak namun begitu beliau terserempak dengan gadis misteri yang buat apa entah dalam tandas orang lelaki. Tipu gila bual bual sikit dah boleh make out. Pertemuan dengan gadis itu memberi impak yang besar dalam hidupnya, sehinggakan dia berjaya membuat ucapan yang menjadikannya calon utama untuk memenangi pilihanraya akan datang. Tanpa disedari, pertemuannya dengan gadis itu sebenarnya sudah dirancang oleh satu organisasi. David tidak sepatutnya berjumpa dengan gadis itu lagi tetapi di atas takdir pengarah dan kecuaian pekerja organisasi Adjustment Bureau itu, David telah terserempak lagi dengan gadis itu menjadikan pelan hidup yang telah ditetapkan terhadap dirinya huru-hara. Pihak Adjustment Bureau berusaha sedaya upaya untuk memisahkan mereka namun David tidak pernah berputus asa terhadap cintanya.

Ini merupakan filem sains fiksyen yang sweet dan romantik. Aku suka dengan filem ini di mana kita boleh lihat kemistri Matt Damon dengan Emily Blunt yang ayu itu. Filem ini mengajar kita agar kita berusaha mendapatkan apa yang kita mahu tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Kitalah yang menentukan halu tuju hidup kita sendiri. Kalau korang tengok cerita Fringe, orang Adjustment Bureau ni kira macam The Observerlah.

Ratings: $$$$

8) Thor


Ulasan ringkas: Pada zaman Jahiliyyah, Odin Sultan kepada kerajaan Asgard telah bertempur dengan pembekal ais terbesar pada zaman itu iaitu Frost Giants. Tentera Odin telah menewaskan Frost Giants dan merampas weapons of mass destruction mereka. Selepas itu, anak sulung Odin yang sudah akil baligh Thor kini bersedia untuk mewarisi takhta, tetapi upacara pertabalan diganggu oleh Frost Giants pula. Thor ni biasalah masih muda dahagakan darah dan pertempuran pergi hambat pulak Frost Giants tu. Oleh kerana Thor ni derhaka taknak dengar cakap orang tua dia pun dihumban ke bumi dan gandin getahnya Mjolnir disita. Hendak dipendekkan cerita, Adik Thor yang muka sebijik macam Jared Leto tu pun merampas kuasa. Kisah seterusnya yang aku malas nak kupas adalah bagaimana Thor survive di bumi bersama Natalie Portman sebelum cuba kembali untuk mendapatkan kuasanya.


Kekuatan cerita Thor terletak pada jalan cerita. Mula-mula agak skeptikal juga nak tengok bagaimana mereka hendak mengadaptasikan komik Thor ke filem yang nyata. Yelah ini first time watak hero Marvel bukan manusia ada kuasa sihir pulak tu. Kalau watak tak digarap dengan betul mesti buruk jadinya. Chris Hemsworth memang membuat gadis-gadis terkeluar air liur dengan tubuh sasanya. CGI dekat Asgard memang top notch, tetapi story arc di bumi lebih menarik perhatian. Unsur lawak turut diselit ketika Thor yang sudah hilang kuasanya itu masih berlagak seperti anak raja.

Ratings: $$$$

7) Horrible Bosses

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang 3 sahabat yang berkomplot untuk menghantar bos masing-masing ke Rahmatullah setelah tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang mereka hadapi. Nick (Jason Bateman), bekerja keras selama 8 tahun bersabar dengan kerenah bosnya yang suka maki dan caci orang, Dave Harken (Kevin Spacey) demi menggapai cita-citanya untuk naik pangkat. Tapi last-last bos dia lantik diri sendiri untuk jawatan tersebut. RAGEEE. Dale (Charlie Day) pula bekerja sebagai pembantu pergigian di sebuah klinik swasta. Bos dia Jennifer Aniston beb. Jennifer ni sentiasa horny 24 jam dan sentiasa menggoda Dale untuk berzina dengannya tapi Dale tabah sebab dia sudah bertunang. Lastly Kurt (Jason Sudeikis), mula-mula dia ada bos yang paling baik di dunia tetapi selepas bos dia meninggal, anak dia Bobby (Colin Farrell) yang suka hisap dadah macam penyanyi dari Terengganu eh bakal menjatuhkan syarikat tersebut. Mula-mula diorang buat-buat macam berjenaka nak bunuh bos mereka, sebelum menggaji Jamie Foxx sebagai penasihat pembunuhan.

Oh em ji filem ini lucu sekali. Setiap karekter yang dimainkan seolah-olah memang direka khas untuk pelakonnya, especially Jennifer Aniston dan Kevin Spacey. 3 watak utama lain juga boleh dipuji masing-masing ada kemistri dan tampak selesa antara satu sama lain dan setiap scene mereka bersama pasti akan membuatkan anda ketawa hi hi hi. Banyak awkward dan 'what the what' moment yang anda boleh expect

Ratings: $$$$

6) Rise of The Planet of The Apes

Ulasan ringkas: Filem ini sebenarnya adalah filem standalone dan tidak ada kaitan dengan filem Planet of The Apes. Mengisahkan tentang Will seorang saintis yang cuba untuk mencari obat kepada penyakit angin ahmar dengan membuat eksperimen kepada chimpanzee. Dia dah nak berjaya dah sebelum subjeknya yang paling berjaya naik syeh dan ditamatkan riwayatnya. Tapi dia ada bayi dan bayi itu menunjukkan sifat-sifat mahmudah seperti kebijaksanaan dan leadership yang tinggi. Ok instead of tulis panjang-panjang so aku nak test korang baca ke tak entri panjang-panjang ni dengan bertanyakan soalan. Ke kalian setakat tengok gambar dan scroll down lalu menekan ruangan komen. Soalan tajwid: apakah hukum nun mati bertemu dengan ain?

Ratings: $$$$

5) Super 8


Ulasan ringkas: Aku suka filem ini kerana dia mengeluarkan sifat kanak-kanak di dalam diri. J.J Abrams bijak bermain dengan emosi dengan menyelitkan elemen makhluk asing, persahabatan dan kekeluargaan diadun dengan rapi. J.J Abrams memang suka membuat viral marketing so masa teaser filem ini dikeluarkan kita memang tak tahu filem ini pasal apa. Sama macam filem beliau Cloverfield.

Ratings: $$$$

4) Bridesmaids



Ulasan ringkas: Aku rasa filem ini memang underrated sekali. Mungkin kalian tak sempat tengok pun di pawagam sebab tiada publisiti meluas untuk filem ini. Dah lama dah tayang kat sana tapi kat sini baru je nak rilis. Tengok poster tampak macam filem tipikal pra perkahwinan tetapi bak kata pepatah filem, 'Don't judge a movie by its poster' Ternyatalah filem ini memang lucu. Bukan selalu kita boleh tengok filem feminin sebegini. Kira macam equivalent to The Hangover la. Aku memang suka Kristen Wiig kerana aku rasa dia wanita yang paling lucu dalam Saturday Nite Live generasi ini. Karekter-karekter yang ditulis dilakonkan dengan berkesan and Kirsten Wiig is genuinely funny. Ok mungkin tiada sesi ketawa setiap minit tetapi bila kau ketawa, kau memang akan ketawa sehingga mengalir air mata. Saya cadangkan anda membeli DVD filem ini dan kalau korang kata tak best, nanti aku bayar separuh duit DVD tu (janji palsu).

Ratings: $$$$ 1/2

3) Hikayat Merong Mahawangsa


Ulasan ringkas: Kehadiran filem ini dalam senarai top 10 adalah kerana sifat bias saya yang meminati KRU walaupun hakikatnya filem ini banyak lakonan kaku terutamanya ketika scene pejuang-pejuang Garuda ditembak laser matahari melalui gajet masa depan.

Biased ratings: $$$$$

2) Harry Potter 8

Ulasan ringkas: Aku tak pernah baca langsung buku Harry Potter tetapi aku tidak pernah miss menonton filem-filem Harry Potter di panggung. Walaupun taktik membahagikan episod terakhir Deathly Hallows kepada part 1 dan part 2 ini untuk mengaut keuntungan, aku rasa ending buku tersebut telah diadaptasikan dengan baik sekali, menjadikan siri Harry Potter salah satu francais filem yang layak dikategorikan bersama Star Wars dan Lord of The Rings, dari segi pertarungan antara watak baik dan jahat. Personally aku suka dengan lakonan Alan Rickman sebagai Snape di mana konsep cinta agung tuk selama-lamanya yang digambarkan oleh beliau.

Ratings: $$$$$

1) Source Code

Ulasan ringkas: Source Code mengisahkan tentang Jake Gyllenhaal yang tiba-tiba berada di dalam kereta api di hadapan seorang gadis yang manis. Keliru dengan situasi tersebut dia cuba menerangkan yang dia bukanlah lelaki di disangka, sebelum keretapi itu meletup keluar api umpama payu dara Katy Perry dalam klip video Firework. Apabila dia tersedar, dia tahu dia masih belum mati kerana Mungkar dan Nangkir masih belum melibaskan cemeti. Sebaliknya, dia berada di dalam chamber of secrets yang ada monitor keluar gambar gadis berpakaian askar. Gadis itu menerangkan dia yang dia berada di dalam Source Code, sebuah program yang membolehkan dia hidup dalam minda seseorang 8 minit sebelum mereka meninggal dunia. Tugas Jake adalah untuk menyiasat siapakah pengebom celaka itu sebelum insiden kedua berlaku. Maka berkali-kalilah kita akan melihat scene yang sama tetapi dengan pengkahiran yang berbeza berdasarkan tindakan yang diambil oleh Jake.


Pada pendapat saya, Source Code adalah filem TERBAIK yang dirilis pada tahun ini. Memang 'mind blown' bak kata orang putih. Mula-mula kau pun akan rasa keliru, tetapi kekeliruan anda akan terjawab sedikit demi sedikit menjadikan anda lebih 'immersed' dengan alternate reality di samping ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di dunia sebenar. Chemistry di antara watak Jake dengan Catherine (Michelle Monaghan) memang menjadi. Walaupun Jake tahu dia tak boleh hendak mengubah apa yang telah berlaku, dia masih ingin cuba menyelamatkan semua orang di dalam keretapi itu. Lepas tu saat-saat terakhir kehidupan mereka yang fana ini, dia masih lagi dapat menggembirakan gadis yang dicintai (nak mengalir air mata aku) serta orang awam yang tidak dikenali dengan bantuan ahli komedi Russell Peters. Somebody gonna get hurt real baddd.....ok.

Ratings: $$$$$

Antara filem-filem lain yang hampir-hampir nak masuk carta adalah X-Men: First Class, Real Steel, Captain America dan Paranormal Activity 3. Ada juga filem-filem hebat yang ditonton di DVD seperti Limitless. Drive orang kata ohsem gila? Bukan Drive Angry ok. Ketika entri ini ditulis, aku tak tengok lagi Mission Impossible: Ghost Protocol, tapi melihat ratings 90% di Rotten Tomatoes aku yakin dia boleh menyelit dalam senarai di atas. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.



8 comments:

sha2 said...

yeah. aku dh tgok 7 cte dr 10 yg d atas. mmg ohsem. merong tu mcm biase2 je la.

slay said...

yeahhh source code memang terbaikk! walaupun aku dah boleh agak sejak dari mula siapa pengebom train tu. (terlalu obvious kot).

tapi aku rasa the adjustment bureau tu agak kureng :|

mangkuk statik said...

Gandin getah?? Mana kau dapat perkataan tu? Kalau aku, pakai perkataan tukul sudep!

Faizal Rosly said...

sha2: merong tu ada sebab fanatik kru

slay: cerita ejasmen tu adalah kisah romantik sebenarnya

mangkuk statik: itu belajar kat subjek kemahiran hidup

niena ; ) said...

tak silap aku hukum nun mati bertemu dengan ain, izhar halqi kan? aku pun tak sure

Muaz said...

Inception takde dlm top 10 ke? tu lagi ohsem dari source code aku rasa..

Faizal Rosly said...

niena: alhamdulillah

muaz: memang inception lagi awesome. dekat ruangan 'Anda mungkin juga meminati: ' tu cuba klik entri 10 Filem Terbaik Tahun 2010. ya 2010, tahun di mana incepton dirilis.

Anonymous said...

aku rasa dua line vertical dalam blog ni buat aku sakit mata la nak baca entri ko.

just sayin,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...