Wednesday, March 30, 2011

'Silly' Things Women Do To Impress Men

Dalam arena 'ngurat-mengurat' ini, selalunya orang lelaki yang akan mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu di luar norma kehidupan bagi menarik perhatian gadis yang diminati. Namun begitu, ini tidak bermakna yang gadis-gadis hanya sekadar perlu mendepakan tangan menanti layanan istimewa daripada lelaki, kerana orang lelaki turut mendambakan perhatian daripada gadis-gadis. Tiada istilah perigi mencari timba di sini. Maka seperti orang lelaki, gadis-gadis akan keluar dari zon selesa mereka untuk membuat lelaki berkata 'WOW' di dalam hati tanpa perlu keluar dari telur macam Lady Gaga. Akan tetapi, dalam usaha gadis-gadis untuk menarik perhatian kaum jejaka, mereka kadang-kadang tidak sedar yang taktik memikat mereka itu sebenarnya meletakkan mereka dalam situasi yang menjengkelkan. Ayuh kita lihat perkara-perkara yang gadis-gadis lakukan untuk menarik perhatian jejaka.

1) Berpura-pura meminati bola sepak

Kaum lelaki memiliki ego yang sangat tinggi. Gadis-gadis boleh mencabar keegoan lelaki dengan menunjukkan minat dan keterujaan yang mendalam dengan bercakap tentang kereta, gajet / teknologi serta bola sepak. Di sini kita sedia maklum yang orang lelaki yang tipikal mengamalkan konsep main bola, makan bola, main bola di kocek, serta tidur bola. Segala-galanyalah ada unsur bola. Menyedari hakikat ini, gadis-gadis sangka mereka ada ruang untuk mencelah, dan mengekspoitasi minat orang lelaki bagi menarik perhatian mereka dengan berpura-pura menunjukkan minat terhadap bola sepak.

Kami tiada masalah jika gadis-gadis hendak bercakap tentang bola sepak. Malah kami akan berasa teruja dan mungkin akan berkata di dalam hati "kool juga kau ni gadis walaupun ada double chin". Tetapi jika anda mengeluarkan ayat-ayat tipikal seperti "Eiii Liverpool tak best Man U la bestttt" atau "I suka David Beckham sebab dia hensem" kepada kami, maka kami akan mengetap bibir dan mengeraskan skrotum tanda hangin. Match malam tadi pun kalian tidak peduli maka akan tergurisla hati kami jika kalian mengeluarkan kenyataan sedemikian. Macam ni la, cuba korang gadis-gadis sedang bercakap tentang beg tangan LV korang yang original dan mahal tu, lepas tu ada jejaka menyampuk kata "Eh LV tak best Samsonite la best" apa yang gadis-gadis akan rasa? Kenyataan itu kosong dan tidak ada semangat fashionistas langsung bukan?

Anda tidak perlu memaksa diri untuk ikut kami menonton bola sepak di mapley. Anda juga tidak perlu membazirkan wang membeli jersey Arsenal yang original. Anda juga tidak perlu rasa malu jika tidak tahu apa erti offside. Cukup sekadar anda memberi keizinan kepada kami untuk balik lambat sekali-sekala menonton bola sepak di luar.

2) Menyembunyikan CD Justin Bieber dan memaksa diri mendengar muzik 'keras'

There's absolutely nothing wrong for a girl to listen to Justin Bieber. Ada mentaliti gadis-gadis yang menganggap jika mereka mula mendengar muzik berat penuh emosi dan carutan setelah mereka nampak kita memakai Tshirt sesuatu kugiran itu, mereka akan menjadi kool sekaligus dapat menarik perhatian kita. Padahal mereka memang tidak menggemari genre muzik sebegitu. Mendengar muzik itu mungkin kool tetapi memindahkan mood dan gaya perilaku muzik itu di dalam hidup tidak menjadikan anda kool sebenarnya. Hilang kewanitaan anda melihat anda terkinja-kinja sambil mencarut-carut mengikut irama lagu sedangkan kami sendiri pun tidak berperilaku sedemikian.

Mari kita lihat poin ini daripada sudut yang berbeza. Bagaimana pula jika gadis-gadis cuba impress kita dengan mendengar lagu Maher Zain sebab kita ni jenis yang tengok rancangan realiti Islamik seperti Makmum Muda ataupun Akademi Qiraati? Nampak sangat lakonannya tiba-tiba nyanyi Ishaallah Inshaallah tapi pakai skirt pendek nampak bulu peha lupa nak Veet.

3) TOO MUCH make up / perfume / tan / skin

Anda pernah tak dengar lagu Spice Girls Too Much? "Tooooo much of something, is baaaaad enough..." Menggunakan bait itu sebagai rujukan, gadis-gadis kadang-kadang tidak sedar mereka mengenakan terlalu banyak make up di muka macam nak pergi audition filem bagi melakonkan watak Mona Fandey. Mungkin mereka berasa insecure apabila ternampak SEBIJI jerawat tumbuh di pipi sekaligus menganggap wajah mereka hodoh seperti terkena asid hidroklorik. Itu yang dia tempek blusher sampai jadi macam Doink The Clown ataupun pakai eyeliner sehingga wajah mereka jadi seperti Adam Lambert.

Minyak wangi pun sama. Instead of mandi bunga, agaknya korang mandi dalam bath tub yang dipenuhi dengan minyak wangi sebelum keluar pergi dating. Bau menusuk hidung walaupun baru sekadar bercakap di telefon. Tidak perlu letak banyak-banyak. Tak letak langsung memang out of the question la kan. Sekali lagi mengambil lagu Spice Girls "Too much of nothing, is just as tough.." Tak mahulah keluar dating dengan anda tetapi berbau siamang.

Gadis melayu tipikal memang tak pergi tanning. Tapi gadis-gadis Melayu bandar yang aku selalu tengok di kompleks membeli-belah Midvalley, huii warna kulit dia dah jadi macam Snooki (pic below) dalam rancangan Jersey Shore dah. Warna kulit je begitu 'coklat' tapi dialek pantai Timur mereka masih lagi pekat kedengaran. Cantik ke begitu? Nak bersentuhan kulit walaupun masih bukan mahram pun rasa tak selesa.


Too much skin? Ok kami appreciate anda memakai kostum Wonder Woman untuk memikat kami sekaligus membuatkan berlakunya pergerakan yang natural terhadap organ reproduksi kami di dalam seluar. Namun begitu, perkara yang sama akan berlaku terhadap organ reproduksi lelaki lain yang melihat anda. Ya ya kami faham anda pakai seksi untuk kami, tapi kalau sekadar untuk kami sahaja kami tak kisah. Jangan pulak kita tengah dating nanti mata orang lelaki jadi juling air macam Rita Rudaini ketika bertembung dengan anda.

4) Menggunakan wang ringgit untuk memikat hati jejaka

Jika anda sangka anda dapat menggunakan wang ringgit untuk membeli cinta kami, maka sangkaan anda meleset. Ya kami sedar dewasa kini gaji orang perempuan secara puratanya lebih tinggi daripada orang lelaki mampu menyara hidup kami. Tetapi jika anda asyik mengeluarkan wang membeli kami gajet-gajet terbaru, kasut SB Dunk model terbaru, mahupun membelanja kami makan di tempat-tempat yang mewah, status anda mungkin berubah menjadi sugar mummy. Cinta itu sepatutnya dipupuk bukan dibeli. Tetapi seperti yang telah dinyatakan, ego orang lelaki ni tinggi. Mereka ingin rasa yang mereka dominan di dalam sesuatu perhubungan, so biar sahaja orang lelaki yang mengeluarkan wang, biar sahaja mereka menjadi provider. Ok sekarang juga anda boleh minta beg tangan Jurulatih kat kami. Cough.

Dalam hal ini, kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan gadis jika mereka nampak 'trying too hard' dalam usaha untuk menarik perhatian kita. Girls tend to overthink things, maka sudah pastilah mereka akan berfikir jauh, perhaps terlalu jauh, tentang natijah yang bakal menimpa jika kita tidak berminat dengan diri mereka yang sebenar. In the end, apa yang mereka lakukan adalah untuk kita, maka sebagai seorang lelaki yang gentleman, anda harus embrace usaha mereka. Mana tahu dengan bimbingan dan sokongan anda mereka akan dapat mengenal pasti siapa itu Asamoah Gyan? Mungkin dalam entri yang akan datang kita akan bincangkan tentang Silly Things Men Do To Impress Women pula. Hehe.

Friday, March 25, 2011

Mengenali Jenis-Jenis Manusia Di Kenduri

Kenduri...bilakah kali terakhir anda pergi ke kenduri? Kenduri di sini bukanlah kenduri kahwin, tetapi kenduri yang melibatkan baca-baca seperti kenduri tahlil ataupun kenduri doa selamat minta diselamatkan daripada bentan selepas sunat. Last time aku pergi kenduri beberapa minggu lalu kat rumah Mak Long. Tapi aku kini sudah besar dan memiliki lesen memandu sendiri, so aku selalu kata kat mama agar pergi dahulu dan tak perlu tunggu aku. Padahal itu adalah taktik aku untuk pergi lambat-lambat agar tak perlu baca-baca, sampai-sampai terus boleh makan. Ahh jangan kau nak judge aku korang pun sama. Apapun, setiap kali kita pergi kenduri, kita mungkin dapat melihat karekter-karekter tipikal yang selalu kita jumpa ketika kenduri. Ayuh teruskan membaca.

1) Pakcik naik syeh ketika berzikir

Aku yakin kalian pernah melihat watak sebegini. Ketika sedang baca-baca, terutamanya ketika part berzikir, mesti ada seorang pakcik yang lebih emosi daripada yang lain. Simptom pertama yang kita boleh lihat adalah daripada gerak badannya. Dia kelihatan seperti seorang bomoh hujan sedang menurun , ataupun mengalami kekejangan otot menggerakkan badannya ke kiri dan ke kanan sehingga mengganggu konsentrasi ahli kenduri lain seperti aku yang tak boleh tengok benda luar daripada kebiasaan semua nak komen.

Simptom yang kedua adalah pronunciationnya. Ada part dia akan sebut perlahan dan part dia tiba-tiba akan sergah kau, terutamanya bahagian yang hujung-hujung tu. Kalau kau jenis yang mudah terkujat anda mungkin akan menjerit sama berulang-ulang kali.

2) That one makcik / pakcik / cousin you always had a crush on


Saudara-mara ni bukannya kita selalu jumpa kan. Selalunya time hari raya lah baru boleh jumpa. Itu pun setahun sekali. So kalau nasib baik bolehla jumpa waktu kenduri sebegini. So setiap kali ada kenduri, mesti ada sorang makcik / pakcik / dua tiga pupu yang korang look forward nak jumpa. Mungkin sebab makcik kau tu MILF. Mungkin sebab pakcik kau tu masih muda tak kahwin lagi dan hensem. Mungkin sebab sepupu kau tu comel. Mungkin sebab absense makes the heart grows fonder. Chewahh. Tapi takdelah pergi menggatal pun dengan mereka sekadar cuci mata sahaja.

3) Pakcik anti kerajaan

Lepas sesi baca-baca, pastilah ada sesi makan-makan bukan? Masa ini sepatutnya digunakan untuk catch up bercerita tentang kejayaan anak-anak masuk universiti mana ataupun mereka bercinta dengan anak Datuk mana. Tapi mesti ada seorang pakcik yang dominan akan membuka cerita politik. Mereka adalah pro pembangkang, dan akan mendedahkan segala rahsia dan konspirasi kerajaan tanpa rasa bimbang ditahan oleh ISA. Mereka juga assume yang orang lain juga anti kerajaan, dan the weird thing is, tiada seorang pun yang berani mencelah untuk menbantah hujah-hujah mereka ketika menaburkan fitnah kepada Perdana Menteri kita yang tercinta. Huii semangat gila cerita siap buat gaya tangan disusuli dengan kata-kata kesat walaupun ada anak-anak kecil duduk berhampiran. Ini tengah hangat cerita pasal sextape ni diorang pun sibuk deny cakap itu bukan pemimpin pembangkang walaupun mereka tak pernah tengok sextape itu apatah lagi sextape Usher.

4) Pakcik yang ingat kau masih muda

Ok ok siapa yang tak pernah dengar ayat ala-ala begini memang berbohong: "Eh kau ni anak Rosly kan? Wahhh dah bujang ye kau. Bila nak kahwin ni?" We got that same ayat from the same person for the past 7 years. Of course la pakcik kami sudah besar. Pakcik je yang kurang daya ingatan, no offense.

5) Remaja buat muncung sebab terpaksa ikut pergi kenduri

Remaja sekarang ni semuanya nak berlagak rebel. Malulah beb kalau orang nampak kita hang out dengan keluarga kita yang kolot. Tapi pasti ada satu masa kita tak boleh nak escape kena juga pergi kenduri yang dianjurkan sanak saudara. Macam yang mama aku selalu kata "Jai, kita kena campur dengan saudara. Nanti Ijai tak kenal saudara. Kalau Ijai nak kahwin nanti haa macamana nak minta tolong dengan saudara-mara?"

Dulu-dulu aku remaja juga pernah mengalami situasi di atas. Senang je nak tengok muka orang yang ikhlas ikut keluarga pergi kenduri ni. Muka ketat muncung panjang lepas tu duduk di sudut-sudut terlindung agar dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain. Lepas tu duduk main handphone. Sekarang ni bestla budak tak habis sekolah semua pakai smartphone boleh main Fesbuk boleh tengok klip video Rebecca Black kat Youtube. Aku dulu pakai Nokia 3310 je entah berapa puluh round dah aku main snake. Nak call awek dulu kita pakai prepaid takde kredit.

6) Non relative yang berlagak penting

Selalunya mereka terdiri daripada jiran tetangga ataupun ahli surau. Dialah yang menyambut tetamu bajet kenal semua orang, dialah yang menentukan tempat duduk anda, dialah yang suruh kanak-kanak senyap, dialah tukang tuang nasi dan suruh orang beratur tapi bila time mengemas, dia lesap. Sebagai saudara kandung, aku pastilah memiliki ego yang tinggi. Mestilah aku hangin kalau ada strangers suruh aku buat itu ini dan tak kenal aku ni anak Rosly.

Adakah anda pernah berjumpa dengan watak-watak tipikal di atas? Jika anda ada pengalaman kenduri yang menarik, ayuh kongsikan bersama. Anda sudah besar, kalau ada kenduri janganlah buat-buat sakit perut untuk escape kenduri nanti di kala kesusahn kena tangkap polis ke, haa sedara-mara kita juga nak tolong ikat jamin. Oh buku di bawah ini disyorkan jika anda mahu menganjurkan sebuah kenduri yang berjaya:



Tuesday, March 22, 2011

Makan Malam di Restoran Berputar Seri Angkasa

Hari Ahad yang lalu merupakan hari jadi Da'Killa. Oleh kerana tahun ini tiada parti liar mengejut yang dianjurkan seperti tahun lepas, kami membuat keputusan untuk pergi makan malam di tempat yang di luar habitat kami. Demi menunjukkan cinta suci bak lagu Apa Saja dendangan KRU, "...apa saja untukmu ke dasar lautan biru bertaruh nyawa andai kau damba mutiara di hari lahirmu...", cuma bezanya aku takdelah pergi terjun laut cari mutiara, sebaliknya aku mengatasi fobia takutkan ketinggian dengan membaham 282m di udara mencari mutiara di Restoran Berputar Seri Angkasa. Entahla aku pun pening dengan ayat aku sendiri.

Seumur hidup aku, aku tak pernah pergi Menara KL. Kalau tiada sebab memang aku takkan pergi pun sebab aku ni gayat orangnya. Tapi mendengar sok sek sok sek orang kata kita boleh melihat panorama indah kotaraya Metropolitan di waktu malam sambil menikmati juadah dalam suasana romantik menyebabkan aku memberanikan diri membuat tempahan untuk dua orang di Restoran Berputar Seri Angkasa. Set buffet makan malam dia berharga RM135, nampak macam mahal tapi aku rasa harga dia sebegitu sebab nak tanggung kos bateri nak pusingkan restoran tu. But I'm not complaining about the price; sekali sekala makan di tempat istimewa di hari istimewa bersama orang yang istimewa apa salahnya kan? Ayuh teruskan membaca.

Sebelum pergi ke KL Tower, ada sedikit jamuan hari jadi di rumah Mak Lang Da'Killa. Ahh ini adalah tidak dijangka, aku dahla tak potong rambut lagi dan pakai tshirt offensive aku dengan kasut Justin Bieber mungkin wang hantaran akan dinaikkan nanti kerana telah memberi impression yang buruk.



Anyway jika Mak Lang Da'Killa membaca entri ini, terima kasih kerana menghidangkan keropok lekor dan karipap yang paling lazat yang pernah saya rasa. Ini bukan menipu, cuma mengampu. Selepas itu kami pergi tonton filem The Adjustment Bureau. Korang patut tonton filem itu instead of tengok Big Momma. Ulasan filem di hujung bulan ok.

Dinner pukul 8. Lepas maghrib kami tiba. Tak perlu bayar tiket untuk naik ke restoran sebab dah kira sekali dengan apa yang kita bayar untuk dinner kot. Kat bawah tu ada banyak kedai cenderahati yang mahal dan pameran pondok telefon. Sebelum naik lif ada sesi bergambar percuma kalau mahu gambar baru bayar. Boleh pulak photographer tu cakap "Eh dekatla sikit dengan wife you tu.." Eh wajah aku ni tampak seperti dah kahwin kah? Selepas mengambil pil mabuk udara kami pun naiklah lif.

Dari pintu restoran aku boleh nampak seorang makcik berdiri statik tapi bergerak ke kanan macam momok dengan kelajuan 5km/j. Huii memang jakun ah melihat restoran ini berputar. Ok mengikut penjelasan dayang restoran, kalau makan buffet, ada 3 stesen iaitu appetizer, main course dan dessert. Appetizer dia aku ambil spaghetti dengan 3 sos, daging dan ayam salai, sup sayur, dengan roti apa ntah.


Tema restoran Seri Angkasa ini adalah makanan tempatan, so tidak hairanlah main course makanan yang familiar. Kami memenuhkan pinggan kami dengan pelbagai jenis daging kecuali daging babi sebab makanan yang dihidangkan adalah halal. Mengikut putaran jam, daging sotong kurita, daging itik masak kurma, ikan stim, sate ayam, dan kambing bakar. Sotong dia rasa tawar, or maybe tekak aku yang tak boleh terima tapi daging itik dia memang lazat sehingga menjilat dinding.


Da'Killa membaham rojak buah dan roti naan. Kuah rojak dia manis, dan tak pedas. Roti naan dia pula alah Ameerali punya aku rasa lagi kick. Tapi kuah dia ada kepelbagaianla. Chutney Mangga dia panggil.



Aku rasa juadah yang paling sedap apabila membaham di sini adalah pencuci mulutnya. Serius kalau kau tengok pilihan dia pun dah boleh kena diabetes dah. Rambang mata aku nak memilih so aku pilih yang warna warni dan berbentuk unik sahaja. Aiskrim dia aiskrim yang generic bukanlah aiskrim Baskin Robbins macam buffet kat Impiana Hotel dahulu, tapi still sedap.


The best part about this restaurant is, it is moving in circles! Kalau korang jenis yang metroseksual macam aku ni mungkin boleh rasa pening. Malam tu sempatlah pusing nampak KLCC dua kali serta kesesakan lalulintas di MRR2.


Tapi satu disadvantage anda mengambil hidangan buffet adalah tiada minuman menarik yang disediakan. Setahu aku, hanya kopi dan teh yang termasuk dalam harga buffet. Air coke dia kalau order segelas dah RM13 oh em ji. Nak air kosong kena ambil sendiri kat tandas. Haha ok jenaka. Sebut pasal tandas, 2-3 kali jugalah aku masuk tandas sebab nak muntah di mulut dan di punggung. Tak pastila sebab restoran tu berpusing ataupun aku memang tengah tak sihat pada masa itu. Tapi betul ke kalau kita berak kat atas tu bahan buangan kita akan dilepaskan di udara? Hmm entahlah.

Overall makanan dia aku rasa biasa-biasa je. Kena pastikan anda datang dengan perut yang kosong kerana wallet anda akan kosong selepas membayar nanti. If you ask me berbaloi atau tidak RM 135 seorang, kalau pergi dengan orang tertentu di hari tertentu, I'd say yes for the ambiance dan the experience (berputar 282m di atas udara beb!). Pelayan dia pun ramah dan friendly, servis mereka juga pantas. Masa makan anda akan dihiburkan dengan abang main piano menyanyi lagu-lagu cinta klasik. Kau nak buat lagu permintaan Like A Geesik ataupun lagu Happy Birthday pun boleh. Tapi kalau kau kool tak perlu buat dedication, kau menyanyi terus untuk gadis tersayang. Hee hee. Ok teknik bergambar ezajerit di situ.


Balik rumah, aku terus muntah dan cirit-birit dah dua hari dah ni. Doktor bagi MC. Da'Killa tak kena so maybe perut aku yang bermasalah. Aihh...

Sila layari laman web rasmi jika anda mahu lebih maklumat tentang restoran Seri Angkasa: http://www.serimelayu.com/restaurants/angkasa_kl/index.html

Sunday, March 20, 2011

Hari Ini Hari Jadi da' Killa!

This is a story of a girl,
Another year, another story to be told,
Today she's twenty six,
That's old let's call her 'makcik',
This is your last birthday as a single lady,
Next year you're gonna be Mrs Faizal Rosly,
Feel free to ask for that Coach or Gucci,
Hehe then we can cross that off the hantaran list nanti,
Sometimes I wonder why you're crazy about me,
Perut boroi, jerawat banyak, baki bank tak mencukupi,
I guess those things do not matter,
Because in the end, it's Yang Penting Rupe,
I always love it when you flash me that dazzling smile,
So bright and shiny I could see it from a thousand miles,
This poem is starting to get corny,
Alah sekali sekala jiwang karat begini,
Haha I guess I better stop writing now,
Dah masuk waktu saya nak pergi surau,
I wish you all the happiness on this special day,
Together forever, come what may!


Selamat hari jadi Nurdatillah Hasim. Awak tahu tak awak gadis yang paling jelita di Asia Tenggara ni? Ayuh kawan-kawan, ramai-ramai kita ucapkan, 'Selamat Hari Jadi Datillah!'. Maaf peminat fanatik gadis-gadis jika hati anda remuk setelah membaca entri ini.

Thursday, March 17, 2011

Now We Know What's After Friday!

Selamat pagi. Ok hari ini kita akan buat satu eksperimen. Sila dengar lagu dan tonton klip video di bawah dengan perhatian penuh.



Dah dengar? Ok sekarang dengar sekali lagi.

Now that the song is stuck in your head forever, tell me what do you feel.

a) Rasa nak tikam mata dengan garfu?
b) Rasa nak lari laju-laju kemudian membuat tanduk terbang di dinding?
c) Ataupun anda rasa nak kumpul duit untuk beli tiket mana tahu dia nak datang buat konsert kat Malaysia?

Sedikit latar belakang di sini. Rebecca Black adalah seorang gadis remaja berumur 13 tahun yang normal, sehinggalah klip video singlenya 'Friday' menjadi viral di Internet. Kira macam Justin Bieber versi gadis la. Hangat dibincangkan di Youtube, Twitter dan Facebook. It's unbelievably catchy and infectious, aku pun baru dengar malam tadi dan lagu itu terus menghantui aku sehingga aku dengan tak rela mengungkapkan bait-bait lagu itu sepanjang perjalanan pulang dari kerja. So mana boleh aku sengsara seorang diri, mestilah aku nak berkongsi dengan kalian kan. Haa haa.

Pada pendapat aku, lagu ini menjadi popular bukan kerana lagu ini hebat (obviously), tetapi orang tengok sebab nak keji. Keji tak keji, adik Black kini telah berjaya mengecapi populariti. Ini merupakan taktik pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dengan mengeksploitasikan kanak-kanak yang naif yang dambakan perhatian dengan menyanyikan lagu dengan lirik literal yang tiada nilai artistik dan dinyanyikan dengan bantuan autotune. Kamonlah, lirik apa ini? Lirik lagu 'Artis Kita' aku pula tampak gagah jika dibandingkan dengan lirik sebegini.

Today is Friday, Friday
We, we, we so excited we so excited
We gonna have a ball today
Tomorrow is Saturday
And Sunday comes afterward


Ini bukan salah Rebecca, ini salah keluarga dia kerana tidak memikirkan kesan jangka masa panjang terhadap fenomena ini. Cuba kau tunjuk klip video tu kat mak abah korang, dan tanya mereka if mereka akan benarkan anda beraksi sedemikian di dalam klip video itu. Bangun pagi pergi sekolah, jumpa kawan-kawan yang tiada lesen bawak kereta lepas tu boleh lepaskan stereng pula ketika memandu. Tak ke bahaya tu? Hujung minggu pulak berparti walaupun baru mumayyiz. Ibu bapa yang waras dan protective akan merotan anda kerana mereka tahu klip video itu akan mengaibkan keluarga. Ahh aib tak aib, kita sama-sama telah terlibat jadi ayuh kita embrace weekend kita bersama Rebecca!

Beware people, we have the Bieber Fever, now the Black Plague is coming.

Now seriously, tell me what you feel after listening to that song.

Wednesday, March 16, 2011

Seronoknya Menjadi Megatron!

Hai. Nama saya Persona Megatron. Orang panggil saya Mega. Saya merupakan kucing kesayangan mama. Memang seronok menjadi saya. Saya mempunyai kebolehan untuk memecahkan pasu bunga ataupun pinggan antik mama tanpa mendapat hukuman yang sewajarnya. Mama nak marah saya pun tak sampai hati melihat kecomelan saya. Saya juga mempunyai kebolehan untuk tidur nyenyak di mana-mana lokasi di dalam rumah dengan posisi yang mengghairahkan. Maka hari ini saya akan menghiburkan anda dengan gambar-gambar saya yang comel kerana ini merupakan taktik tuan saya untuk tidak menulis blog dengan normal. Ayuh kita lihat gambar-gambar bajet comel saya.


Haiii jika anda tiada idea nak bawa buah tangan apa ketika melawat rakan baru lepas beranak di hospital, letakkan sahaja saya di dalam bakul untuk dijadikan cenderahati.


Ummm yeahhh you wanna join me in this 'bath tub' bebeh? Ummm yeahhhh.


Ke kiri...


....dan ke kanan. Macam main Kinect Dance Central pulak.


Kita sudahi dengan gaya tidur kuak lentang.

Seronoknya menjadi Megatron.

Monday, March 14, 2011

Tanda-Tanda Anda Semakin Gemuk

Hai apa khabar semua? Dewasa kini, gaya hidup moden kita menghalang kita daripada bersenam mengeluarkan peluh. Sibuk, mana ada masa nak pergi jogging, nak bersetubuh dengan kerap melebihi daripada 1 posisi, ataupun nak pergi gym semua. Makan pun tak jaga main sumbat sahaja benda-benda mengarut di dalam mulut tanpa mengira dahulu bilangan kalori. Faktor-faktor tersebut menjadikan kita seorang yang gemuk. Tapi kita sentiasa hidup dalam keadaan denial, taknak mengaku yang berat badan kita ini semakin bertambah, termasuklah aku. Oleh itu, hari ini kita akan melihat tanda-tanda fizikal mahupun mental yang menunjukkan anda ini semakin gemuk, tak kiralah lelaki ataupun perempuan.

1) Berdiri tegak. Pandang ke bawah. Jika perut anda menghalang anda daripada melihat organ reproduksi anda, saya telah membuktikan yang anda ini gemuk. Orang kata aku boroi, tapi contoh ini tidak dapat membuktikan yang aku ini boroi kerana aku still nampak organ reproduksi aku, but then again aku memiliki organ reproduksi bersaiz Olimpik, tu yang nampak tu.

2) Jika anda pergi menimbang berat anda di mesin penimbang di kompleks membeli-belah, mesin tu memberi arahan untuk memasukkan lebih banyak syiling.

3) Nama anda dan bengkung Premium Beautiful kini digunakan dalam satu ayat. By the way contoh ini tiada kaitan dengan mana-mana penyanyi tempatan yang bersaiz besar.


4) Anda membeli iPad kerana tidak boleh menggerakkan jari anda di iPhone.

5) Setiap kali anda makan, anda berkata kepada diri sendiri "Mmmm I should stop eating"

6) Tshirt yang anda pakai kini menjadi seperti baju dalam ataupun sports bra yang orang selalu pakai dalam VCD aerobik tu.

7) Anda berasa marah kalau orang panggil anda gemuk.

8) Dalam geng rempit anda, anda tidak lagi dikenali sebagai Azroy, tetapi digelar Kuzi (Gila-Gila Remaja). Kuuuuuuu jejak jalan yang berrrrrrlikuuu.


9) Teman lelaki anda memutuskan hubungan percintaan dengan anda secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab yang kukuh.

10) Anda rasa Jack Black itu comel, dan Rikishi Patu itu hensem. Tak boleh letak contoh selebriti tempatan, sensitif hoccayy.

11) Di peti ais rumah anda kini sudah ada rantai dan mangga.

12) Ketika menonton menonton televisyen, perut anda dijadikan tempat untuk meletakkan remote control ataupun minuman bertenaga.

13) Lubang di tali pinggang ataupun jam tangan kini hanya tinggal satu.

14) Apabila anda berjalan di kompleks membeli-belah, pekerja di kedai alatan senaman memanggil-manggil anda dari jauh untuk mencuba alat senaman di kedai mereka.

15) Anda menepati semua ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas.

Just to clarify here, I have nothing against fat people and in fact, I can be considered fat. Taknak mengaku je. Seluar jeans aku saiz pinggang 33", tapi itu pun sebab aku pakai kat bawah perut. Seluar hari raya aku pula 36" kerana penjahit itu mengukur ukurlilit perut tepat pada lokasinya. Saya berharap dengan contoh-contoh di atas, kita akan menyedari hakikat yang kita ini gempal dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat agar dapat mengurangkan kebarangkalian diserang penyakit kardiovaskular akibat daripada kadar kolestrol dan lemak berlebihan di dalam diri. Inshaallah ada jalannya.

Wednesday, March 9, 2011

Cara-Cara Membentuk Kumpulan Nasyid Popular

Assalamualaikumwarahmatulahiwabarakatuh. Dewasa kini, genre nasyid (ataupun nasheed bagi geng usrah) telah kembali menguasai carta dan airplay di radio dengan kehadiran Maher Zain. Namun begitu, sebelum kelunakan suara Maher Zain mencairkan hati gadis-gadis Melayu ni, genre nasyid pernah menjadi genre muzik yang paling popular di Malaysia pada satu masa dahulu. Dipelopori oleh Raihan, kumpulan nasyid muncul satu persatu bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). Kumpulan nasyid hanya memainkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan secara positif. Kumpulan black metal Cradle of Filth juga menyanyikan lagu berunsurkan ketuhanan tetapi mereka tidak boleh dikategorikan sebagai kumpulan nasyid kerana mereka tidak percaya dengan Rukun Iman. Maka hari ini kita akan mengkaji formula untuk membentuk sebuah kumpulan nasyid yang popular untuk panduan anda di luar sana yang ingin memikat gadis-gadis bertudung.

1) Tidak perlu wajah yang tampan mahupun suara yang lunak

Untuk membentuk sebuah kumpulan nasyid popular, tidak semua ahli kumpulan nasyid mesti memiliki suara yang sedap. Kalau ada at least seorang yang boleh menyanyi pun dah cukup untuk membentuk satu kumpulan nasyid. Contoh yang paling ketara adalah kumpulan Rabbani. Arwah Ustaz Asri sahaja yang boleh menyanyi, ahli kumpulan lain hanya berfungsi untuk membunyikan harmoni yang ringkas, di samping membantu menjawab soalan ketika ditemubual oleh majalah nasyid popular Anjung Nasheed.

Kumpulan nasyid juga tidak seperti boyband yang mempertaruhkan wajah mereka untuk menarik minat pendengar. Sebaliknya, mereka menutup kekurangan di wajah mereka dengan cahaya keimanan yang terpancar daripada menyanyikan lagu-lagu yang berunsurkan nasihat dan menggalakkan percintaan selepas kahwin. Tapi ada jugalah ahli kumpulan nasyid yang hensem seperti Yassin Brothers dan Faizal Rosly Mirwana. Eh Tahir. Maka di sini kita boleh membuat kesimpulan, walaupun anda tiada paras rupa mahupun suara untuk menyertai Mentor, anda masih boleh membentuk kumpulan nasyid kerana mesej yang ingin disampaikan itu lebih penting.

2) Menggunakan alat muzik tiupan dan bertali memainkan nasyid pop kontemporari

Sebenarnya kumpulan nasyid ni dari dulu sudah wujud. Cuma bezanya, mereka ni memang kumpulan nasyid orthodoks, memainkan alat muzik percussion selari dengan pemahaman mereka untuk memberi hiburan yang tidak melalaikan. Tapi zaman moden ni kenalah beralih arah mengikut arus kemodenan. Genre nasyid sekarang dipanggil 'Nasyid Pop Kontemporari'. Raihan masa mula-mula keluar dulu memang main 100% percussion. Bila Raihan dah jual 500,000 unit album melebihi Awie, ramai pihak yang cuba menangguk di air yang jernih (sebab nasyid bukan keruh) membentuk kumpulan nasyid moden.

Dari situlah datangnya revolusi muzik nasyid itu sendiri. Daripada gendang dan kompang kini ditukar pula dengan running bassline sebelum disudahi dengan solo gitar selamat 2 minit. Haha ok ezajerit di situ. Mesej yang disampaikan masih lagi positif, cuma berubah daripada berunsur ketuhanan kepada percintaan selepas berkahwin ataupun mengajak manusia belajar bersungguh-sungguh di universiti. Antara kumpulan nasyid kontemporari yang paling popular adalah kumpulan In Team. Dengan bunyian sitar sebagai intro lagu, single kumpulan In Team Kasih Kekasih menjadi lagu tema percintaan suci remaja yang masih bersekolah menengah. "Seeeeebelum diijabkabulkan syaaariat tetap membataskannn". Melodi dan struktur lagu itu ternyata lari daripada lagu nasyid klasik, dan lebih menjurus ke arah lagu balada yang dinyanyikan oleh boyband. Sebab itulah ramai remaja khususnya yang meminati nasyid pop kontemporari.



3) Nama kumpulan mesti berbunyi orang putih

Selari dengan zaman globalisasi dan modernisasi ini, nama sesuatu kumpulan nasyid itu memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pendengar. Nama yang digunakan mestilah catchy dan urban. Anda masih boleh menggunakan nama kumpulan yang memberi maksud positif, tetapi anda boleh memanipulasi ejaannya untuk menjadikannya lebih American. Contohnya, Safwan lebih menarik jika dieja Saff One. In Team pula lebih lembut bunyinya berbanding Intim. Faiz pula macam kolot saja baik kita letak dia sebagai Far East.

Lagipun kalau dah nama orang putih ni, senang nak buat transition untuk berubah ke genre muzik lain. Contohnya masa belajar kat universiti dah terpengaruh pula dengan budaya barat tak mahu main nasyid lagi nak main punk rock pulak, Saff One boleh tukar jadi One Buck Short. Far East kalu dah taknak pergi masjid nak pergi clubbing, boleh tukar jadi Far East Movement.

4) Mesti menggayakan kostum yang serupa

Jika anda mahu membentuk kumpulan nasyid, anda mesti memiliki imej yang konsisten. Tak boleh sorang nak pakai serban, sorang nak nak pakai songkok, sorang lagi nak pakai tudung Yuna. Tak boleh. Kena sama je semua orang. Kalau sorang pakai kopiah Raihan, orang lain pun kena pakai kopiah Raihan juga. Kalau sorang pakai baju Melayu moden, orang lain kena ikut tak boleh nak pakai jersey Man U.


Namun begitu kostum kepala merupakan satu piawaian standard dalam membentuk sesebuah kumpulan nasyid itu. Pernahkah anda melihat kumpulan nasyid yang tidak memakai kostum kepala? Even Maher Zain yang solo tu pun selalu pakai topi main golf dia tu.

5) Mengetahui asas pergerakan tangan untuk membentuk koreografi nasyid


Kumpulan nasyid ni memang kita ketahui tidak banyak bergerak ataupun memiliki gaya joget dahsyat seperti KRU masa muda-muda. Tapi tak bolehlah duduk diam menyanyi sahaja kita kena pandai menggunakan pentas dan menggerakkan tubuh badan mengikut lirik yang dinyanyikan. Anggota badan yang paling penting untuk membentuk koreografi yang baik di dalam persembahan nasyid yang baik adalah tangan anda.

Jika anda selalu menggunakan tangan untuk beraksi seorang diri ketika horny, adalah lebih baik anda beralih arah kepada aksi positif di dalam nasyid. Antara gerakan-gerakan tangan yang popular di dalam nasyid adalah Gaya Menadah Tangan Memohon Keampunan, Gaya Menunjuk Ke Arah Sesuatu Tidak Pasti dan Gaya Menyilang Tangan Di Dada Untuk Menunjukkan Perasaan Cinta.

Jika kita mengikuti panduan-panduan di atas, saya yakin album sulung nasheed kita akan mencapai peringkat titanium. Alright so siapa nak join kugiran nasheed Y.P.R aku? Yang Penting Rohani bukan Yang Penting Rupa ok. Inshaallah ada jalannya.

Monday, March 7, 2011

Anda Memang Sudah Expect Kehadiran Entri Ini Bukan?

Aku seorang yang agak adil dan saksama. Tatkala pasukan kegemaran aku Liverpool tewas di kaki Manchester United, aku tetap akan membuat entri untuk menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi membiarkan kalian mengeji aku. Tetapi malam tadi merupakan malam kemenangan buat Liverpool maka inilah masanya untuk kalian peminat setia Manchester United menunjukkan kadar sportsmanship yang tinggi dengan menerima segala bentuk cacian dengan redha seperti yang telah kita persetujui dalam entri di bawah. Kemenangan Liverpool malam tadi memang lebih manis daripada biasa kerana aku pergi menonton di Tutti Fruity Bangi. Mahal nak arwah aiskrim tanpa lemak dia tapi it was definitely worth it. Bagus juga tengok bola di sana boleh cuci mata melihat gadis-gadis baru balik dari clubbing. Dengar kata itu kedai Ainul Aisyah? Tapi lain kalilah kita buat ulasan pasal Tutti Fruity hari ini kita nak cakap pasal Liverpool vs Man U. Ayuh teruskan membaca.

Menonton perlawanan malam tadi memang memberikan perasaan rama-rama di dalam perut, umpama mendapat ciuman terlarang daripada bukan mahram. Prospek melihat kelibat adik Carroll membuat kemunculan sulung ternyata menyeronokkan. Separuh masa pertama, adalah rasa cemas sedikit apabila Dimitar 'Lazyass' Berbatov menonjol bola dari luar kotak penalti kena tiang. Namun selepas itu Liverpool mengawal rentak permainan. Tag harga £22 juta pound sterling Luiz Suarez ternyata berbaloi setelah menunjukkan cara-cara hendak membuat skill 5 ringgit dengan betul. Tenang sahaja memperanjingkan Rafael, memperdayakan Carrick, melepasi Wes Brown dan kemudiannya mengaibkan Van der Sar pula meloloskan bola di celah kangkangnya sebelum disudahi dengan salam oleh abang Kuyt.

Suarez sekali lagi terlibat dengan gol kedua dengan menghantar cross yang cantik kepada NANI yang dengan tenang menanduk ke belakang kepada abang Kuyt yang menyambung tandukannya itu ke dalam gol. Malu dengan assistnya itu, Nani yang juga merupakan waiter sambilan di mapley Ameerali telah berpura-pura cedera apabila dikokak oleh Abang Carra dan kemudiannya MENANGIS teresak-esak setelah ditampar manja oleh Abang Gerrard. Kemenangan ternyata dalam genggaman Liverpool apabila sepakan percuma Suarez muntah dan Abang Kuyt melengkapkan hattricknya dengan penuh bergaya. Consolation goal depa kita tak perlu ulas.

So apa ayat counter attack yang kalian hendak berikan? Tak sabarnya aku nak dengar. Takpe tak perlu susah-susah, biar aku tolong buatkan ayat:

1) Alah kitorang still on top
2) Alah apapun kitorang still akan menang liga
3) Gigi Suarez jongang macam arnab
4) Pembunuh kanak-kanak Bosnia Vidic dan Rio 'TwitterAddict' Ferdinand tak main

Kamon ucapla tahniah. Barulah ada semangat kesukanan yang tinggi. Just let us enjoy this moment okay? Penyokong Arsenal dan Chelsea pun pasti gembira malam ini bukan? Hik hik hik. Oh ok jom kita masuk pertandingan caption lucu yang dianjurkan oleh Liverpoolfc.tv:


Carragher: Takde dowh. Eh aku tackle biasa je Nani ni lakonan kaku macam Rashid Sidek dowh.

Evra: Eh Steven cuba kau tengok muka Nani ni memang macam orang Nepal kan kah kah kah.

Gerrard: Woi bangunlah woi. Aku dahla letak kau jadi kapten dalam team Fantasy Football aku.

Meireles: Dammit from this picture it looks like I'm having a boner.

Assalamualaikum.

Saturday, March 5, 2011

Surat Cabaran #2

Buang tebiat apa update 2 kali dalam satu hari? Sempena dengan perlawanan Liverpool menentang Manchester United di Anfield pada esok hari, saya secara rasmi ingin memulakan persengketaan dan mencetuskan provokasi dengan menghantar sepucuk surat cabaran penuh kebencian kepada penyokong-penyokong Manchester United. Ingat, pihak yang kalah esok harus menerima cercaan dengan redha. Surat ini ditujukan khas kepada:

Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Adam Phong Wei Hoong, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Sugaindra Kumar, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Ezry Yusry Yu, Fakri, Santiago Yusuf, Zahrul Idzwan Zainal, Tengku Amir Afendi, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri Nazlan, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Suami Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Salamea Zakaria, Khairul Afandi Kasim, Nur Hisyam Suhaimi, Mohd Imran Suria, Luqman Salehuddin, Zuhri Yusoff, Mohd Naufal, Nurhamizah Rahim serta anda yang membaca entri ini jika anda merupakan penyokong Manchester United.

Ayuh teruskan membaca surat benci ini.

Penyokong Liverpool,
Surau Al Kauthar Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
5 Mac 2011.

Menemui penyokong-penyokong kelab Freemason Manshitter United, semoga kalian semua mendapat hidayah dan kembali ke landasan yang benar dengan berhenti menyokong kelab Syaiton dan menyimpan wang di Perbankan Islam Standard Chartered. Semoga bekalan air di kawasan perumahan kalian dicatu agar tidak boleh mandi wajib juga.

Saudara,

Tatkala ini saudara pasti sedang terkancing gigi apabila melihat team news pasukan saudara dimana benteng pertahanan saudara bakal dibarisi oleh Wes 'Jarang Main' Brown dan Chris 'Overrated' Smallpenis. Eh Smalling. Tanpa kapten anda abang Nemanja yang suspended dan abang Rio yang hanya tahu main Twitter itu, mampukah kalian menghadapi penyerang kedua termahal dalam skuad kami? Kena gigit dengan gigi arnab Suarez baru tahu. Ada kemungkinan juga penyerang Inggeris paling mahal akan membuat kemunculan sulung untuk skuad kami. Mampukah adik Smalling bertahan menghadapi arial bombardment daripada adik Carroll? And Torres who? Hantar Ngog pun tiada masalah rasanya.

Ya, kami sedar dengan kedudukan pasukan saudara di takhta liga. Kami juga sedar dengan prospek yang pasukan saudara mungkin dapat menjadi kelab Inggeris paling hebat dalam sejarah Liga Inggeris jika memenangi perlawanan esok serta memenangi kejuaraan liga buat kali ke-19 nanti. Ya kami masih ingat kami tewas di Old Trafford dalam pusingan pertama liga, tetapi masa tu kami ditunjangi oleh Pakcik Woy. Sekarang ini kami dipimpin oleh King Kenny. Form kami dalam beberapa perlawanan terakhir juga tidak boleh dipandang remeh.

Rasanya tidak perlu kami tekankan di sini yang kami benci melihat pemain-pemain saudara. Gary Neville tu eloklah dah bersara harap dia tu harap misai je power, lari 20 meter pecut dah pancit. Uncle Ryan dan Paul tu tak reti-reti pula mahu bersara sekadar nak cukupkan nombor dalam pasukan je. Ahh Wayne 'GILFHUNTER' Rooney, where do I even start? Curang, obese, Shrek, penzina nenek ahh. Nani malam esok mapley Ameerali bagi cuti pulak ye? Pork Ji Sung pun tak main kan? Owen mana Owen? Bukan Owen Hargreaves yang hanya tahu makan gaji buta terpeleotkan kaki sendiri setiap kali dah nak dekat pulih daripada kecederaan tu, tetapi bekas hero Anfield, Michael Owen. Tak nampak pun nama dalam skuad. Bebe si orang pedalaman tu adalah.

Sebelum saya mengakhiri surat benci saya ini, saya ingin menyampaikan sebuah pantun 4 kerat:

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si Djemba2 seorang,
Janganlah dikau terguris hati,
Aku benci Man U, bukan kau orang.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan sayang daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijaicool
(Mohamad Faizal Rosly)



Happy Birthday Zulkifli Ibrahim!


Hari ini hari Sabtu. Hari Sabtu adalah hari jadi salah seorang BFF aku Zulkifli Ibrahim. Tapi bukan hari Sabtu hari ini, tetapi hari Sabtu minggu lepas 26/2. Hoi kalau minggu lepas kenapa baru hari ini nak kemaskini? Alah komputer peribadi aku masih lagi di kedai entah bila tah mahu siap. Hari ini mama kerja baru aku boleh guna laptop dia. Anyway, kami telah mendapat jemputan rahsia daripada Ikram untuk menganjurkan parti liar harijadi mengejut untuk Zul di Restoran Haven, Lookout Point, Ampang. Ayuh teruskan membaca.


Tema hari jadi Zul adalah biru, so aku datang bawa otak sahaja. Get it? Get it? Lookout Point memang terkenal di kalangan masyarakat kerana menyediakan pemandangan indah kota metropolitan Kuala Lumpur jika tidak berjerebu 280 meter di atas paras laut. Aku sampai around pukul 7 dengan keluarga Anas dan Apai. Huii macam pergi Genting Highland uols sejuk dia. Tapi kau kena datang awal baru boleh parking atas bukit sebab parking terhad, kalau tak kau kena naik tangga. Memang parkinson kau kalau naik tangga. Tapi setiap kali sampai checkpoint naik tangga tu dia akan bagi kata-kata encouragement seperti, 'Persistence is the key', 'Get up there you fat lump', 'Tu lah orang suruh eksesais malas' dan bila dah sampai 'Congratulations! Enjoy the view!.


Tapi bila dah sampai kat atas memang cantiklah view dia di waktu malam, dengan pancaran lampu neon jelas kelihatan di sebalik hiruk pikuk kotaraya. Fuhh ayat. Tapi kamera aku kamera nokia 3310 2 megapixel je kan mana boleh celen dengan orang yang datang bawak kamera ada muncung tu. Apapun kena berhati-hati ambil gambar kalau jatuh gaung Insyallah meninggal dunia dan susah pasukan penyelamat nak cari mayat nanti. Lihatlah Aryan dan Akif yang sudah membesar dan comel bagaikan sang juara itu. Ahh Zack dengan Aryan pun nak bertanding siapa lagi comel.



Hujan turun dengan lebat. Kami masih lagi menanti birthday boy. Jadi mari kita berbicara tentang perkara-perkara buruk tentang Zul. Zul kali ini telah berubah statusnya, daripada desperately single kini sudah ada teman wanita, dan bukan teman lelaki. Ini semua berkat daripada usahanya menyertai Speed Dating, blind date serta random Fesbuk approach. Zul berasa bahagia sekali memiliki teman wanita dan dia tidak malu untuk mengekspreskan perasaan cintanya di Fesbuk membuatkan orang lain berasa ingin meninjunya di muka macam nak tinju Clint Jun Gamboa. Yalah cinta pertama kan lagipun dia bangga dapat mengalahkan Shuhud dalam sesi pendedahan teman wanita.

Tetapi, mengenali diri Zul yang gilakan perhatian, aku rasa dia yang anjurkan parti mengejut untuk dia sendiri. Sebab masa dia sampai gaya terkejutnya memang kaku sekali mengalahkan lakonan kaku Rashid Sidek dalam Cinta 100 ela.


Mari bercerita tentang makanan. Standard harga makanan di sini macam kau pergi makan kat Secret Recipe lah. Aku sekadar memesan Chicken Wing sebab nak jaga badan. Tapi aku tak tahu pula bil split sama rata kalau tak pasti aku sudah memesan lobster berharga RM79. Makanan dia ok sahaja takdelah outstanding sangat, dahlah bini Anas Zack dapat kelapa masam. Boleh pulak dia minum sampai habis baru sedar kemasaman dia lepas tu mintak tukar air tembikai. Haa haa. Maaf tiada gambar makanan.

Apapun Zul kau janganlah eksaited sangat dah ada awek. Mengambil bait lagu kumpulan nasyid In-Team, "Seeeeebelum diijabkabulkan syaaaaariat tetap membataskan...". Ayuh kawan-kawan, masih belum berlambat untuk kita ucapkan, Selamat Hari Jadi Zul! Gambar-gambar lain akan dimuat naik di Fesbuk nanti.


p.s. HARI ini 5/3/2011 HARI JADI ANAS YAYY. tapi nampak gaya macam minggu depan je buat dedicated entry untuk kau Anas? Haa haa happy birthday I love you man. I said love, not lap ok.

Wednesday, March 2, 2011

February Movies!

Korang perasan tak? Waktu berlalu dengan begitu pantas. Kalau ayat klisenya, pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Mac. Pejam celik pejam celik lagi dah masuk tahun 2012. Mengikut filem barat, tahun 2012 nanti dah kiamat. Tak perlulah nak percaya dengan filem 2012, tapi percaya dengan hari kiamat tu salah satu daripada rukun Iman. Habis tu pagi tadi kenapa kau tak solat subuh? Tiba-tiba pula aku memberi tazkirah. Ayuh kita ikuti ulasan filem yang ditonton pada bulan Febuari.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

No Strings Attached

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Emma (Academy Award Winner Natalie Portman) dan Adam (no significant award winner Ashton Kutcher) yang berkawan sejak kecil dan kerap bertembung sepanjang mereka membesar. Satu hari, Adam dikejutkan dengan berita yang bekas teman wanitanya kini menjadi tempat melepaskan nafsu bapanya. Berang dengan kejadian itu, Adam menghubungi semua gadis di dalam telefon bimbitnya untuk diajak bersetubuh. Adam bangun dalam keadaan berbogel di rumah Emma. You girls and some guys mesti suka tengok Ashton Kutcher tanpa seurat benang. Hendak dijadikan cerita, Emma dan Adam menjadi rakan seks dan hanya perlu mendail nombor masing-masing ketika horny. Emma tidak percaya dengan cinta sejati, tetapi Adam pula menagih cinta Emma. Dapatkah mereka bersama ada akhirnya?

Alah filem ni kalau korang tiada teman wanita, muat turun pun tak apa. Tiada scene yang memorable pun kecuali scene Ashton Kutcher bogel. Dialog dia memang cheezy boleh disalin untuk memperdayakan wanita sebelum meniduri mereka. Tapi standard komedi romantik la klise dia.

Ratings: $$ 1/2


Sanctum

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang tiada kerja lain nak buat melainkan pergi mencari thrill dengan mengembara ke dasar gua yang tidak pernah diterokai lagi. Dengan takdir pengarah gua yang mereka teroka telah ditenggelami air mengakibatkan mereka terperangkap di dalam gua tiga dimensi itu. Dapatkah mereka melepaskan diri ataupun adakah mereka akan menemui ajal mereka?

Filem ini ada dalam 3d, tapi aku tengok biasa punya sahaja. Terdapat beberapa scene yang intense dan gross yang membuatkan anda tutup sebelah mata, dan ada juga scene yang menggalakkan kita untuk membunuh kawan kita kerana kasihan jika mereka sudah tiada harapan untuk hidup. Korang sanggupkah lakukan mercy killing? Aku tak sanggup doh.

Ratings: $$$

I Am Number 4


Ulasan ringkas: John Smith merupakan seorang makhluk asing remaja yang dihantar ke bumi setelah planet mereka dimusnahkan oleh makhluk asing lain yang hodoh. Kira macam dia ni Clark Kent la. John ada sembilan orang saudara-mara lain, tetapi makhluk asing Mogadorians mula memburu mereka satu demi satu sebab kalau dah besar nanti mereka akan membesar sebagai sang juara. Sebagai makhluk asing, John memiliki beberapa ilmu sihir seperti kekuatan gorilla dan kepantasan kucing hutan, serta boleh menjadikan tangannya sebagai lampu suluh. Untuk menimbulkan konflik di dalam cerita, pengarah membuatnya jatuh cinta dengan Quinn Fabray. Nasib baik tak tiba-tiba menyanyi mengikut rentak irama je minah Glee tu.

Aku saspek diorang buat cerita ni dengan vibe ala-ala Twilight dengan mensasarkan para remaja sebagai target audiens mereka. Alah cerita ni pun adaptasi daripada novel kan? Ada potensi untuk sekuel bagi mengaut keuntungan. Tetapi bagi aku cerita ini surprisingly menghiburkan.

Ratings: $$$

Drive Angry


Ulasan ringkas: John Milton telah melepaskan diri daripada neraka untuk memburu Jonah King, waris kepada Ayah Pin yang membawa ajaran sesat yang menyebabkan anak Milton dibunuh. Cucunya pula bakal dijadikan korban dalam upacara penyembahan syaiton mereka. Milton berjumpa dengan seorang perempuan extreme hangat yang kemudiannya membantu perjuangan Milton untuk memburu Jonah. Sambil itu, seorang pegawai kanan syaiton, The Accountant turut memburu Milton bagi menyumbatnya kembali ke neraka.

Ok ok dengar sinopsis di atas pun boleh menjejaskan Iman. Tetapi begitulah struktur cerita ini, bangang dan membuat anda memandu pulang dalam keadaan angry. Tapi jika anda boleh mengurangkan expectation anda dan tak mahu banyak berfikir dan bertanya, filem ini sebenarnya menghiburkan. Aksi ganas, carutan, kelucuan serta aksi persetubuhan sambil membunuh, semua ada.

Ulasan: $$

Eh korang perasan tak dalam sesi ulasan filem ini aku tak dedahkan spoiler? Aku dah berubah. Jumpa lagi dalam segmen yang sama bulan hadapan ataupun bulan-bulan hadapan jika aku terlupa. Oh highlight filem bulan Mac, aku mahu tonton Hikayat Merong Mahawangsa dan Sucker Punch!

Tuesday, March 1, 2011

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Twitter


Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis ketagihan. Ini termasuklah ketagihan kepada laman web sosial Twitter. Aku pun baru sahaja menyertai Twitter, dan aku mengaku yang Twitter ini addictive. Ketagihan kepada Twitter ini masih belum lagi ditemui penawarnya, kalau kau bawak pergi Darussyifa pun mereka tak boleh nak tolong sekadar bagi minum Air Badak je. Maka di sini saya ingin menyenaraikan ciri-ciri utama seorang penagih Twitter berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian sekeliling. Ayuh teruskan membaca.

1) Tanpa disedari, anda menulis dan bercakap tidak melebihi 140 characters, tak kiralah di dalam surat cinta, ketika bercakap dengan ibu, mahupun ketika menulis blog.

2) Anda tidak lagi membaca Harian Metro ataupun menonton Buletin Utama untuk mengetahui berita terkini. Sekadar melihat topik yang sedang 'Trending' di Twitter sudah boleh menjadikan anda peka dengan isu semasa. Aku tahu hari ini hari jadi Justin Bieber pun sebab #happy17thbdaybiebs menjadi topik hangat.

3) Setakat ini, anda telah membuat 18,233 tweets :)

4) Anda mentafsirkan segala bentuk perbuatan dan perasaan dalam sebaris ayat, tanpa mengira waktu dan ketika. Contohnya pergi berak nak beritahu, terjatuh longkang luka siku nak beritahu, benci dengan rakan sekerja memang of courselah kena beritahu kan. Pendek kata, tiada rahsia antara kita. Yelah kalau nak cakap macam tu kat Facebook nanti orang soksek soksek kutuk kita balik sebab emosional, tapi somehow di dalam Twitter, anda tidak akan di judge. Unless anda tak sengaja terbuat jenaka terhadap artis tempatan, memang kenalah. *cough*.

5) Anda bangun pagi sekarang dah tak check missed call ataupun SMS di telefon, sebaliknya check ada orang mention kita tak dalam Twitter.

6) Memiliki telefon pintar yang berkebolehan untuk Tweet adalah penting sekali. Anda beli HTC HD7 yang awesome nak arwah itu semata-mata ingin menggunakan aplikasi Twitter secara bergerak. Dalam kereta boleh tweet, dalam komuter boleh tweet, tengah bungee jumping boleh tweet, di mana-manalah. Lagipun mudah nanti nak check in kalau makan di Restoran Ani Sup Utara sambil tweet gambar sup ayam yang dimakan untuk dikongsi bersama followers.

7) Twitter for web? Oh puhlease malu nanti orang kata kita ni Noob Twitter. PC anda dipenuhi dengan applikasi pihak ketiga yang direka khas untuk memaksimumkan pengalaman penggunaan Twitter seperti Tweetdeck, Digsby, dan Twitterholic. Hari tu masa UberTwitter kena ban kerana membenarkan kita Tweet melebihi 140 characters yang ternyata melanggar Akta Pentwitteran huiii memang menggigil satu badan korang siap kena demam kuning. Nasib naik UberTwitter kembali menjadi UberSocial.

8) Oleh kerana ada character limitation, anda memang pakar dalam aktiviti meringkaskan apa yang telahpun ringkas. Contohnya aku jadi ak (Adam marah Fandi cakap camni haa haa), apostrophe langsung dilupakan, tatabahasa apatah lagi. Kalau nak letak link pun nampak orang lain Tweet link guna Tinyurl.com memang kita mencarutlah kata mereka noob. Twitter tegar guna Bit.ly kerana lebih menjimatkan ruang.

9) Anda kini mengamalkan komunikasi Twitter 100%. Kalau datang rumah kawan nak ajak main futsal, instead of ketuk pintu dan memberi salam, kita tweet 'hoi bitch aku kat luar rumah'. Kalau pasangan bercinta tu, depa tak buat phone sex dah. Main Twittersex terus. Ringkas dan pantas. Komunikasi di Twitter boleh terbawa-bawa ke medium lain kalau tulis SMS ke emel ke kita secara tidak sengaja terletak tanda @ di pangkal nama seseorang.

10) Anda tiba ke entri ini daripada twitter.com/ijaicool

Adakah anda ketagihan Twitter berdasarkan simptom-simpton di atas? Mungkin anda boleh relate dengan apa yang ditulis sekiranya anda memiliki akaun Twitter. Kalau anda tiada akaun Twitter, ayuh segera register dan anda pasti akan mula meracau-racau seorang diri sambil melakukan perkara di atas tanpa disedari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...