Sunday, February 27, 2011

PCKU DISAMBAQ KILATTT LAGIII (menjerit ni)

2 minggu yang lalu, motherboard saya telah meninggal dunia. Setelah diganti, saya sangka saya dapat meneruskan kehidupan dengan normal. Namun begitu apakan daya, pancaran kilat tidak memilih mangsa. Selalunya kilat ni menyerang komputer peribadi yang sedang memuat turun pornografi, tapi rasanya saya sedang download siri ceramah Ustaz Ismail Kamus ketika itu.


Maka apabila mendapat panggilan daripada mama menyatakan pc aku langsung tidak mahu hidup, aku hanya mampu menangis teresak-esak di dalam hati di sudut-sudut yang gelap kerana aku baru sahaja menghabiskan sejumlah wang menukar motherboard tempoh hari. Nasib baik masih ada warranty tetapi perlu menunggu lebih kurang seminggu baru boleh dapat tukar. Maka blog ini terpaksa berehat selama seminggu dua walaupun aku kepingin untuk berkongsi cerita-cerita panas seperti Pendedahan Teman Wanita Shuhud, Orientasi Seksual Sebenar Zulkifli serta mendedahkan spoiler filem-filem Barat terbaru.

Ini pun aku kemaskini menggunakan komputer riba mama aku. Bukannya boleh selalu guna sebab dia nak tengok DVD Korea dia. Lagipun aku kurang bernafsu hendak mengemaskini blog menggunakan komputer mama, mahupun komputer di pejabat kerana perasaannya berbeza. Jika hendak dibuat analogi, dia seperti kau nak pergi konsert Maher Zain, tapi kau hanya dapat pergi konsert Justin Bieber. Sama juga konsert dua-dua masih boleh terkinja-kinja, tapi doa masuk konsertnya berbeza. Sigh.....

Hoit nak baca ape lagi pegila surau ke rumah anak yatim ke dapat gak pahala. Namun begitu, walaupun aku tidak dapat mengemaskini blog buat masa ini, aku masih aktif bersukan di Aktif Futsal dan juga laman web sosial Twitter. Apa?? Korang tiada Twitter? Segeralah register dan setelah memiliki akaun Twitter, tiada siapa akan judge anda jika anda meletakkan status-status PMS sepanjang masa. Ok selamat malam uols jumpa lagi.

Wednesday, February 23, 2011

Top Ten Favorite Wrestlers of All Time

Ahh professional wrestling. Percaya atau tidak, aku pernah menjadi peminat gusti professional pada satu masa dahulu. Minat aku terhadap wrestling bermula sejak kecil lagi, dipengaruhi oleh arwah atuk tiri aku. Atuk aku di Selayang tiap-tiap minggu akan menyewa pita video gusti WWF (now WWE) dan WCW dan sebagai kanak-kanak yang naif lagi mudah terpengaruh, aku berasa teruja apabila melihat seorang raksasa besar yang membawa keranda ke gelanggang orang pukul dia pun tak rasa apa. Sejak hari itu, aku setiap minggu menyuruh mama abah aku balik Selayang sebab nak tengok wrestling. Dari zaman Macho Man Randy Savage sehinggalah ke the Golden Age of Wrestling yang memaparkan dua ikon WWF ketika itu, Stone Cold Steve Austin dan The Rock, semua aku layan dan siap praktikkan lagi gaya penyudah mereka terhadap sepupu aku yang tidak mengerti apa-apa.

Tapi dah meningkat dewasa ni minat aku terhadap wresling menjadi pudar, lebih-lebih lagi selepas mengetahui yang wresling itu lakonan semata-mata, hehe. Lagipun bila tengok Smackdown kat mapley entah sapa-sapa tah yang bergusti. Lagipun ramai ikon gusti yang tidak lagi membuat kemunculan kerana sudah bersara, meninggal dunia, cedera mahupun pergi berlakon filem. Namun begitu, Apabila ramai rakan meletakkan video Dwayne 'The Rock' Johnson kembali ke Monday Night Raw, aku tiba-tiba rasa nak buat entri ini. Melihat The Rock trash talking John Cena ternyata mengembalikan memori lama. Oleh itu, hari ini aku ingin berkongsi 10 professional wrestler kegemaran aku. Ayuh teruskan membaca.

10) Goldust

Ulasan: Goldust adalah penggusti yang lucu. Lucu kerana gimik dan personalitinya. Dia ni boleh dilabel sebagai arbok di dalam WWE. Kira macam Sally lah. Tapi dia punya signature move bernama Shattered Dreams memang ganas. Letak musuh di turnbuckle, lari laju laju kemudian menyepak testis. Tuhan sahaja yang tahu kesenakannya.



9) Trish Stratus

Ulasan: Trish Stratus adalah Diva WWE yang paling hangat dan seksi, tiada tandingannya. Baru-baru ini dia kembali membuat kemunculan di WWE dan pasti ramai peminat-peminat horny seperti Fandi yang kembali menonton gusti di kaca TV. Oh our god hebat gila teknik rhyme aku.



8) Triple H


Ulasan: Aku dulu-dulu benci gila kat Triple H. Masa tu dia masih guna nama Hunter Hearst Helmsley. Menggunakan persona orang kaya dan berstatus tinggi, dia tiap-tiap minggu nak berlagak dan merendahkan status-status penggusti lain. Selepas dia menubuhkan D-Generation X bersama Shawn Michaels kepopularitiannya semakin meningkat dengan catchphrase Suck it! Tapi aku rasa dia dapat jadi main event wrestler sebab dia kahwin dengan anak Vince McMahon (dalam jalan cerita dan realiti). Namun begitu gaya penyudahnya The Pedigree memang devastating. Dalam Monday Night Raw kelmarin dia kembali mencabar The Undertaker di Wrestlemania nanti.

6) The Rock

Ulasan: Ahh The Rock. The Most Electrifying Man in Sports Entertainment. Skil mikrofon dia memang unbeatable. Banyak gila catchphrase yang popular di kalangan kanak-kanak yang belum baligh. Sudah pastilah dia masuk dalam senarai setiap orang bukan? Masa mula-mula dulu The Rock ini merupakan heel (watak jahat) sebelum menjadi face (watak baik). Menyertai gagasan Nation of Domination (N.O.D) bersama Farooq dan kemudiannya mengetuai The Corporation di bawah belaan Vince McMahon. The Rock bertukar menjadi The People's Champion menjadikan Ziana Zain sebagai sumber ilham angkat keningnya. Walaupun telah lama meninggalkan WWE untuk mengejar impiannya menjadi bintang filem, kepopularitiannya langsung tidak pudar, dan ini dibuktikan dengan sambutan menggila yang diberikan peminat setelah kembali di RAW minggu lalu. Do you guys smell what I'm cookin?

5) Stone Cold Steve Austin

Ulasan: Pecah kaca pecah gelas, tapi kalau pecah kaca itu tandanya Stone Cold nak masuk gelanggang. Stone Cold Steve Austin merupakan penggusti yang paling bad ass sekali. Pada mulanya dia memang watak jahat. Tapi attitude dia yang 'minum beer, tak peduli apa yang berlaku' menjadikan dia sebagai seorang 'face' yang disukai ramai. Dia bukanlah seorang ahli gusti yang teknikal, tetapi di menutup kekurangan itu dengan sifat agresif. Gaya penyudahnya 'Stone Cold Stunner' memang ditakuti ramai. Semua orang pernah kena Stunner termasuklah isteri Vince McMahon. Stone Cold merupakan penggusti yang membuat wresling itu 'popular' di zaman moden ini, bersama The Rock. Masa Stone Cold tengah 'up' aku siap beli tshirt dia lagi haha.



4) Ric Flair

Ulasan: WOOOOO! Ric Flair merupakan penggusti paling keji dalam sejarah penggustian. Semua undang-undang dia langgar. Di saat dia sedang dibelasah, dia kan melutut minta simpati sebelum memberi 'low blow' kepada musuhnya. Kalau pengadil tak nampak, dia akan mencucuk mata lawan. Dia juga pandai memainkan watak yang dibenci menyebabkan peminat gembira apabila dia dibelasah. Memang legend dia ni, umur dah 60 tahun masih bergusti lagi. Championship entah berapa kali menang tah.



3) Shawn Michaels

Ulasan: Aww awww Shawnnn (lagu intro dia). The Heart Break Kid (HBK) ini aku mula-mula kenal masa dia tag team dengan Marty Jannetty sebagai The Rockers, dengan rambut Mulletnya yang awesome (pada zaman itu). Aset terbesar Shawn adalah keupayaannya di gelanggang. Dia bukan sekadar all talk tetapi dia memiliki kepantasan dan aerial ability. Sebagai pengasas D-X, dia bertanggungjawab menaikkan kepopularitian Triple H dan WWF secara global. I'm just a sexy boy sexy boyyyy

2) Bret 'The Hitman' Hart

Ulasan: Secara teknikal, Bret Hart merupakan penggusti yang paling hebat sesuai dengan catchphrasenya, "I'm the best there is, the best there was, and the best there ever will be". Dia seorang yang setia, professional, tiada gimik-gimik aneh dan persona yang entah apa-apa, kerana dia ingin menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak di luar sana. Bret Hart ni sesuai masuk Silat Gayong kerana dia ada pelbagai teknik kunci kaki, dan gaya penyudahnya adalah Sharpshooter.


Walaupun wrestling itu sudah diatur jalan ceritanya, Bret Hart terlibat dengan satu insiden sebenar dalam perlawanan gusti yang paling hebat bersama Shawn Michaels di dalam sejarah WWF. Insiden ini digelar 'Montreal Screwjob'. Masa tu, rivalry dia dengan Shawn memang sudah sampai tahap personal. Bret Hart di ambang perpindahan ke WCW. Vince McMahon menyuruh Bret mengalah di Survivor Series tapi Bret tak mahu mengalah di Kanada, tanah tumpah darahnya. Ketika Shawn mengunci Bret dengan Sharpshooter, Vince menyuruh loceng dibunyikan walaupun Bret tidak menyerah kalah, menjadikan Shawn juara. Aku tengok episod ini di pita video bersama atuk aku, dan melihat Bret meludah Vince di muka ternyata memberikan kepuasan.

1) The Undertaker

Ulasan: The Undertaker juga dikenali sebagai The Phenom, The Dead Man dan pada satu ketika, The American Badass (persona Mat Rempit Amerika) merupakan ahli gusti yang menyebabkan aku meminati gusti. Yelah, masa tu aku darjah 3. Lepas tu tengok pulak Undertaker kena campak masuk keranda lepas tu keranda berasap dan kemudian Undertaker hilang. Tak ke kagum? Lepas tu dia kena tanam hidup-hidup dengan Mankind, kemudian keluar pancaran kilat keluar tangan daripada tanah. Tak ke kagum?


Eh aku macam lupa tulis no 7. Hehe. Antara penggusti-penggusti lain yang hampir-hampir nak masuk dalam senarai penggusti kegemaran aku adalah Sting, Edge dan Big Boss Man. So who is your favorite wrestler? Haha.

Monday, February 21, 2011

American Idol 10

Siapa ikuti American Idol musim terbaru? Musim ini telah membawa beberapa perubahan dari musim lepas. Perubahan yang paling ketara adalah kehadiran Steven Tyler dan Jennifer Lopez di meja hakim menggantikan Simon Cowell, Ellen, dan Kara Diggitydiggity. Sure kita akan rindukan vocabulary Inggeris Simon seperti 'rubbish' dan 'brilliant', namun begitu pemilihan Steven 'Bigmouth' Tyler sebagai pengganti memang menjadi. Setakat ini perangai rokstar dan mulut tidak bertapisnya memang menjadi hiburan. J-Lo pula boleh dianggap sebagai Paula Abdul versi hangat dan seksi, walaupun dia kadang-kadang berasa sukar untuk berkata 'NO!' kepada para peserta yang ternyata tiada bakat.

Satu lagi perubahan yang ketara adala pengurangan batasan umur peserta kepada 15 tahun. Mesej tersirat yang cuba disampaikan di sini adalah mereka ingin mencari the next Justin Bieber. Maka banyaklah kanak-kanak yang tak habis sekolah lagi pergi menghadiri ujibakat. Dan langkah ini membuahkan hasil kerana terdapat ramai kanak-kanak baru mengecapi akil baligh yang memiliki suara mengalahkan Ziana/Anuar/Maher Zain. Sekarang ni sudah masuk Hollywood week. Setelah ditapis, hanya tinggal 50 (or is it 60?) peserta yang akan berentap minggu ini menyanyikan lagu The Beatles bagi melayakkan diri ke Top 24. Di sini aku ingin menyenaraikan peserta-peserta kegemaran aku yang telah berjaya membuatkan aku sedikit horny setelah mendengar suara mereka , sejak peringkat audition sehinggalah Hollywood week. Kalau boleh vote dari Malaysia nanti, memang pasti akan aku undi bil telefon tinggi sedikit tak mengapa.

1) Lauren Alaina

Taktik yang American Idol selalu guna untuk memanipulasi perasaan penonton adalah, mengambil kisah latar belakang peserta especially kisah pengorbanan menyanyi untuk orang lain dan menjadikannya peserta terakhir dalam siri audition itu. Kisah Lauren adalah, dia diinspirasikan oleh sepupunya Holly yang menghidapi barah otak. Maka dia selalunya menyanyi sebagai charity di hadapan CIMB bank ataupun pasar malam untuk meraih wang bagi sepupunya itu. Namun begitu, tak bolehlah sekadar ada kisah sedih untuk dipaparkan dalam rancangan Bersamamu sahaja, kenalah ada suara yang hebat untuk mengiringi kisah sedih itu, barulah orang Amerika akan undi. It turns out, Lauren has THE NICEST TONE in American Idol Season 10, hands down. Lepas tu boleh pulak dia berduet dengan Steven nyanyi lagu Aerosmith I Dont Want To Miss A Thing. Even Steven (no pun intended) pun kata 'I think we found The One today' although dia tak sebut nama, tapi kita boleh anggap pujian itu ditujukan kepadanya.



2) Casey Abrams

Dia ni ada bau-bau bacang dengan J.J Abrams ke kerana dia ini adalah AWESOME. Masa audition mula-mula, first impression nampak dia seperti seorang Hippie baru lepas melepaskan gian di tangga. Lepas tu pulak dia bermain melodica, mana ada orang main melodica melainkan di hari sukan sekolah nyanyi lagu 'Hidup Berjiran'. Tetapi bila dia buka mulut menyanyi OH EM JI hebat gila dengan gaya vokal bluesy dan jazzynya itu, uhh memang kelas uols. Oh Casey memang peserta yang aku look forward setiap kali persembahannya. Dalam Hollywood week dia buat kezutan lagi buang tebiat main stand up bass. Hasilnya lihatlah di video di bawah sementara belum kena copyright infringement.



Antara peserta lain yang turut menarik perhatian aku adalah mamat Tourette Syndrome James Durbin. Dia ni memang syaiton kalau not tinggi tak perlu main falsetto terus menjerit macam Niyang Rapik. Lagi satu, mamat kulit hitam bergaya arbok tetapi bersuara power yang tiba-tiba menyerlah di Hollywood week Jacob Lusk. Tapi ada juga peserta walaupun suara hebat, tapi tengok muka rasa nak bagi tinju Ip Man. Clint Jun Gamboa.


American Idol merupakan rancangan realiti, jadi memang lumrahlah kalau dipaparkan kisah suka duka manusia. Ini termasuklah kisah tusukan dari belakang (non homosexual) Clint terhadap adik Jacee Badeaux. Semasa Hollywood week, Clint dengan tenangnya membuang Jacee daripada groupnya dengan alasan Jacee tidak cukup serasi untuk menyanyi bersamanya. Sedih tengok adik Jacee teresak-esak mencari ahli kumpulan lain. Tindakan Clint sebenarnya understandable dan berhasil kerana dia berjaya ke peringkat seterusnya dan mungkin dapat masuk top 24, tetapi disaat orang Amerika mengundi nanti sudah pasti kejahatannya akan terbalas nanti.

Begitulah sedikit sebanyak ulasan tentang American Idol setakat ini. Banyak lagi sebenarnya memorable moments untuk dibincangkan tetapi kelaparan di perut tidak mengizinkan. Do you guys watch American Idol? Who is your favorite contestant? Alah baik korang tengok American Idol daripada tengok audition Mentor tu takdelah sakit hati sangat kan?

Friday, February 18, 2011

The Best Of Bangi: Food

Adakah anda merupakan warga Bandar Baru Bangi? Pernahkah anda berkunjung ke Bandar Baru Bangi? Jika anda menjawab 'YA!' bagi kedua-dua soalan tersebut, maka anda pasti tahu yang Bandar Baru Bangi merupakan bandar yang pesat membangun. Bukit-bukau telah digondolkan menjadi kawasan perumahan elit. Hutan-hutan telah digantikan dengan Al-Ikhsan. Dalam statistik yang dikeluarkan oleh majalah Anjung Seri baru-baru ini, Bandar Baru Bangi kini menduduki tangga ke-2 dalam senarai bandar yang paling kool di Selangor, sikit lagi nak potong Bandar Utama (eleh itu pun sebab diorang ada Unifi je). Maka sebagai warga Bangi yang sejati, saya ingin berkongsi lokasi-lokasi terbaik untuk menikmati juadah-juadah lazim di Bangi ini. Ayuh teruskan membaca.

The Best Nasi Lemak

Nasi Lemak Aunty Maria
Lokasi: Seksyen 4, sebelah Surau Al-Kauthar
Waktu beroperasi: Dibuka setiap hari daripada 6.45 pagi sehingga 11.45 pagi sebab time tu nasi dah habis. Tutup pada bulan Ramadan dan Hari Raya. Cuti umum lain dia bukak.

Ulasan: Gerai nasi lemak Aunty Maria wujud sudah lama. Aku selalu makan sampai dia kenal mama aku, mak long aku risikan aku pun dia dah kenal. So kalau jumlah harga makanan RM5.10 mesti dapat diskaun seposen. Nasi lemak dia memang menepati piawaian nasi lemak antarabangsa, tapi yang istimewanya adalah sambal dia. Tidak terlalu pedas yet tidak terlalu manis. Tapi kalau pergi weekend kena pergi betul-betul lepas azan subuh sebab orang ramai nak arwah macam orang pergi Bukit Broga di hujung minggu. Tapi kedai dia bagus ada Wifi, dan lagu latar belakang Maher Zain.



The Best Ramly Burger

Gerai Burger Abang Ropi
Lokasi: Seksyen 4, depan 7-11
Waktu beroperasi: 7pm sehingga larut pagi

Ulasan: Gerai burger ini memang legendary. Dia wujud sejak zaman aku sekolah menengah lagi. Nama abang tu sebenarnya bukan Ropi pun, tapi sebab muka dia macam Ropi daripada kumpulan lawak tak kelakar Cecupak, maka kami pun panggillah dia Abang Ropi. Serius burger dia lebih lazat daripada Prosperity Burger. Mungkin kerana dia letak dadah. Kira macam aku ni penagih dadah la sebab at least 3 kali seminggu beli burger kat dia. Tapi harga macam tiap-tiap minggu naik seposen je bang? Ewah ewah amboi. Tapi tak mengapa, saya tetap akan menjadi pelanggan setia.

The Best Maggi Goreng

Ameerali
Lokasi: Kawasan kejiranan mapley Seksyen 15
Waktu beroperasi: 24 jam termasuk Deepavali dan Hari Raya Aidiladha

Ulasan: Ameerali merupakan kedai mamak yang paling popular di Bangi. Walaupun kedai dia nampak macam cikai mak lampir, namun pengunjungnya tak putus-putus. Kedai kat belakang Ameerali tu entah berapa kali dah tukar pemilik sebab orang asyik melawat Ameerali. Kau letaklah waiter tunjuk lurah dada sekalipun orang tetap akan kunjung Ameerali jugak. Aku syaki pemilik dia ada membela Jenglot mahupun meletakkan guna-guna di dalam makanan mereka menyebabkan orang sentiasa datang especially bila ada perlawanan bolasepak. Apapun, juadah yang paling sedap di Ameerali merupakan Maggi Gorengnya. Walaupun kadang-kadang anda boleh nampak bulu kerinting di dalam megi anda, namun itulah yang menyebabkan megi itu lazat dan berkhasiat. Maggi Goreng double satu Abe! Eh Ane!

The Best Iced Chocolate

Restoran Hassan
Lokasi: Seksyen 3 tambahan, bukan yang kat depan PKNS tu.
Waktu beroperasi: 24 jam jugak kan?

Ulasan: Kita tak perlu pergi ke kedai yang fancy-fancy seperti Ice Room ataupun San Francisco Pizza untuk memesan Iced Chocolate. Saya boleh syorkan ais coklat yang lebih murah dan lazat di Restoran Hassan. Minuman ini diperkenalkan oleh kawan aku dari seberang iaitu Fandy. Masa dia datang rumah aku dia ada bawa minuman tu. Aku tengok muka dia memang rasa nak muntah, tapi tengok dia minum ais coklat tu menyelerakan pula. Semenjak hari itu, kalau lepas main futsal kami akan melepak di Hassan dan minuman wajib aku adalah Iced Chocolate. Lazat dia lain macam sikit macam ane tu letak serdak-serdak dari lokasi yang mencurigakan dari tubuh badannya.

The Best Roti Canai

Restoran Yus
Lokasi: Seksyen 4 tambahan
Waktu beroperasi: 24 jam juga kecuali pada perayaan orang Indonesia.

Ulasan: Ok you might not agree on me with this. Kenapa tidak pilih roti canai mamak? Well roti canai mamak, tak kiralah di mana-mana kedai mamak di Bangi ini, rasa dia generic sahaja. Roti canai di Restoran Yus dicanai oleh orang Indonesia. Bukan rasis, tetapi strukturnya lebih lebih lembut, kurang berminyak dan ada rasa nusantara sikit.

The Best Cendol

Kedai Cendol Bergerak (lupa nama dia).
Lokasi: Van depan sekolah seksyen 7.
Waktu beroperasi: Tenghari sehingga cendol habis.

Ulasan: Dulu-dulu cendol yang paling best di Bangi terletak di depan Petronas Seksyen 1, tapi entah kenapa sudah tidak bernafsu lagi. Sekarang ni kalau baru lepas balik dari bertemu janji aku suka makan cendol kat depan sekolah tu. Cendol dia best sebab ais dia ais yang nyata dan bukan ais yang dikisar, so kau boleh nak hisap-hisap. Kena pula dengan rojak mee dia perghh memang berlaku pergerakanlah dalam seluar kau.

Kita senaraikan 6 juadah ringan terlebih dahulu buat masa ini kerana aku sudah lapar mahu keluar mencari makanan. Adakah anda bersetuju dengan senarai di atas ataupun anda ada tempat alternatif untuk dikongsi bersama? Ataupun kalau anda duduk di Ampang ke Bandar Sri Permaisuri ke buatlah list macam ni jugak boleh aku lawat nanti. Anyway jangan tak solat Jumaat ya para pembaca jejaka di luar sana.

Wednesday, February 16, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Status Di Facebook


Sejak aku memiliki akaun Twitter, aku sudah jarang meletakkan status di wall aku. Eleh kalau takde Twitter pun bukannya aku selalu letak status di wall. Sepanjang beberapa tahun berkecimpung di laman web sosial Fesbuk ini, terdapat pelbagai jenis status yang telah aku lihat. Ada status yang witty, ada juga yang klise malah menjengkelkan kerana hari-hari terpampang jenis status yang sama di news feed. Maka hari ini kita akan mengkaji jenis-jenis status yang umum di Fesbuk.

1) Status PMS

Ini adalah status yang paling lazim, paling kerap, paling popular di Fesbuk. Jika anda ada kawan perempuan, anda pasti akan melihat jenis status ini selang 2 hari. Status ini selalunya bersifat cryptic, di mana hanya penaip status sahaja yang tahu kisah latar belakang status itu serta identiti orang yang dicarut. Status-status seperti ini memang bersifat memancing simpati mahupun reaksi daripada kawan-kawan, di mana mereka akan bertanya "What happened?" namun begitu soalan-soalan tersebut tidak sempat dijawab kerana dia akan membuat status PMS yang seterusnya. Btw di bawah ini contoh sahaja Zati yang sebenar tidak emosional begitu.


2) Status komposer

Jika ada sesebuah lagu yang sedang hangat mendapat airplay di radio, anda pasti akan melihat bait-bait lagu tersebut sebagai status di Fesbuk. Tanpa mengira situasi, anda akan melihat lirik 'Like a geeesik like a geeeesik' mahupun lirik lagu Bruno Mars daripada jejaka-jejaka yang bajet romantis. Kalau yang nak tambah mesej ketuhanan tu sudah pastilah akan meletakkan bait-bait daripada lagu Maher Zain versi Melayu yang sedang memanjat carta.

'Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan...'


3) Status Dr Fazley Yaakob

Kalau orang putih depa panggil Status Dr. Phil. Status jenis ini memang bagus sebenarnya. Status-status sebegini pandai bermain dengan kata-kata, dan bertujuan untuk memberi motivasi dan rangsangan kepada pengguna lain. Tetapi bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan kata-kata yang fancy tanpa sebarang usaha di pihak kita. Jangan lupa meletakkan siapa sebenarnya individu yang melafazkan quote tersebut. Kami tak percaya yang anda mampu mengeluarkan kata-kata nasihat berdasarkan keperibadian anda yang gemar ceploit-ceploit itu. Lainlah kalau anda ni Dr. Fazley. Eh Fazley je mana ada pangkat Dr.

'Jangan abaikan rakan yg kerap sms dan call kita utk bertanya khabar semata2 utk mengejar rakan yg sering lari apabila kita call atau sms - Fazley Yaakob'

'Jangan sering bertanya, "kenapalah aku tak hensem/cantik macam dia?". Seringlah cari kekuatan dan kelebihan diri supaya minda kekal positif - Fazley Yaakob lagi'

4) Status prasekolah

Saya faham, gaya penulisan di Internet sememangnya ringkas dan padat. Kita mungkin tidak menggunakan apostrophe, ataupun menggunakan abbreviasi sebab kita anggap orang kita ni bijak boleh berfikir sendiri apa yang kita cuba sampaikan. Namun begitu, bak kata kugiran Bittersweet dalam iklan di Xfm, nak tulis ringkas boleh, tapi biarlah sampai maksudnya. Tatabahasa salah sedikit tidak mengapa, tapi janganlah sampai dilabel tidak reti mengeja dan mengada-ngada. Penambahan huruf 'W' di setiap penghujung perkataan juga tidak membantu.

Ah boing la aq ckp korunk x phm pn mls lyn bek g ceploit2 jew.

5) Status obses dengan diri sendiri

Status ini bersifat narcissistic di mana dia akan menulis sesuatu status secara rawak, kemudian dia akan Like status sendiri sebelum membuat komen-komen susulan kepada diri sendiri. Sepi tanpa ada komen daripada orang lain. Sedih.


6) Status AC Mizal dan kawan-kawannya

Dalam memilih kawan di Fesbuk, anda seharusnya bersifat selektif dan tidak membabi buta menambah semua orang sebagai rakan anda. Ini kerana tidak semua orang ikhlas berkawan dengan anda. Contohnya, ramai orang add aku di Fesbuk sebab semata-mata melihat gambar profail aku yang boleh masuk majalah Mangga. Sama juga dengan anda, kalau ada orang main add je anda walaupun anda tak kenal mereka, mereka mungkin ahli penjual bengkung Premium Beautiful mahupun sindiket Login Fesbuk Dapat Sratos. Once anda sudah add mereka, wall anda akan dipenuhi dengan promosi-promosi terbaru yang misleading disertakan dengan ayat-ayat nasihat yang menusuk hati.


7) Status special character

Kalau nak buat password yang 'strong', kita kena letak special characters. Tetapi ada juga orang yang menggunakan special characters ini di dalam status masing-masing bagi menggambarkan emosi yang sedang dialami. Sekadar special characters, tiada ayat lain. Contohnya:

a) .... = ini maksudnya dia tak tahu nak cakap apa, tetapi rasa obligated untuk menulis status.

b) !!!! = ini maksudnya dia sedang mengalami kejutan. mungkin testis dia senak secara tiba-tiba.

c) ???? = ini maksudnya dia sedang tertanya-tanya ataupun terlupa bagaimana niat mandi junub.

d) #%^&$*(& = ini maksudnya dia lupa logout Fesbuk lepas tu anak dia yang masih kecil tekan-tekan keyboard.

Begitulah antara status-status yang kita boleh lihat di Fesbuk. Ada juga status-status lain seperti menjadi Datuk Bandar Foursquare, status LOL tiba-tiba, mahupun status kejayaan ladang / restoran masing-masing tapi aku sudah mahu pergi kerja tak sempat mahu tulis. Apa yang aku sedar adalah, jika korang membuat status-status di atas di Twitter instead of Fesbuk, orang lain yang membacanya tak rasa annoyed pun. Jadi kalau korang ni memang jenis yang beremosi, ayuhlah segera mendaftar di Twitter. Apa lagi jenis status yang menarik di Fesbuk?

Monday, February 14, 2011

Mengapa Orang Lelaki Tidak Romantik Selepas Berkahwin

Ini adalah satu persoalan yang sering bermain di minda gadis-gadis dan dijadikan topik hangat dalam sesi girls talk mereka. Tak kisahlah kalau mereka masih belum kahwin pun, tetapi apabila gadis-gadis berkumpul, mereka selalu membincangkan tentang masa hadapan. Mereka mendakwa yang jejaka mereka sudah tidak lagi menjadi sweet dan romantik selepas berkahwin. Dulu masa mula-mula bercinta, percintaan mereka boleh diibaratkan seperti lagu 'Apa Saja' dendangan KRU. Kita boleh jadikan bait lagu itu sebagai contoh "apa saja untukmu, ke dasar lautan biru, bertaruh nyawa andai kau damba mutiara di hari lahirmu...". Tapi itu semua dulu, sekarang ni anda rasakan kehangatan cinta telah pudar, tiada lagi kemesraan, tiada lagi kemanisan. Benarkah dakwaan itu?

Well aku belum berkahwin, tapi aku baru sahaja menamatkan kursus kahwin semalam, maka apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling, pengaruh media massa, dan sudah pasti generalization dan stereotyping. Ayuh teruskan membaca mengapa orang lelaki 'berhenti' menjadi romantik selepas berkahwin.

1) Kami telah pun 'memiliki' anda

Secara umum, orang lelaki boleh dilabel sebagai pemburu. Pemburu yang memburu 'mangsanya' dengan apa jua cara. Apabila seseorang lelaki itu telah membuat keputusan untuk menyukai anda, maka mereka akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian anda. Dari sekecil-kecil usaha seperti menghantar bunga mahupun mesej pesanan ringkas jiwang yang dicopy daripada romanticquotes.com, sehinggalah usaha yang ekstrim seperti membuat satu klip video di youtube menyanyi lagu cinta yang lahir daripada hati tanpa mempedulikan cercaan masyarakat sekeliling. Mereka membuat perkara-perkara tersebut bukan semata-mata untuk menarik perhatian anda, tetapi mahu mengejar rasa 'thrill' ketika mengurat anda. Kalau senang sangat tiada cabaranlah, itu sebab makin korang jual mahal, makin galak lagi kami mengurat anda.

Kemudian, anda menjadi pasangan bercinta dan seterusnya berkahwin. Di saat ini, anda telahpun menjadi 'milik' kami. Cuba fikirkan, segala aksi-aksi romantik yang kami lakukan semasa bercinta adalah untuk memenangi hati anda. Kalau sudah sampai tahap ke jinjang pelamin dan rela menyetubuhi kami, kami tahu yang anda cintakan kami sepenuh hati dan di atas sebab itu, kami rasa kami tidak perlu lagi melakukan perkara-perkara tersebut untuk impress anda. Hubungan cinta telah masuk ke zon selesa, jadi mungkin ini masanya untuk rileks sebentar. Tetapi adalah tidak adil untuk berkata yang kami 'take things for granted' kerana keutamaan telah berubah. Thrill untuk mengurat anda telah berubah menjadi thrill untuk memberi makan dan tempat tinggal yang selesa kepada keluarga. Besides, now is the time for you girls to take care of us right?

2) Kehidupan sebenar bukanlah seperti filem

Wanita gemar menonton filem komedi romantik ataupun chick flick yang memaparkan suka duka kisah cinta yang bahagia selama-lamanya. Satu kesilapan yang orang wanita lakukan adalah mereka gemar membayangkan yang diri mereka bahagia berada di dalam rangkulan hangat Ashton Kutcher mahupun Farid Kamil, sekaligus membentuk satu imej separa sedar di mana mereka sangka mereka akan mengalami situasi yang sama selepas berkahwin. Apa yang anda tonton di dalam filem adalah kehendak pengarah yang pandai memanipulasi kehendak batin seorang wanita. Anda tidak boleh expect Ashton Kutcher anda untuk sentiasa mengungkapkan kata cinta yang boleh membuat anda terbang sentiasa. Anda tidak boleh harapkan Farid Kamil anda membawa anda ke restoran mahal setiap masa.


Membandingkan realiti sebenar dengan filem akan membuat anda kecewa. Jadi sila ubah persepsi anda, dan turunkan expectation anda dan apabila anda sudah boleh menerima yang kami ini bukan Matthew Mcconaughey dalam filem komedi romantik, anda pasti akan sedar yang kami ini boleh tahan juga.

3) Kami tak mahu jadi predictable dan klise


Ok biar saya tanya satu soalan, apakah yang anda definisikan sebagai romantik mahupun sweet? Adakah dengan memberi bunga segar yang baru dipetik dari ladang disertakan dengan kad berisi ayat minta pelempang? Adakah dengan membuka pintu kereta untuk anda dan mendukung anda sambil bersyair madah berhelah? Ok dulu-dulu masa mula-mula bercinta mungkin semangat gunting abjad-abjad di majalah URTV untuk membentuk sebuah warkah cinta, kalau kalau asyik dok bagi kad hari-hari, masih boleh didefinisikan sebagai sweet kah? Seronokkah anda menerima sesuatu yang sama ataupun melakukan sesuatu yang rutin bersama kami? Sesuatu yang romantik sepatutnya berlaku secara spontan dan mengejut, tapi kalau anda dah boleh ramalkan apa yang kami mahu lakukan, sudah hilanglah 'spark' nya. You deserve so much better than that.

Mungkin anda akan kata "tapi, tapi jejaka i langsung tak buat dah benda-benda yang sweet....". Benarkah begitu? Selepas berkahwin, definisi sweet itu sebenarnya telah berubah, anda sahaja yang tak sedar. Ataupun tidak peduli? Tak sweet ke kalau kami tolong anda kemas rumah, membuat sarapan pagi untuk anda, mahupun menjaga anak dan membiarkan anda pergi membeli-belah di Zara?

4) Maybe it's your fault?

Kalian ini asyik menuduh kami sahaja yang tidak sweet, tidak romantik tetapi adakah anda telah membuat kaji selidik mengapa kami tidak lagi membuat mix tape kompilasi lagu-lagu cinta untuk anda? Pernahkan terdetik di hati anda yang sikap dingin ini berpunca daripada anda? Bukan orang lelaki sahaja yang berubah selepas kahwin, orang perempuan pun sama juga.

Dulu-dulu masa bercinta, tubuh anda memang memiliki liuk lentuk menggiurkan seperti Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Afdlin Shauki? Lebih-lebih lagi selepas beranak berat badan bagaikan dipam-pam. Perut merekah, berlipat-lipat boleh menabung simpan wang syiling berlebihan di situ.

Dulu-dulu masa bercinta, wajah anda licin bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rajnikandh? Berbulu sana sini, di misai dan di kaki.

Dulu-dulu masa bercinta, anda lemah lembut bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rosnah Mat Aris? Membebel tidak henti tak ingat tarikh ulangtahun pertemuan kali pertama di KFC pun kena maki.

Jadi adakah segalanya salah kami? Saya tidak setuju sebenarnya dengan kenyataan yang mengatakan orang lelaki berhenti menjadi romantik selepas berkahwin, ataupun setelah lama bercinta. Untuk terus menyemarakkan bunga-bunga cinta, kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan haruslah memainkan peranannya. Gadis-gadis harus menunjukkan yang mereka menghargai apa yang dilakukan oleh lelaki, tanpa meletakkan expectation yang terlalu tinggi. Oh saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Kekasih' yang ke-1,295 (since 29/7/2007) kepada da'killa :)

Friday, February 11, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Mimpi


Mimpi boleh didefinisikan sebagai gabungan imej, bunyi, dan animasi yang membentuk sesuatu cerita semasa kita sedang tidur. (source: Wiki-pakdia). Mimpi ini selalunya terbentuk daripada pengalaman mahupun memori, di mana realiti tersebut dimainkan semula di dalam mimpi, dengan ataupun tanpa modifikasi. Contohnya, kalau petang tu kita tengok cerita Niyang Rapik dan lepas tu terus tidur tak basuh kaki, kita mungkin akan dikejar oleh momok Niyang Rapik tu di dalam mimpi. Orang putih panggil mimpi jenis ini, Nightmare. Selain Nightmare, tahukah anda ada beberapa lagi jenis-jenis mimpi yang kita alami? Ayuh kita kenali jenis-jenis mimpi yang popular.

1) Mimpi basah

Mimpi basah merupakan kategori mimpi yang paling popular. Mimpi ini lazimnya dialami oleh orang lelaki, orang perempuan ada mimpi basah ke? Kalau ada pun, mungkin waktu itu mereka didatangi haid maka basah dengan darah. Eh seksis ke ayat tu? Anyway, mimpi basah ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

a) Mimpi basah likat

Mimpi jenis ini merupakan mimpi yang sangat digemari oleh orang lelaki kerana boleh mendapat kenikmatan syahwat tanpa mendapat dosa dan tanpa ada rasa penyesalan. Namun begitu, mimpi ini tidak boleh hendak kita anticipate kerana pihak saintis masih belum berjaya lagi membongkar faktor-faktor yang menyebabkan mimpi basah likat berlaku. Mimpi basah likat boleh datang pada bila-bila masa, tak kiralah ketika kita sedang tidur di dalam bas ketika pulang ke kampung mahupun tertidur di dalam komuter sehingga terbabas ke stesen Nilai. Kesan daripada mimpi basah ini, anda wajib melakukan satu aktiviti susulan iaitu mandi hadas besar. Niatnya adalah nawaitusaumaghodin.......hah hah saje je aku nak tengok kau orang peka ke tak. Namun begitu, walaupun mimpi basah likat ini menyeronokkan, dia juga boleh menyebabkan kita mengalami tekanan. Contohnya, kau bangun pagi je tengok boxer kau keras macam kena gam kanji, tapi kau tak ingat kenikmatan yang berlaku dan pelakon mana yang disetubuhi. Mandi wajib pun jadi tak ikhlas sebab kita asyik marah-marah sebab rasa rugi tidak mendapat kenikmatan percuma.

b) Mimpi basah cair

Dalam mimpi basah cair, kita selalunya akan bermimpi melakukan aktiviti-aktiviti yang membasahkan badan, seperti bermandi-manda di Sunway Lagoon mahupun bermimpi terperangkap di dalam banjir. Basah di dalam mimpi akan dipindahkan ke alam realiti, di mana najis mutawasitoh anda akan keluar tanpa disuruh melalui organ reproduksi yang sama macam dalam mimpi basah likat tadi. Cuma outputnya cair dan tidak melekit-lekit. Hoi dah besar pun kencing malam ke pakailah Whisper for adults.

2) Mimpi kering

Jika ada mimpi basah, pasti ada mimpi kering. Di dalam mimpi kering, kita selalunya akan bermimpi melakukan tiviti-aktiviti yang meletihkan seperti berjalan di padang pasir mahupun berjogging di Taman Tasik Cempaka, menyebabkan tekak kita kering. Peluh kita tak keluar dan paras kolestrol kita masih tak turun walaupun kita berjogging di dalam mimpi, namun begitu perasaan tekak kering itu pasti akan membuatkan kita terjaga nak minum air. Kalau anda sudah siapkan botol air di dalam bilik, tahniah. Kalau tiada, anda terpaksa turun ke bawah untuk pergi ke dapur seorang diri pada pukul 3 pagi di mana momok Paranormal Activity 1 and 2 akan membuat kemunculannya. Eww seram uols! Maka sentiasalah sediakan satu botol air di dalam bilik.

3) Mimpi tersirat

Orang kata mimpi itu mainan tidur. Apa yang berlaku di mimpi hanyalah sekadar gabungan imej-imej rawak yang tidak membawa makna. Benarkah begitu? Orang Melayu, terutamanya orang Melayu kuat berpegang dengan adat resam turun-temurun percaya sesetengah mimpi itu membawa maksud yang khusus. Saya telah meminta pendapat seorang pakar mimpi Dr Syuhut Irfani yang memiliki sijil Pentafsir Mimpi daripada sebuah sekolah pondok tempatan untuk mentafsirkan mimpi-mimpi berikut:

a) Mimpi dipatuk ular: Anda mungkin akan didatang oleh Ah Long yang memiliki tatu ular di lengan kerana anda masih belum menjelaskan pinjaman membuka bisnes apam balik anda.

b) Mimpi didatangi orang tua: Mimpi ini selalunya dialami oleh orang perempuan, di mana seorang Datuk, tak kiralah datuk berpangkat ataupun datuk bercucu akan masuk meminang anda.

c) Mimpi memakai lipstik: Anda harus bersedia dengan wang yang secukupnya kerana minggu ini ada promosi hebat di Bobbi Brown.

4) Mimpi hamstring

Mimpi jenis ini adalah mimpi yang paling menyakitkan. Di dalam mimpi hamstring, anda akan bermimpi melakukan aktiviti sukan seperti mengetuai pasukan bolasepak Selangor mengharungi Liga Super tanpa Safee Sali ataupun berlari pecut 100m mewakili rumah biru di hari sukan sekolah anda. Sedang asyik bersukan, tendon anda tiba-tiba terkoyak menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga anda terjaga daripada tidur sambil menjerit. Sumpah sakit gila rasa macam dihiris dengan screwdriver. Untuk mengelakkan kekejangan ataupun kecederaan hamstring ketika tidur, elakkan daripada tidur dengan kaki berlipat.

5) Mimpi Yang Sempurna

Mimpi yang sempurna merupakan salah satu single daripada album Kisah 2002 Malam dendangan kugiran muzik terkenal Indonesia, Peterpan. Kehadirannya di dalam senarai ini adalah untuk menambah elemen komedi di dalam entri. Sekadar peringatan, usah agungkan sangat budaya seberang, sokonglah industri muzik tempatan. Kalau nak tengok .3gp diorang takpe. Eh.

6) Mimpi dalam mimpi

Konsep mimpi ini telah didedahkan secara komersial dalam filem Inception. Kalau nak lebih relevan, kita boleh bagi contoh kumpulan Damasutra yang popular dengan lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Tapi pernah tak anda dapat perasaan di mana anda pernah mengalami situasi yang anda sedang lalui itu? Deja vu kah? Menurut kajian siapa entah, kita mengalami perasaan tersebut kerana kita pernah bermimpi tentangnya di dalam mimpi kita. Mimpi dalam mimpi. Entahlah aku pun pening.

Ahh aku bermimpi yang PC aku sudah kembali pulih tak perlulah aku bangun awal-awal pagi mencuri laptop mama untuk menulis entri ini. Tak apa. Adakah malam tadi anda ada mengalami salah satu mimpi di atas? Ayuh kongsikan bersama.

Thursday, February 10, 2011

Kesan Ketiadaan Komputer Peribadi di Rumah

Malam tadi aku eksaited gila pulang ke rumah. Yelah dah ada akaun Twitter la katakan. Baru sahaja berangan-angan nak berbual-bual ringkas dengan Justin Bieber. Or at least Yip Chia Wei Justin kawan Uniten aku. Aku ni memang jenis yang tak reti nak tutup PC. Balik campak beg bukak baju just pakai boxer, lepas tu terus boleh guna PC. Tapi sesuatu yang aneh telah berlaku semalam. Di skrin jelas kelihatan wallpaper Laserbeak aku, namun tetikus aku mendiamkan diri sahaja. Normal la tu. Aku pun restart la PC. Kemudian skrin menjadi gelap. Aku restart lagi. Gelap lagi. Aku mula tak keruan. Setelah lebih 5 kali restart, aku terpaksa menerima hakikat yang PC aku mungkin bermasalah.


Berbekalkan sijil CompTIA A+ aku, aku pun bukalah casing PC mana tahu ada tupai tersangkut dekat motherboard ke. Tapi apa sangatlah yang aku boleh buat kan. Cabut RAM, ketuk-ketuk grafik card, membersihkan habuk namun begitu skrin masih tidak menunjukkan apa-apa. Sumpah tertekan lalu aku terus masuk tidur. Pukul 4.30 pagi terjaga, aku terus on PC. Masih hampa. Sambil mencarut ringan di dalam hati, aku menyelinap masuk ke bilik mama mencuri laptop beliau untuk menulis entri ini. Ayuh kita kaji kesan ketiadaan komputer peribadi.

1) Tidak boleh bersosial

Di zaman globalisasi ini, kita harus akui interaksi secara fizikal di alam nyata sudah semakin suram dengan wujudnya laman web sosial yang membolehkan kita berkomunikasi dengan orang lain tanpa perlu keluar dari rumah. Maka kalau PC rosak, mati kutu lah tak boleh nak login ke Fesbuk. Macamana mahu bergosip mengumpat majikan? Bagaimana mahu 'Like' gambar-gambar mendedahkan aurat kawan perempuan kita? Bagaimana mahu stalk bekas teman lelaki nak tengok dia bahagia ke tak tanpa kita? Sure, kita boleh guna telefon bimbit pintar tapi mana puas skrin kecil nak tengok gambar gadis-gadis tudung terbelit ataupun gambar jejaka-jejaka jambu minta pelempang di DZMS Modeling Agency? Aku tak boleh nak buka laman web sosial di pejabat kerana bos aku duduk betul-betul di belakang aku.

Orang boleh kata, 'kalau macam tu, inilah masanya untuk kau bersosial secara realiti'. Kenyataan itu boleh disangkal dengan mudah kerana rakan maya kita lebih ramai daripada rakan sebenar. Kalau tak percaya cuba buka friends list anda sekarang dan kira berapa ramai yang anda tahu nama bapa dia ataupun saiz boxer yang dipakai. Lagipun kawan-kawan kita pun sama juga suka menghabiskan masa di laman web sosial kalau PC diorang tak rosak mereka tidak akan keluar rumah punya.

2) Tidak boleh menonton rancangan televisyen

Walaupun di rumah aku ada Astro, aku tak tengok sangat sebenarnya melainkan menonton bola pada hujung minggu. Lagipun Astro aku dikuasai oleh mama aku yang saban hari menonton siri televisyen Korea, berita terkini Korea, dokumentari Korea, dan apa-apa sajalah yang ada elemen Korea. Lagipun siri televisyen di Astro tidak up to date, dan aku tiada kesabaran untuk menunggu apa yang akan berlaku dalam episod Lost yang seterusnya (dulu-dulu).

Maka hampir setiap hari, aku akan memuat turun siri televisyen Amerika yang aku gemari untuk dijadikan koleksi. Currently, I'm watching The Office, 30 Rock, Fringe, Nikita and American Idol. Bosan-bosan pun at least boleh tengok episod-episod lama. Kalau PC rosak, ARGHHH dahlah TV di bilik aku tiada Astro. Arial pun tiada nak tengok TV biasa pun tak boleh.

3) Tak boleh nak menulis blog

Untuk menulis sesebuah entri, aku memerlukan kesunyian dan fokus yang tinggi. Aku tidak boleh menaip apabila ada orang tengok kerana aku akan berasa malu. Ya aku memang pemalu kadang-kadang. Entri ini merupakan pengecualian kerana aku menggunakan laptop mama aku ketika mama masih nyenyak tidur. Nak menulis blog dari pejabat memang tak dapatlah, kecuali kalau aku sudah draf siap-siap dari rumah cucuk tambraiv saje. Tapi kebelakangan ni memang aku tak ada idea nak menulis blog pun so boleh la gunakan alasan PC rosak kalau lama tak kemaskini blog, haha.

Tapi menulis blog bukanlah the only thing yang aku buat menggunakan PC. Aku juga memerlukan PC untuk transfer player dalam Fantasy Football mahupun membayar wang PTPTN secara online mahupun melayari laman web kegemaran seperti perezhilton.com.

4) Kebarangkalian untuk menjadi horny adalah tinggi

Ironinya, benda-benda yang boleh membuat kita horny selalunya disimpan di dalam PC. Tetapi hakikat yang sebenar adalah apabila kita tiada sesuatu benda untuk distract kita, tumpuan kita akan difokuskan lebih kepada diri sendiri. Nak-nak pulak time-time tu tengah hujan, ataupun terbangun di waktu malam. Sunyi sepi, nafsu mula menguasai diri. Kalau orang sentiasa horny tapi dah kahwin macam kawan aku Fandi dia boleh je menggabungkan organ reproduksi dengan isteri, tapi kalau orang yang masih single macam kawan aku Shuhud? Pandang kiri, pandang kanan, pandang bawah, seluk tangan disusuli dengan dengusan ghairah sebelum disudahi dengan tangisan taubat.

Petang ni lepas kerja mahu cari kedai komputer di Bangi. Eh ada ke kedai repair komputer di Bangi? Kedai Abang Malik dekat PKNS tu buka lagi ke? Kang tak pasal-pasal kena raba. Secara jujurnya, aku lebih rela kalau rela jika kereta aku yang rosak berbanding komputer kerana komputer memberi pengaruh yang besar di dalah hidup aku. Apapun, aku yakin kalian mengerti dengan perasaan aku yang tidak berkomputer peribadi ini. Sigh...

Wednesday, February 9, 2011

Tanda-Tanda Orang Tiada Idea Untuk Mengupdate Blog #2

Jika anda merupakan seorang yang suka menulis ataupun menaip, tak kiralah di laman blog mahupun di dalam diari rahsia, pasti akan tiba satu masa di mana minda anda tiba-tiba menjadi kosong, langsung tiada idea untuk diterjemahkan kepada bentuk tulisan. Orang putih kata, writer's block. Contoh yang paling ketara di mana seseorang di tiada idea untuk mengemaskini blog adalah apabila mereka membuat update bertaraf Twitter di blog seperti 'Ha ha ha I suka stalk ijaicool because he's awesome!'. "Okla tu update sebaris pun, asalkan para pembaca aku puas yang aku update", bisik mereka di dalam hati untuk membuat diri rasa lebih baik.

Usah risau, aku ada jalan penyelesaian terhadap masalah di atas.

Kau buat satu akaun Twitter terus. Oh yeah!


Walaupun tiada idea untuk menulis panjang-panjang, kita masih boleh mengarut/mencarut secara ringkas tidak melebihi 140 huruf termasuk spacing. Ayuh kita berbalas-balas mesej pendek di http://twitter.com/ijaicool

noob.

Monday, February 7, 2011

Kongratulasi Ramaesh Subramaniam!


Bagi mereka yang menuduh aku rasis sebab selalu mengutuk warna kulit kawan aku Ahmad Shuhud di dalam blog ini, ternyatalah tuduhan anda tidak berasas. Sudah terbukti aku bukan seorang yang rasis kerana semalam, aku telah berjaya menjejakkan kaki ke majlis perkahwinan orang India. Selama ini pergi jemputan kahwin orang Melayu je, maka aku berasa seronok untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sekerja aku di Maikrosof dahulu. Yelah nak juga tengok bagaimana proses perkahwinan orang India bagi menyahut seruan 1Malaysia daripada Perdana Menteri. Di samping itu, aku juga dapat mencuci mata melihat gadis-gadis India seksi memakai sari.

Majlis perkahwinan berlangsung di Dewan Serbaguna DBKL. Aku macam biasalah nak pakai baju Melayu pergi kenduri kahwin, tapi boyfie aku Muaz cakap aku tidak patut mencuri perhatian pengantin so aku pakai kemeja sahaja. Dewan tu kat belakang rumah Muaz je sebenarnya tapi aku berjaya menggunakan pujuk rayu untuk memaksa dia datang mengambil aku di Bangi. Sepanjang perjalanan, kami berbincang tentang blogger 1 Juta, blogger berlagak diva, dan blogger kena saman. Gila bapuk tajuk perbincangan. Ayuh teruskan membaca ulasan perkahwinan orang India.

Seperti biasa, dalam ruangan ulasan perkahwinan, kita harus mengeji pengantin tanpa belas kasihan. Tapi masalahnya aku ni tak selalu join sesi taaaaanikudekelam bersama beliau maka aku tiada modal nak keji apa tanpa melibatkan sentimen perkauman. Tapi orang selalu panggil dia Baby mungkin sebab dia minat Justin Bieber ataupun dia memiliki organ reproduksi bersaiz baby, I don't know. Kalau tengok wajah dia, misai dia ada iras-iras Rosyam Nor dalam filem Lenjan........serius tiada modal mahu keji. Kita masuk ke bab perkahwinan teruslah ok?


Aku dan Muaz tiba terus duduk bersama bekas rakan-rakan sepejabat. Wassup uols? Gembirakah di tempat kerja masing-masing hari-hari tengok mengeluh sahaja di laman web sosial? Hee hee. Mostly sudah bertambah berat badan, termasuk Muaz sendiri kerana tidak berdisiplin dalam menbancuh shake protein Herbalife. Ok aku tidak membuat research tentang terminologi yang digunakan dalam majlis perkahwinan orang India, maka aku akan membuat perbandingan dengan perkahwinan orang Melayu bagi menggambarkan situasi yang berlaku. Kalau orang Melayu kahwin, kita datang terus membaham nasi minyak tanpa mempedulikan pengantin kan? Tapi masa aku datang meja semua masih kosong. Kawan aku kata bila sudah habis upacara barulah boleh membaham.


Dengan perasaan jakun, aku pun pergilah ke pelamin untuk melihat proses perkahwinan mereka. Kelihatan sami sedang mengaplikasikan ritual untuk menikahkan pasangan pengantin, sambil diiringi oleh ketukan __________ (alat muzik tatau apa nama dia) di latar belakang. Muzik dia memang catchy tetapi orang Melayu tidak digalakkan untuk sing along bagi mengelakkan Iman terbatal. In a way, tradisi perkahwinan orang Melayu moden ada similarity dengan perkahwinan orang India seperti bersanding dan upacara renjis-renjis dipilis.


Setelah Ramaesh secara rasminya menjadi suami Komala, tak tahulah berapa kali lafaz ataupun cakap I do, semua tetamu melonjak kegembiraan, literally. Tak tahulah itu sebahagian daripada upacara ataupun mereka sedang lapar seperti serigala Wolverhampton Wanderers membaham Devils. Eh terbuat reference Liga Perdana Inggeris pulak. Makanan dia pun lebih kurang seperti makanan di kenduri orang Melayu juga. Nasi Briyani Banks, dalca kambing, ayam masak merah, dan juga sweet and sour terung. Aku makan je tanpa was-was sebab katerer dia tak nampak dodgy pun. Cuma rasa keseluruhan dia agak manis sedikit.

Oh wedding India juga ada DJ yang memainkan lagu-lagu nasheed India. Tapi DJ dia tu mungkin selalu mencucuk bintang banyak memainkan lagu-lagu tekece tekece tekece (lagu techno) macamana aku nak berjoget bersama keluarga pengantin di hadapan pentas. Lagi satu semasa nak bergambar dengan pengantin, aku lihat semua orang hulur angpau ke tangan Ramaesh. Tapi aku orang Melayu tak applicable la kot (padahal memang kedekut). Oh kat luar dewan juga ada kolam tapi tak boleh mandi nanti kena hambat dengan pengantin. Haa haa. Eh. Apa? Tak lucu??



Akhir kata, aku ucapkan selamat pengantin baru buat Ramaesh dan Komala. Ni rombe allega irruke. Ramaesh kalau baru balik daripada sesi taanikudelam diharap tidak pukul bini. Semoga kalian berbahagia untuk at least 50 tahun lagi.

Saturday, February 5, 2011

Year Of The Rabbit Dinner Buffet @ Impiana

Yaa sepanjang Tahun Baru Cina ini, blog ini akan dipenuhi dengan elemen-elemen Cina seperti tang lung, ang pow, tarian naga dan juga ramalan horoskop Cina. Pada hari Sabtu yang lalu, jabatan saya telah mengadakan satu majlis makan malam tidak formal bersempena dengan Tahun Baru Cina. Ok pada mulanya, makan malam yang dicadangkan langsung tiada kena mengena dengan Tahun Baru Cina pun sebenarnya. Bos kepada bos aku akan berhenti menjadi bos kepada bos aku, maka satu majlis makan malam perpisahan dirancang untuk menghabiskan wang beliau buat kali terakhir. Aku newbie aku apa tahu orang nak bagi makan free aku join sahaja walaupun aku tidak kenal siapa bos kepada bos aku tu.

Setelah penat bertengkar, akhirnya kami semua bersepakat untuk pergi mengepow bos kepada bos di Hotel Impiana, KLCC. Southern Buffet menjanjikan makanan panggang berkolestrol yang bisa meningkatkan berat badan. Namun begitu, di saat-saat akhir, aku mendapat mesej pesanan ringkas daripada bos aku: "Hai Leng Chai. Sorry Southern Buffet cancel they replaced it with chinese buffet". What the what? Ah belasah sahaja kalau termakan pork tak sengaja tak apa. Tapi sudah pastilah makanan yang dihidangkan halal. Maka secara tidak langsung dinner kami menjadi Year Of The Rabbit Dinner Buffet. Ayuh kita lihat gambar makanan orang Cina.

Kalau majlis makan malam ni ada tema, sudah pasti aku akan datang dengan seluar ropol-ropol yang orang tarian naga selalu pakai tu demi semangat Chinese New Year. Tapi tiada tema so aku datang dengan wajah Stephen Chow kurniaan tuhan sahaja. Majlis makan malam di Tonka Bean Cafe bermula pada pukul 6.30, dan tanpa membaca Bismillah (lupa) aku terus mengambil makanan-makanan Cina dengan rakus. Now, aku tak ingat nama sebenar juadah-juadah berikut, so kalau salah tolong jolokkan ya.


1) Anchovies with Chili and Lime
2) Vietnam Prawn Roll
3) Macam Samosa Tapi Bukan
4) Crab Meat
5) Oyster Crispy Roll Kot
6) Salmon Something Something
7) Not A Pork

Aku tak tahu sebenarnya apa itu definisi Chinese Food, tapi makanan-makanan di atas adalah tahap appetizer dan nampak macam yong tau foo sahaja? Mungkin tak sesuai dengan selera anak tekak aku kot. Buffet ini tiada authentic Chinese cuisine seperti Steamed silver pomfret with king soy sauce mahupun Shark’s fin and crabmeat soup with BB Abalone and fatt choy. Itu kena ambil promosi lain. Tapi apa yang aku suka adalah dessert dia.


Walaupun rakus membaham semua benda secara serentak, aku masih aku ingat rasa dia bagaimana. Yang atas sudu tu (Omarchi) rasa dia macam kuih badak orang melayu. Yang bentuk macam labu tu memang labu pun (Pumpkin Dumpling). Ahah yang bentuk arnab tu comel sangat rasa dia macam pau kacang (Crystal Rabbit).

Ok gambar-gambar makanan seterusnya memang langsung tiada elemen Cina. Jika anda melihat gambar hidangan di bawah, scene apakah yang akan bermain di fikiran anda? Mr Bean.



Serius nak muntah makan benda alah ni. Kehanyirannya masih terlekat di anak tekak. Tapi gadis-gadis sepejabat berani makan aku pun terpaksalah buktikan yang organ reproduksi aku ni besar seperti yang selalu dicanang-canangkan. Tips dia adalah letak lemon banyak-banyak dan kau telan terus dan jangan sekali-kali kau menggigit binatang tu. Tapi malam tu memang aku berak lancar la kan.

Apa yang best di sini adalah aiskrim Baskin Robbins yang boleh ditopap sesuka hati dengan siap boleh letak perencah dia lagi. Ok perencah bukan terminologi yang sesuai tetapi aku tak ingat ayat yang sebenar ketika menulis perenggan ini.


Jika anda tidak boleh makan makanan Cina tetapi masih mengada-ngada mahu makan di buffet Cina, ada pelbagai hidangan alternatif yang boleh anda cuba, walaupun tidak banyak. Ada Margarita / Vegetarian Pizza, Spaghetti, Roast Beef / Chicken, Cajun Potato, kalau nak nasi goreng babi kena slow talk dengan chef dia.



Ok cukup tentang makanan, ayuh berkenalan dengan rakan sepejabat baru aku. Oleh sebab dah letak gambar kita letak nama Fesbuk beserta nombor telefon jika ada para pembaca yang berminat untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut. Dalam gambar di bawah, yang baju merah tu nama dia Joanne Lee. Walaupun dia garang macam mak tiri selalu membuli aku sebagai newbie, dia sebenarnya baik hati kerana menerapkan ilmu-ilmu berguna ketika memarahi aku. Yang sebelah tu nama dia Nabila Che Ibrahim. Dia meminati Gerard Way dan Justin Bieber. Di hadapannya pula adalah Linda Lawrence tapi tak nampak muka sorry! Dia orang Sabah bah. Pesanan Linda kepada anda semua adalah jangan lupa membawa telefon bimbit ke mana-mana senang nak hubungi pihak berkuasa jika terkurung di dalam tandas (inside joke).


Untuk menunjukkan yang aku ini bukan seksis dan rasis, aku tunjuk jugalah gambar Calvin Lui Hui Meng dan Jayakumaran Thangaiah. Calvin Loi baru-baru ini telah diundi sebagai Top 20 Leng Chai in Shell. Jayakumaran pula aku tiada komen baik nak beri kerana dia merupakan penyokong Manshitter United. In case kalau korang memang jenis yang rasis tak reti nak bezakan berdasarkan nama, Calvin Loi sebelah kiri, Jaya sebelah kanan ok?



Harga Promosi Year Of The Rabbit Dinner Buffet ini adalah RM88. Promosi akan berakhir pada 17/2/2011. Kesimpulannya, jika aku terpaksa membayar untuk buffet ini, aku tidak akan pergi ke sini kerana pilihan makanannya yang terhad. Tetapi jika anda memang sukakan Chinese food, anda bolehlah mencubanya sebelum pergi menonton filem Tahun Baru Cina All Well Ends Well lakonan Louis Koo.

Thursday, February 3, 2011

Weird Fortune Cookies #2


Siapa pernah makan Fortune Cookies? Alah biskut yang dalam dia ada ramalan tu. Fortune Cookies ini memang popular semasa Hari Raya Cina. Ada pelbagai perisa biskut ini seperti perisa mentega, perisa oreo mahupun perisa ayam belanda. Kawan Cina sepejabat aku Calvin Loi Hui Meng kata, "ooo lu tak buleh makan lebih satu loo, talak ong nanti". Ahh aku tak peduli. Aku ingkar akan kata-katanya dan aku akan terus mengambil banyak gila fortune cookies sehingga aku mendapat fortune yang baik. Tetapi mesej-mesej yang aku terima bukanlah ramalan-ramalan yang tipikal....ayuh teruskan membaca.

(klik untuk besarkan gambar)


Cis macam tau-tau je dia. Celaka.


Wow that is so true!


Haha this must be a coincidence! Tak mungkin dia tahu aku ada blog dan blog aku awesome.


Barbie mempermainkan perasaan aku pula.


Ok this one make sense. Tapi kita ambil lagi sebiji la nak bagi puas hati....last punya sumpah lepas ni tak ambil lagi.


WHAT THE WHAT?? AGAIN??

Wednesday, February 2, 2011

Is Andy Carroll Worth £35m?


Bagi mereka yang hanya meminati siri Glee dan langsung tidak kenal dengan Andy Carroll, dia adalah bekas penyerang Newcastle United yang menyertai kelab terulung Livepool dengan wang perpindahan sebanyak 35 juta pound sterling. Sehari dua selepas tertutupnya tingkap perpindahan (transfer window?), aku banyak menghabiskan masa di laman web dan forum-forum bolasepak, memerhatikan pihak yang bertengkar untuk menegakkan pendapat mereka yang Liverpool membayar harga yang terlalu mahal untuk Andy Carroll. Sebagai seorang peminat Liverpool, kita boleh pilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga membiarkan pasukan kita dikeji, dan kita boleh persetankan sahaja apa yang mereka kata. Tetapi apa kata Abang Gerrard nanti jika dia tahu kita tidak menanamkan konsep You'll Never Walk Alone bila melihat pasukan kita diperanjingkan? Oleh itu mari kita justify tag harga 35 juta pound sterling adik Andy.

1) Andy Carroll orang Inggeris

Pemain berdarah Inggeris kerap dilabel sebagai 'overrated' dan 'overpaid'. Hujah ini dikuatkan dengan pengenalan undang-undang 'home-grown' UEFA di mana setiap pasukan wajib memasukkan at least 8 orang pemain home-grown di dalam skuad. UEFA mendefinisikan home-grown sebagai 'regardless of their nationality or age, have been trained by their club or by another club in the national association for at least three years between the age of 15 and 21. The UEFA rule does not contain any nationality conditions...' (source)

Maka untuk memenuhi kuota, ramai pengurus yang membuat keputusan untuk membeli pemain Inggeris, sekaligus membuat harga mereka inflated. Itu tak kira kadar inflasi yang dicetuskan oleh perbelanjaan tanpa batasan Manchester City lagi. Mungkin itu sebabnya Uncle Woy membeli Konchesky walaupun dia sekadar above average. Tapi Konchesky dan Joe Cole tidak boleh dijadikan contoh kerana mereka tidak dibeli dengan harga yang mahal. Joe Cole free transfer lagi. Secara purata, perpindahan pemain ke kelab rival di dalam liga domestik akan menaikkan harga mereka secara automatik. Jika anda kata Andy Carroll is not worth £35m, maka kita boleh kata perkara yang sama dengan pemain Inggeris yang lain seperti Rio Ferdinand yang dibeli dengan harga £30m mahupun 18 year old Wayne Rooney dengan harga £23m? (lebih kurang). Ok ok tak adillah asyik bagi contoh Manchester United sahaja kita ambil Joleon 'Klingon' Lescott dan James Milner, £24m? Glen Johnson pun £18 juta juga walaupun dia merupakan right back yang kurang pandai defend. Maka di sini kita boleh membuat kesimpulan yang harga mereka tinggi kerana mereka pemain Inggeris.

2) Faktor January transfer window

Kelab harus membayar harga yang lebih tinggi sedikit daripada biasa di transfer window Januari kerana kengganan kelab lain untuk melepaskan pemain mereka di pertengahan musim. Agak sukar mahu mencari pengganti dalam tempoh yang singkat. Andy Carroll mungkin dilabel sebagai 'panic buy' kerana ramai orang berpendapat ada pemain yang lebih established dan lebih tinggi reputasinya. Persoalannya, adakah kelab kepada pemain reputasi tinggi itu akan melepaskan pemain terbaik mereka? We can throw in names; Aguero lah Pato lah tetapi kalau tuan punya kelab tak mahu jual tidak guna juga. Unless player itu sendiri yang submit transfer request seperti Torres, itu lain cerita. Carroll pun sama juga submit transfer request walaupun ada laporan yang mengatakan dia 'disuruh pergi' daripada Newcastle.

Torres mahu pergi, di mana mahu cari ganti dalam masa 2 hari? Maka kita hanya boleh membeli pemain di kelab yang sudi mendengar tawaran, seperti Newcastle yang ditunjangi oleh Fat Mike Cashley, hehe. Maka apa yang kami boleh buat? Jual penyerang utama dan menurunkan David Ngog untuk perlawanan seterusnya? Kami harus bertindak pantas mencari pengganti, dan Andy Carroll memenuhi kriteria sebagai penyerang yang mempunyai rekod jaringan yang baik musim ini di Liga Perdana (serta available).

3) Andy Carroll baru sahaja menandatangani kontrak 5 tahun

Kalau anda pernah main FM, anda pasti tahu jika anda mahu membeli pemain yang baru menandatangani kontrak jangka masa panjang, anda harus membayar at least 3 kali ganda daripada harga sebenar. Ini memang relevan dengan dunia realiti di mana harga seseorang pemain itu akan berkurang selari dengan tempoh kontraknya. Contoh yang masih fresh, perpindahan Steven Pienaar dari Everton ke Spurs hanya bernilai 3 juta pound kerana kontraknya akan tamat pada musim panas ini. Bagi mengelakkan daripada Pienaar pergi secara percuma melalui Bosman ruling, Everton membuat keputusan untuk 'cash in' sahaja Pienaar walaupun dia merupakan tunjang kepada jentera tengah Everton. Nilai Pienaar pasti lebih tinggi jika dia berada di bawah kontrak jangka masa panjang.

4) Andy Carroll is the next Alan Shearer

Melihat gaya permanian (sengaja typo bagi menambah unsur komedi) Andy Carroll di Newcastle, kita seakan-akan melihat kelibat seorang lagenda Geordie, Alan Shearer, seorang English traditional centre forward. Persamaan yang paling ketara adalah 'arial prowess' nya. Kepala Alan Shearer merupakan kaki ketiganya. Jaringan melalui kepalanya di Newcastle sahaja boleh mengatasi jumlah jaringan keseluruhan Emile Heskey di Liverpool #emileheskeyjokes

Andy Carroll adalah Peter Crouch versi yang lebih handal, lebih besar dan lebih gagah. Saiz organ reproduksinya sahaja yang tidak dapat menandingi Crouch. Gaya fizikalnya itu menjadikannya seorang calon yang sesuai untuk menjadi target man. Sebagai seorang target man, dia boleh hold up bola, mengumpan pertahanan untuk keluar dari posisi, dan kemudian membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol. Sebelum mengalami kecederaan, Andy telah menjaringkan 11 gol dan 6 assist pada musim ini, dan 18 bonus points bagi mereka yang bermain Liga Fantasi Sokernet (Anfield Heroes sekarang di tangga ke-9). Memang tiada kesangsian lagi yang Andy Carroll memiliki potensi untuk menjadi penyerang no 1 negara tanah tumpah darah kedua kita iaitu England bersama Wayne 'GILFHUNTER' Rooney.

Jika anda masih tidak dapat menerima kenyataan yang Andy Carroll berharga £35m berdasarkan sebab-sebab di atas, kita besarkan sedikit skop perbincangan, adakah Cristiano Ronaldo bernilai £80m?

Semoga skim perbankan Islamik Standard Chartered akan memberkati usaha kita di musim ini, Inshaallah, Inshallah (gaya Maher Zain).

Tuesday, February 1, 2011

Tanda-Tanda Hari Raya Cina Akan Tiba

Walaupun saya akan bekerja di Hari Raya Cina nanti, itu tidak bermakna yang saya ini racist. Untuk membuktikan yang saya ini bukan racist, saya akan membuat satu entri Tahun Baru Cina selari dengan konsep 1Malaysia yang diterap oleh Perdana Menteri di dalam diri. Tak kisahla walaupun entri ini direcycle setiap tahun. Hee hee. Lagipun aku sedang berduka. Anda mungkin tahu mengapa. Tapi esoklah kita cerita pasal benda yang mengguris hati itu dengan terperinci. Ayuh kita kaji bagaimana Hari Raya Cina mempengaruhi hidup kita.

1) Anda akan dibanjiri buah limau dan boleh membuka sebuah gerai limau secara kecil-kecilan. Yelah jiran anda sedekahkan limau, mak anda buat air limau, boss anda memberi bonus sekotak limau. Siang malam pagi petang semuanya limau sampai anda pun jadi lemau sebelum membuat gaya Fei Mau. Gila hebat teknik rhyme aku.


2) Kehadiran Prosperity Burger di McD merupakan tanda yang obvious. Apa yang anda tidak tahu adalah penjaja burger Ramly secara kecil-kecilan turut mencetak rompak konsep tersebut. Contohnya gerai Burger Abang Ropi di hadapan 7-11 rumah aku akan menambah menunya sempena raya Cina dengan menjual burger berasaskan Cina seperti Burger Limau Mandarin dan burger oblong di pasar malam.

3) Lagu raya Cina mula berkumandang di radio. Antara lagu raya Cina yang popular ialah Musafir di Raya Cina dendangan S. Jee Beng, Satu Hari di Hari Raya Cina dendangan Em Na Siew serta Menjelang Hari Raya Cina dendangan DJ Dave Wong.

4) Pakcik yang tiap-tiap tahun pakai baju Cheongsam yang sama akan keluar di kaca televisyen dan mengungkapkan skrip yang sama setiap tahun mengumumkan ketibaan raya Cina. Dammit apasal point no 3 dan no 4 ni aku macam Tanda-Tanda Hari Raya Melayu Akan Tiba cuma aku tukar je elemen Melayu kepada elemen Cina?

5) Televisyen dan panggung wayang akan dipenuhi dengan filem All Well Ends Well. Tak kiralah daripada versi klasik Stephen Chow sehinggalah ke versi terbaru lakonan Louis Koo.

6) Ofis dan jalanraya mula lengang kerana orang Cina semuanya sudah pulang ke kampung. Tetapi sebagai orang yang bekerja di kompeni yang tidak percayakan konsep ang pow, aku tidak dapat merasakan nikmat bercuti di Hari Raya Cina. Or Raya India. Or Raya Gawai. Or Raya Yahudi.

7) Warna merah dikatakan dapat memberi 'ong' di hari raya Cina. So kalau ada yang ekstrim sangat tu semua benda nak dimerahkannya. Baju nak warna merah, rambut nak warna merah, seluar ada tompok merah....no no itu sebab terlupa pakai Whisper.

8) Raya Cina akan tiba apabila aku membuat entri racist tahunan sebegini sambil mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada rakan-rakan CIna aku seperti Sook Fun, Andrew Chan Wai Jien, Sharon, Neo Way Chiang, Tan Yee Hao, John Hoo Chee Kiong, Adam Phong Wei Hoong, Cong U Hong, Adam Johari, Chua Shi Yun, Yip Chia Wei Justin, Ling Leong Wei, Lim Fei Yee, Teo Pu Lang, Tee Lee Ying, Ding Ngok Fung, Ho Kah Ling, Calvin Loi Hui Meng and his girlfriend Acute Critique, Bernard Huen, Chin Kah wei, Loke Mun Leong, Su Yong Gan, Tan Hooi Lay, Joanne Lee, Mimil Chen, Jean Khoo. Wish you all the happiness this Chinese New Year with your family and friends. Lei hou leng! Ngo hou leng chai?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...