Monday, December 12, 2011

What Women Don't Want Men To Know

Hai apa khabar pembaca? Kalian bekerja di Kuala Lumpur ataupun di Selangor? Walaupun Selangor cuti dan aku bekerja di Selangor, aku tidak pernah mengecapi nikmat cuti umum di negara kita yang banyak cuti umum ini. Ok cukup dua baris perbualan ringan, mari kita masuk ke tajuk utama. Tempoh hari kita telah membincangkan tentang rahsia-rahsia yang orang lelaki mahu sorok daripada wanita, maka demi keadilan sejagat, hari ini kita akan mengupas topik tentang perkara-perkara yang gadis-gadis rahsiakan daripada jejaka.


Gadis-gadis ni memang bijak dan licik. Apa yang diungkapkan di mulut mereka adalah umpama sebuah puisi tahap tinggi yang kompleks, di mana orang lelaki tidak akan faham kehendak sebenar seorang gadis kerana mereka menyerap apa yang diungkapkan secara literal, walhal apa yang dimaksudkan adalah berlainan sama sekali. Sebagai contoh yang paling mudah, adakah anda tahu jawapan kepada soalan "Sayang, saya nampak gemuk tak?" Itu adalah soalan perangkap yang paling bahaya. Anda tidak boleh menipu, dan apatah lagi untuk menjadi terlalu jujur. Tak kira jawapan apa yang anda beri, ada kemungkinan untuk anda diberi layanan senyap selama tiga hari. Kompleks bukan? Maka di sini saya ingin membuat pendedahan tentang perkara-perkara yang gadis-gadis rahsiakan daripada lelaki, sedikit sebanyak dapat mengekalkan keharmonian di dalam perhubungan. Oh ini tidak bermakna yang saya memahami gadis-gadis sepenuhnya, kerana apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pemerhatian stereotype dan apa yang ditonton di dalam filem saja. Ayuh teruskan membaca.

1) Tiada rahsia antara BFF

Di dalam perhubungan harus ada kejujuran. Berpegang dengan konsep itu kita pun mangamalkan tabiat 'tiada rahsia antara kita' dengan teman wanita kita. So kita pun cakaplah kat mereka, "Awak, saya ada satu rahsia tapi awak janji tak boleh beritahu siapa-siapa tau" Lepastu kita pun secara jujurnya memberitahu rahsia kita menonton Ombak Rindu di pawagam kepada teman wanita. Habis segala maklumat terperinci kita beritahu seperti kita dah tengok Ombak Rindu 3 kali, dan 3 kali juga kita menangis teresak-esak di dalam panggung tanpa mempedulikan hakikat yang kita ada sepasang testis. Awek kita hanya mengangguk-angguk menyuruh kita banyakkan bersabar. Anda sangka rahsia anda menonton Ombak Rindu secara senyap-senyap akan selamat di situ? Oh tidak. Sebaik sahaja anda lenyap daripada pandangan mereka, sesi gossip akan bermula. HELLO BABE. KAU TAHU TAK POT PET POT PET berita kita menonton Ombak Rindu tersebar pantas bagaikan rakan-rakan Fesbuk menghantar request untuk Mycalendar - Birthday.

Kalau yang dah kahwin ataupun tak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna tu tenang sahaja memberitahu rahsia bilik tidur kepada teman baik. Saiz, stamina, tabiat aneh, sudut 90 darjah ataupun 120 darjah semua keluar. Amboi amboi amboi. Ini memang selalu digambarkan dalam filem komedi romantik orang putih di mana segala rahsia akan didedahkan dalam satu sesi girls talk.

2) Tabiat membeli-belah

Secara jujurnya, adakah kalian suka orang lelaki teman anda shopping? Anda memang menipu jika anda suka. Takkanlah nafsu shopping anda tidak terbantut setelah melihat wajah sugul kami membuntuti anda mencari kasut Charles & Keith? Jika diberi pilihan, orang perempuan memang suka shopping tanpa orang lelaki pun, kerana mereka tidak mahu tabiat membeli-belah mereka diketahui oleh orang lelaki. Perkara utama yang gadis-gadis rahsiakan adalah nilai perbelanjaan ketika membeli-belah. Gila apa nak beritahu suami yang kita baru beli beg tangan Jurulatih baru berharga RM 3,500 sedangkan beg Jurulatih yang suami beri untuk hantaran masih molek lagi paras rupanya.

Kalau balik rumah suami tanya kenapa beli beg tangan baru walaupun dah ada 8 beg tangan di rumah, anda akan beri alasan yang beg tangan itu sangat murah dan ada potongan sehingga 70%. Kalau kita call tanya kat mana, kalau mereka cakap yang mereka di klinik tapi dengar suasana huru-hara, itu tandanya mereka sedang membeli belah. Mereka juga tak akan beritahu harga tudung Arzu yang mereka beli kerana tak mahu dengar bebelan kita yang boleh beli tudung dengan kualiti yang serupa dengan harga yang lebih murah di pasar tani. Yang jenis shopaholic macam Rebecca Bloomwood lagilah teruk dengan hutang kad kreditnya itu sebabnya gadis-gadis tak mahu jejaka tahu tentang tabiat membeli-belah mereka. Taknak kita risau mungkin.

3) Paras rupa ketika bangun pagi

Ini adalah scene dalam filem Bridesmaid dan What's Your Number. Gadis pelakon utama bangun daripada tidur setelah berzina di malam hari. Dia bangun senyap-senyap tanpa mengejutkan pasangan seksualnya. Lepastu pergi bilik air senyap-senyap, sikat rambut, pakai bedak sikit-sikit kemudian kembali berbaring di sebelah jejaka mereka dan buat-buat tidur. Lepastu bila jejakanya terjaga, mereka akan kata "Wow you look great". Memang bagus taktik tersebut. Apa yang scene itu cuba gambarkan adalah, gadis-gadis sebenarnya berasa insecure dengan paras rupa mereka. Mereka sentiasa ingin nampak cantik untuk orang yang mereka cinta walaupun hakikatnya tiada wanita di dunia yang setanding mereka di mata kita. Itu yang timbulnya soalan-soalan tiada jawapan seperti "Do I look fat in this dress?" tu.

4) Mereka ingat segala-galanya


Orang wanita tidak akan lupa segala benda yang anda cakap, anda buat, tak kiralah dari sekecil-kecil perbuatan dan apatah lagi kesilapan yang besar. Benda-benda yang kecil ni orang perempuan selalunya akan simpan dalam hati, tanpa memberitahu perasaan sebenar mereka kepada anda. Contohnya masa pergi makan kat Italiannies, jangan ingat mereka tak perasan anda JELING satu waiter gadis yang comel itu. Anda jangan ingat mereka tak tahu yang anda usha lurah dada gadis-gadis di Pavilion walaupun ketika itu anda menjadi douchebag memakai kaca mata hitam di dalam mall. Mereka ada sistem pemprosesan data yang efektif, di mana segala macam details akan diUNGKIT ketika berlaku perbalahan di mana anda akan kalah serta merta kerana mereka ingat segala-galanya lalu anda terpaksa membelikan mereka set mekap Bobbi Brown sebagai teknik pujukan. Jadi berhati-hatilah ketika mahu membuat aksi di luar kebiasaan di dalam perhubungan.

5) PMS

PMS itu sebenarnya hanyalah satu mekanisme yang direka oleh wanita untuk mengambil kesempatan terhadap para jejaka hik hik hik. Ok fine walaupun ada penjelasan saintifik di sebalik fenomena PMS, jangan tipulah yang korang tidak pernah menggunakan alasan PMS untuk menipu doktor untuk minta MC ataupun tiada mood untuk bersenggama bersama suami. Orang lelaki ni memang lurus bendul, so kita tidak akan tahu kebenarannya sama ada mereka ni benar-benar PMS ataupun buat-buat PMS. Ini memang senjata utama gadis-gadis.

Jika hendak dibuat analogi, orang lelaki ni umpama Windows XP dan perempuan ni macam Windows Vista sebelum update Service Pack 1. Kompleks dan tak compatible dengan banyak benda. Ini yang menjadikan mereka susah untuk difahami. Tetapi bak kata pepatah gaya Oprah, "Women are not meant to be understood, they are meant to be loved". Benar. Tetapi mereka sebenarnya menggunakan kekeliruan kita sebagai advantage untuk menjadi dominan di dalam soal emosi dan perhubungan. Benarkah apa yang ditulis di atas? Jika anda ada rahsia yang ingin kalian dedahkan, silakanlah kerana itu ternyata dapat membantu kami para lelaki untuk menjadi lebih sweet dan understanding.



7 comments:

noulha said...

aku kabar baik. aku keje kat bkt jalil, tp dlm KL. tp aku ase mcm spatutnya masuk dlm selangor lagi. sbb terlampau boring keje hari cuti aku pun nak jawab semua mende y ko tulis.

1. betul. BFF mcm diari. haha. tp ckp ngan BFF y xbyk mulut je. kalau tak, nahas. tp rahsia bilik tidur tu aku ase westeners je kot.

2. betul. tak suka lelaki ikut soping. wp dia ckp takpe. tp kalau dia nk belikan samting, mmg suka sgt kalau dia ikut.

3. tak betul. sbb bgn pun sama2 comot.

4. betul. e.g. ex yang gedik dan mcm org gila sibuk nak rampas balik bf yang dia lupa kot dia yang dump.

5. kadang2 betul. hehe.

ok, dah jawab. semoga jadik suami y suwit & understanding yep.

Cik Siti said...

kenapa aku takde ciri-ciri yang ngko sebutkan tu (kecuali yang part tak suka bf gi temankan shopping)..adakah aku separuh lelaki? sob sob.

Ain bintu Amir said...

1. There's still things we kept from our BFF. seriously :) maruah org yg kita sayang kene jage kan.

2. shopping ngn girlfrens lg best. laki takkan tahan dengan perangai girls yg cerewet. haha

3. dah kawin apedehal kot? rasenye la.

4 & 5 somehow TRUE kot. hehe..

muiz aL said...

ohh maaf! aku agak lampi pg ni.. PMS tu ape? Perempuan Mini Skirt? Perempuan Mencari Suami? err

acik oren said...

yang part no 1 adalah so true. dengan bff mmg tadek rahsia. even dengan bf pun masih ade rahsia ok.
tapi kena make sure yang bff adalah pemegang amanah terhebat!

part no 2, tak berapa betul sebab if tadek bf maka tak pandai shoping. sebab ape ape dia yang bayar. hahahaha

Anonymous said...

1) bff tu someone yg dipercayai..so x salah nak cite semuanya asalkan x bukak aib orang..tp xla sampai bercerita pasal bilik tidur..hakhak

2)setuju!!! x best shopping ngan laki..suka complain macam2...

3)eh..eh...ni x betul...sebab sesetengah laki suka rupa bini dia baru bangun tido..sebab seksi dorang cakap..natural beauty..hehe..

4) sebab perempuan sgt sensatif, so memang senang nak ingat even benda kecik macam kuman..

5) PMS tu x semua perempuan kena...tp seriously, PMS tu blh buat perempuan menyampah nak tengok muka laki...adoiii

ZyL-Da said...

ahaahaha..mata akak terbuntang baca sambil makan donat ..uhuhuh..camtu eh?..

1)BFF???..dah kawen ni takde istilah BFF gidah..BZ dgn askar2 kat rumah...keje..Incik Asben lagik...tak sempat bergossip aih..ke tu sindrom akak2 yang melewati umo 30??...errmm..

2)Akak kalau shopping ..gi ngan askar yang sulung...cepat dan tangkas...kalau akak dan askar2 pulak teman Incik Asben gi shopping..misalnye gi beli kain kat Jakel...abih seluruh rangkaian kedai kain kat Sungai Petani akak kena bontoti...diulangi...BONTOTI...sebab...cerewet amatlah Incik Asben pilih kain...akak & askar2 siap abihkan kepsi dalam keta...Incik asben tak siap jugak lagi pilih kain...al sudahnya...kitorang baham kepsi bahagian Incik Asben...

3)Bangun Tido??...tak sempat tgk muka memasing dah....cargas ke bilik air...mandi..solat...sarapan...gi keja/buat apa yang patut...

4)Mebi... ingatan agak kuat...compare to lelaki yang kadang2 boleh lupa saiz spender sendiri...kui..kui..kui

5)PMS?...dah ada askar ni..jarang kena PMS..tgu nak menopouse pulak..baru rasa camna nak menopouse...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...