Atas alasan itulah aku membuat keputusan untuk mencari penaja perkahwinan. Aku amat bertuah kerana Pegawai Pendaftar UKM, Pn Ruziyah Ahmad sudi mengeluarkan wang untuk menaja dewan, pelamin, serta makanan di kenduri kahwin, mungkin kerana beliau merupakan peminat fanatik blog aku serta aku merupakan anak tunggal beliau. Ok setel satu perkara. Penaja kedua yang aku cari adalah jurugambar perkahwinan. Setelah mengeluarkan tender serta mengkaji calon-calon jurugambar untuk merakamkan saat-saat berbahagia aku nanti, aku membuat keputusan untuk membiarkan memberi hak eksklusif kepada jurugambar pekahwinan professional Mangotouch sebagai jurufoto rasmi. Ayuh kita kaji mengapa mereka layak menjadi jurugambar saya, dan mungkin jurugambar anda?
Professional
Bergantung kepada kemampuan dan nafsu, kita mungkin akan berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Oleh kerana kita nak kahwin sekali saja, perkahwinan tersebut mestilah diabadikan dalam bentuk gambar sebagai koleksi peribadi ataupun untuk ditunjukkan kepada tetamu yang melawat semasa hari raya nanti. Kalau jenis yang nak jimatkan kos, boleh saja paksa kawan-kawan ataupun saudara-mara yang hobinya mengambil gambar untuk menjadi jurugambar perkahwinan kita. Mungkin skil mereka tinggi tetapi in the end mereka hanya bagi anda memory card suruh anda transfer dan edit sendiri pakai Maikrosof Paint. Sebab itulah kita harus menggaji khidmat jurugambar profesional untuk perkahwinan kita. Beza jurugambar profesional dan jurugambar mingguan?
1. Dedikasi
Mangotouch mencari rezeki dengan mengambil gambar sepenuh masa. Dia tak kerja pejabat Isnin - Jumaat lepastu bertugas ambil gambar di hujung minggu. Oleh kerana kita merupakan sumber utama untuk beliau mandapatkan wang, tahap dedikasi dan layanan pelanggan mereka memang tinggi. Kau nak call dia pukul 3 pagi pun dia akan angkat telefon. Nak buat appointment kau cakap masa dan tempat dia akan datang ke tempat kau. Tips: buat temujanji di restoran mahal ataupun hotel sebab dia akan belanja kau.
2. Pengalaman
Mari menyanyi lagu Raihan, "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah bertakwa, Ia tak dapat dijual-beli, ia tiada di tepian pantai.." Dalam hal ini, iman digantikan dengan pengalaman. Mangotouch bukan calang-calang jurugambar. Sudah banyak perkahwinan yang mereka cover. Berbekalkan pengalaman yang tinggi, mereka mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat menggunakan teknik-teknik advanced seperti Dust Control Dynamic Autofocus Single Aperture MK-11. Manakala kanak-kanak amatur pula hanya tahu skil fokus objek blur latarbelakang.
3. Registered company
Mangotouch adalah kompeni bumiputera yang berdaftar. Ini bermakna transaksi yang anda lakukan lebih terjamin, lebih selamat dan mudah untuk membuat kompelin jika berlaku sebarang masalah.
Gajet-gajet yang nampak mahal
Mentaliti zaman sekarang, beli DSLR je dah rasa kita mampu untuk untuk mengambil gambar perkahwinan. Mungkin benar, kerana DSLR merupakan gajet mampu milik. PMR dapat 8A pun mama hadiahkan DSLR. Namun begitu jika anda perhatikan gajet-gajet yang digunakan oleh Mangotouch, tampak seperti pistol laser Optimus Prime. Cuba tanya jurugambar anda tak pun minta resit kamera dia beli berapa ringgit? Resit aku tengok kat Mangotouch punya kamera = RM20,000. Apasal tah dia tak cabut resit lagi. Eh. Harga itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana mereka jurugambar professional; malah patut dijadikan satu standard agar dapat mengekalkan status eksklusif di samping menawarkan anda kualiti yang terbaik daripada gajet yang terbaik.
Kualiti vs Harga
Zaman sekarang ni jurugambar perkahwinan baru muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). Mula-mula saja-saja suka-suka ambil gambar lepas tu dah ghairah sikit terus Jika kita mahu, kita boleh dapat harga yang murah untuk khidmat jurugambar. Tetapi bak kata pepatah Inggeris, you get what you pay for. Kalau lagu Paramore, That What You Get When You Let Your Hear Win, ooo oo o ooo ooo. Tiada kaitan.
Sure, anda mungkin rasa anda dapat berjimat mencari photographer yang menawarkan harga yang lebih rendah, tetapi adakah kualitinya mencapai tahap yang anda idamkan? Mangotouch adalah nama yang sudah established, dan harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan pengalaman dan hasil kerja mereka. Lagipun mereka tak cas ikut jam, mereka ambil gambar dari mula sampai habis event. Haa boleh dieksploitasikan di situ lebih daripada yang dibayar. Berikut adalah contoh-contoh gambar kesukaan:


Hensem gila member aku Mohd Jamil Fathi bin Jamaludin Omar


Point terakhir aku jika kalian masih belum convinced untuk memilih jurugambar perkahwinan anda adalah, abang Mangotouch ni hensem orangnya. Memang sejukla mata memandang kalau anda ni gadis-gadis mahupun jejaka metroseksual. Haha obviously ezajerit di situ.
Untuk maklumat lanjut seperti pakej yang ditawarkan, quotation, gambar-gambar bukti kehebatan, ataupun saja-saja nak troll, sila layari laman Fesbuk Mangotouch di facebook.com/mangotouch ataupun search saja Mangotouch di Bing. Laman web pun ada www.mangotouch.com tapi server tengah down. Eh. Setiap 50 'Like' akan melayakkan saya untuk mendapat album gambar percuma so kalian jangan bagi dia peluang, sila susahkan dia. Takpe lepas sebulan dua boleh unlike balik depa tak sedar punya.
Tunggu apa lagi? Tak semestinya gambar kahwin saja, majlis hari jadi, majlis berkhatan, semua Mangotouch boleh rakamkan saat indah. Ambil gambar malam pertama tak sure dia tawarkan ataupun tidak, tapi kalau nak tanya anda boleh hubungi mereka di:
+6012 925 8571 (Rahman)
+6012 274 7294 (Wirda)
Twitter: http://www.twitter.com/mangotouch
web: http://www.mangotouch.com
mail: admin@mangotouch.com

Sila sebut nama saya anda akan dapat harga diskaun istimewa. Insyallah tak tipu. Sebarang persoalan tentang Mangotouch boleh ditanyakan di ruangan komen nanti Mangotouch sendiri yang jawab. Saja-saja nak flirting pun boleh.

10 comments:
pasal kualiti vs harga tu aku x boleh nk komen sgt. abg aku amik arif budiman pun byr 4k cmtu..die x puas hati sgt. name mmg femes, tapi bile femes sgt, setakat kenduri kawen ni die x fokus sgt. agak slow, & main cuci je gambar ape2 yg die suke.
haha cakap kt puan ruziyah, puan saadah dari penerbit ukm kirim salam
theanswer: ahah. itulah sebabnya kita harus kaji portfolio mereka agar boleh set expectation apa yang kita mahu / suka. kalau buruk juga hasilnya nanti kita keji saja di blog
naqqib: hahah bersahabatkah bakal dapat kad lah nanti
amik saifulnang le baru best hehehhehe pastu ko pengsan bayar service dia
pakai je rakaman cctv...
xyah nak megapixel besar2... sbb last2 utk masuk fb je kan... :D
da nak kawen kan...nnt klu ade ms,wat la entry psl persedian,check list bagai b4 kawen...leh la kami muda mudi nie timba ilmu sket,,,tq =)
Jai kau buat prewedding photoshoot?
Adam
ryani: sape tu orang nuffnang ke
crazy_labelle: diorang pakai kodak cuci sendiri ok
Nur fatehah: tak ada checklist semua mama uruskan
Adam: buat video terus haha. tiket kapalterbang dah beli belum. eheh rakan2 lain semua turun ke perlis penginapan disediakan
haha aku tengah tunggu shikin mintak cuti. kalau die dapat cuti boleh kembali. perlis tak dapat pergi jai. kalau dapat balik sempat pergi kaunye majlis.
adam
ala...baru nak membaldi ilmu...
Post a Comment