Monday, January 31, 2011

Seram: Episod Lapan

Hari Ahad, 1.15 am. Malam itu memang gelap. Langsung tiada cahaya bulan. Tapi aku duduk dalam bilik buka lampu so tak relevan la tiada cahaya bulan pun. Entah kenapa, aku rasa gelisah sangat pada malam itu. Hati aku tak tenteram. Peluh dingin membasahi dahi aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Aku mengambil wudhu', aku cuba untuk bertenang namun hatiku masih dag dig dug di dalam dada macam lagu Haiza.

Aku masih terkebil-kebil di dalam bilik tak boleh tidur. Pelbagai posisi aku telah cuba seperti gaya tidur missionary, gaya tidur doggy mahupun gaya tidur all time favourite advanced rear entry namun mata aku masih belum lagi mahu lelap. Salah satu faktor mengapa aku tidak boleh tidur adalah kerana tiada siapa di rumah. Aku tidur berseorangan kerana mama pergi ke Cherating sejak hari Jumaat yang lalu. Walaupun mata aku sebenarnya terasa berat, aku berasa takut untuk tidur seorang diri. Ya seperti yang telah aku katakan, memiliki ogran reproduksi yang bersaiz olimpik tidak bermakna yang anda ini berani. Banyak cara yang boleh membuat kita penat dan tertidur sebenarnya tetapi teknik-teknik sedemikian mostly berdosa. Aku pun berguling-guling sehinggalah aku tertidur jua akhirnya...

Aku terjaga daripada tidur secara mengejut. Aku segera memeriksa telefon bimbit untuk melihat sudah pukul berapa. Shit it's 3 am. Aku tiba-tiba teringat cerita seram Paranormal Activity 1 and 2. Bersasarkan cerita seram tersebut, entiti ghaib akan muncul dan membuat aktiviti paranormalnya pada pukul 3 pagi. Barbie kenapalah sekarang pula aku mahu terjaga. Aku segera membaca ayat-ayat hafazan PAFA sebagai pendinding diri dengan tajwid yang tunggang langgang kerana ketakutan. Tiba-tiba kedengaran bunyi makhluk berkejar-kejaran di bawah. Berderau darah aku. Kalau tengok muka aku ketika itu memang pucatlah......PRANGGGGG!!!!

AHHHH aku menjerit seperti bapuk. Aku dapat mendengar bunyi benda pecah itu dengan jelas. Pelbagai persoalan yang bermain di minda aku. Mengapakan entiti itu mahu mengganggu aku? Aku tidak ada membuat perjanjian syaitan seperti dalam cerita Paranormal Activity ataupun Khurafat. By the way perjanjian syaitan bukan khurafat lagi itu dah syirik aritu aku tengok Al Kuliyyah Hasan Din 'sound' bapak Shamsul, Yusuf Haslam kerana menggunakan terminologi yang salah, haha. Berbalik kepada cerita asal, terdengar seperti bunyi serpihan benda yang pecah itu seolah-olah bergerak dengan sendirinya. Walaupun ketakutan, aku harus pergi menyiasat agar aku dapat menceritakan perkara yang sebenar kepada pembaca blog.

Dengan memakai songkok, aku pun perlahan-lahan turun tangga. OH TUHANKU AKU BOLEH NAMPAK DUA PASANG MATA YANG BERKILAUAN DI DALAM GELAP DISERTAKAN DENGAN BUNYI DENGUSAN BENGIS. Aku memberanikan diri untuk membuka lampu.....ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT MAKHLUK ITU.........


Barbie pasu bunga mama aku yang sudah sepuluh tahun elok disimpan, mama aku pergi kursus sekejap terus pecah. Suspek utama adalah makhluk dua ekor tu. Kisah seram yang sebenar akan berlaku apabila mama pulang melihat pasu kegemarannya pecah berderai. Demmit. Nak marah budak dua ekor tu tak sampai hati sebab comel. Arghhh.



Friday, January 28, 2011

Hari Ini Hari Jadi Mama

Hari ini 28/1 merupakan hari jadi mama. Tapi mama pergi Cherating balik hari Ahad so mama pesan, SILA BUAT PARTI LIAR DI HUJUNG MINGGU OH YEAHHHH. Ok rakan-rakan sila bawa minuman keras tanpa alkohol dan sejadah lebih untuk parti ibadah kita.

Anak yang soleh akan sentiasa mendoakan ibunya. Anak yang kool pula akan menyanyi di hari jadi ibunya sebagai cheat code untuk mengelak daripada membeli hadiah yang mahal. Jika anda bukan pelajar jurusan IT, anda hanya perlu klik Play. Kalau tak berbunyi tu periksa speaker anda dah buka suis ataupun belum, kalau masih tak bunyi mungkin dah exceed bandwidth haa haa.



Let's sing it!

hari ini hari jadi mama,
ijai tak tahu nak bagi apa,
So I just grab on my guitar,
and I sing you this whateva,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...

mama selalu bising ijai balik lambat,
mama takut ijai lepak dengan budak-budak jahat,
tapi ijai sebenarnya pergi makan,
dah gemuk sikit nanti lebih tampan,

oh mama yes it's true,
ijai mana pernah menipu...

mama bising kalau ijai tak tutup lampu,
mama marah kalau ijai tak basuh baju,
ijai tahu ijai malas nak cuci pinggan,
tapi ijai takde niat nak melawan,

oh mama happy birthday,
i wish you happiness all the way...

i guess i better stop singing now,
dah masuk waktu ijai nak pergi surau,
happy birthday oh my mother,
i'll you this song again next year,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...

Selamat hari jadi yang ke xx mama. Mana ada tua tak percaya tengok gambar di bawah kita nampak macam adik beradik. Padahal tiap-tiap tahun pun akan pakai gambar ni. Hehe.


Ayuh rakan-rakan beri ucapan hari jadi untuk mama aku jika korang hendak makan mee soto yang mama aku tempah di open haus Hari Raya tahun ini.

original song by adam sandler from the movie 50 first dates. Lyrics by ijaicool. To download the song as ringtone, click this link before it expires: http://www.webfilehost.com/?mode=viewupload&id=2753996

Thursday, January 27, 2011

Perkara-Perkara 'Sweet' Yang Orang Lelaki Berhenti Buat Setelah Lama Bercinta

Ahh cinta. Cinta boleh membuat kita lalai dan leka. Cinta boleh membuat kita melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Tetapi janganlah pula kita menggunakan alasan cinta untuk menyeluk tangan ke dalam baju pasangan kita. Ketika cinta masih di usia yang muda, masih intact selaput dara, segalanya terasa manis dan magika. Namun begitu, setelah cinta menjadi tua, gadis-gadis mula terasa, di manakah hilangnya 'spark' dan perasaan rama-rama berterbangan di perut? Mengapakah teman lelaki kita tidak lagi menjadi sweet dan romantik setelah berjaya mencuri hati kita? Well jawapan kepada persoalan itu akan dikupas pada entri lain. Hari ini kita akan membincangkan tentang perkara-perkara yang simple tetapi 'sweet' yang orang lelaki berhenti buat setelah berjaya menakluki cinta wanita. By the way istilah 'sweet' di sini boleh didefinisikan sebagai gedik bagi mereka yang tidak mengalaminya. Ayuh teruskan membaca.

1) 'Missed call' tanda rindu

Dulu-dulu masa mula-mula bercinta, sepanjang masa nak teringatkan dekat awek kita. Nampak bucu katil teringatkan bucu siku awek kita. Nampak ropol-ropol di langsir teringatkan ropol-ropol baju awek kita. Nampak buah betik, teringatkan err err ahah teringatkan keychain buah betik yang kita hadiahkan kepada awek kita. Pendek kata, semua bendalah boleh buatkan kita teringat kat awek kita. Tapi untuk menunjukkan perasaan rindu tu, kita tak bolehlah asyik nak call dia kan. So kita create satu istilah, 'missed call' tanda rindu. Setiap kali rindu je kita pun miskol lah awek kita. Lepas tu balas-balas miskol macam orang kurang siuman sambil merengek manja. Ahh penangan cinta.

Tapi itu semua dulu-dulu. Sekarang ni kalau orang gadis kita miskol banyak-banyak kali, kita mungkin akan rasa annoyed. Lupa dengan konsep 'missed call tanda rindu', kita pun ingat gadis kita kedekut kerana tau miskol je nak suruh kita call balik. Hantar mesej-mesej jiwang pun dah kurang. Tiada lagi ungkapan 'sayang i rindu serindu rindunya kat you' mahupun 'kaulah cinta pertama dan terakhir untukku ku berjanjikan menantimu setia menunggu di pintu syurga'. Tak percaya? Sila buka HP anda sekarang, bilakah kali terakhir anda mendapat mesej jiwang daripada teman lelaki anda?

2) Bergayut sehingga habis kredit


Ini selalu berlaku semasa percintaan di kolej. Yelah belum kerja lagi kan so pakai prepaid sahaja. Topap Maxis RM30 satu malam dah boleh habis. Memang banyak benda yang hendak diceritakan. Nak cerita pasal terlupa zip seluar pergi kelas, cerita pasal makan apa kat food court dan kalau tengah horny tu mungkin juga melakukan persetubuhan di telefon. Tapi saat-saat dah nak kemuncak syahwat tu boleh pulak kredit habis hah memang kempunan kau terpaksalah show hidden files dan folders bagi menghabiskan the unfinished business.

Tapi itu semua dulu-dulu. Sekadang ni nak call pun jarang-jarang. Kalau call pun takda benda nak cerita. Tiada lagi gayutan sehingga satu jam sampai merah telinga. Kredit RM30 boleh tahan sampai seminggu pulak tu. But gadis-gadis don't take it as a bad thing. Mungkin siang tadi dah keluar dating dah puas jumpa so malam dah penat tak mengapa kot kalau tak call kan?

3) Keluar tengah malam mencari public phone


Jika kredit di telefon bimbit sudah habis, penyelesaiannya adalah mencari telefon awam. Siang sebelum call tu siap tukar duit syiling dulu di bank. Sanggup tu jalan 2 kilometer di tengah malam nak cari public phone yang berfunsi. Lepas tu kena beratur pula tunggu giliran sebab ramai mat jiwang yang lain. Tak kisah, apa sangatlah dugaan kecil sebegitu berbanding dengan perasaan rindu di dada untuk mendengar suara. Kalau masukkan seringgit dan buat panggilan di telefon rumah, huiii lebih untung dan menjimatkan kerana boleh berbicara untuk tempoh masa yang lebih lama. Kekurangannya adalah kena tunggu mak abah ataupun adik awek kita tidur dulu. Bukan apa, kalau adik kita terangkat telefon di ruang tamu nanti terdengar pulak panggilan berbaur seksual kita.

Tapi itu semua dulu-dulu. Kau berani ke nak bergayut di public phone malam-malam sekarang? No way. Kawan aku Apai jumpa momok terus demam seminggu siap bawak jumpa Harun Din lagi untuk berubat (kisah benar).

4) Menghantar kad cinta buatan sendiri

Kita bukan tak ada duit nak beli hadiah yang mahal-mahal. Tapi memberi gadis kita sesuatu yang dihasilkan sendiri ternyata lebih personal dan romantik. Dan menjimatkan, hehe. So kita pun gigihla gunting majalah dan surat khabar mencari abjad-abjad untuk membentuk kata cinta sebelum ditampal di atas kertas manila berbentuk hati. Persetankan apa yang roomate kita kata diorang tak mengerti penangan cinta. Kalau jenis yang kreatif sikit tu siap buat sajak cinta sendiri. Tak susah pun sebenarnya tulis sajak cinta, tulis apa yang terlintas di hati, asalkan rhyme di penghujungnya. Nak lagi kool cipta lagu sendiri main gitar di telefon. Tiada gadis yang mampu bertahan dengan teknik nguratan sedemikian, percayalah.

Perkara-perkara di atas sebenarnya nampak simple dan remeh sahaja, tetapi perkara-perkara kecil sebegitulah yang menjadikan cinta itu sentiasa hangat. Haha. Yelah orang lelaki ni masa nak mengurat tu mereka memang bersungguh-sungguh kerana perasaan 'thrill' memburu cinta. Dah dapat, kami mungkin rasa tak perlu lagi nak bersusah payah kerana anda sudahpun jatuh cinta. Benar? Ini adalah entri peringatan kepada diri sendiri dan jejaka-jejaka lain di luar sana agar sentiasa menghargai gadis masing-masing.

Tuesday, January 25, 2011

Mengapa Gadis-Gadis Obses Dengan Maher Zain

Ahh Maher Zain. Semua orang kenal Maher Zain. Tahukah anda kepopularitian Maher Zain memang mencanak-canak sekarang sehinggakan telah dilantik menjadi duta kepada kompleks membeli-belah Bangi Utama ataupun lebih dikenali sebagai Warta? Masuk Warta daripada basement dah boleh nampak dah poster Maher Zain. Jalan 5 meter dah boleh dengar lagu Maher Zain berkumandang di udara tanpa henti. Kira macam lagu tema rasmi untuk Warta lah. Tempoh hari Maher Zain telah membuat konsert di Malaysia dan mendapat sambutan yang menggila di kalangan gadis-gadis, terutamanya gadis-gadis yang menutup bahagian dada mereka. Di atas sambutan yang hebat itu, Maher Zain akan kembali lagi ke Malaysia bagi memenuhi ugutan gadis-gadis fanatik, siap buat satu lagu dalam bahasa Malaysia lagi untuk mereka. Di manakah letaknya kehebatan Maher Zain sehinggakan gadis-gadis tidak lagi menggilai Anuar Zain? Ayuh kita kaji mengapa gadis-gadis obses dengan Maher Zain.

1) Maher Zain ada aura seperti Mawi

Maher Zain ni kira macam Mawi versi antarabangsa lah. Ingat tak masa zaman kegemilangan Mawi dulu? Masa dia gagal di konsert prelude Akademi Fantasia 3, habis mengamuk orang Melayu mencarut-carut ringan di tempat chatting kat TV guna telefon bimbit tu. Melihat dengan reaksi luar biasa daripada peminat fanatiknya, pihak Astro pun mengambil Mawi untuk melanjutkan pelajaran di dalam akademi. Pap the rest was history. Mawi dikenali dengan Raja SMS dan telegram mana-mana semua anugerah pilihan peminat dia yang bolot. Eh ini nak cerita pasal Mawi ke Maher Zain ni.


So di sini kita boleh menggunakan faktor 'aura' bagi menjelaskan kegilaan gadis-gadis terhadap Maher Zain. Muka pun lebih kurang Mawi. Rambut pun macam Mawi tak pernah lebih daripada setengah inci. Perwatakan pun baik sahaja macam Mawi. Janggut pun cukur nak tak nak macam Mawi ataupun Daughtry. Tapi adakah aura Maher Zain akan menjadi malam seperti Mawi? No, at least tidak untuk tahun ini.

2) Cinta Maher Zain membawa ke syurga

Dalam segmen Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 6, saya ada bertanya adakah gadis-gadis meminati Maher Zain ataupun Anuar Zain. 68% daripada responden memilih Maher Zain, dan memberi alasan-alasan yang hampir serupa.

ainakhani: maher zain sebab dari lagu-lagu dia sume menjurus kebaikan je. hope nak lah laki yang mcm tu. tapi tak tau la life dia sbna mcm mane kan? sume ppuan nak laki yg dpt bimbing die. hihi

mia: Rasanya Maher Zain. Handsome macamana pun akhirnya untuk dijadikan suami mesti yang boleh membimbing. Macam lelaki nak kahwin mesti pilih perempuan baik kan?

Jazica Albek: Maher Zain. Ilmu agama dia lebih baik (hopefully). Tapi kalau kau tak tulis "kena pilih" tu, mmg dua2 aku taknak.


Kita boleh membuat kesimpulan yang gadis-gadis meminati Maher Zain kerana keperibadian muslimnya. Of coursela kita tak tahu perangai dia kat rumah bagaimana. Tinggal solat ke, ponteng puasa ke, tengok porn ke tapi first impression gadis-gadis menganggap Maher Zain memenuhi ciri-ciri jejaka yang layak dijadikan suami. Oh Maher Zain dah kahwin kan? Tak mengapa dia ada kuota lagi 3 so kalian boleh cuba menarik perhatian dia semasa konsert kedua pada bulan Febuari nanti dengan memakai tudung 'fashionistas' yang ada kristal tergantung ataupun gaya lilit-lilit terbelit tu tapi masih menutupi buah dada ranum anda.

3) Suara Maher Zain boleh membuat gadis-gadis 'teruja'

Aku nak tulis horny instead of teruja tapi nanti gadis-gadis PMS pula. Hehe. Sekali dengar, suara Maher Zain sekejap macam Kris Allen, sekejap macam Kris Dayanti. Ok ok tak macam Kris Dayanti sheeshhh memang fanatik betul korang ye nak berjenaka sikit pun tak boleh. Alunan suaranya yang lembut, tonanya yang unik dan pleasant menyebabkan gadis-gadis tidak boleh duduk diam dan ada yang terkinja-kinja buat mosh pit lepas tu body surfing di konsert Maher Zain tempoh hari walaupun mengenakan uniform Puteri Islam.

4) Bagi ahli usrah, mereka hanya boleh dengar lagu Maher Zain

Bagi mereka yang menyertai usrah, anda pasti bosan mendengar nasihat akak-akak senior yang gatal asyik nak cerita pasal kahwin. Bercinta selepas kahwin konon-konon, tapi selalu pula hendak menjodohkan kita dengan ahli usrah jejaka. Nasib baik sekarang ni Maher Zain tengah popular, maka ada rutin baru iaitu segmen menyanyikan lagu-lagu ketuhanan sebagai penutup usrah. Dengar muzik genre lain mana boleh sebab ada unsur-unsur alkohol dan penzinaan. Sambil menyanyi, mereka akan membincangkan tentang mesej-mesej positif yang cuba disampaikan di dalam lagu-lagu Maher Zain yang popular seperti For The Rest of My Life dan Inshaallah.

Kalau dulu-dulu, diorang selalu menyanyi lagi nasheed Melayu seperti kumpulan Mirwana. Tapi lepas insiden Faizal Tahir buka baju, mereka ubah pula dengar lagu nasheed kumpulan Far East. Tapi kumpulan Far East ternyata mudah terpengaruh dengan budaya barat menyebabkan mereka mengubah hala tuju muzik mereka dan menukar nama kumpulan nasheed mereka kepada Far East Movement memainkan lagu-lagu clubbing 'Like a geeesikkk like a geeeseeekk now I’m feelin so fly like a geeesik'.Namun begitu, Maher Zain sebenarnya dibenci oleh ahli usrah ortodoks kerana penggunakan alat muzik bertali dan tiupan yang dikatakan melalaikan.

Begitulah antara faktor-faktor yang menyebabkan gadis-gadis obses dengan Maher Zain. Adakah anda salah seorang daripadanya? Adakah anda akan pergi ke konsert Maher Zain pada bulan dua nanti? Kami sebagai orang lelaki yang memahami pasti akan memberi wang untuk anda membeli tiket, Inshaallah.

Sunday, January 23, 2011

Mandi-Manda Di Sungai Congkak

Bagi mereka yang mengharapkan aksi-aksi ghairah mendedahkan aurat di dalam entri ini, anda mungkin akan berasa hampa kerana tiada pautan untuk memuat turun aksi-aksi tersebut dalam bentuk 3gp. Namun begitu, saya masih menyediakan gambar-gambar jejaka kacak tidak berbaju yang anda boleh right click dan 'Save image as' untuk dihantar ke bomoh untuk diguna-gunakan. Semalam, saya bersama rakan-rakan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah pergi berkelah di Sungai Congkak. Untuk pengetahuan anda, filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Congkak diorang filemkan kat situla. Sungai Congkak terletak di Hulu Langat dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan pasangan belum berkahwin untuk ringan-ringan.


Di atas semangat cintakan universiti yang masih menebal di dalam diri, kami semua bersetuju untuk berkumpul di hadapan Uniten. Nostalgia suka dan duka kembali menggamit memori...seperti kisah cinta terlarang Hasanah dan Fandy yang kini telah menjadi suami isteri. Mari kita berkenalan dengan watak-watak dalam karangan ini terlebih dahulu agar korang boleh immersed dengan entri ini. Dari kanan, Fandy Bulu, Nazri 'heartbroken but I'm moving on....I think' Nazlan, Ben Affleck, Hanis Penis, Pa'an Kuih Tart ataupun singkatannya Paantart, dan juga Alie (tiada modal nak keji Alie buat masa ini). Tiada dalam gambar, Arel Bukan AF, Lebai Nikotin, Hasanah UPSR dan Mizz Nina. Ayuh mari kita berkelah bersama-sama.


Perjalanan ke Sungai Congkak dari Bangi mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Oleh kerana malas memandu, aku naik dengan Nazri. Aku risau sebenarnya naik dengan dia kerana dia baru balik dari kerja (10pm - 7am) masih belum tidur seperti zombie. Bagi mengelakkan dia tertidur ketika memandu, aku dengan tak rela membiarkan dia bercerita tentang kisah cinta dia yang tragis yang menyebabkan dia deactivate Fesbuk selama 6 bulan. Oh kalau nak pergi ke Sungai Congkak kena isi minyak secukupnya kerana tiada stesen minyak di sepanjang perjalanan. Tapi kalau terdesak mereka ada jual minyak di dalam botol Mirinda 1.5 liter dengan harga riba RM3.50. Oh bayaran parking RM3, dan tiket masuk RM1. Seronotnya sudah sampai! Fandy yang baru berkahwin disyaki telah melakukan hubungan suami isteri pagi tadi tapi tak sempat mandi wajib terus membaca niat dan meratakan air ke seluruh badan dengan menjadi orang pertama yang terjun ke sungai.


Alie selaku organizer merangkap tukang masak telah bangun awal pagi bukan untuk solat subuh, tetapi membeli ayam yang segar dari pasar Seri Kembangan. Dipanggang dengan sos rahsia buatan sendiri Alie, huiii serius sedap sehingga terpaksa membuat wajah kemuncak syahwat. Sorang makan setengah ayam beb, memang naiklah paras kolestrol masing-masing.




Pergi sungai buat apa? Pastilah mandi! Yayyy! Seronotnya! Dulu masa zaman remaja sebelum graduasi kami semua pernah pergi ke tempat ini. Dulu-dulu Sanah dan Fandy sekadar main=main mata, kini sudah boleh main-main yang melibatkan organ lain. Dulu-dulu Azrel masih kurus, kini dia sudah boleh isi borang The Biggest Loser Asia. Ahh usahlah disandarkan kepada kenangan. Antara permainan yang menarik untuk dimain di dalam sungai adalah Pertandingan Menyelam Paling Sekejap dan juga Pose Ghairah Majalah Mangga.




Lama jugalah kami berendam di dalam sungai sehingga kecut organ reproduksi masing-masing (kecuali aku). Lepas berendam membaham pulak untuk pusingan kedua. Sekadar peringatan dalam bentuk nyanyian; di desa atau di bandaraya, kebersihan haruslah dijaga. Oleh itu bawalah plastik sampah sendiri dan jangan kencing di dalam sungai. Aku rasa Sungai Congkak ini memang best kerana banyak lubuk mandi yang jernih dan bersih. Kalau 10 orang kencing pasti air dia jadi kuning.


Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan entri ini. Banyak lagi gambar-gambar yang mendedahkan aurat sebenarnya dan dengan bayaran yang berpatutan, anda semua boleh melihat gambar-gambar itu di laman Fesbuk Paan.


Sesungguhnya program-program sebegini memang patut selalu dianjurkan bagi memastikan hubungan antara rakan-rakan lama terus terjalin agar tidak berlakunya insiden unfriend di Fesbuk. Yelah dah lama sangat tak jumpa tanya khabar pun tidak sampai kita lupa yang kita ni berkawan dengan orang tu lalu kita pun unfriend dia sebab dah lupa itu kawan kita. Lepas ni buatlah aktiviti-aktiviti sebegini lagi nak lagi gempak buat qiamullail terus walaupun aku mungkin tak join. Oh letak gambar kaki tipikal sangat, so kita letak gambar tangan. Ok kita buat kuiz mudah, siapa dapat teka mana satu tangan Fandy akan mendapat hadiah misteri. Klu: Bulu. (graduan Uniten tidak dibenarkan menyertai kuiz ini).



Thursday, January 20, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Orang Yang Bekerja di Hari Cuti

Salam Thaipusam saya ucapkan kepada para pembaca. Apa khabar anda semua? Seronokkah duduk di rumah bermalas-malasan tanpa perlu mandi wajib di awal-awal pagi? Hari ini saya bekerja. Tapi saya masuk kerja pukul 5 petang. Kalau nak ikutkan, sepanjang karier saya di bidang teknologi maklumat ini, saya memang tak pernah pun bercuti di hari cuti umum. Kalau apply cuti di hari cuti tu tak kiralah. Kawan-kawan saya yang pro kerajaan macam Apai selalu memperanjingkan saya cakap orang Nepal pun dapat cuti. Orang-orang seperti saya yang bekerja di hari cuti umum ini, mereka bukanlah racist kerana tidak bercuti di Hari Thaipusam. Tak boleh juga nak cakap mereka ni workaholic kerana mereka sebenarnya tak ikhlas bangun pagi tatkala orang lain sedang enak dibuai mimpi.

Kalau di sektor awam, polis, bomba, askar, doktor pun kena kerja juga. Tapi hari ini kita akan melihat dedikasi serta pengorbanan pekerja-pekerja lain yang tidak bercuti bagi membuat hidup anda menjadi lebih baik. Ayuh teruskan membaca.

1) Pekerja di call center

Bekerja di call center adalah sesuatu yang stressful dan memenatkan. Panggilan masuk sepanjang masa dan anda berkemungkinan untuk dimaki oleh pelanggan. Suasana menjadi bertambah murung apabila anda terpaksa bekerja di Hari Raya Cina contohnya. Mereka tak boleh bercuti kerana mereka bekerja di syarikat global yang tidak percaya dengan konsep angpau dan limau. Sebagai contoh, anda bekerja di call center McDonalds yang buka 24 jam. Perlu ada orang seseorang yang menjawab ngauman kelaparan kita kerana tiada kedai lain yang buka. Sama juga dengan call center syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan pelanggan 24 jam.

2) Jurutol

Saat-saat yang paling sayu adalah apabila anda terpaksa bekerja di malam raya. Tatkala orang lain sedang berkumpul bersama saudara mara mengayam ketupat dan bergelak tawa. Anda hanya memerhatikan kenderaan lalu sambil mengungkapkan ucapan 'Selamat Hari Raya' kepada pelanggan dengan terpaksa ditemani dengan sebuah radio yang memutarkan lagu-lagu raya klasik yang membuat air mata bergenang. Kalau dapat syif pagi raya lagilah syahdu. Bagi mendapatkan mood raya, kita pun semangatlah pakai baju Melayu baju kebaya terbelah sehingga ke pusat. Kita anggap pemandu di jalan raya tu sebagai tetamu, dan kita memberi mereka baki 'duit raya' beserta resit jika diminta. Satu-satunya jurutol yang MUNGKIN bercuti adalah jurutol di LDP. Hari tu ada cuti apa ntah diorang selamba je bukak gate tiada orang jaga. Takpun bagi diskaun kat tambang tol.

3) Pekerja di 7-11

7-11 adalah satu-satunya kedai yang tak pernah tutup kecuali jika berlaku gempa bumi. Malam ni kena rompak pun esok masih buka lagi. Kalau Hari Raya contohnya, tetamu tak henti-henti datang rumah ais di rumah pun sudah habis, di manakah kita mahu membeli ais? Di 7-11 sudah pasti.


4) Pekerja Topshop (dan kedai-kedai yang seangkatan dengannya)

Di hari cuti umumlah kedai-kedai sebegini akan menjadi tumpuan pelanggan, terutamanya gadis-gadis shopaholic. Bila lagi nak pergi kalau bukan hari cuti? Masa inilah kedai akan menjadi sibuk dan kita boleh lihat riak wajah mereka yang kelat kerana terpaksa bekerja namun masih berusaha untuk senyum kepada pelanggan.

5) Penyampai radio / pembaca berita

Trend yang selalu kita lihat adalah pembaca berita akan memakai baju yang relevan dengan perayaan yang disambut. Kalau Hari Raya India mereka akan pakai Sari dan serbuk kari. Kalau cuti Awal Muharam Pang Chin Fei pun pakai tudung labuh boleh isi bahan peletup lagi. Pembaca radio lebih merana kerana mereka terpaksa memainkan lagu-lagu festiviti walaupun tiada siapa yang hendak mendengar celoteh mereka di hari raya.

6) Imam professional

Seruan dari Ilahi mana ada cuti beb.

Aku? Well aku jatuh dalam kategori syarikat teknologi maklumat yang tidak akan mendapat cuti walaupun Perdana Menteri sudah mengumumkan Malaysia cuti sebulan setelah memenangi Piala Dunia. Okla kalau nak sedapkan hari kita boleh kata kerja di cuti umum tiada kesesakan lalu lintas dan dapat bayaran lebih. Sesungguhnya ini adalah salah satu perkara yang kita tak pernah fikirkan pun, yakni pengorbanan sesetengah pihak yang bekerja demi kebahagiaan orang lain. Jadi sempena hari cuti yang kami tidak cuti ini, ayuh kita bertafakur selama seminit bagi menghargai pengorbanan kami................. ok cukup seminit. Ok aku dah nak pergi kerja dah ni. Sigh.

Tuesday, January 18, 2011

Mengapa Wanita Menghabiskan Masa Yang Lama di Dalam Tandas

Siapa ada adik-beradik perempuan yang ramai pasti akan setuju dengan kenyataan di atas. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majalah Anjung Seri edisi Kamar Mandi, kaum wanita pasti akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya 25 minit di dalam tandas. Hanya 2% peratus daripada keputusan survey yang menyatakan mereka terkunci di dalam tandas menyebabkan mereka terperangkap untuk tempoh yang lama, selebihnya memberi sebab-sebab feminin yang akan saya huraikan nanti. Selain daripada mandi, apa sebenarnya yang gadis-gadis lakukan yang menyebabkan mereka berada di dalam tandas untuk tempoh yang lama?

1) Orang perempuan tidak boleh kencing berdiri

Ini adalah punca utama mengapa orang perempuan menghabiskan masa yang lama di tandas walaupun sekadar untuk membuang air kecil. Orang lelaki, kalau nak pergi kencing mudah sahaja, terutamanya di tandas awam di kompleks membeli-belah. Dengan menggunakan konsep 3T, iaitu Tolak, Tuju, dan Tarik, kami boleh menjimatkan masa dan tidak perlu membuat banyak pergerakan bagi menyelesaikan urusan hadas kecil ini. Tidak faham konsep 3T? Mari saya jelaskan dengan teliti. Mula-mula Tolak zip seluar, keluarkan organ reproduksi, kemudian Tuju ke arah sasaran. Kita boleh berbual-bual dengan jiran di urinal sebelah jika mahu, sesudah tamat Tarik sahaja zip seluar kembali. Selesai.

Mengikut kajian sains yang dijalankan, orang perempuan tidak boleh kencing berdiri kerana mereka tiada sistem pembidikan ataupun 'aiming device' yang praktikal. Even if mereka cuba untuk kencing berdiri, tsunami kecil akan berlaku. Itulah sebabnya orang lelaki harus bersabar ketika teman wanita mereka pergi ke tandas kerana mereka tiada urinal, terpaksa beratur menunggu giliran, kemudian banyak gajet yang perlu ditanggalkan sebelum boleh memulakan urusan mereka.

2) Perlu menggunakan at least 10 bahan pencuci

Ok ok 10 bahan pencuci mengkin exaggerate sangat. 8 bahan bagaimana? Agak normal bukan? Ok mari kita kira. By the way gadis-gadis saya main sebut je jenama ni kalau salah sila beri tunjuk ajar. Mula-mula pakai facial cleaner Safi ataupun Datuk Siti. Lepas tu pakai toner SK-11 Cleansing Emulsion bagi masalah kulit muka berminyak. Untuk rambut anggun dan licin pula pakai syampu Vidal Sassoon sebelum digabungkan dengan perapi Sunsilk lihat rambutku. Ok kemudian guna Goat Milk's bath daripada New & Trendy bagi menjadikan tubuh lebih lembut. Ubat gigi Darlie kira tak? Dah 6 bahan dah tu. Lagi dua.....apa aaa? Ok satu bedak sejuk Nona Roguy satu lagi bahan kimia untuk mengubat keputihan. Ok cukup lapan bahan. Ok kalau nak tambah, mungkin boleh masukkan sekali upacara membersihkan ataupun mengenakan make up. Mahu guna at least 8 bahan lagi tu. Hee hee.


3) Banyak permukaan yang perlu dilicinkan

Fakta, orang lelaki hanya akan bercukur jika dan hanya jika ada temujanji dengan teman wanita. Itu pun sekadar shave misai dan janggut. Bahagian lain kami tak peduli. Bulu dada dan bulu ketiak pada badan kami adalah sesuatu yang gadis-gadis anggap seksi bukan? Even bulu di balls kami pun hanya akan di trim pada malam pertama. Kalau tak, tak usah haraplah kami mahu jaga penampilan diri.

Tetapi lain pula dengan orang perempuan. Setelah membaca entri Turn Offs for Men, ramai gadis-gadis kini mula aware dengan kehadiran bulu-bulu di seluruh badan mereka. Sebagai kaum yang self conscious dengan imej diri, orang perempuan akan menghabiskan masa yang lama untuk memastikan seluruh badan mereka licin dan tidak berbulu lebat seperti kucing parsi. Mereka akan menggunakan Gillette for Women bagi memastikan tiada bulu-bulu halus di atas bibir. Mereka akan menggunakan Veet bagi memastikan kaki mereka tidak seperti kaki penjual karpet daripada Pakistan. Bulu dada di dada? Unacceptable! Banyak permukaan yang harus dilicinkan, dan ini tidak termasuk aktiviti melicinkan muka daripada jerawat, melicinkan kuku dengan membuat manicure padicure, mahupun membuat aktiviti Brazilian Wax At Home.

4) Orang perempuan tak boleh tengok cermin

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Anda sedang duduk di dalam kereta. Kemudian sekumpulan gadis lalu di sebelah kereta anda. Mungkin cermin kereta anda itu sudah ditinted sedikit so gadis-gadis itu tak perasan anda ada dalam kereta. Ataupun diorang buat-buat tak perasan sebab mereka ternampak refleksi mereka di cermin. Setiap kali orang perempuan nampak cermin, mekanisma kawalan kecantikan mereka akan diaktifkan serta merta. Huiii kita yang dalam kereta tu pun terdiam melihat aksi mereka mengenakan gincu dan maskara. Tak pun membetulkan tudung Yuna/Ekin walaupun mereka dah nampak molek dah sebenarnya. Pappp lepas tu boleh pulak keluarkan kamera untuk bercamwhore sedas dua. Tertekan aku diorang buat aksi pouting di hadapan cermin kereta aku.

Itu kalau cermin di kereta ataupun di mana-mana tempat awam, kalau cermin di tandas lagilah mereka galak beraksi. Tandas dan cermin digabungkan dengan teknik pencahayaan yang baik adalah lokasi yang paling afdal sekali untuk bercamwhore. Pergi Fesbuk mana-mana gadis sekarang, layari album Profile Picture mereka, pasti anda akan jumpa at least 3 keping gaya bergambar di tandas. Tapi, kalau mandi sorang-sorang di rumah, mahu bercamwhore jugakah? Pasti, tapi janganlah ambil gambar ataupun aksi 3gp yang compromise diri anda. Bagi mereka yang tak tahu, orang perempuan ada sejenis permainan yang mereka main sorang-sorang dalam tandas di hadapan cermin. Nampak sahaja refleksi mereka di cermin, secara serta merta mereka akan bertanya, "Mirror mirror hanging on the wall, you don't have to tell me who's the biggest fool of all....". Eh kejap. Itu lirik lagu M2M. Sambil menutup mata, gadis-gadis akan membaca mantera ini, "Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?" Lepastu bila diorang buka mata, alangkah bahagianya apabila mereka nampak wajah mereka di cermin ajaib itu. Wahhh. Tak fair betul permainan yang korang mainkan ni.

Oh gadis-gadis juga akan gunakan cermin untuk membuat pemeriksaan barah payu dara. Hee hee.

5) Perempuan dan bath tub


Aku tak pasti sama ada bath tub merupakan sesuatu yang signifikan dalam kehidupan gadis Melayu khususnya. Kalau dalam filem barat, gadis-gadis selalu digambarkan di dalam bath tub dengan timun ataupun terung di mata, sambil ditenggelami buih. Orang lelaki memang tak boleh nak duduk sorang-sorang dalam bath tub sebab mereka akan jadi horny secara tiba-tiba. So jika ada bath tub di rumah anda, pastikan anda mandi dahulu sebelum membiarkan adik perempuan anda menguasai kamar mandi anda.

Fakta-fakta di atas adalah hasil kajian mendalam mengapa gadis-gadis menghabiskan masa yang lama di dalam tandas. Ada sebab lainkah yang ingin dikongsi bersama? Janganlah lama sangat especially pagi-pagi kesian ayah/adik/suami/teman lelaki (jika anda bersekedudukan) anda terpaksa menunggu lama. Kami 5 minit je dah setel semua. Hehe.

Friday, January 14, 2011

Kesan Penutupan Facebook Kepada Masyarakat


Aku rasa semua orang yang memiliki akaun Facebook sudah tahu akan desas desus penutupan Facebook pada bulan Mac nanti. Aku dengar Surau Al-Kauthar dekat rumah aku tu siap nak buat solat hajat lagi bagi mengelakkan Facebook ditutup. Namun begitu, jika anda seorang yang peka dengan perkembangan semasa, anda dengar berita itu pun dah tahu yang penutupan Facebook merupakan jenaka kasar semata-mata dan tidak mungkin berlaku. Facebook merupakan komoditi yang bernilai berbilion dolar yang menyatukan umat manusia di dunia ini, buat apa nak hapuskan? Pengaruhnya memang luas dalam hidup kita, terlalu luas sehinggakan boleh meninggalkan pelbagai impak tak kiralah yang positif mahupun negatif. Pernahkah anda terbayang apa yang akan berlaku dalam kehidupan anda jika kenikmatan Facebook ini dirampas daripada anda? Ayuh kita buat simulasi dan mengkaji kesan penutupan Facebook kepada masyarakat.

1) Hilang sumber pendapatan

Ini merupakan kesan yang paling ketara sekali jika Fesbuk ditutup. Fesbuk merupakan satu networking tool yang menghubungkan ribuan manusia di pelbagai benua, menjadikannya medium yang efektif untuk menjana wang. Dewasa kini, ramai orang yang menggunakan Fesbuk sebagai sumber pendapatan, dan pendapatan ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis:

a. Pendapatan melalui pekerjaan maya

Ramai petani akan kehilangan kebun yang dibina yang dibina dengan penuh kesabaran. Bukan senang nak bina farm yang cantik mata memandang di samping memberi pulangan 'coins' yang stabil. Begitu juga dengan Ah Long wannabe yang gigih mencari rezeki tiap-tiap 30 minit naik level, mahupun pengusaha CafeWorld yang menyediakan pelbagai hidangan menarik. Kasihan mereka semua hilang kerja.

b. Pendapatan melalui online shop


Zaman moden ni kita tak perlu pergi jauh-jauh kalau nak beli benda. Bukak Fesbuk pelbagai jenis kedai ada. Daripada kedai Tudung Yuna, Kedai Korset Adibah Noor sehinggalah kedai Kek Red Velvet semuanya boleh kita jumpa di Fesbuk. Sekali anda kawan mahupun 'Like' page mereka, maka sepuluh kali sehari mereka akan tag anda untuk mengiklankan produk-produk terbaru. Tak semestinya jual produk sahaja, jual perkhidmatan pun ada juga. Perkhidmatan mengambil gambar kahwin, perkhidmatan urut organ tertentu mahupun perkhidmatan berkhatan. Tanpa Fesbuk, musnahlah angan-angan mereka untuk menjadi jutawan Internet.

c. Pendapatan melalui login Fesbuk Dapat RM100


Dah Fesbuk nak tutup tak bolehla nak login dan tak bolehlah nak dapat duit setiap kali login.


2) Putus talian persaudaraan / persahabatan akibat tak datang kenduri kahwin

Zaman sekarang ni kalau ada undangan perkahwinan, main ajak pakai Fesbuk je. Jimat wang dan jimat tenaga. Main klik-klik je pappp 500 orang dapat jemputan. Tapi kalau Fesbuk tiada bagaimana? Even kalau nak hantar kad sebenar sekalipun, kita tak ada nombor telefon diorang, nak minta alamat pun tak boleh. Tup tup kita kahwin takde siapa yang datang. Orang pulak ingat kita tak jemput mereka, langsung berdendam sehingga ke hari tua.

3) Hilang sumber hiburan

Poin ini mungkin akan memberi kesan kepada banyak pihak. Fesbuk ini umpama filem. Elemen lucu, elemen emosi, elemen sedih semua ada. Kat mana lagi kita nak tengok status cryptic yang orang tak faham yang di post setiap 5 minit dengan caps lock? Kat mana lagi kita nak tengok gambar kurus gadis-gadis yang disertakan dengan caption "I nampak gemuk laaaa...". Kat mana lagi kita nak tengok gambar-gambar yang mendedahkan aurat berat untuk dijadikan modal bagi melakukan perkara yang berdosa? Kat mana lagi ijaicool nak cari material untuk menstereotypekan gadis-gadis?

Stalking merupakan sumber hiburan juga. Stalk jejaka ataupun gadis hangat tu dah biasa sangat. Selalunya stalk bekas teman lelaki atau perempuanlah. Yelah marah kita masih belum reda lagi sebab mereka melukakan hati kita. Kita akan stalk mereka hari-hari mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka. Buruk as in kena dump ke, dijangkiti siflis ke mahupun kena extend 1 semester sebab tak siap final project.

4) Masyarakat akan hidup dalam keadaan aman harmoni

Penutupan Fesbuk tidaklah sekadar memberi kesan buruk semata-mata. Ada juga kesan baiknya. Tanpa kehadiran Fesbuk, dunia ini sebenarnya akan menjadi lebih aman. Tak payah letak dunia, kita letak Malaysia dulu. Orang Malaysia, especially orang Melayu, memang tak boleh tersalah cakap ataupun terguris hati sikit. Kalau tak puas hati je, huii buat laman benci terus. Macam-macam jenis hate page yang muncul antaranya adalah 'Kami Benci Maher Zain' la, 'Kami Benci Blog Y.P.R' la, 'Kami Benci Awek Goalkeeper Malaysia Sebab Blog Dia Lagi Popular Dari Blog Kami Walaupun Blog Kami Lagi Best' la, dan pelbagai laman benci yang lain. Tanpa Fesbuk, tiadalah laman benci. Tanpa laman benci, maka tiadalah pergaduhan sesama sendiri.

Fesbuk juga merupakan lubuk mencari mangsa kepada manusia-manusia berwatak jahat seperti paedophilia. Aku tengok kanak-kanak baru darjah 4 pun dah ada akaun Fesbuk. Diorang kena offer gula-gula maya sikit dah boleh terpengaruh. Tanpa Fesbuk, mungkin jenayah seks dalam mahupun luar tabii boleh dikurangkan.

5) Produktiviti akan meningkat

Ini pun kesan yang baik juga. Tak usah tipu, korang masuk kerja je, apakah laman web pertama yang korang buka? Oh no wait, laman web kedua la. Kalau laman web pertama mostly korang akan jawab blog Yang Penting Rupa. Ok so, apakah laman web kedua yang korang akan buka? Fesbuk, of course. Tak kisahlah kalau Fesbuk kena blok pun korang akan usahakan juga browse guna proxy. Masa breakfast buka Fesbuk, masa buat kerja pun layan Fesbuk sehinggalah tamat waktu bekerja. Orang bayar gaji anda bukan untuk main Fesbuk, unless anda ni merupakan Admin kepada Fanpage Maher Zain. Maher zain lagi. Aku asyik bagi Maher Zain sebagai contoh je peminat fanatik ke apa ni. So dengan penutupan Fesbuk, orang tak tahu nak buat apa dah. Nak kembali ke Friendster ataupun Myspace, dah tak ingat password. Takde keje nak pegi buat akaun baru leceh kena start dari bawah orang ingat kita noob nanti. Mau tak mau kita pun akan kembali menjadi pekerja yang berdedikasi tanpa godaan Fesbuk.

Produktiviti di sini tidak merujuk kepada pekerjaan semata-mata. Kita boleh cakap tentang produktiviti antara suami isteri juga. Selama ini duduk 'poke' isteri secara maya kalau tiada Fesbuk kebarangkalian untuk poke poke poke isteri secara fizikal akan menjadi lebih tinggi. Itu yang kawan aku Anas dan Zaahirah terus nak dapat bayi baru tu sebab Anas dah tak main Fesbuk hee hee.

Aku rasa cukuplah aku senaraikan 5 kesan yang paling ketara yang bakal berlaku jika Fesbuk ditutup. Fesbuk itu sendiri telah menjadi gaya hidup. Ramai kenalan di Fesbuk tidak bermakna anda ni popular. Kita berlumba-lumba menambah orang secara rawak walaupun kita tidak kenal siapa mereka. Nanti Fesbuk dah tutup, haa kesunyian kau tiada rakan sebenar. Okla aku nak pergi back up gambar karang Fesbuk dah tutup habislah gambar-gambar baju Melayu aku. Eh.

Bagaimanakah penutupan Facebook boleh mempengaruhi anda?

Wednesday, January 12, 2011

Mengkaji Tabiat Memandu Gadis-Gadis

Hai apa khabar semua? Hari Ahad yang lalu aku ada berjanji dengan diri sendiri, kalau Liverpool kalah dengan Manshitter, dan jika Tomok tidak menang Juara Lagu, aku akan pergi membuat kerja amal di rumah anak yatim. Tanpa disangka-sangka, Liverpool dan Tomok dua-dua kalah pula. Mahu tak mahu terpaksalah aku membayar perjanjian yang tidak disangka-sangka tu. Aku pun tolongla sapu sampah, buang sampah serta basuh pinggan selepas makan di rumah anak yatim. Tapi kat rumah aku jela sebab aku kan anak yatim. Amacam menarik tak cerita pembukaan aku? Saja je nak bagi perenggan ni panjang sebelum memulakan entri stereotype.


Kita boleh mengenali jantina seseorang yang sedang memandu berdasarkan gaya pemanduannya. Secara umumnya, pemandu lelaki boleh digambarkan sebagai pemandu yang agresif, memotong secara zig zag dan mulut lancar sahaja melepaskan kata-kata kesat. Pemandu wanita pula lebih terserlah kelembutannya, sesuai dengan bait daripada lagu nasheed In Team 'Waaaaaanita hiasan duniaaaa seindah hiasan adalah wanita solehah'. Namun begitu, wanita memandu dengan trait yang unik, yang mendefinisikan diri mereka sebagai 'Pemandu Wanita'. Ayuh kita kaji gaya memandu gadis-gadis.

1) Gadis-gadis hanya memandu kereta transmisi automatik

Jika mahu menstereotypekan gadis-gadis, ini adalah poin yang paling utama. Fakta, gadis-gadis tidak boleh memandu kereta manual. Or at least itulah yang digambarkan di dalam The Amazing Race. Pasangan blonde hangat mahupun adik beradik Chong yang handal menamatkan Road Block tiba-tiba mengalir air mata ketika memandu kereta manual. Namun mereka dapat masuk the Amazing Race sebab tak boleh bawak kereta manual la. Dalam borang penyertaan The Amazing Race, diorang ada tanya 'Do you drive a stick?'. Peluang kita akan menjadi cerah jika kita jujur letak 'No' kerana produser mahukan drama dan air mata di dalam rancangan mereka.

Hendak dijadikan cerita bagi menguatkan hujah ini, last week dekat flyover tol Kajang tu adalah sebuah kenderaan di hadapan aku semasa lampu isyarat berwarna merah. Kawasan itu kira berbukit jugalah. Aku nampak sticker P (which means, perempuan) di kenderaan itu. Masa lampu sudah hijau, kereta depan aku tu tak gerak-gerak. Habis kereta kat belakang aku hon. Hon diorang dahla jenis yang customised punya keluar bunyi carutan terus. Aku tengok kereta kat depan tersengguk-sengguk. Enjin mati mungkin. Cemas juga apabila kereta itu sedikit demi sedikit meluncur ke belakang. Aku cuba memahami, cuba bersabar sehinggalah lampu hijau bertukar menjadi merah kembali.....

Kat Malaysia ni, aku tak pernah aware dengan kelas memandu yang mengajar pelajarnya dengan kenderaan auto. Jadi jika anda berjaya mendapat lesen walaupun telah 3 kali mencuba, anda seharusnya tidak lupa perbezaan antara brek dan klac.

2) Memotong dengan pailang kemudian kemudian memandu dengan lebih perlahan

Sekecil-kecil organ reproduksi jejaka Asia, ada satu benda yang sentiasa besar sepanjang masa, ego mereka. Tak perlulah kita saja-saja nak cabar ego orang lelaki, especially ketika sedang memandu. Jika orang lelaki sedang memandu, kemudian terdapat satu pancaran cahaya tinggi daripada kenderaan belakang menyuruh kami ke tepi, kemudian kami dengan sopan pergi ke tepi, kemudian kami toleh ke sebelah dan terlihat seorang gadis yang memotong kami, OH EM JI kalau kami ni Naruto dah terkeluar tiga ekor musang dah. Kalau terus memandu laju tak mengapa, ini boleh pula dia secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan lagilah kami hangin. Kadang-kadang road rage boleh berlaku di atas dasar keegoan dicabar, jadi sebagai seorang wanita, memandulah dengan penuh keayuan tanpa mencabar keegoan seorang lelaki.

3) Orang wanita tidak akan membuat side parking

Tidak akan ataupun tidak boleh? Hee hee. Kalau pergi ke kompleks membeli-belah ada satu spot perking sisi yang menarik betul-betul berhampiran dengan pintu masuk, tetapi orang perempuan rela mencari tempat parking lain walaupun terpaksa berjalan sejauh 1 kilometer kelak. Walaupun sudah diajar di kelas memandu, ilmu itu sebenarnya tidak boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebenar kerana teknik side parking di kelas memandu sebenarnya sudah ada 'template'. Contohnya, tayar belakang mesti selari dengan Tiang A, kemudian balas stereng dan berundur sehingga tayar hadapan melepasi Tiang A, sebelum kembali membalas stereng ke arah yang berlawanan. Parking kat Mines mana ada tiang bantuan. Tu yang kereta gadis pasti ada sedikit kesan calar di tepi tu. Hee hee.



4) Bersolek ketika memandu

Satu benda yang orang perempuan tak boleh nampak adalah cermin. Jika ada cermin, orang perempuan akan nampak refleksi diri sendiri. Apabila telah ternampak refleksi diri sendiri, maka mekanisma mengawal kecantikan akan diaktifkan secara automatik. How many times have you seen this situation; anda sedang memandu, kemudian berhenti di lampu isyarat, kemudian anda pandang kiri atau akan, nampak orang perempuan sedang mengenakan gincu Bobbi Brown mereka? Takpun sedang mencabut bulu mata? Pasti semua orang pernah lihat, dan pasti semua perempuan buat.

Kalau bersolek semasa kereta berhenti boleh terima lagi. Ini masa tengah memandu sepantas 70 km/h boleh pulak keluarkan kepala ke arah side mirror untuk memakai celak Adam Lambert ataupun membetulkan tudung Yuna mereka. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh majalah Four Four Two, 60% kemalangan kecil berlaku akibat kelalaian wanita ketika memandu. Tengah mekap la tu.

5) Brek mengejut, tukar lorong sesuka hati, signal di saat akhir

Gabungan 3 dalam 1, hee hee. Satu-satunya kelebihan pemandu sebegini adalah mereka kebal dengan sebarang cacian mahupun jari tengah yang dilontarkan. Buat muka tak bersalah je pandang hadapan. Ala tapi kita gentleman tak perlulah nak marah-marah, tulis dalam blog sudah. Wahh rhyme.

Sudah pasti ada sesetengah pembaca wanita yang tidak mahu mengaku mereka melakukan perkara di atas. Hee hee. Tak mengapa, stereotype sahaja. Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan gadis semata-mata dalam hal ini kerana mentaliti pihak masyarakat sendiri yang mewujudkan golongan 'bad women drivers' ini. Yelah kita asyik duduk menstereotypekan gadis-gadis sehinggakan gadis-gadis yang terdedah dengan corak pemikiran sebegini membentuk low self esteem. Tanpa disedari, mereka 'percaya' yang mereka pemandu yang 'teruk' seterusnya menjadikan mereka betul-betul teruk. Apapun ini entri mengkaji tabiat memandu gadis jika ada tabiat lain yang anda perasan silalah kongsi bersama hee hee.

Friday, January 7, 2011

Turn Offs for Men

Kaum wanita sememangnya dikenali dengan keanggunan dan keayuan mereka. Mereka tak perlu bersusah payah jika mahu menarik perhatian lelaki. Daripada sekecil-kecil perkara seperti senyuman manis yang menawan hati sehinggalah pendedahan aurat berat yang menyebabkan berlakunya pergerakan di dalam seluar kami. Namun begitu, secantik mana pun wajah seseorang wanita itu, masih ada perkara yang gadis-gadis lakukan yang menyebabkan orang lelaki hilang minat.

Dalam segmen Soalan Untuk Gadis-Gadis Episod 6 tempoh hari, saya ada bertanyakan pendapat gadis-gadis tentang perkara-perkara yang orang lelaki lakukan yang menjadi 'turn off' kepada mereka. Ada yang jawab tak suka bau mulut lelaki yang busuk, ada yang jawab tak suka orang lelaki bermegah-megah. Terima kasih kerana memberitahu, tetapi adalah tidak adil jika anda sekadar komplen tentang tabiat buruk orang lelaki tanpa mengetahui perkara-perkara yang kami 'kurang' suka tentang anda. So ladies, do you want to know the things that can turn men off?

1) Membebel terlalu lama

Bak kata pepatah kuno, membazir itu amalan syaitan, membebel itu tabiat perempuan. Ya, wanita dan membebel memang tidak dapat dipisahkan lagi. Ini merupakan fitrah kejadian, tiada wanita yang tidak suka membebel. Wanita boleh membebel selama 10 minit tanpa henti, tanpa penat, tanpa hilang vocabulary, dan paling penting, tanpa arah tujuan. That's fine, kami boleh terima. Tetapi jika bebelan anda itu melebihi tempoh yang sepatutnya, itu sudah masuk ke tahap yang menjengkelkan. Dulu-dulu masa bercinta, segala apa keburukan tentang kita mereka terima. Tapi lepas dah kahwin, ada je benda yang mereka nak kita 'improve', tanpa memikirkan hati dan perasaan kecil kita ini. Terlupa tarikh anniversary couple? Pappp kena bebel. Terlupa zip seluar? Pappp kena bebel lagi.

2) Gadis berbulu

Fakta, bulu di badan wanita adalah ewww. Bukan mengeji, bukan seksis, sebaliknya reaksi spontan daripada lelaki. Jika anda dilahirkan dengan hormon yang menyebabkan anda berbulu banyak, selalulah pergi buat Brazillian Wax mahupun biarkan bulu kaki anda dimakan ikan di Fish Spa. Sepanjang masa aku tengok katalog Avon di segmen baju dalam wanita untuk mencari inspirasi, tiada sehelai bulu pun yang aku lihat di dalam gambar. Ini kerana mereka tahu target audiens mereka yang tidak gemarkan wanita berbulu. Orang lelaki dilahirkan dengan bulu di seluruh badan, jadi tidak hairanlah kami mahu mencari pasangan yang tiada bulu, sebab tak mahu bulu berpintal-pintal ketika bersenggama nanti. Satu-satunya perkara yang gadis-gadis mesti elak seumur hidup mereka adalah memiliki misai. Itu turn off yang paling besar.

3) Make up terlalu tebal

Orang lelaki sukakan wanita yang pandai menjaga penampilan diri. Kalau muka pucat sangat macam hantu Suster Ngesot, at least makanlah asam boi ke nak bagi bibir ada warna ataupun lempang je pipi sedas dua kalau malas nak pakai blusher. Tapi jangan ingat dengan mekap semata-mata dapat menarik perhatian kami pulak. Memanglah menarik perhatian kalau mekap anda tebal macam mendiang Mona Fandey ataupun The Joker, but not in a good way. Satu-satunya waktu yang kalian harus aware dengan mekap yang ditampal adalah ketika waktu bersanding nanti. Seriously, korang tak sedar ke yang korang tu dah macam bomoh hujan dah? Jangan peduli apa yang nyah andam kata, cantik atau tidak adalah ditentukan oleh anda (dan mata orang lelaki, haha).


4) Layanan senyap

Layanan senyap ataupun silent treatment merupakan teknik dalam 'arsenal' orang perempuan yang dilakukan ketika berasa marah ataupun tidak puas hati. Sumpah kami tak tahu dan tak sedar akan kesalahan yang kami lakukan, tapi jika anda membisu seribu bahasa guna bahasa isyarat pun tak mahu, bagaimana kami mahu tahu apa kesalahan kami sekaligus membaiki diri untuk menjadi lebih baik demi anda?

5) Tidak menjaga badan

Sebagaimana yang kita tahu, wanita ni memang malas bersenam. Tapi mereka berjaya mengekalkan bentuk tubuh yang menarik dengan pergi bershopping selama 3 jam berjalan tanpa henti walaupun tidak membeli apa-apa. At least terbakar juga kalori-kalori degil itu. Namun begitu, memang menjadi lumrah yang berat badan wanita bagaikan dipam pam selepas berkahwin. Adakah itu tandanya anda bahagia? Tengok sajalah gambar Datin Norjuma sekali tengok macam Raksasa Kraken sahaja. Nasib baik dapat kembali ke bentuk asal. Please take note, konsep 'Tubuh Badan Tak Penting, Yang Penting Rupa' hanya boleh diamalkan oleh orang lelaki, hehe. Sureeeeeeee jika kami cintakan anda, kami patut menerima anda seadanya kan? Tapi cuba tengok depan cermin. Dengan lengan yang berbenjol, dengan perut yang merekah, ditambah pulak dengan tempelan bedak sejuk, anda sukakah pemandangan sebegitu? Of course anda tak suka, maka harap anda faham mengapa kami bersikap dingin.


6) Menyalahgunakan PMS

Aku selalu kata, PMS itu sebenarnya hanyalah satu mekanisme yang direka oleh wanita untuk mengambil kesempatan terhadap para jejaka. Ini kerana ketika wanita mengalami PMS, kaum lelaki secara automatik akan menjadi lebih sweet, lebih sensitif dan mudah mengalah. Menyedari hakikat itu, gadis-gadis akan mengekspoitasikan situasi itu untuk membuat perangai seperti marah tidak tentu pasal, menjadikan PMS sebagai alasan tidak mahu masak dan mahu makan luar, serta lain-lain. Sekali-sekala tak mengapa, tapi kalau hari-hari dok buat taktik begitu, kami pun naik lesu.

Agak susah sebenarnya hendak membuat satu senarai 'turn off' yang tepat dan relevan dengan semua pihak, kerana 'turn off' kepada seorang lelaki boleh menjadi 'turn on' kepada lelaki lain. Contohnya, perempuan merokok. Aku rasa kalau perempuan Melayu pakai tudung smoking, terus jadi tak ayu perempuan tu. But then again, ada orang yang rasa gadis yang merokok itu seksi. Maka senarai di atas adalah perkara-perkara tipikal yang kebanyakan orang lelaki tidak suka. Diharapkan gadis-gadis dapat mencetak entri ini untuk ditampal di cermin mekap untuk dibaca setiap hari, sekaligus dapat menjadi lebih ayu dan anggun tanpa sebarang bulu di bibir. Barulah senang sikit nak minta kasut Nose yang baru daripada kami. Ok?

Wednesday, January 5, 2011

Top Ten Most Anticipated Movies of 2011

Tempoh hari kita sudah melihat 10 filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2010, hari ini kita akan melihat 10 filem menarik yang bakal ditayangkan pada tahun 2011. Sebagai seorang pengunjung tetap pawagam di Alamanda, aku berasa sungguh teruja dengan senarai filem-filem hangat yang akan keluar di panggung, terutamanya line up blockbuster musim panas nanti. Secara umum, kebanyakan filem yang ditayangkan adalah filem sekuel daripada francais yang berjaya dan adaptasi daripada buku komik. Ayuh kita kaji filem-filem yang saya ingin tonton pada tahun ini.

10) X-Men: First Class (Jun)

Ini adalah filem prekuel untuk ketiga-tiga filem X-Men yang telah ditayangkan. Filem ini berkisar tentang kehidupan Professor Emeritus Charles Xavier dan Erik Lensherr semasa muda. Sebelum menjadi musuh ketat, Charles dan Erik merupakan BFF dan sering melakukan segalanya bersama-sama, sehinggalah kita tahu yang Erik bercita-cita untuk membuka perniagaan MLM dengan menjual gelang magnet dan menukar namanya menjadi Magneto. Banyak mutan lama yang akan membuat kemunculan dalam filem ini seperti Beast, Mystique dan mutan baru seperti White Queen dan Havok.

9) Hikayat Merong Mahawangsa (Mac kot)


Ini adalah filem tempatan paling awesome yang akan keluar pada tahun ini, bukan filem Zakar Dalam Botol yang sekadar banyak hype tu. Mestilah awesome KRU yang buat. Tengok trailer dia memang epik, membuatkan kita tertanya-tanya ehh betul ke orang kita yang buat ni? Filem ini bakal ditayangkan ke lebih 20 buah negara, dengan tajuk orang putihnya The Malay Chronicles: Bloodlines. Fuhhh.

8) Captain America: The First Avenger (Julai)

Filem ini adalah salah satu daripada 28 (main belasah je ni) filem adaptasi daripada buku komik yang akan dirilis pada tahun ini. Steve Rogers yang mengalami osteoporosis tidak dapat melepasi audition untuk menjadi tentera, lalu dia menawarkan diri untuk dijadikan bahan eksperimen disuntik botox berlebihan menjadikannya seorang 'Super Soldier' menggunakan nama Kapten Amerika. Kapten U.S bukan Carlos Bocanegra ke? Kah kah amacam lucu tak jenaka bola sambilan aku? Filem ini dan filem Thor akan membawa kita kepada filem superhero paling hebat sepanjang zaman, The Avengers.

7) Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (Julai)

Aku tak baca buku dia so aku memang menanti-nantikanlah apa kesudahan siri ini. Itu tidak bermakna yang aku tidak curi-curi tengok spoiler mendedahkan apa yang bakal berlaku. Ok sila tutup mata selama 5 saat dan scroll down terus sebab aku nak bagitau spoiler dia ni ........................................................................ ....................................................................................... .............................ok tipu saja letak titik-titik banyak kali untuk memanjangkan perenggan ini.

6) Twilight: Breaking Dawn (November)

OMGGGG I WANT TO WATCH ROBBY PATTY'S SEXY ABS AND TAYLOR's 7 PACK! OMGGGGGGG (gaya peminat fanatik). Tapi diorang ni memang pandai cari duit depa jadikan filem ini dua episod jugak macam Heri Poter.


5) Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides (May)

Mana ada orang yang tak suka francais Pirates ni kan? Seronoknya aku dapat lihat aksi Kapten Jack sekali lagi. Seronoknya Orlando Bloom dah tiada dalam filem ini. Apasal makin pendek aku tulis ni nampak sangat dah malas nak tulis.

4) Transformers 3: Dark of The Moon (Julai)

Secara jujurnya, aku tidak berapa gemarkan Revenge of The Fallen. Taktaulah, mungkin terlalu banyak hype, terlalu banyak karekter tapi tak develop pun mereka, watak robot apatah lagi....tapi Michael Bay kata dia sudah belajar dari kesilapan dan menjanjikan sesuatu yang menarik ini filem ini. Korang dah tengok belum trailer dia? OH EM JI ITU UNICRON BUKAN? Tapi Unicron dalam animasi asal sebesar planat bagaimana nak bertumbuk nanti. Tak kisahlah tak boleh tengok payu dara Megan Musang pun.



3) Zombieland 2

Ok filem ini mungkin keluar tahun ini ataupun tahun depan. Zombieland menjadi salah satu filem kegemaran aku untuk tahun 2009. Cameo Bill Murray memang awesome sekali. Dengar cerita mereka nak ambil pelakon hebat lagi sebagai cameo dalam filem Zombieland 2?

2) The Hangover 2 (Mei)

Ahhh Hangover asal memang lucu. Aku pasti Hangover 2 akan menjadi lebih lucu. Kali ini mereka akan pergi ke Thailand untuk menghadiri perkahwinan Stu. Tapi aku tak rasa filem ini akan ditayangkan di sini, sama macam Hangover yang asal. Dammit Faizal pemalas gila tulis empat baris je.

1) Super 8 (Jun)

Ini adalah filem yang paling dinanti-nanti untuk tahun 2011 kerana.....kita tidak tahu filem ini berkisar tentang apa. Dahla filem ini diarahkan oleh pengarah hebat J.J Abrams (Lost, Fringe, Star Stek). Kalau kau masih ingin dia buat viral marketing untuk filem Cloverfield, sumpah kita tak dapat agak yang filem itu merupakan filem raksasa. Samalah macam filem Super 8 ni. Trailer dia tunjuk keretapi derailed, lepas tu ada makhluk mahu membebaskan diri dari kurungan. What the what??

Begitulah senarai filem yang aku ingin tonton pada tahun 2011 ini. Adakah anda bersetuju dengan senarai di atas ataupun anda ada filem lain yang anda ingin tonton? Ayuh kongsikan bersama.

Tuesday, January 4, 2011

Seram: Episod Tujuh

Isnin, 3 Januari 2011. Hari ini aku masuk kerja pukul 5 petang, balik pukul 1 pagi. Malam tadi aku tidur lambat, tetapi aku terbangun awal dan tak boleh nak tidur siang untuk sebagai persediaan untuk bekerja sehingga larut malam. Kepala aku terasa berat, otakku sangat bercelaru. Aku rasa keletihan aku turut mempengaruhi deria ke-6 aku kerana aku kadang-kadang terdengar bunyi orang berbisik di telinga aku. Mostly suruh tengok porn. Yelah dah sorang-sorang kat rumah kan. Tapi instead of tengok porn, aku pasang filem seram Melayu yang aku muat turun, Niyang Rapik.

Memang seram nak arwah cerita tu. Aku tengok separuh jalan sahaja sebab jeritannya pelakonnya memang betul-betul real. Aku menyesal. Kenapalah aku pergi menonton filem seram walaupun aku dah tau aku syif malam. Lagipun officemate baru aku banyak bercerita tentang 'kekerasan' pejabat aku tu. Tak tahulah dia bercakap bohong ataupun tidak. Antara cerita yang popular adalah:

1) Budak perempuan masuk tandas, keluar terus histeria. Orang kata mungkin dia nampak lembaga hitam ataupun najis hitam yang terdampar tidak di flush.

2) Semasa syif malam, boleh terdengar suara seakan-akan kanak-kanak menangis berhampiran dengan pantry, tapi bila pergi siasat, tiada orang.

11 pm. Aku seorang sahaja yang berada di pejabat ketika itu. Semua orang mostly dah balik. Rakan yang sama syif dengan aku Lin Dan (bukan nama sebenar) pulak MC. Aku menoleh sekeliling. Kosong. Aku mula berasa cuak. Aku pasang lagu nasheed Maher Zain dalam iPod aku untuk menenangkan fikiran. Ada satu lagu Maher Zain yang memang kena dengan situasi aku ini iaitu 'Don't Be Afraid if You Are Alone In The Office' yang memberi mesej agar kita bertenang dan jangan percaya dengan kisah-kisah seram yang orang ceritakan. Namun begitu, aku tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan oleh Maher Zain kerana jantung aku berdegup kencang. Entah mengapa hati aku berasa tidak tenteram. "Ahh mainan syaitan semua itu," bisik aku di dalam hati.

DUMMM!!! Tiba-tiba bunyi pintu dihempas. Berderau darah aku. Walaupun aku tahu itu bunyi pintu ditiup angin, dahi aku mula dibasahi peluh dingin. Sedikit teknik rhyme di situ. Manusia ni kalau dalam kesusahan, dalam ketakutan, dalam keseraman barulah dia nak ingat kat Tuhan. Samalah macam aku. Aku terus turun ke bawah untuk pergi ke surau. Surau pun kosong tiada orang. Tangan aku terketar-ketar membuka paip untuk mengambil wuduk. Aku terdengar bunyi bisikan lagi. Aku dapat rasakan seolah-olah ada 'benda' yang cuba menghampiri aku. Bunyi deruan angin di luar jelas kedengaran di dalam surau. Aku tidak peduli. Aku teruskan solat walaupun bacaan tajwid tunggang langgang. Hati aku semakin bimbang. Tiba-tiba...

"HAAA CIUUUUU!!!!"

OH TUHANKU AKU TERDENGAR BUNYI BERSIN DI SEBELAH AKU DAN AIR BERSINNYA KENA TEPAT DI PIPI AKU. AWWWHHH!! Aku menjerit macam arbok dan terbatallah solat aku. Aku terduduk. Perasaan takut aku tiada siapa yang tahu. Ahhh kenapalah benda-benda menyeramkan begini selalu berlaku kepada aku. Aku cuba memberanikan diri untuk membuka sebelah mata bagi melihat makhluk yang bersin kat aku tu untuk dijadikan entri di dalam blog. ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT MAKHLUK ITU....................!!


.....celaka. Automatic air freshener dispenser rupanya. Cis. Di sini kita boleh membuat kesimpulan; walaupun kita memiliki organ reproduksi bersaiz olimpik, itu tidak bermakna yang kita ini seorang yang berani. Dalam skala 1-10, berapa tahap keseraman cerita aku ini? Alah korang jangan nak judge aku korang pun sama juga cuak jika berada di dalam situasi aku.

Monday, January 3, 2011

Perkara-Perkara Yang Ingin Dilupakan di Zaman Persekolahan

Ini adalah entri lama yang diberi nafas baru sempena dengan peristiwa 'Kembali Ke Sekolah' pada hari ini. Semalam aku hantar kucing pergi cucuk vaksin di Klinik Mesra dekat seksyen 7 tu. Kat sebelah klinik tu ada satu kedai buku besar, Pustaka Apantah. Sementara menanti kucing aku dicucuk punggungnya aku pun masuklah kedai tu kejap untuk membeli-belah. Huiiii ramainya makcik-makcik pakai tudung senang sarung tu membawa anak-anak membeli-belah di saat-saat terakhir. Yang anak-anak tu pulak fuii memang eksaited nak beli itu ini maklumlah kali pertama nak menjejakkan kaki ke sekolah kan. Kau tak tahu lagi penderitaan dan kesengsaraan yang kami warga tua ni alami di zaman persekolahan. Ayuh kita kaji perkara-perkara yang ingin dilupakan di zaman persekolahan.

1) Kena bangun pagi

Rumah aku dengan sekolah taklah jauh sangat sebenarnya. Tapi masih perlu naik kereta kalau tak pasti basah baju sekolah berpeluh. Sekolah start pukul 7.30 pagi tapi still kene bangun pukul 5.30 pagi agar aku sempat berak di rumah tak rela you nak berak di tandas sekolah (point ini akan dihuraikan kemudian). Malam tadi dahla tidur lambat main Championship Manager ahhh tak cukup tidur. By 7 kau mesti sudah gerak kalau tak kau akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kita dah nampak dah pun bangunan sekolah, lepas tu tiba-tiba terdengar bunyi loceng pulak. Pengawas dah tunggu kat depan pintu pagar. Kalau hari tu hari Isnin, secara automatik aku kena berdiri di hadapan perhimpunan untuk dijadikan contoh pelajar yang tidak patut dicontohi. Aib aku di hadapan gadis-gadis walaupun aku tidak ada perasaan terhadap gadis-gadis masa sekolah rendah. Itu tidak bermakna yang aku ni gay.

2) Harus menghadapi budak-budak sekolah anak orang kaya

Semasa di sekolah rendah, satu-satunya perkara yang membuat anda dipandang kool adalah kotak pensel anda. Anda akan menjadi lebih popular dan mendapat ramai kawan jika kotak pensel anda tu ala-ala Transformers, ada banyak butang untuk ditekan bagi mengubah bentuk kotak pensel ada. Tekan satu butang keluar compartment rahsia. Tekan lagi satu butang boleh keluar sharpener. Tekan lagi satu butang siap boleh keluarkan kata-kata semangat mengikut pilihan bahasa lagi. Tapi aku mana mampu nak beli benda pensel box macam tu, mahal. Minta mama pun mama suruh kita dapat no 1 satu dalam periksa dulu baru boleh belikan. Sudahnya sampai ke sekolah menengah pakai kotak pensel feminin yang ada zip tuh.

Kat sekolah menengah lain cerita pula. Peer pressure mula menyerang. Dah besar parents bagi duit suruh beli baju dan seluar sendiri. Siapa tak pakai seluar tempah memang kena pulau. Duit tak cukup nak tempah seluar. Kau tak cukup kool kalau kaki seluar bawah kau kurang daripada 20 inci. Kau tak cukup kool kalau tiada poket 'Batman', 'Marlboro' ataupun 'Masjid'. Kau tak cukup kool kalau tiada jenama Cantona 7, Zero One ataupun Fujitsu di belakang seluar kau. Ahhh tertekan.

3) Kena kapur kasut

Ini benda yang paling membosankan. Setiap minggu kena buat kalau tak mama aku ataupun guru aku bising. Basuh kasut tiada masalah sebab aku selalu je sumbat dalam mesin basuh di rumah. Tetapi mengapur kasut??? What's the point nanti kotor balik lepas main galah panjang. Aku dulu nak senang bancuh je kapur dalam gayung lepas tu rendamkan kasut. Pantas dan efektif. Tapi kesannya, kasut akan menjadi keras, termasuklah tali kasut. Ya dulu-dulu aku pakai kasut Pallas Jazz bertali sebab kasut lekat-lekat yang ada lampu refleksi tu hanya untuk budak-budak kaya.

4) Kena buat ujian PAFA


Kalau hendak lulus UPSR, kena ambil ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). Aku agak bernasib baik kerana mama aku hantar aku pergi sekolah agama. Kalau tidak mesti aku jadi Jahilliyah macam kawan-kawan aku yang tak hafal niat berpuasa. Tapi sehandal-handal aku pun, satu benda yang aku gagal masa sekolah dahulu adalah menbaca doa qunut. Masa tu nasib baik baca ramai-ramai aku boleh je miming. Itupun aku pandai pilih group yang mostly tahu baca. Qodoit afait sampai sekarang lagi tunggang langgang. Ala zaman moden ni tok mudim dah tak suruh baca doa qunut lagi kan masa akad nikah nanti? Heheh.

5) Kaset Nirvana dirampas

Masih segar lagi dalam ingatan aku peristiwa rampasan ini. Dulu-dulu kat sekolah menengah irama Grunge sedang naik. Sebagai remaja yang mudah terpengaruh, aku pun memang mengaku Grunge ah ketika itu walaupun hanya tahu satu band iaitu Nirvana. Oleh kerana tiada wang nak beli kaset, aku pun bertukar-tukar kasetlah dengan kawan aku Acap Ciki. Hendak dijadikan cerita aku mahu tukar kaset From 'The Muddy Banks of The Whiskah' dengan kaset 'In Utero' milik Acap Ciki. Time tu lah Ustaz Mahir dan konco-konconya datang membuat spot check. Aku sempat sorok kaset tu dalam stokin. Lepas tu Ustaz Mahir boleh pulak buat pemeriksaan tubuh raba-raba aku masuk tangan dalam poket. Ini bukan fitnah tapi tangan dia ada tersentuh organ reproduksi bersaiz Komanwel aku (masa tu belum saiz Olimpik lagi). Nasib baik tidak sengaja dan tanpa nafsu. Lepas tu pandai pulak dia angkat kaki seluar aku arghhhhhh habis kaset Nirvana aku.

6) Kena menghadiri perhimpunan


Sebelum perhimpunan mesti ada bunyi loceng kan? Haa kat sekolah aku loceng dia bunyi dua kali. Ok aku tidak tahu Guru Besar mana yang mencipta undang-undang bodoh ini; apabila loceng yang pertama berbunyi, semua orang mesti berhenti bergerak. Terpaku la kau seketika macam patung Audrey di pasaraya. Selepas loceng kedua berbunyi barulah boleh bergerak. Tak kiralah kau sedang berjalan ke, makan ke memang tak dibenarkan bergerak langsung. Kalau tengah berak mesti susah nak maintain pengeluaran tahi tanpa memotongnya dengan punggung sebelum loceng berbunyi.

7) Kena join pengakap

Di sekolah rendah, semua budak lelaki kena sertai pengakap. Macho tu join pengakap sebelah lengan kanan ada wisel sebelah kiri ada tali serbaguna. Menyertai pengakap memberi anda imej mental yang menunjukkan anda ini boleh berdikari, pandai memimpin, dan berkebolehan menyanyi. Yelah setiap kali perjumpaan mesti nak menyanyi lagu Kodok Ngorek Kodok Ngorek Pinggir Pinggir Kali takpun Kami Ahli Pengakap Muda Buat Sehabis Baik. Lepas tu belajar simpulan 'kanan tindih kiri. kiri tindih kanan'. Ada jugalah ujian-ujian yang depa suruh ambil macam ujian naik basikal sambil lepas tangan ataupun ujian meniup rekorder lepas tu boleh dapat lencana pencapaian. Padahal semua lencana tu semua boleh beli sendiri dekat Ali Store (kedai tekstil popular di Kajang). Hakikat sebenarnya aku hanya menyertai pengakap kerana pengaruh rakan sebaya, di mana hati aku sebenarnya tertarik dengan Bulan Sabit Merah.

8) Kena periksa gigi


Dulu masa aku darjah satu, aku ada dua batang gigi susu yang dah reput. Dia sudah bergoyang-goyang boleh tolak dengan lidah. Menggeletar mulut aku ketika doktor gigi memeriksa mulut. Dahla aku tak tahu istilah gosok gigi semasa kecil. Mesti bau dia macam celah lemak Kevin Yue Biggest Loser Asia. Lepas tu dia selamba je tak bagi amaran ambil perengkoh paip dia tu menarik gigi aku. Terus aku fobia tak pernah langsung seumur hidup aku pergi periksa gigi di klinik gigi sehingga baru-baru ini aku kembali mengalami fobia setelah dinoda secara seksual oleh doktor gigi ghairah.

9) Kena ambil periksa

Kat kelas aku ada seorang budak perempuan bernama Nadiah Suhaida. Aku panggil dia Meggi sebab rambut dia kerinting. Walaupun dia berambut kerinting, dia merupakan pelajar yang paling pandai di kelas aku. Tiap-tiap tahun dapat nombor satu sehingga mama aku pun kenal dia. Gila tekanan sebelum periksa mama aku mesti paksa aku belajar sambil beri nasihat "Ijai kenalah rajin buat latihan kalau tak macamana nak mengatasi Nadiah Suhaida". Lepas tu nak suruh aku belajar ketika periksa arwah aku pasang kunci mangga kat bilik komputer. Gila nak lari rumah aku ketika musim peperiksaan.

10) Tandas bertaraf iblyss

Budak-budak sekolah rendah memang tak reti nak pam tandas. Pegila tandas tingkat mana pun, mesti ada pelbagai jenis tahi yang terdampar seperti tahi lepat pulut, tahi pengebom berani mati mahupun tahi berlingkar. Cara yang terbaik untuk mengelak daripada berjumpa tahi-tahi ini adalah dengan pergi berak di tandas guru. Tapi berhati-hati agar tidak terserempak dengan guru besar yang sedang ringan-ringan dengan guru pelatih.

Hah. Bagaimana pembaca-pembaca yang masih bersekolah? Ada sedikit tekanan tak bila membaca pengalaman di atas? Tapi janganlah ponteng sekolah ya adik-adik, nanti dah habis sekolah giliran adik-adik pulak untuk menakutkan adik-adik lain di generasi yang akan datang. Jika anda ada pengalaman tidak manis di zaman sekolah, ayuh kongsikan bersama.

Pop kuiz: Ini gambar semasa Tingkatan 2. Jika anda berjaya meneka di mana wajah kacak saya anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah hadiah misteri. Kalau dapat cari mana satu Anas, Shuhud, Adam, Apai, Jamil, Fandi, Ikram, Zati lagilah korang hebat. Nampak sangat aku tiada scanner ambil gambar ada kesan flash haa haa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...