Tuesday, December 20, 2011

Hadiah Perkahwinan Pramatang

Macam tak kena saja tajuk di atas. Hai apa khabar pembaca? Dah tak rasa stress dah kan sebab dah tak nampak dua palang penari bogel di dalam blog ini? Anyway jika kalian tak tahu ataupun memang tak mahu menerima kenyataan, aku akan berkahwin tidak lama lagi. Saya sedar kenyataan itu bakal meremukkan hati gadis-gadis dan mungkin seorang dua jejaka sotong bagaikan kaca terhempas ke batu tapi kalian seharusnya mendoakan kebahagiaan saya dan tidak menghantar santau akibat terlalu obses dengan diri ini.

Anyway kembali ke tajuk asal, kalau orang nak berkahwin memang menjadi sesuatu yang keperluan untuk kalian membelikan hadiah perkahwinan. Tapi ramai je yang kemut (kedekut, bukan kemut punggung macam Ariff Alfian tu) datang bawa perut kosong makan nasi minyak lepas tu pergi membawa diri. Ish ish ish tak elok macam tu. Kalian kena ubah mentaliti dan datang membawa hadiah yang ohsem kerana pengantin memang mengharapkannya, umpama kanak-kanak yang menyambut krismas membuka hadiah sejurus saja bangun dari tidur. Cuma dalam analogi ni, kanak-kanak yang baru bangun tidur digantikan dengan suami yang baru meniduri isteri. Ok tamat intro ayuh teruskan membaca.

So semalam ada sesi boys talk di Old Town Bangi sempena kepulangan sementara BFF aku Anas dari UK. Ok jom kita mengumpat pasal Anas. Kalau kalian merupakan pembaca tegar blog ini pasti kalian kenal Anas yang mana. Aku selalu letak gambar separuh bogel nampak man boobs dia tu dan dia ada anak comel bernama Aryan.


Anas siang-siang lagi sudah menyatakan yang dia tak sudi hadir ke majlis perkahwinan aku, sedangkan aku dah reserve satu meja khas untuk dia di sebelah meja pengantin nanti. Dia memberi alasan yang dia mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dia telah pun berangkat ke England 3 bulan yang lalu. Mungkin dia tak ingat kalau dia bukak album perkahwinan dia, dia akan nampak aku hadir ke perkahwinannya berbaju Melayu lengkap, dan siap stayback lagi untuk basuh pinggan dan jadi jurukamera malam pertama beliau.

Maka aku pun merajuklah dengan beliau. Dia call aku tak angkat. Dia hantar emel aku mark as spam. Dia hantar telegram aku tak balas. Dia poke aku kat Fesbuk aku unfriend dia terus. Memang marah betul aku dengan Anas. Mestilah pilu di hati kalau teman baik kau sejak darjah satu tak datang ke perkahwinan kau. Tetapi semalam Anas membuat pengorbanan yang paling besar dengan pulang dari UK semata-mata untuk bertemu dengan aku. Takkan aku boleh ignore pengorbanan sedemikian bukan? Cewah ezajerit lebih nak tunjuk Anas mementingkan aku tetapi dia balik kejap sebab nak angkut anak dan bini ke sana.

Tapi still, untuk menyedapkan cerita, kita anggap saja Anas balik semata-mata kerana aku. Anas tidak pulang dengan tangan kosong. Dia membawa buah tangan dan buah dada jantannya untuk aku. Anas tahu aku merupakan peminat Liverpool maka dia membelikan bukan satu, tetapi dua jersey away original Liverpool sebagai hadiah perkahwinan. Satu untuk aku dan satu untuk da'killa. Eleh taktik nak pujuk aku lettew. Itu yang tajuk entri Hadiah Perkahwinan Pramatang sebab dapat hadiah kahwin awal-awal.


Apa yang kita jarang fikirkan ketika membeli hadiah perkahwinan adalah sama ada benda yang kita beli itu praktikal ataupun tidak kepada si penerima. Kita kadang-kadang rasa obligated untuk beli tapi nak save bajet, maka kita pun mencari barangan yang paling murah dan common, tanpa memikirkan kehendak sebenar si penerima. Bukan demand ke apa cuma kalau kita kahwin nanti kita pun mesti nak dapat hadiah yang kool-kool kan. So kita dah boleh agak kalau kotak hadiah tu empat segi, 70% kemungkinan itu adalah rice cooker. Kalau 10 orang kasi rice cooker campur lagi 10 toaster? Haa dah boleh buka Seng Heng kita sendiri. Maka tips untuk memberi hadiah perkahwinan khususnya pada perkahwinan aku nanti adalah benda-benda yang praktikal dan menggembirakan bagi aku seperti printer (laser), Blu-Ray player berserta set trilogi Lord of The Rings mahupun Kinect / Move. Tapi macam biasa tak bolehlah sepuluh orang bagi printer nanti aku buka booth kat bahagian IT di The Mines kang. Penyelesaian paling mudah kalau tak tahu nak beri apa adalah dengan memasukkan wang ke dalam sampul dengan nilai minimum RM100 seorang. Ewah-ewah amboi.

So kalian sudah berkahwin? Ada dapat hadiah kahwin yang kool? Ayuh kongsikan bersama agar aku pun boleh minta juga.



23 comments:

muiz aL said...

bila dah kahwin ko mesti ada perancangankan.. maksud aku perancangan keluarga.. nanti aku hadiahkan boxer ada gambar hello kitty utk ko.. supaya isteri ko nnt lebih ghairah melihatnya dan mlm pertama lebih thrill.. hadiah yg triple awesmome right?

Ahmad Tongkeng said...
This comment has been removed by the author.
Akim Iqbal said...

blog berwajah baru. Ohsem ! Haha

Faizal Rosly said...

muiz: ok sila beri nanti jangan sekadar kata2 saja

ahmad: ooo kau dengan nadirah kan.

akim: terpaksa tukarla haha

PelangiPagi said...

Hadiah kawen yang paling practical dan masih digunakan sehingga tengah hari tadi adalah periuk 7 beradik..ya masih digunakan walaupun anak sulong dah nak PMR..pemberian BFF..nghee~

Sandokhan said...

bro..Mohon kembalikan header blog ko yang epic tu weih..terasa janggal plak tengok blog kau berbanner 'normal'. Dah biasa tengok makwe badan ketak-ketak tuh! hahahaha...

Cik Siti said...

sandokhan,

nampak sgt ko ada fetish gadis berbadan sasa. lol.

Anonymous said...

yeay! tukar dah? yeay!!! osem! kali ni nampak agak kelakian sikit. cewahhhh mentang2 nak kawin kan...

tp patah hati la macam ni...
baru ja timbul putik2 cinta
dah datang ribut!
cis cis sungguh!

takpa la...wish u selamat pengantin baru
hik hik jangan lupa tangkap gambar banyak2 pastu tampal dalam blog ni bagi orang jeles k?

yang benar,
secret admire yang jauh...
lol!

Anoneemus™ said...

Hadiah paling best i dapat adalah BBQ set. sbb org lain dah lama kawen pun takde bbq set.

Hadiah lagi best adalah buku doa pengantin baru setiap hari. sangat best sbb kekal sepanjang hayat.

Anoneemus™ said...
This comment has been removed by the author.
white purple flower said...

Hadiah plg best i dpt adlh voucher isetan rm1000..sgt berguna

cikpia said...

hadiah kawen yang paling best aku dapat ialah................ eh, aku lum kawen!!!

maaf, lupa diri.

ceklala said...

lum kawen so xpernah dpt lg hadiah kawen..tp hrp2nye dapatla sebijik peti ais dan jgk sebijik mesin basuh..senang idup aku ekekeke

theanswer said...

suarez kne ban 8 game apecer? hahahaha...

Anonymous said...

ak dapat 2 periuk nasik, satu oven, heater, iron, dapur, set pggn mangkuk. mak mertua ak bg washing machine. yg lain ak x bkk lg sbb ak rs mcm ringan. so ak akn recycle hadiah yg x beerti tu bl ad kwn ak kawin.

Anonymous said...

oh! Cerah mata melihat blog yang ala ala dah insaf ni.
Hadiah paling cool?
Mertua terima kita seperti anak sendiri :D

TecerWidad said...

Syella Kamarudin dapat kereta audi dengan bungalow sebijik. belum terlambat kalau kau nak pasang sugar mummy.

crazy_labelle said...

Hadiah paling common, set gelas yg dibeli di mydin...
Mmg stiap kali perkahwinan akan ada 10 set yg same...

Nak hadiah x? Bak kad kawin...

Anonymous said...

Wedding Card? Tq tag? Sticker?
Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y

Faizal Rosly said...

PelangiPagi: untungla dapat periuk

Sandokhan: sila rujuk komen Cik Siti

secret admirer ke ex girlfriend ni

Anoneemus: huii kool gila saya pun mahu juga set BBQ. rakan2 bangi plis take note

white purple flower: huii bestla boleh beli dompet radley

cikpia: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

ceklala: susahla nak balut peti ais

theanswer: no komen nanti astro kena ban 8 minggu

TecerWidad: sape tah syella kamarudin tu

crazy_labelle: ok kawan2 plis take nota taknak set gelas

Her said...

secret admire laaaaaaaaa
tak caye sudey

huhu

Aslina said...

Membe aku dpt adiah lesung batu. Apa ada hal ye tak... cool gila aku rasa...

Anonymous said...

A sense of responsibility can only sex cam come with awareness.
While there's nothing making Android integration impossible from a technical standpoint, there are small audio recordings for sunny, windy, and rainy weather.

Also visit my site; cam sex

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...