Tuesday, December 20, 2011

Ralat (Updated!)

Hai apa khabar pembaca? Saya memerlukan bantuan daripada anda. Jangan risau saya tak minta wang mahupun khidmat seksual, sekadar inginkan maklumbalas daripada anda. Ketika membuka blog ini, adakah anda mengalami sindrom seperti di gambar bawah ini? Ayuh teruskan membaca.



Masalah ini saya sedari sejak beberapa hari lepas tetapi berlaku secara intermittent dan saya ingat saya sorang saja yang nampak. Maklumlah baru lepas minum tapai mabuk-mabuk ringan itu yang nampak benda macam-macam tu. Tetapi setelah membaca komen di bawah mengatakan ada dua vertical line yang membuat kemunculan, ternyatalah masalah ini mempengaruhi anda juga.

Setelah membuat kajian lanjut, saya dapati masalah ini hanya timbul di pelayar web Internet Explorer. Ketika menaip entri ini dengan menggunakan Firefox saya dapat melayari laman blog keji ini tanpa sebarang masalah. Mana boleh suruh kalian tukar browser sebab Internet Explorer adalah browser yang paling ohsem di pasaran berdasarkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi saya kepada Maikrosof. Tapi seperti yang saya katakan, masalah ini hanya berlaku secara intermittent. Dan saya tidak ada membuat apa-apa perubahan pun di template baru-baru ini. So tak tahu nak edit dari mana kalau nak buang line tu pun. Jadi jika anda pun lihat imej 2 line seperti di atas, sila nyatakan browser apa yang anda pakai untuk membantu saya membuat deduksi dengan lebih kejituan. Nasib baik 2 line ye tak kalau 3 line tak pasal-pasal Ayahanda murka sebab mendedahkan matlamat tersembunyi blog ini.

Tapi ada juga pembaca yang suruh biarkan saja 2 line itu kerana mereka merasakan imej itu merupakan satu simbolik kepada 2 pacakan batu nisan. Kata mereka, membaca blog ini mengingatkan mereka kepada kematian, sekaligus terus pergi solat zohor selepas membaca kutukan-kutukan yang dipaparkan di dalam blog ini.

Ataupun ini adalah petanda yang aku harus tukar template yang tak pernah ditukar sejak kewujudan blog ini? Hapuskan butang Read More mungkin? Alah butang Read More tu ada sebab aku suka tulis panjang-panjang taknak bagi nampak semak, di samping boleh buat intro yang kool mengikut tahap kekoolan yang aku setkan sendiri. Dan juga sebab aku tak jumpa entah mana coding Read More tu haha.

So kalian ada nampak 2 line itu kah? Jadi apa pendapat anda? Tukar? Baiki? Fanatik tak peduli?

KEMASKINI:

Thank you for your comments and feedback. I really do appreciate it. Jadi kesimpulannya di sini, aku tak tahu apa kesimpulannya dan di mana kesilapannya kerana ada yang nampak pacakan nisan ada yang tidak nampak apa-apa. Mungkin satu kesimpulan yang boleh disimpulkan adalah ramai orang pakai Chrome ish ish ish tahukah kalian Internet Explorer 9 adalah browser yang terbaik di pasaran?

So malam tadi aku bangun pukul 3, solat tahajjud dan isthikharah sekejap untuk membantu aku memilih template baru yang tidak bermasalah. Aku juga turut mendengar cadangan kalian untuk membuang gambar perempuan berotot sasa kerana tak mahu rakan sepejabat kalian fikir yang bukan-bukan. Well at least until aku design banner perempuan otot sasa yang terbaru. So buat masa ini, terimalah seadanya kerana paras rupa blog tidak penting, yang penting paras rupa aku. Kita kena yakin dengan paras rupa kita barulah nampak kita mensyukuri nikmat paras rupa yang Tuhan beri. Tiba-tiba aku memberi tazkirah di situ.

So again, thank you. I lap uols. Uols lap me tak?



23 comments:

rehaljingga said...

aku pakai chrome..nampak juga 2 line tu..

Muaz said...

aku pun pakai chrome nampak line2 tu jugak tapi yg peliknya chrome kat other computer ok pulak.. maybe chrome satu lagi tak updated lagi kut..

ain ('',) said...

pakai firefox..nampak je 2 line batu nisan ni.

Ms J said...
This comment has been removed by the author.
Ms J said...

Chrome jugak.. masih nampak 2 line kelabu itew. Tukar je template. ^_^

ikhan said...

ye, nampak 2line itu. guna chrome. sila baiki. rasa macam semak mata.

white purple flower said...

Pakai safari..nampak..tukar template tapi kekalkan butang read more.intro2 tu yg membuatkan kami lebih bernafsu utk membaca keseluruhan entry.

finaz said...

i bukak kat ofis guna IE ok.. chrome ok.. haritu bukak kat rumah pakai chrome dia kluar two grey lines tu..

i nak sajeskan kat u tukar banner kat ataih tu.. everytime bukak blog u ni kat ofis mesti nak scroll down laju2 sbb banner u tu bleh menimbulkan semangat kuriositi di kalangan ofismet i esp those yg lalu blakang workstation i nih..

diharapkan permintaan i ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya

ikhlas daripada,
-pembaca tegar blog u-

Alia said...

Aku ok je sbb pakai Google Crome ;)

muiz aL said...

ape kata ko tukar line² tu jd gadis² comel yg pakai mini skirt dan ade aset seperti Kim Kardashian, pasti dorang lebih ghairah membaca blog ko.. err

zaraSa will survive said...

laaa.... ingatkan dah memang itu tempetnye...
maklumlaaaa nak cari kelainan

ladygirl said...
This comment has been removed by the author.
Cik Siti said...

ya aku dah tau..kalau guna chrome ataupun opera atau firefox yg tak update memang akan keluar dua line tu. sbb chrome aku ni update n opera tak. so bila bukak kat opera terus kuar line due ketui tu.cepat blanje aku kucing sekor!

Anonymous said...

aku rase budak budak ofis aku skarang ingat aku ade fetish terhadap gadis gadis berbadan sasa...

adam

Anonymous said...

tetap terlihat kelibat batu nisan meski menggunakan google chrome..tolong lakukan sesuatu :)
perlukan pembaharuan di blog ini :D

Anonymous said...

@cik siti

tak jugak! chrome kite sentiasa uptodate tau...masih nampak line huduh ni...... hukhukhuk

che sakinah said...

bukan palang batu nisan saja.. templet kau yang berlari tampa arah ni pun dah menyukarkan aku untuk membaca... kalau ada tulisan kau yang tercicir atas palang tu , lagi lah buta warna aku jadinya.

aku pakai api musang.

sha2 said...

hahahah.

aku pakai chrome.

Anonymous said...

hmmm....template baru tak bape best. Aku rase ko kene keep the ' read more' utk mengekalkan the surprise element.

shikin

Anonymous said...

jai..aku nampak jugak 2 line skrg ni...tp putus2 di kiri n kanan...=P

crazy_labelle said...

Ak pkai safari...

angkasa said...

hodoh.

C-I-K-I-N-T-O said...

jai. aku suka template baru kau ni. suka sangattttt :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...