Tuesday, December 6, 2011

Rumah Baru Megatron

Kehadiran binatang peliharaan di rumah seharusnya menjadikan hidup kita lebih gembira, lebih ceria dengan gelagat mereka yang comel dan wajah mereka yang tidak bersalah itu. Perkara tersebut adalah applicable untuk semua jenis binatang peliharaan seperti kucing, anjing mahupun tupai terbang. Namun begitu, kegembiraan itu hanya bersifat sementara jika kucing anda mula mengada-ngada menunjukkan perangai sebenarnya. Cuba bayangkan, anda penat-penat balik dari kerja, kemudian anda masuk ke dalam bilik melihat longgokan najis mutawasitoh di atas katil anda? Pasti tertekan bukan? Ayuh teruskan membaca entri kompelin ini.

(Baca ayat seterusnya ikut rentak lagu Di Dalam Dilemma KRU). Jika skali dua kau berak rata-rata, mungkinku bisa mengendah, mungkinku bisa pejamkan mata. Tapi kini terjadi tuk kali ketiga, haruskahku terus bersabar walau jiwaku menderita? oo ooo ooo (berhenti menyanyi). Ya benar. Kalau sekali dua Megatron berak atas katil lepas tu buat mata minta simpati Puss In Boots mungkin aku tak marah, tapi dah tak terkira banyak kali dowh. Kalau tak berak, dia kencing. Ceploit-ceploit tak pernah kot sebab Mega dah kena kasi.

Antara lokasi-lokasi yang Mega selalu cemarkan adalah atas katil Mama, atas katil aku, belakang pintu bilik tamu, dan karpet bilik stor. Punca Mega membuat perangai begini masih tidak dapat diketahui kerana nak kata dia buat territorial pissing tak juga sebab dia dah kena sunat. Nak kata dia protes dengan kami pun tak juga sebab kami melayan dia dengan penuh kasih sayang tak pernah tinggikan suara apatah lagi nak menalipinggang dia. Toilet dia pun kami sentiasa bersihkan maka tiada isu ketidakselesaan untuk beliau menunaikan hajat di tandas sendiri. Satu rumah dah berbau Dettol untuk menghilangkan aromanya. Dan yang peliknya hanya Megatron buat perangai macam tu, Si Hitam takde pulak nak kencing berak merata-rata.

So kalau aku tengah main game ke tengah mengulangkaji ilmu tajwid ke lepas tu aku tiba-tiba dengar jeritan mama, itu tandanya ada tahi di atas katilnya. Sebenarnya yang lebih tertekan dalam hal ini adalah mama kerana biliknya yang selalu kena target. Tapi aku pun turut menjadi tertekan kerana mama akan menchannelkan kemarahannya kepada aku dengan membebel selama 3 minit dengan satu nafas sambil menyuruh aku yang memungut najis tersebut. Kemuncak kepada tekanan ini adalah apabila aku sedang tidur kemudian aku rasa seperti sedang mengalami mimpi basah, di mana ada gadis cantik naik ke katil aku untuk memaksa aku mandi wajib. Tetapi realitinya Megatron yang naik lepastu dia basahkan aku dengan air kencingnya. Bayangkanlah aku tengah tidur pun dia boleh kencing atas katil aku siapa tak geram.

Tapi segeram-geram aku pun, tiada tindakan susulan yang dibuat selain menasihati Megatron agar mengubah perangainya walaupun dia memang tak faham cakap Melayu. Namun begitu mama tidak rasa begitu. Pelbagai cadangan yang tidak munasabah keluar seperti ingin bawa Megatron berubat di Darussyifa mahupun mengubah habitatnya bersama kucing-kucing lain di cattery kat luar. Tapi tak boleh letak dia kat luar sebab badan dia masih ada kutu takut berjangkit dengan kucing-kucing di luar pula. Maka setelah bermeditasi embun pagi dan membuat solat isthikarah, mama membuat keputusan untuk membeli sebuah kandang kucing.


Kandang ini diletakkan di dalam bilik air mama, so memang aku tak boleh nak mandi bogel lah kat bilik air mama malu mereka tengok apa aksi berdosa yang mungkin aku akan buat. Eleh dengan kucing malu dengan Tuhan tak malu pulak. Si Hitam pun tak pasal-pasal kena kurung sekali. Namun begitu ketegasan aku hanya bersifat sementara. Setelah Mega mengiau-mengiau minta simpati, aku pun lepaskanlah dia. Selang beberapa minit, IJAIIIIIIII!!!!! Aku dengar jeritan mama. Satu lagi longgokan tahi di atas katil. Celaka. Memang celaka. Kembali ke kandang kau Mega


So sekarang, Mega hanya akan diberi kebebasan jika kami ada di rumah. Kalau kami pergi kerja, ataupun masa kami mahu masuk tidur, di situlah rumah baru kau Megatron.



15 comments:

ceklala said...

alolo ciannye die..pic last mega tu comel giler!comel mtk pelempang ko mungkin ijai hiks

finaz said...

haha ur cat is sooo cute.. tak leceh ke bela kucing long hair ni? i have two cats at home (kutip dr jiran rumah blakang).. sekor tu DSH (Tina).. sekor lagi tu domestic semi long hair (Putih).. tp almost everyday kena sikat sbb takut hairball byk sgt..

berbalik pada isu u ni.. frm my experience ur cat is trying to express himself (tanda protes, tak puas hati ke). sbb masa kucing i Tina sakit, weols asingkan dia from Putih (they nvr separated before). so mmg bising n mengiau2.. bila bawak masuk rumah dia berak merata2 padehal litter box dia ada.. so when Tina dah sihat n they are together again, takde dah dia buat perangai ni. penahla 2 3 kali terberak dlm rumah tp tu salah manusia kat rumah sbb tak bawak masuk litter box dia.

same goes to my fren's cat, Abu. when my fren got pregnant suddenly cat tu mcm penjeles.. berak n kencing merata2 dlm rumah. mcm protes la.. now my fren dh deliver taktaula camne kisah dia.. tah2 kucing tu makin rebel...

my theory, ur cat tu saje je nk ur attention sbb dia tau u will nvr take any action against him.. in other words, mengada2 la.. hehe

s a r said...

salam encik. hee. saya amat menyukai mega kamu ni. so, memang selalu tunggu citer pasal mega. teringat lagi posing dia dalam singki tu. hee.

saya pun ada gak kucing yang buat fiil mencabar deria bau ni. tapi, masa kecik2 je la. bila dah besar, macam mega tak pulak buat perangai.

tapi kucing2 ni memang pandai buat muka kesian kalau kene kurung. lagi2 bab mata dia. menggoda habislah suruh bukak pintu ruma dia. hee

kredit for mega la sebab dia inginkan perhatian tuannya, hee

Faizal Rosly said...

ceklala: memang rasa nak lempang laju2 tapi dengan kasih sayang

finaz: nak protes apanya layanan yang diberi sentiasa istimewa makanan mahal pulak tu kucing kat luar makan murah je.

sar: jangan terpedaya dengan kekiutannya

Rahim Hashim said...

Ko tunggu je kat katil2 favourite dia tu, tunggu sampai dia datang nak berak. Dia placing je kat katil terus kejar dia laju2.

Buat beberapa kali sampai dia dah takut nak naik katil lagi.

cik aletheea: said...

Eleh dengan kucing malu dengan Tuhan tak malu pulak...hahahahha
seb abik ko reti la jugak malu kan....


antar si nie si Megatron tue,
aku bagi free training .pasni kompom dgn ko, dgn mama ko pun dia x kenal ;p

Atiqah Ahmad said...

comelnye Megatron. buat muka kesian kena kurung. hehe

The Sharkox said...

aku rasa betullah ijai kucing tu tengah rebel dengan anda. Bukannkah anda sudah mahu berkahwin tak lama lagi? do dia jeles la tu dengan Da'Kila

Fatimah Ali said...

kucing pon boleh protes kan.

ParkAir said...

Aku biasa lepas kat luar je time g keje atau malam. Tapi kat sini selamat tak kena rembat. macam Megatron aku rasa kejap je kena culik dengan sindiket organ.

Anonymous said...

cuba en.faizal tidur dalam kandang dia, mungkin dia akan berak dalam kandang lepas ni

~amie

Anonymous said...

Test test 1 2 3... Ble nak kduri?

Faizal Rosly said...

rahim: dia berak tak menentu penat nak menyorok dalam almari

cik aletheea: dah hantar kelas berak professional dah dia je yang mengada2

atiqah: jangan terpedaya dengan wajah itu

sharkox: datillah yang jeles dengan mega sebenarnya hihi

fatimah: boleh

parkair: dia tak reti berdikari haritu keluar rumah duduk setempat je

amie: kurang praktikal cadangan itu

Shafawi Hamzah said...

Aku pun tak paham, kenapa kucing aku suka berak atas katil..situasi aku sama mcm ko ijai..haha tekanan aku neh..

cle0patra said...

keadaan ini berlaku pd momo saye. beliau berperangai seperti itu kerana beliau sangat tidak suke pasir yg dibelikan oleh bapak sy utk beliau membuang najis. setelah adik sy membeli pasir baru, momo terus melepaskan hajatnye di atas pasir baru itu. mungkin kamu boleh cuba! :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...