Friday, April 29, 2011

Ciri-Ciri Seorang Stalker di Facebook


Ahh Facebook. Semua orang ada akaun Facebook. Tak kiralah adik anda yang masih bersekolah rendah mahupun ibu anda yang mengamalkan gaya hidup yang moden. Oleh kerana semua orang ada akaun Facebook, maka mudahlah kita untuk berkomunikasi, bertukar-tukar pendapat ataupun bercucuk tanam tanpa perlu keluar dari rumah. Namun begitu, Facebook juga dapat mengeluarkan sifat ingin tahu yang tertanam di dalam diri anda, dan sifat ingin tahu itu akan berubah menjadi satu obsession. Bila anda sudah obses, maka anda serta merta akan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dengan menjadi sorang stalker di Facebook. Apakah ciri-ciri seorang stalker Facebook? Ayuh teruskan membaca.

1) Anda merupakan pengomen yang pertama dalam SETIAP status yang dipaparkan. Tak kiralah status yang dipos itu merupakan status PMS maki hamun dalam caps lock, status komposer letak lirik lagu Maher Zain, mahupun status AC Mizal yang memberi kata-kata hikmat. Ada sahaja benda yang anda nak komen walaupun langsung tidak relevan dengan hidup anda.

2) Anda menghabiskan masa yang lama memerhatikan gambar gadis-gadis mahupun jejaka di Fesbuk walaupun mereka sekadar kawan kepada kawan anda yang apabila berjumpa akan sekadar cakap hi saja dengan anda. Tetapi anda tanpa segan silu menekan butang 'Like' walaupun itu gambar isteri orang yang sedang bergaya dengan Madela Breast Pump yang baru dibeli. Tak awkward ke begitu? Dalam kes-kes yang ekstrim, anda juga telah 'right click' dan 'save image as' gambar gadis-gadis membuat muncung Megan Fox yang bergaya dengan shawl yang baru diborong daripada Arzu.

3) Anda sentiasa memerhatikan status 'relationship' seseorang. Contohnya bekas teman wanita anda. Setelah berpisah, jika anda masih belum diunfriend oleh ex anda, anda akan sentiasa memerhatian status perhubungan bekas teman wanita anda di Fesbuk. Naluri seorang lelaki yang diremukkan hatinya adalah, mereka tidak mahu ex mereka bahagia tak kira dengan siapa. Maka melihat kegagalan sesuatu perhubungan adalah merupakan satu perkara yang menyeronokkan buat anda.

4) Anda dapat mengenalpasti pattern penggunaan Fesbuk seseorang itu dengan jayanya. Contohnya, anda tahu gadis yang anda perhatikan itu hanya akan aktif berfesbuk pada pukul 9-5 petang kerana dia bekerja di Putrajaya dengan Kerajaan. Maka bila mangsa anda online, anda telahpun bersedia untuk memulakan aktiviti stalking anda.

5) Anda berpura-pura tidak tahu tentang apa yang berlaku dengan gadis/jejaka yang diperhatikan itu walaupun anda telah membaca setiap status yang dipaparkan. Bukan setakat itu, perbualan 'wall to wall' pun anda baca. Lepas tu bila jumpa secara realiti anda pura-pura tanya "Hey you buat apa malam tadi?" walaupun anda telah melihat gambar mereka menghadiri parti liar harijadi yang mereka tak jemput anda tu.

6) Setelah mengkaji status yang dipaparkan, anda mula merancang untuk bertemu dengan mangsa secara 'tak sengaja'. Contohnya, katalah anda sedang stalk Faizal Rosly di Fesbuk, lepas tu status Faizal Rosly cakap nak pergi solat Maghrib di surau Al-Kauthar. Anda yang tinggal kat Seremban pun bersiap-siap pakai baju Melayu lengkap untuk solat Maghrib di Bangi. Sama juga orang lelaki kalau stalk perempuan. Pergi jogging di tempat yang sama, pergi membeli-belah di Sogo walaupun di Sogo ramai jurujual arbok....lepas tu bila jumpa buat-buat terkejut. Pesanan untuk wanita, jika anda terserempak dengan orang yang sama lebih daripada 3 kali di tempat yang berbeza, itu bukan jodoh, itu tandanya anda sedang distalk.

7) Seorang stalker yang sejati bersifat paranoid juga. Mereka juga ingin tahu siapa yang stalk mereka. Itu yang diorang pantang kalau diberi peluang untuk melihat 'Who viewed your profile'. Who viewed your profile ni wujud dalam Friendster sahaja. Usah semakkan notification kami dengan invitation sedemikian rupa. Aku nak pergi majlis kenduri kawan-kawan dan aku tak mahu datang majlis 'Who Viewed Your Profile' kalian, melainkan korang ada hidangkan nasi minyak.

8) Anda ada 78 orang mutual friends dengan orang yang anda sedang perhatikan. Mestilah. Kita ingin tahu interaksi orang yang diperhatikan dengan orang lain juga bukan?

9) Ini adalah sifat stalker yang sejati. Kalau anda tak dapat view page bekas teman lelaki / wanita anda, anda akan cipta satu akaun palsu dengan identiti palsu untuk menambah ex anda sebagai rakan agar anda masih dapat lihat bagaimanakah kehidupan ex anda. Anda memang tak mahu dia gembira bukan?

10) Jika anda mengklik artikel ini daripada Fesbuk, tahniah anda baru sahaja membuktikan yang anda ini seorang stalker.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, adakah anda merupakan seorang stalker di Facebook? Jika anda jawab tak, anda memang stalker yang sejati tak mahu identiti diketahui. Jika anda jawab ya, dah agak dah!

Wednesday, April 27, 2011

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 7

Hai apa khabar gadis-gadis? Setiap 4 bulan segmen soalan untuk gadis-gadis akan dipaparkan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan yang sering bermain di benak kami. Kami tidak mahu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan jawapan kerana soalan-soalan ini berbentuk subjektif dan kami ingin lihat bagaimana anda menjawab soalan-soalan berikut dengan penuh kejujuran. Kami sedar yang kami ni kuat hisap rokok, kuat bagi janji manis serta malas nak potong rambut ataupun mencukur misai. Oleh itu, soalan-soalan ini ditujukan kepada gadis-gadis agar kami dapat memahami hati suci seorang wanita, serta mengetahui kehendak dan keperluan mereka agar kami dapat membahagiakan anda. Chewahh tengok tu manis mulut lagi. Ayuh kita mulakan sesi soal jawab.

1) Adakah anda akan berasa cemburu jika bekas teman lelaki anda sudah menemui cinta baru? Masih stalk dia di Fesbuk kah?

2) Yang manakah anda lebih rela hadapi? Jejaka kaki main game ataupun jejaka kaki bola? Huraikan.

3) Apakah matlamat ataupun objektif gadis-gadis meletakkan gambar mereka yang kurus di Fesbuk kemudian meletakkan caption "Alaaa dah gemuk..."?

4) Saya perhatikan gadis-gadis secara umumnya memang berwajah licin langsung tiada jerawat. Apakah jenama produk penjagaan muka yang disyorkan kepada jejaka yang menghadapi masalah jerawat?

5) Secara jujurnya, adakah anda gemar teman lelaki anda menemani anda ketika membeli-belah? Huraikan.

6) Di mata seorang wanita, adakah man boobs itu seksi?

7) Apa yang kami boleh lakukan untuk anda ketika anda sedang mengalami pendarahan bulanan untuk meringankan kesakitan anda?

8) Ujian masakan. Tanpa menggunakan khidmat enjin carian, huraikan bagaimana hendak memasak Ikan Masak Asam Pedas.


Jika anda yang membaca entri ini merupakan gadis sejati dan anda membeli Kotex/Laurier/Whisper/Libresse setiap bulan, maka anda diharuskan menjawab entri ini demi kebahagiaan bersama. Tak perlu aku ragui sucinya cinta yang kau beri....tiba-tiba je masuk lagu Kasih-Kekasih In Team.

Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 1
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 2
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 3
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 4
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 5
Soalan untuk Gadis-Gadis: Episod 6

Monday, April 25, 2011

Signs That He's Just Not That Into You

He's Just Not That Into You merupakan sebuah filem komedi romantik yang diadaptasikan daripada sebuah buku keyakinan diri dengan tajuk yang sama. Tetapi aku bukanlah hendak membuat review tentang filem ini, sebaliknya membincangkan tentang plot filem itu di mana gadis-gadis sering tersalah tafsir dengan kelakuan pasangan romantik mereka. Pernahkah anda gadis-gadis meminati seorang jejaka itu, tetapi anda rasa jejaka itu tidak menunjukkan reaksi yang sama terhadap anda? Di dalam hati anda, anda mungkin ingat dia jejaka itu pemalu, ataupun menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka terhadap anda? Mungkin juga.


Namun begitu anda harus fikirkan kebarangkalian yang jejaka itu sebenarnya tidak berminat sangat dengan anda. Ini tiada kaitan dengan jerawat yang baru tumbuh di muka anda ataupun sifat payu dara anda yang juling. Jangan salah sangka yang segalanya merupakan salah anda, maybe he's just not that into you. Maka hari ini saya ingin berkongsi tanda-tanda seseorang jejaka itu mungkin tidak 'into' anda berdasarkan apa yang ditonton di dalam filem komedi romantik dan berdasarkan pengalaman sekeliling. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda jauh lebih banyak memberi daripada menerima

Pepatah kuno ada mengatakan "Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima". Ini tidak bermakna yang anda mesti memberi 'kerja tangan' kepada jejaka anda. That's a sexual reference in case if you do not understand. Mungkin kita harus membuat simulasi tentang poin ini. Katalah anda keluar pergi berdating. Makan di KFC anda yang bayar, tiket wayang filem Zakar Dalam Botol anda belanja, lepas tu siap beri kad cinta gunting sendiri daripada majalah URTV sempena ulangtahun percintaan yang masuk 6 minggu lagi. Si jejaka hanya membalas dengan senyuman. Jika benar jejaka itu betul-betul meminati anda, merekalah yang sepatutnya mengeluarkan wang membeli kasut Aldo tanpa banyak bicara, membayar wang parking tanpa perlu disuruh mahupun menambah top up telefon bimbit anda secara spontan.

Memberi di sini tidak semestinya merujuk kepada yang material sahaja. Kalau asyik anda sahaja yang memberi tanda-tanda serta body language yang menunjukkan anda benar-benar meminati mereka pun rasa macam ada yang tak kena bukan? Contohnya, jika seorang lelaki itu meminati anda, mereka akan mengajak anda keluar dengan penuh kegembiraan, dan tidak sabar untuk bertemu dengan anda dalam sesi temujanji yang seterusnya. Jika anda jenis yang suka merancang, cuba berhenti merancang dan lihat apakah reaksi jejaka itu. Jika dia buat tak peduli sahaja dan tak mahu ajak anda keluar, memang sahlah mereka tidak begitu meminati anda.

2) Lebih gemar berkomunikasi tanpa menggunakan suara

Antara kebolehan yang gadis-gadis miliki tanpa perlu sebarang kelas ataupun latihan adalah kebolehan untuk membebel. Skil semulajadi ini boleh dilakukan selama 2 jam tanpa henti tanpa berasa mengah ataupun kehabisan air liur. Orang lelaki pula memang TAK SUKA dengar orang perempuan membebel, tetapi jika mereka ada minat yang mendalam terhadap anda, mereka akan at least berpura-pura untuk menunjukkan minat mendengar bebelan gadis-gadis sambil memaparkan wajah penuh minat di samping mengangguk-anggukkan kepada kata "uhuh / mmm betul tu / wow really? / that's great / i like that / you're right dengan penuh keikhlasan, tak kiralah ketika sedang berbicara secara face to face mahupun di telefon.

Maka di sini jika anda asyik berkomunikasi dengan jejaka anda tanpa menggunakan suara; sebaliknya hanya guna SMS, emel pejabat, mesej peribadi di Fesbuk, mahupun kod morse, maka anda harus sedar akan tanda yang dia sebenarnya tidak gemar untuk berkomunikasi dengan anda. Kalau SMS pun anda punyalah karang sajak cinta panjang-panjang, dia reply 'K' je. Kalau anda call dia sekalipun, asyik masuk voicemail, ataupun asyik cakap dia sibuk je sentiasa.

3) Asyik membuat perbandingan dan mengungkit kisah cinta lama

Asyik membuat perbandingan dan mengungkit kisah cinta lama ini sebenarnya tabiat orang perempuan. Jejaka yang normal tidak akan membuat perkara ini jika mereka betul-betul meminati anda dan tidak lagi bersandar kepada kenangan. Kalau diorang cakap pasal ex diorang sekalipun, itu mesti sebab anda yang paksa mereka cerita. Bila kami dah cerita anda pulak tiba-tiba PMS. Hehe. Maka kalau orang lelaki asyik mengungkit kisah lama, anda harus kembali memikirkan strategi anda. Mungkin hati jejaka anda pernah diremukkan bak kaca terhempas ke batu, sekaligus meninggalkan parut yang masih berdarah di dalam jiwa menyebabkan mereka tak dapat move on, dan anda mungkin sekadar gadis rebound mereka.

Yelah tengok syok berdating tengok cerita Scre4m, jejaka anda tiba-tiba mengalir air mata sebab Scream 1,2,3 merupakan filem kegemaran ex dia. Tengok makan mee udang dekat Food Court, dia tiba-tiba keluarkan kenyataan yang ex dia tu ada alergi kat udang. Lepas tu kalau pergi shopping dia taknak masuk kedai Dorothy Perkins dengan anda sebab itu merupakan kedai kegemaran ex dia. Apa ini?

4) Anda tidak pernah dibawa bertemu dengan rakan baik mereka

Falsampah orang lelaki; jika anda meminati seorang jejaka, anda mesti menerima rakan-rakan mereka juga, tak kiralah jika dia berwajah seperti penyanyi Radja serta memiliki keperibadian yang menjengkelkan. Bagi seorang jejaka, jika mereka sudah masuk ke dalam fasa yang selesa di dalam perhubungan, mereka akan berasa seronok untuk memaparkan gadis mereka kepada kawan-kawan. Ya, itu merupakan status kebanggaan menunjukkan mereka akhirnya berjaya mendapatkan gadis idaman. Mereka juga tidak akan berasa malu walaupun anda ada double chin mahupun perut yang berlipat-lipat boleh letak syiling. Maka jika anda masih belum lagi berjumpa dengan teman baik jejaka anda walaupun anda sendiri yang cakap anda mahu pergi berjumpa mereka, itu tandanya mereka masih belum selesa lagi dengan anda. Bukan nak kata kawan itu lagi penting, it's just that, he's just not that into you. Heh.

TETAPI, hah dah caps lock dah tetapi itu. Satu benda yang anda harus faham adalah keengganan orang lelaki untuk membawa gadis mereka melepak bersama kawan-kawan organ reproduksi yang sama bentuk di mapley. Ini bukan tanda mereka tak berminat dengan anda, sebaliknya melepak di mapley adalah keistimewaan yang tidak perlu dikongsi dengan perempuan. Yelah kami nak tengok bola, nak berboys talk perkara yang tak senonoh, nak cuci mata serta nak bincang pasal fantasy football lagi. Kami taknak anda didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak senonoh mahupun bosan menunggu kami balik pukul 2 pagi.

5) Anda tidak pernah dibawa bertemu dengan keluarga

Poin ini ada kaitan dengan poin di atas juga. Jika seseorang jejaka itu membawa anda bertemu dengan keluarga mereka, itu tandanya mereka telah bersedia untuk membawa hubungan itu kepada sesuatu yang lebih serius. Ini zaman moden bukan zaman filem P.Ramlee di mana ibu bapa yang akan mencari jodoh untuk anda. Kalau dah dating dekat dua tahun tapi anda masih tak dibawa untuk berjumpa dengan bakal ibu mertua, anda tak rasa macam dia tak mahu memberi komitmen kepada anda kah? Dalam hal ini, mungkin jejaka anda tidak mengganggap anda calon untuk hidup bersama. At least kalau kahwin kat Thailand macam Aidil Zafuan Rita Rudaini pun ok jugak. Tak pun macam Kris Dayanti baru kahwin tapi dah mengandung 4 bulan. Eh tiba-tiba pula bergosip di sini.

6) Anda hanya dijadikan tempat untuk melempiaskan nafsu syahwat

Ok poin ini hanya lebih sesuai untuk digunakan bagi mereka yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna. Jika jejaka anda hanya call jika mereka horny, berzina pun tak mahu guna posisi missionary sebab melihat wajah anda pun mereka tak sudi, maka ini bukanlah jejaka yang anda harus dampingi. Wah hebat teknik rhyme aku ini.

Berdasarkan panduan-panduan di atas, anda kini boleh mengkaji prospek jangka masa panjang perhubungan anda bersama jejaka anda, agar anda tidak tersalah tafsir mahupun overthink things dengan tindakan orang lelaki. Benarkah dia betul-betul meminati anda? Jangan pula anda terus minta perpisahan dengan teman lelaki anda jika anda rasa poin-poin di atas ada tempias dengan situasi anda sekarang. Mungkin lain kali kita akan buat segmen 'Signs That She's Just Not Into You' pula.

Friday, April 22, 2011

Peristiwa Hari Khamis

Hai apa khabar semua? Bagaimana konsert Justin Bieber semalam seronok tak? Pasti yang pergi naik ghairah sehingga keluar air mazi bukan? Mesti ramai yang bercuti hari ini akibat hilang suara dan hilang keperawanan setelah pergi ke konsert Justin Bieber semalam. Aku tak pasti mengapa ada orang ingat aku betul-betul pergi konsert Justin Bieber aku kan gemar membuat entri parodi. Anyway, hari ini merupakan hari Good Friday dan aku mengharapkan tiada kerja di pejabat. Semalam hari Khamis merupakan hari yang menggembirakan. Well bukan kerana konsert JB of course, tetapi ada peristiwa menarik yang berlaku. Ayuh teruskan membaca.

Semalam ada team lunch dekat Cyberview Lodge so aku pun bangunlah awal pagi untuk memastikan aku berjaya makan free di hotel. Makan makanan hotel tanpa mengeluarkan mani (sengaja typo) siapa taknak beb. Setelah pakai blusher maskara semua aku pun bacalah doa menaiki kenderaan. Tetapi melihat meter minyak kenderaan aku tu, nampaknya aku harus pergi mengisi minyak di Petronas berhampiran rumah aku dahulu. Sampai kat Petronas banyak pula kenderaan so aku pun beraturla.

Kemudian aku terpandang seorang makcik ni. Berdasarkan teknik racial profiling aku, nampak macam dia orang Melayu sebab pakai tudung. Eh. Umur dalam awal 40an. Mungkin seorang jururawat sebab pakai kostum jururawat. Tak tahulah itu mungkin kostum nak role play bersama suami malam Jumaat nanti. Dia bawa kereta Persona warna Maroon mungkin. Dia berada di pam minyak nombor 1, aku nombor 3. Huii gila terperinci maklumat yang aku beri ni. Aku lihat makcik ni tenang sahaja masuk dalam kereta selepas mengisi minyak. Start enjin, terus jalan. TERUS JALAN TANPA MENYEDARI YANG PAM MINYAK MASIH TERSANGKUT DI KERETANYA.

OH EM JI. KRUNGG KRANKK KRUNGGG. Dengan bergaya sekali makcik itu mengangkut nozzle minyak itu bersama keretanya. Memang dah tercabut daripada kotak tempat isi minyak tu maaflah tak tahu apa istilah sebenar. Selepas beberapa puluh meter baru makcik itu sedar dan memberhentikan keretanya. Daripada riak mukanya aku macam dapat lihat dia miming "What happened?" tapi muka buat macam tidak mengerti apa yang berlaku. Lepas tu membuat aksi menekup tangan di mulut sambil mundar mandir tak tahu nak buat apa. Cemas mungkin. Lepas tu dia tersipu-sipu panggil pengurus pam minyak. Aku tengok brader Petronas tu muka hangin je angkat nozzle yang telah dibawa lari tu. Tanpa banyak soal (mungkin dah minta maaf) makcik itu pun 'melarikan' diri daripada tempat kejadian.

Aku yang duduk dalam kereta ni rasa nak hantuk kepada kat stereng melihat apa yang berlaku. Seriously, perkara sebegini aku ingat boleh ditonton di Youtube di laman Failblog je, tapi tak sangka terjadi di hadapan mata aku pula. Ini yang membuatkan aku suka menstereotypekan gaya pemanduan gadis-gadis ni. Kalaulah aku sempat merakam aksi tersebut huii mesti boleh menang $10,000 dalam America's Funniest Home Videos. Tapi CCTV Petronas tu mesti rakam punya. Aku yakin abang Petronas tu tengah sumpah seranah sambil hantar rakaman CCTV itu untuk dibomohkan. Aku cuma sempat tangkap gambar nozzle yang telah terkorban itu sahaja...


Pengajarannya di sini adalah isilah minyak sampai habis sebelum pergi bermekap di dalam kereta. Jika kita mendengar nasihat guru sekolah memandu agar membetulkan cermin belakang dan cermin tepi kejadian sebegini pasti dapat dielakkan juga. Kah kah kah skarang kena kat makcik esok lusa kena kat kita haa nanti orang lain pulak tulis kat blog nak bagi pengajaran.

Kemudian aku pun pergilah membaham di Cyberview Lodge. Makan free ni memang best. Standard la buffet kat hotel makanan dia lebih kurang je, cuma apa yang lain kat sini adalah dia ada buffet sushi dengan makanan Korea kimchi annyong sayor. Team lunch ini diadakan sebab department aku perform last year, di mana aku masih tak masuk lagi. Hee hee. Selepas ucapan daripada boss besar, boleh pulak dia keluarkan ayat, "as a token of appreciation, we will give you this.......because you guys deserve it". Apa itu korang tanya?


Ada sesiapa berminat nak beli tak? Masih baru, pastilah berfungsi, ada cap jari aku sikit tapi boleh lap. Kalau beli kat kedai, retail price dia RM549. Sama je kalau korang beli kat aku dapat murah SIKIT sebab kat belakang dia dah engrave ucapan tahniah untuk department aku. Ala korang boleh kikis sendiri. Belilah aku nak tambah tabung perkahwinan aku ni. Hehe.

Thursday, April 21, 2011

Persediaan Untuk ke Konsert Justin Bieber

OH EM JIII. TODAY IS THE DAY!!! ARGHHHH JUSTIN BIEBER IS COMING!! Exsqueeze me ayat sebelum ini ditulis dengan caps lock bagi menggambarkan perasaan kami yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ini. Hari ini memang hari yang bersejarah dan menggembirakan buat kami para Beliebers. Akhirnya kami akan dapat bertemu dengan idola kami, sumber inspirasi kami, intan payung kami, teman lelaki imajinasi kami, mahupun watak utama dalam fantasi seksual kami yang selama ini hanya kami dapat lihat di kaca TV. Sudahkan anda bersedia secara fizikal dan mental untuk bertemu Justin Bieber di Stadium Merdeka malam nanti? Usah mengaibkan Malaysia di hadapan Justin Bieber. Sebagai bendahari kelab Belieber daerah Hulu Langat, saya ingin berkongsi tips-tips persediaan untuk ke konsert Justin Bieber. Ayuh teruskan membaca.

1) Meniru gaya fizikal Bieber dengan tepat


Soalan: Adakah anda bercadang untuk pergi ke konsert Justin Bieber dengan gaya rambut di atas? OH EM JI. Don't you read the news? That is sooooooo two months ago. Justin Bieber mana guna fesyen rambut sebegitu dah. Rambut dia sudah dipotong pada bulan Febuari dan dijual pada harga $$40,668 di mana wang itu disedekahkan kepada charity. Hmm kalau begitu berapa pula harga bulu ari-ari dia kan? Mesti jauh lagi mahal sebab dia baru baligh so baru nak tumbuh bulu-bulu halus la kot hee hee. Ok jika anda menggayakan rambut di atas, masih sempat lagi untuk anda pergi ke kedai gunting rambut Maniam dan potong dengan gaya terkini. Lesbian je buat rambut macam di atas.

Ok selesai dengan rambut. Bagaimana dengan pakaian anda? Imej klasik Bieber kenalah pakai jaket kulit warna hitam. Usah hirau kepanasan itu semua. Api neraka jauh lagi panas sebab kita buat-buat tak dengar laungan azan Maghrib di Stadium Merdeka nanti. Kasut pula mestilah pakai kasut berjenama Supra. Carik kat One Utama dekat Old Wing ada satu kedai dia jual sempat lagi ni. Kalau nak bagi lengkap, gayakan sekali dengan aksesori berkilat-kilat seperti rantai anjing di leher mahupun baseball cap Fred Durst.


2) Mesti pandai miming

Ya ya saya tahu. Sebagai Belieber yang sejati mestilah kita hafal semua lirik lagu Justin Bieber. Tapi kadang-kadang bila orang yang kita sanjung sudah berada di hadapan mata, pasti kita akan lupa segala benda macam kita lupa baca doa Qunut ketika solat Subuh jika kita solat. Maka untuk mengelakkan daripada dituduh Belieber celup, kita kena pandai miming, macam kita miming ayat hafazan PAFA semasa sekolah menengah dahulu. Setlist yang akan dimainkan nanti mesti sama sahaja dengan apa yang dimainkan di konsert Singapura. Maka anda boleh menggunakan advantage ini untuk mengkaji setlist dan menyanyi awal-awal sebelum lagu dimainkan agar orang sekeliling anda akan terbeliak mata melihat anda lebih fanatik daripada mereka.

3) Jangan lupa bawa minyak Cap Kapak

Adakah anda seorang klaustrafobik? Jika ya pun, anda peduli apa kan? Konsert Justin Bieber ni mana boleh miss. Tapi mungkin fobia anda akan tiba-tiba menyerang. Di sana tiada siapa akan membantu anda. It's every men (and women) for themselves. Maka ada baiknya jika anda bawa minyak yang paling popular dalam melegakan sakit kepada yang dipercayai secara turun-temurun iaitu minyak Cap Kapak. Selain melegakan kepeningan, minyak Cap Kapak juga boleh digunakan untuk ditenyeh ke mata-mata jejaka hamsap yang sengaja meraba-raba anda akibat terlalu ghairah melihat Justin Bieber di hadapan. Kalau tiada minyak Cap Kapak, minyak lintah Yu Yee pun boleh. Air Badak pun boleh membantu juga untuk menghilangkan kepanasan di dalam badan. Tapi saya yakin mesti ada at least 89 orang yang pengsan nanti.

4) Jangan lupa bawa earplug

This is very important. Pernahkah anda pergi ke pertandingan Choral Speaking ataupun apa-apa pertandingan yang ada budak sekolah Convent? Tak kiralah Convent Bukit Nenas ke Convent Bukit Tabur ke. Pernahkah anda melihat ataupun mendengar bagaimana mereka memberi sorakan kepada rakan sepasukan mereka? Mereka menunjukkan semangat dan keterujaan mereka ke dalam bentuk jeritan yang SANGAT nyaring. Oh believe me. Ini pula jeritan yang anda akan dengar daripada peminat-peminat Justin Bieber. Tahukah anda jeritan yang dihasilkan oleh peminat Justin Bieber telah dikategorikan sebagai pencemaran bunyi yang boleh membahayakan diri jika terdedah dalam tempoh yang lama? Sila kaji carta pencemaran bunyi di bawah ini.


Apa-apa yang melebihi 90 desibel tidak sepatutnya didengari lebih daripada 2 jam. Maka sebaik-baiknya anda bawa satu set earplug untuk melindungi pendengaran anda. Janganlah pakai semasa Justin Bieber tengah menyanyi nanti tak dengar apa pulak kan. Pakai semasa interval setiap lagu kerana masa itulah jeritan ghairah peminat Bieber akan kedengaran dengan kuat. Nanti Justin Bieber cakap "Terima kasih Malaysia" ataupun "Saya sayang anda" lagilah histeria dibuatnya nanti.

5) Beli MC siap-siap untuk esok

Yalah sudah penat terkinja-kinja, menjerit-jerit sehingga hilang suara, lepas tu mungkin kena sexual harassment pula dislap punggung semasa sedang bersesak-sesak, ada eloknya anda mengambil cuti sehari daripada pekerjaan mahupun persekolahan esok. Tak mengapa, majikan mahupun guru anda pasti faham. Nak tipu doktor senang je. Buat muka toya, cakap kat doktor yang anda demam TAPI ANDA DAH MAKAN PANADOL 2 BIJI. So bila dia ukur suhu tengok normal je secara automatik doktor akan cakap "hmm suhu normal mungkin sebab awak dah makan panadol. takpa saya bagi antibiotik dan MC satu hari. minum banyak air ya". #WINNING.

Diharapkan dengan panduan-panduan di atas, anda akan dapat menikmati konsert Justin Bieber dengan gembira tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Ok para Beliebers sekali, JB bakal muncul di KLIA pada pukul 2.30 petang nanti. Ayuh kita tunjukkan kefanatikan kita dengan membawa #sepandukbieber yang disertakan dengan ucapan-ucapan ghairah kita. Ayuh kita meramaikan Stadium Merdeka malam ini. Kalau tiada tiket duduk luar stadium pun tak apa. Sila kongsikan tips-tips ini dengan Beliebers yang lain ok. 1Belieber! I close my eyessss and I can see a better dayyyyyy.

Wednesday, April 20, 2011

Why Men Don't Watch Glee


Dulu aku ada seorang rakan sekerja yang mengaku dia seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia cakap dalam bahasa Inggeris sebab dia tak fasih cakap Melayu, "Hey Faizal, real men don't watch Glee". Bagi mereka yang buat-buat tak tahu apa itu Glee, Glee adalah sebuah rancangan televisyen yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sekolah tinggi daripada pelbagai latar belakang dan orientasi seksual yang berbeza. Setiap minggu mereka harus berhadapan dengan masalah sosial remaja berdasarkan skrip yang ditulis di samping menyanyikan lagu-lagu yang relevan dengan situasi. Kembali kepada tajuk di atas, adakah benar dakwaan Kunali yang mengatakan lelaki sejati tidak menonton Glee? Sebagai seorang lelaki yang boleh tahanla kesejatiannya, saya ingin mengupas persoalan ini dengan membuat pendedahan eksklusif mengapa lelaki sejati tidak menonton Glee. Ayuh teruskan membaca.

1) Bimbang dituduh homoseksual oleh lelaki sejati yang lain

Sama seperti Twilight, kita mungkin akan dilabel gay jika kita menonton Glee. Sebenarnya, orang lelaki amat meminati Glee, tetapi oleh kerana reaksi negatif yang diberikan oleh lelaki sejati lain, mereka hanya menyimpan perasaan ingin menonton Glee mereka itu jauh di lubuk hati. Ok mari kita buat satu kajian. Jika anda ambil seorang lelaki yang tidak pernah langsung menonton Glee, kemudian kita suruh dia tengok Glee dan cuba tanya dia siapakah ahli Glee yang merdu suaranya serta memiliki karekter yang menarik, kebanyakan daripada mereka pasti akan menjawab Kurt. Ahah! Adakah anda tahu yang Kurt itu gay di dalam Glee dan gay sejati di luar sana? Maka secara serta-merta kita pun akan dilabel sebagai gay sebab kita minat kat Kurt. Padahal kita memang sukakan buah dada dan bukan buah zakar.

Mentaliti sebeginilah yang menyebabkan ramai lelaki tidak boleh (bukan tidak mahu) menonton Glee. Lagipun kalau kat pergi minum dekat mapley, lepastu kat projektor tengah tunjuk perlawanan bola sepak Liga Inggeris. Lepas tu kau pergi pulak cakap kat mamak tu kuat-kuat "Ane, bukak Star World la kasi tengok itu Glee". Suasana tiba-tiba menjadi sepi. Anda pandang sekeliling, semua orang lelaki sedang merenung tajam terhadap anda. Dalam minda mereka semua bertanya, "Adakah anda ini homoseksual?"

2) Berjiwa rok n roll

Sebagaimana yang kita tahu, setiap minggu adik-adik Glee akan menyanyikan lagu daripada pelbagai artis dan genre. Daripada Britney Spears, AC/DC, hinggalah ke Billy Joel, semuanya mereka cover. Namun begitu, sebelum mereka boleh menyanyikan lagu-lagu daripada artis tersebut, mereka harus meminta izin terlebih dahulu. Macam nak bersetubuh dengan isteri, kenala minta baik-baik tak boleh main toron je nanti masuk Harian Metro pulak sebab 'rogol' isteri. Entah apa apa analogi yang aku guna. Anyway, pencipta Glee Ryan Murphy pun cubalah minta lagu kat artis-artis rok seperti Slash dan Kings of Leon, tapi diorang tak mahu beri. Si Ryan ni pun dah terguris hati mulalah meroyan cakap artis-artis itu semua bangang sebab tak nampak pengaruh Glee terhadap industri muzik.

Langsung Dave Grohl dari Foo Fighters pula melenting melihat rakan minum di kopitiam mereka dicaci. Dave pun maki la balik Ryan, "Hey Ryan, **** suck **** ****** **** my ****** *** *********chocolate ***** salty ********* *** ******* balls...." Aku terpaksa letak *** sebab Dave mencarut-carut. So secara tak langsung, peminat muzik yang meminati muzik rok yang turut meminati artis-artis tersebut akan menyokong artis kegemaran mereka sekaligus memboikot Glee. Lagipun benda yang elok tak perlulah hendak dibaiki bukan? Orang lelaki yang berjiwa muzik sejati menganggap Glee 'merosakkan' lagu-lagu kegemaran mereka bagi memuaskan kelompok demografi mereka.

3) Tidak memiliki paras rupa mahupun suara yang lunak

Anda mungkin bertanya, apakah revelannya paras rupa dan suara jika mahu menonton Glee? Sangat revelan! Korang mesti tak perasan kan yang aku taip 'revelan' instead of 'relevan' dalam ayat sebelum ni? Fokus please. Anyway, anda mungkin boleh relate dengan mereka sebab mereka pun pelajar biasa, ada masalah percintaan, masalah dengan keluarga, masalah orientasi seksual, masalah ejakulasi pramatang serta masalah-masalah yang diberikan oleh guru pendidikan jasmani mereka. Ok fine, kehidupan mereka mungkin sama dengan anda.

WRONG! Mereka ada dua benda yang anda tidak ada, paras rupa dan suara. Jika anda perasan, ahli-ahli Glee semuanya memiliki paras rupa yang diidamkan manusia serta mampu melepasi audition akademi fantasia tanpa bersusah payah dengan suara mereka merdu walaupun selalu pakai autotune. Anda dahla rupa macam watak cerita Beastly lepastu pulak kalau menyanyi keluar suara macam tengah meneran pagi-pagi. Budak-budak Glee setiap kali ada masalah mereka hanya perlu menyanyi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Macam Kurt tu, mula-mula dia takut nak mengaku yang dia gay. Lepas menyanyi semua orang terima dia. Anda bagaimana pula? Maka ini boleh menjejaskan keyakinan diri anda. Anda tak yakin yang anda boleh berhadapan dengan dunia. Setiap hari anda meracau-racau teringatkan yang anda tiada paras rupa dan suara untuk menempuh kehidupan yang fana. Maka di atas sebab itu, anda pun tak tonton Glee.

Ya begitulah hasil kajian saya terhadap mengapa orang lelaki tidak menonton Glee. Adakah anda seorang Gleek? Jika anda seorang lelaki dan anda menonton Glee, anda memang bukan lelaki sejati. Anda lelaki metroseksual dan anda ok. DON'T STOP BELIEBING! Eh believing.

Sunday, April 17, 2011

Ahli Baru Team Bangi


Jika anda merupakan pembaca veteran laman ini, anda mungkin mengenali watak di atas yang bernama Khairul Afandi bin Kasim ataupun nama pornstarnya Fandi. Di dalam Team Bangi, Fandi dikenali sebagai Ah Long kerana dia memiliki 4 telefon bimbit. Satu iPhone 4 yang sudah dijailbreak, satu Blackberry untuk mengumpul BBM pin gadis-gadis walaupun tidak pernah dilayan, satu telefon empat segi yang hodoh yang aku tak tahu jenama apa, dan satu lagi cordless phone yang diberi secara percuma oleh TM. Tak boleh pakai pun just nak show off je.

Walaupun di dalam kad pengenalannya tertulis yang dia merupakan warganegara Malaysia, wajahnya langsung tidak nampak cahaya kemelayuannya itu. Kalau aku pergi pasar malam rumah aku, asyik keliru je asyik nampak Fandi berlegar-legar walaupun itu sebenarnya orang Indonesia yang rawak. Nak kata muka dia macam Ariel Peterpan tak juga kerana muka dia lebih kepada penyanyi Radja, tapi skill persetubuhan halal dia memang terer macam Ariel Peterpan. Bayangkanlah baru kahwin je sudah berjaya membuntingkan isteri. Mana taknya bersenggama 5x sehari kalau solat 5x sehari kan bagus. Akhirnya pada tanggal 16 April 2011, Fandi secara rasminya telah menjadi seorang bapa. Ayuh teruskan membaca.

Mula-mula Anas setubuhi Zack dapat Aryan...


Kemudian Apai setubuhi Mizah dapat Akif...


Dan kini, hasil persetubuhan halal dan kerap Fandi bersama Norzubaidah Mahmood...


Yaa anak Fandi yang namanya masih di rahsiakan lagi. Tapi aku cadangkan letak je nama Faizal yang bermaksud "kekacakan yang nyata" dalam bahasa Sanskrit. Kongratulasi Fandi dan isteri! Semoga kau menjadi bapa yang bertanggungjawab berjaga malam basuh berak anak jangan asyik nak escape pergi rumah aku je tinggal isteri untuk uruskan segalanya. Jangan asyik nak mengada-ngada guna tangan ataupun mulut menggantikan Madela Breast pump utamakan anak dahulu.

Emm anak kau ni nampak macam kau la Fandi. Eh bagusla rupa macam kau, kalau rupa dan warna macam Shuhud nanti disyaki pula. Hee hee. Ayuh kawan-kawan, ucapkan kongratulasi Fandi! We love you man!

kredit gambar yang dirampas daripada fesbuk masing-masing.

Wednesday, April 13, 2011

Ciri-Ciri Pekerja Teknologi Maklumat

Hai apa khabar semua. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Ok nampak macam gempak bukan pendahuluan aku padahal kopipes daripada laman Wikipedia. Aku merupakan graduan IT dan sudah bekerja di dalam bidang IT selama 5 tahun. Sepanjang tempoh 5 tahun ini, aku telah melihat pelbagai karekteristik yang tipikal mahupun pandangan stereotype yang dilabel kepada pekerja di dalam industri IT, sama ada yang memang 'spot on', yang diezajerit, ataupun yang tidak benar langsung. Maka hari ini kita akan membincangkan tentang ciri-ciri pekerja industri teknologi maklumat, khususnya dalam department Helpdesk ataupun Technical Support. Ayuh teruskan membaca.

1) Tidak kenal erti kesesakan lalulintas

Orang yang kerja Helpdesk ataupun Technical Support ni biasanya akan bekerja di dalam syif-syif aneh kerana mereka perlu memberi sokongan IT kepada internal ataupun external customer dari luar zon waktu normal. Ada yang kena masuk kerja sebelum ayam berkokok, ada yang kena jadi zombie masuk kerja pukul 10 malam balik pukul 6 pagi. Syif aku minggu ni pun masuk pukul 5 petang balik pukul 1 pagi.

Maka dengan waktu kerja tidak normal ini, kebarangkalian untuk berhadapan dengan kesesakan lalulintas adalah amat tipis. Pergi kerja kat Bandar Utama kalau ikut Federal masuk LDP di waktu kemuncak boleh sampai 2 jam duduk dalam kereta. Tetapi bergerak di Subuh hari, tenang sahaja memecut 35 minit sudah sampai. Nak-nak pula kalau kau kerja dekat Cyberjaya macam aku sekarang ni. Huiii dahla jalan tak jem, tiada tol pula tu. 20 minit dah tiba. Lepastu kita tidak akan rasa tertekan untuk meletakkan status-status yang sama setiap hari di dalam Fesbuk seperti "BARBIEEE JEM GILEEEE" ataupun "BARBIEEE JEM GILEEEE LAGIII".

2) Tak pernah gosok baju

Kod etika pemakaian pekerja IT secara umum adalah 'Smart Casual'. Maka kalau anda nampak orang pakai T-shirt dengan seluar jeans macam nak pergi Mines Wonderland tu maknanya mereka bekerja dalam department IT anda. Yelah mana ada orang nak gosok seluar jeans kan. Merujuk kepada jejaka IT metroseksual dan bukan yang pure nerd khususnya, mereka selalunya cuba untuk menjadi 'up to date' dengan perkembangan fesyen terkini mahupun gosip-gosip artis tempatan mahupun artis barat. Entah apa kaitannya pun aku tak tahu. Rambut nak tegak ke atas saja. Jaket kulit jangan lupa kan sejuk dalam pejabat tu.

Kalau orang perempuan pula tak mainlah pergi kerja pakai baju kurung. Tshirt mesti ketat dan kalau pakai skirt tu macam orang lelaki pakai boxer ketat. Rasa nak slap je kan? Di muka bukan di dada ok.

3) Geek (tetapi tidak semestinya Gleek)

Dah nama pun pekerja IT kan usah terjengkel lah kalau orang label anda geek ataupun nerd. Lagipun mana ada orang buta IT dipanggil nerd, mereka digelar 'User'. Eheh. Geek disini boleh merujuk kepada beberapa kategori. Contohnya kategori gamers; datang kerja pakai Tshirt Black Ops lepastu hari-hari hantar invite ajak main Deathmatch guna LAN di pejabat. Tak pun sekadar casual gamers bercucuk tanam secara maya. Kategori gadget freak; apa je gajet baru keluar semua dia tahu dan semua dia nak beli. Kalau smart phone tuh memang semua OS dia nak pakai. Itu tak masuk dia punya music player, tablet, GPS, breast pump dan macam-macam lagilah. Oh Napoleon Dynamite tak kerja di bahagian IT tapi dia merupakan ikon geek yang paling kool bukan?


4) Kehidupan sosial yang tidak sihat

Kehidupan sosial yang tidak sihat ini bukanlah bermaksud mereka mengamalkan pergaulan bebas sesama jantina, tetapi kurang interaksi sosial di luar laman web sosial. Ya benar, mereka ada ramai kawan di Fesbuk dan Twitter, tetapi di dunia realiti mereka kesunyian tanpa teman. Yelah orang balik kerja kita baru nak pergi kerja. Orang weekend pergi dating di Alamanda kita weekend kena jaga server. Bila nak jumpa untuk sesi minum teh sambil berboys talk ataupun bergirls talk pun tak tahu. Orang bergambar di kenduri kahwin, kita hanya boleh 'Like' sahaja gambar mereka di Fesbuk. Orang pergi main bola malam-malam, kita hanya boleh set team untuk Fantasy Football kita. Eheh nasib baik aku weekend tak kerja hihi.

5) Memiliki keperibadian yang terpuji

Satu karakteristik yang paling utama yang mesti dimiliki oleh setiap pekerja teknologi maklumat adalah KESABARAN yang tinggi. Kesabaran ini amatlah diperlukan dalam menghadapi kerenah 'user' tak kiralah melalui medium telefon, emel, IM, remote desktop, mahupun face to face ketika on site support. Kadang-kadang anda rasa yang user ini adalah user yang paling bangang sekali di dalam dunia tetapi masih nak berlagak pandai, namun begitu anda tidak menunjukkan tahan kejengkelan anda itu, sebaliknya menenangkan diri dengan menunjukkan tahap professionalism yang tinggi menerangkan kekeliruan user ini dengan tanpa menggunakan jargon yang sukar. Ingat, mereka bukan marah dengan anda, mereka cuma marah dengan situasi di mana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Well kalau nak buka cerita pasal perangai user ni boleh buat satu entri baru ni.

6) Berkemungkinan diserang pelbagai penyakit

Jika anda bekerja selama 8 jam sehari, 7 jam daripadanya akan dihabiskan di hadapan skrin komputer. Apabila bekerja dalam tempoh yang lama di hadapan komputer, pekerja HR anda pasti telah membuat satu seminar tentang Ergonomics. Lagipun duduk depan komputer ni mesti asyik nak mengunyah je. Biskut, coklat serta air tongkat ali untuk taknak kasi mengantuk semuanya boleh menambah risiko diserang diabetes. Kalau pejabat banyak nyamuk kena denggi pulak. Lepastu kalau asyik duduk toron pekerja lain boleh kena HIV juga. Lepas tu kalau kerja malam manalah ada kedai yang buka selain mapley. Itu yang kita asyik order McD tu. Mmm makan BigMac perut kita pun jadi berlipat macam burger juga. Lepas tu mana ada masa nak senaman maka akan terdedahlah kepada kadar kolestrol yang tinggi serta penyakit kardiovaskular akan mula menyerang. Anda boleh klik dan besarkan rajah di bawah bagi membantu anda melakukan senaman ringan di tempat kerja.


Apa lagi ciri-ciri yang anda boleh lihat? Kalau anda memang bekerja di dalam industri IT, mungkin anda boleh relate dengan apa yang ditulis serta berkongsi pengalaman anda sendiri. Kalau nak mengumpat user tak celik IT pun boleh juga.

Monday, April 11, 2011

Tanda-Tanda Anda Seorang Jejaka Metroseksual

Hai apa khabar semua? Di tempat kerja lama aku dulu, aku ada seorang kawan yang mengaku dia adalah seorang lelaki sejati. Nama tipu dia Kunali. Dia sound aku cakap "Hey Faizal, real men don't watch Twilight!". Jadi jika aku bukan 'real men' ataupun lelaki sejati, kategori lelaki apakah aku ini? Dia cakap aku ni lelaki metroseksual. Apakah itu lelaki metroseksual? Mengikut definisi yang diterjemahkan daripada laman Wikipedia, lelaki metroseksual bermaksud "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Really? Namun begitu, definisi tersebut tidak cukup untuk menunjukkan yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Ayuh kita kaji apa tanda-tanda kecil mahupun tanda-tanda jelas yang menunjukkan anda ini lelaki metroseksual.

1) Kita kaji sedikit definisi lelaki metroseksual di atas: "seorang lelaki yang menghabiskan masa dan wang membeli-belah untuk penampilan mereka". Kenyataan ini ternyata benar kerana jika kita lihat imej lelaki sejati seperti yang digambarkan di dalam filem, mereka selalunya tidak kisah dengan penampilan diri. Janggut tak shave, rambut tidak disisir rapi dan seluar jeans tak basuh selama 6 bulan. Jika anda seorang jejaka metroseksual, anda akan nampak hensem dan kemas walaupun baru bangun tidur. Minyak rambut malam tadi pun masih intact. Ini kerana lelaki metroseksual menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk menjaga penampilan mereka.

2) Anda ada poster David Beckham dan Cristiano Ronaldo yang ditampal di dinding bilik tidur anda, dan poster itu bukanlah poster mereka beraksi di padang bolasepak.

3) Anda membawa beg tangan lelaki ataupun 'manbag' ketika berjalan-jalan di kompleks membeli-beli. Beg tangan lelaki di sini bukanlah pouch kat pinggang yang macam orang selalu pakai ketika meniaga di pasar malam tu, sebaliknya beg tangan lelaki yang berjenama seperti Louis Vuitton dan Guess.


4) Anda mudah untuk bergaul tanpa menggauli kaum wanita. Anda dengan tenang boleh berbicara tanpa perlu rasa awkward ataupun terdiam tak tahu nak cakap apabila berbicara dengan fesyen tudung Hana Tajima, membuat kek red velvet mahupun tentang tawaran set mekap Bobbi Brown.

5) Anda lepak minum kopi di Starbucks instead of kedai mamak sambil membaca majalah Men's Vogue.

6) Anda pergi potong rambut di salun yang eksklusif instead of pergi kedai gunting rambut Maniam. Syampu pun pakai Vidal Sassoon. Eh ada lagi ke syampu tu? Rambut pun tak pernah panjang macam Kurt Cobain. Mesti buat fesyen Aidil Zafuan.

7) Anda pergi membuat manicure / pedicure serta Brazilian Wax mengalahkan teman wanita anda sendiri. In fact, anda menganggap teman wanita anda sebagai saingan anda. Tak boleh nampak kuku dia berkilat sikit. Anda juga pergi mencelup kaki anda yang almost tiada bulu itu ke dalam Fish Spa bagi membuang sel-sel kulit yang sudah mati.

8) Masuk ke dalam bilik air anda, anda akan melihat produk-produk kecantikan kulit yang dicipta untuk wanita di rak bilik air. Ada pencuci muka SimplySiti, penghapus blackhead L'Oreal serta penghapus jerawat Oxy. Not sure why Libresse pun ada.

9) Anda menonton siri televisyen yang feminin seperti Glee dan Gossip Girls mahupun rancangan realiti penuh drama dan konflik seperti The Real Housewives of New Jersey.


10) Apabila anda lalu di hadapan gadis-gadis rempit, mereka pula yang akan buat bunyi "cet cet" di mulut untuk mengurat anda, serta melaungkan pick up line seperti "Hai Bang Long, meh la saya belanja air Zappel". Di sesetengah situasi juga, anda akan mendapat pandangan berahi daripada sesetengah jejaka yang diragui orientasi seksualnya.

Jika anda seorang lelaki dan anda mengalami simptom-simptom di atas, maka ketahuilah yang anda ini seorang lelaki metroseksual. Tidak perlu rasa aib dan tidak perlu rasa bimbang, menjadi metroseksual bukanlah bermakna anda ini seorang homoseksual. Well, as long as you don't gargle some other man's ball in your mouth, that is. Gadis-gadis pula memang sukakan jejaka berpenampilan sebegini bukan?

Friday, April 8, 2011

March Movies!

Hai apa khabar semua? Bertemu lagi kita di dalam rancangan Mari Menonton Filem Bersama Abang Jai. Seperti biasa, kita akan membuat ulasan tidak professional filem-filem terbaru di pawagam. Taklah baru sangat sebenarnya. Filem yang akan diulas sudah ditayangkan lebih kurang sebulan maka saya tidak akan rasa bersalah sangat kalau dedahkan spoiler kerana kalian sepatutnya sudah menonton filem-filem tersebut. Oleh kerana pada bulan lepas PC saya rosak, maka aktiviti menonton filem menjadi lebih banyak daripada biasa, dengan 7 filem yang ditonton di pawagam. Hobi, bukan tiada kehidupan ok. Ayuh kita ikuti ulasan filem yang ditonton pada bulan Mac.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Hikayat Merong Mahawangsa

Ulasan: Jika anda pergi ke mana-mana laman blog berbahasa Melayu, anda pasti dapat membaca ulasan Hikayat Merong Mahawangsa, dan kebanyakannya adalah ulasan yang positif. Oleh kerana ramai yang sudah membuat ulasan, maka tak perlulah kita ulas filem ini kerana anda tahu sebagai peminat KRU, pasti ulasan berat sebelah akan diberikan tanpa menghiraukan lakonan super kaku di saat tentera Garuda terkena serangan UV.

Biased ratings: $$$$$. I'd watch it over and over again to catch a glimpse of the princess boobies.

World Invasion: Battle Los Angeles

Ulasan: Bumi kita yang aman damai tiba-tiba dikejutkan dengan kejatuhan meteor dari angkasa. Di dalam meteor itu rupa-rupanya ada makhluk durjana yang ingin membuat onar kepada bumi milik kita ini. Staf Sarjan Nantz yang baru ingat nak pergi melancong dengan duit pencennya dipanggil untuk kembali bertugas mengetuai skuad yang ada Ne-Yo The Gentleman. Mereka ditugaskan untuk menyelamatkan orang awam yang masih terperangkap di sebuah balai polis sebelum tentera udara datang mengebom pendatang asing laknatullah itu. Setelah orang awam diselamatkan, mereka menunggu serangan udara yang dijanjikan tapi tak datang-datang. Rupa-rupanya markas tentera pun dah kena tapau. Celaka kau alien.


Filem ini diberi ratings yang rendah oleh pengkritik filem professional, tetapi bagi orang awam macam aku ni aku rasa filem ini menghiburkan. Takdelah bangang macam Skyline tuh. Ada elemen cintakan tanah air, dan membuatkan kau rasa nak masuk PLKN. Part sedih dia pun sedih juga aku nak menangis tapi kenala tunjuk macho depan gadis kan.

Ratings: $$$

Rango

Ulasan: Rango adalah seorang kameleon yang dipelihara di dalam akuarium yang gemar berlakon di mana skil lakonannya adalah jauh lebih hebat daripada Rashid Sidek, cuma dia kesunyian seorang diri tanpa teman di sisi. Setelah terdampar di padang pasir, Rango bertemu dengan Beans, seekor iguana yang mengesyaki ada konspirasi kerajaan untuk menyembunyikan air daripada rakyat. Rango dibawa ke bandar dan disitu dia cuba menyesuaikan diri dengan membuat adlib berlakon secara spontan dengan membesar-besarkan cerita kegagahannya sehingga dia dilantik menjadi Syerif. Sebagai seorang Syerif dia terpaksa menyiasat adakah sextape itu tulen eh di manakah hilangnya air bandar itu, di samping mendapat tentangan daripada Mayor yang korup, dan ahli gusti Jake 'The Snake' Roberts.

Haha korang dah tengok tak cerita ini? Ada satu part tu yang masa Rango ajak "Let's take a ride!" memang buat aku ketawa tak henti-henti. Namun begitu aku tidak rasa Rango ni filem kanak-kanak semata-mata kerana tidak banyak jenaka slapstik sebaliknya jenaka remaja meningkat dewasa.

Ratings: $$$ 1/2

Big Momma's House: Like Father, Like Son


Ulasan: Pegawai FBI Malcolm terpaksa kembali menyamar menjadi Big Momma apabila anak tirinya Trent Reznor telah menjadi saksi kepada sebuah kes pembunuhan. Mereka pergi menyamar di sebuah sekolah Seni untuk mendapatkan bukti bagi menghumban watak jahat dalam filem itu ke penjara. Trent yang bercita-cita menjadi rapper macam Zizan turut menyamar menjadi awek plus sized bergaul dengan gadis-gadis lain. Takyah ulas panjang-panjanglah cerita ini.

Aku tak tahu mengapa aku pergi menonton cerita ini di pawagam. Takde apa yang beza pun dengan cerita Big Momma sebelumnya. Banyak menggunakan jenaka-jenaka orang berbadan besar yang lebih kurang serupa dan tidak kelakar. Kelakar lagi Amir yang tak kelakar dalam Maharaja Lawak.

Ratings: $$

The Adjustment Bureau

Ulasan: David Norris telah tewas dalam pilihanraya kecil kampungnya. Kecewa, dia pun pergilah berak namun begitu beliau terserempak dengan gadis misteri yang buat apa entah dalam tandas orang lelaki. Tipu gila bual bual sikit dah boleh make out. Pertemuan dengan gadis itu memberi impak yang besar dalam hidupnya, sehinggakan dia berjaya membuat ucapan yang menjadikannya calon utama untuk memenangi pilihanraya akan datang. Tanpa disedari, pertemuannya dengan gadis itu sebenarnya sudah dirancang oleh satu organisasi. David tidak sepatutnya berjumpa dengan gadis itu lagi tetapi di atas takdir pengarah dan kecuaian pekerja organisasi Adjustment Bureau itu, David telah terserempak lagi dengan gadis itu menjadikan pelan hidup yang telah ditetapkan terhadap dirinya huru-hara. Pihak Adjustment Bureau berusaha sedaya upaya untuk memisahkan mereka namun David tidak pernah berputus asa terhadap cintanya.

Ini merupakan filem sains fiksyen yang sweet dan romantik. Aku suka dengan filem ini di mana kita boleh lihat kemistri Matt Damon dengan Emily Blunt yang ayu itu. Filem ini mengajar kita agar kita berusaha mendapatkan apa yang kita mahu tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Kitalah yang menentukan halu tuju hidup kita sendiri. Kalau korang tengok cerita Fringe, orang Adjustment Bureau ni kira macam The Observerlah.

Ratings: $$$$

Beastly

Ulasan: Filem ini mengisahkn tentang Kyle, seorang jejaka yang takbur dan mengamalkan konsep Yang Penting Rupa secara ekstrim, di mana orang yang hodoh, gemuk ataupun lain sikit je akan dikeji. Di atas sifatnya yang buruk itulah menyebabkan dia disumpah menjadi hodoh lebih hodoh daripada Pak Kesum. Dia hanya ada masa setahun untuk membuat orang jatuh cinta kepadanya kalau tak dia akan menjadi hodoh buat selama-lamanya.


Filem ini adalah umpama filem Beauty and the Beast versi moden. Melihat kameo Neil Patrick Harris secara tidak langsung anda akan membuat perbandingan dengan karekter popularnya Barney. Pengajaran yang kita boleh dapat dalam filem ini adalah, Rupa Tak Penting, Yang Penting Hati. Eh.

Ratings: $$ 1/s

Sucker Punch

Ulasan: Babydoll dimasukkan ke dalam institusi mental setelah kematian ibunya dan dipersalahkan di atas kematian adiknya. Bapa tirinya cuba melenyapkan ingatan Babydoll dengan merasuah penjaga rumah orang gila itu agar melaksanakan teknik memaku otak bagi menghilangkan kewarasannya. Babydoll ada masa 5 hari untuk melepaskan diri. Kita dibawa ke alam fantasi di mana Babydoll dan penginap-penginap lain berada di rumah pelacuran di mana mereka harus membuat tarian ghairah serta memuaskan nafsu serakah pelanggan. Semasa membuat tarian erotik, Babydoll akan berimajinasi sekali lagi di mana dia menjadi heroin seksi memenggal askar Jerman, robot dan naga, sambil merancang untuk melarikan diri bersama gadis-gadis lain seperi Amber, Blondie, Rocket dan Sweet Pea.

Secara jujurnya, aku meletakkan expectation yang tinggi terhadap filem ini setelah melihat trailernya yang awesome. CGI memang tiptop, soundtrack memang kena dengan aksi, namun begitu, jalan ceritanya tidak segah mana, I think. Anda mood Inception di sini di mana mereka mengamalkan konsep 'imajinasi di dalam imajinasi'. Secara jujurnya juga, aku lebih berminat untuk melihat sejauh manakah kehebatan tarian erotik Babydoll daripada imajinasi menikam robot beliau.

Ratings: $$ 1/2

Sekian sahaja ulasan filem untuk bulan Mac. Movie of the month bagi aku adalah The Adjustment Bureau, Merong tak kira sebab aku memang fanatik KRU. Korang suka filem apa? Jumpa lagi pada bulan hadapan dengan ulasan eksklusif Anu Dalam Botol. Ok tak, tipu.

Thursday, April 7, 2011

PCku Sudah Kembali Yo!

Semalam, aku sedang duduk berehat-rehat sambil menonton koleksi VCD ceramah Ustaz Ismail Kamus di laptop mama aku. Kemudian, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. "Akaun sewa beli anda telah tertunggak. Sila buat pembayaran dengan segera.." Barbie bank ni tak boleh bersabar lambat masuk duit kereta mesti nak ugut aku, bisik aku di dalam hati. Kemudian masuk lagi satu mesej "RM0. Dapatkan Caller Ringtone terkini Ganas/KRU dail *131*204925#. Ok yang ini aku suka dan terus aku langgan caller ringtone tu. Cuba try call aku tengok ada keluar lagu KRU tak? Kemudian masuk lagi satu mesej. Wahh memang sayang betul diorang kat aku tak macam korang yang tak pernah sudi nak SMS aku. Ok SMS yang ini memang membuatkan aku hampir mengecapi kemuncak syahwat:

"Computer anda sudah siap. Terima kasih kerana sabar menunggu"

Aku terus berbogel dengan serta merta, melaksanakan mandi wajib, ambil wuduk, bersiap-siap kemudian melakukan solat sunat kesyukuran. Ok ok ayat sebelum ini memang semua tipu kecuali part mandi wajib. Anyway mestilah aku gembira kan. Tahu tak berapa lama aku menderita hidup tanpa PC? 5 minggu. 5 minggu untuk claim warranty motherboard yang baru dibeli. Tu yang jarang kemaskini blog tu. Hehe. Tapi bagus juga, takdelah aku terdedah dengan godaan pornografi. Jangan salah faham, aku memang tak tengok porn *cough*. Tapi biasalah kawan-kawan aku macam Fandi yang bini nak beranak dah tak boleh nak bersenggama sebab saiz perut mereka dua-dua sama selalu datang rumah aku bawa koleksi tak senonohnya sendiri. Nak tengok kat rumah takut bini marah kan. Kat Tuhan tak takut pula. Berbalik kepada tajuk asal, setelah mendapat kembali PC aku, beberapa perubahan drastik telah dibuat. Ayuh teruskan membaca

1) Benda pertama yang aku buat setelah mendapat PC aku adalah membackup segala benda yang belum dibackup seperti siri televisyen, lagu-lagu orang putih dan orang Melayu, Final Project Uniten walaupun aku telah lama bergraduasi. At least rasa tenang di hati jika PC buat hal lagi.

2) Setelah lama menggunakan non genuine Windows, maka kali ini sudah timbul kesedaran sivik di hati demi memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Maikrosof. Maka aku pun mengeluarkan hadiah krismas yang Maikrosof beri yang sudah berhabuk tidak pernah digunakan. Aku membuat keputusan untuk menginstall Windows 7 Ultimate kerana inilah masa yang paling sesuai untuk memulakan hidup yang baru. Xp ke 7 kena buat custom installation, leceh juga nak kena reinstall aplikasi-aplikasi yang lain. Setelah habis instalasi, aku dengan tenang membuat Windows Update tanpa perlu rasa gentar kena cop THIS COPY OF WINDOWS IS NOT GENUINE. Semua update aku install termasuklah browser yang paling hebat sepanjang zaman Internet Explorer 9 serta Service Pack 1.


3) Antivirus? Antispyware? Jika anda tak mahu beli, anda boleh sahaja guna Malwarebytes. Namun begitu mengapa mahu guna Malwarebytes jika anda boleh install Maikrosof Security Essentials? Tak perlu bayar satu sen juga. Kelebihannya berbanding Malwarebytes adalah dia ada real time protection. Tapi oleh kerana mama aku merupakan ahli kelab peminat Datuk Lee Chong Wei, aku pau sahaja Kaspersky mama kerana ada 3 lesen. Rugilah kalau tak guna. Hehe.

4) Mulai semalam, setiap kali aku nak keluar rumah, aku akan cabut segala benda yang boleh dicabut di PC. Network cable power cable grafik card pun aku cabut bagi mengelakkan serangan kilat. Sekarang ni kan musim hujan hari-hari hujan kilat sabung menyabung tak sanggup lagi pun hendak berpisah dengan PC aku ni.

5) Sekarang ni aku nak kumpul ribuan ringgit untuk beli Photoshop original je.....eh.

Oleh kerana sekarang ini aku sudah kembali berpc, aku berazam untuk update blog hari-hari. Ok tak, aku berazam untuk at least update Twitter hari-hari.

Monday, April 4, 2011

'Silly' Things Men Do To Impress Women

Dalam arena 'ngurat-mengurat' ini, selalunya orang lelaki yang akan mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu di luar norma kehidupan bagi menarik perhatian gadis yang diminati. Oleh itu tidak hairanlah orang lelaki boleh mengeluarkan idea-idea yang sweet dan romantik untuk memikat gadis-gadis walaupun mereka sebenarnya sekadar meniru aksi-aksi tersebut daripada filem komedi romantik Adam Sandler. Idea memikat itu mungkin nampak hebat di dalam filem, tetapi di dunia realiti ini tidak semua taktik itu boleh diaplikasikan kerana kehidupan sebenar tidak klise dan tidak boleh dijangka. Tempoh hari kita telah pelajari beberapa perkara-perkara yang 'silly' yang gadis-gadis lakukan untuk menarik perhatian jejaka. Untuk menunjukkan yang saya ini bukan 'male chauvinist', hari ini kita akan lihat pula beberapa taktik 'silly' orang lelaki yang sering digunakan untuk mencairkan hati gadis-gadis. Ayuh teruskan membaca.

1) Berpura-pura menunjukkan minat semasa menemani gadis membeli-belah

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, kaum wanita memang obses dengan shopping. Jika gaji seorang wanita itu RM 3,000 sebulan, RM 1,800 daripadanya akan digunakan untuk membeli-belah membeli kasut Charles & Keith, set mekap tebal Bobbi Brown, top seksi daripada Dorothy Perkins mahupun scarf mahal daripada Arzu. Maka tidak hairanlah kaum wanita akan menghabiskan masa yang lama setiap minggu untuk memenuhi nafsu mereka ini.

Jejaka-jejaka yang pandai mengeksploitasikan situasi ini akan memaksa diri mereka untuk mengikut gadis-gadis bershopping. Jejaka dan shopping, itu bukanlah kombinasi yang semulajadi. Kalau nak letak statistik, orang lelaki yang normal hanya akan keluar membeli-belah selama 45 minit sahaja dalam sebulan, berbanding 22 jam bagi wanita. Namun begitu inilah masanya untuk kaum lelaki membuktikan yang mereka ini boleh diharap dalam semua bidang, termasuklah menemani gadis-gadis bershopping. Tetapi boleh berlakukah situasi sebegitu?

Tempoh minimum seseorang gadis bershopping adalah 3 jam, dan ada kemungkinan di dalam 3 jam itu tiada satu barang pun yang dibeli. Orang lelaki yang normal jalan 30 minit windows shopping pun dah bosan, dan gadis-gadis boleh nampak kebosanan mereka itu setelah kita para jejaka sekadar duduk di 'husband's chair' bermain telefon bimbit membaca timeline Twitter. Bagaimana nak impress gadis-gadis jika begitu? Tujuan gadis-gadis mengajak teman untuk bershopping (selalunya BFF sama jantina ataupun bapuk) adalah untuk mendapatkan pandangan jujur seorang fashionistas ketika mencuba kasut Nine West ataupun baju seksi daripada Forever 21 itu. Ekspresi muka mahupun respons yang ditunjukkan oleh orang lelaki ternyata boleh membantutkan nafsu shopping mereka. Diorang tanya "Mmm baju biru ke merah lagi cantik?" tapi kita sekadar cakap "Tak kisahlah, dua-dua pun boleh". Mana boleh begitu beb kena silent treatment nanti. Oleh itu, anda tidak perlu berpura-pura menunjukkan minat menemani mereka bershopping. Just bagi mereka keizinan dan wang saku untuk mereka belanjakan sesuka hati bersama BFF sejantina mereka dan pasti gadis itu akan terpikat dengan anda sedikit demi sedikit.

2) Belajar bermain gitar untuk membuat gadis kagum

As silly as it sounds, this tactic actually works! The truth is, orang lelaki belajar main gitar bukan untuk menjadi rokstar, tetapi untuk memikat gadis-gadis. Disogok dengan mentaliti 'gadis-gadis akan terpikat dengan lelaki yang boleh bermain alat muzik' mereka sanggup mengumpul wang yang membeli gitar kapok kurang berkualiti di Pasar Mini Kiat Siong yang berharga Rm80 lepastu datang rumah kawan untuk belajar kord-kord asas yang boleh membentuk lagu cinta.

Tapi dulu-dulu bolehla kot, zaman sekarang ni ramai gadis-gadis yang lebih cenderung mendengar muzik yang boleh membuatkan mereka terkinja-kinja like a geesik like a geesik. Situasi corny seperti datang ke rumah gadis di malam hari, baling batu ke tingkap, kemudian bermain gitar dan menyanyi lagu Bryan Adams hanya boleh berlaku di dalam filem. Tidak semua gadis akan menjadi cair jika anda tiba-tiba mengeluarkan ukulele anda dan bermainnya di khalayak ramai. Ada yang akan berasa aib kerana nature mereka pemalu dan tidak gemarkan publisiti. Dah tu asyik dok ulang lagu-lagu yang klise suara pulak dahla tak sedap. Bosanlah kalau asyik main lagu Richard Marx Right Here Waiting. Tak pun lagu Ronan Keating When You Say Nothing at All. Pasti gadis-gadis akan cepat bosan.

3) Menjadi metroseksual, terlalu metroseksual

Lelaki sejati digambarkan dengan imej rambut sikat macam taknak sikat dan ada misai janggut sikit-sikit macam Kurt Cobain. Tapi tak bolehla nak serabai sangat kan kerana gadis-gadis mementingkan penjagaan diri. Di atas sebab itu, ada sesetengah lelaki yang membeli koleksi VCD Queer Eye Fot A Straight Guy bagi mendapatkan tips-tips penjagaan diri dan cara-cara untuk bergaya seperti David Beckham.


Apakah sebenarnya definisi metroseksual itu? Secara ringkasnya, jika anda menghabiskan masa dan wang anda terhadap pakaian dan barangan penjagaan diri, maka anda adalah seorang lelaki metroseksual. Tiada salahnya menjadi lelaki metroseksual kerana gadis-gadis memang sukakan penampilan yang kemas dan up to date dengan gaya fesyen terkini. Namun begitu jika seseorang lelaki itu mula menunjukkan obsesi terhadap penampilan diri, mungkin orientasi seksual anda akan diragui. Mana ada lelaki normal pergi buat manicure / pedicure kan? Mana ada orang lelaki buat Brazillian wax kan? Lepas tu start pakai celak, blusher nak bagi merah pipi last-last ambil pil estrogen terus kemudian buang anu letak dalam botol. Eh ni dah lain dah ni. Gadis-gadis sila beware jika anda melihat simptom-simptom ini semasa sedang bertemujanji.

4) Bertumbuk untuk menunjukkan kekuatan

Katalah anda sedang berdating dengan gadis. Gadis anda memang semulajadi hangat ditambah pula dengan dia tak butang baju sampai habis so nampaklah sedikit lurah dendam dia. Lepas tu bertembung pulak seorang seorang lelaki normal yang jeling kat gadis anda sekejap. Tak tahulah sebab bulu hidung gadis anda terkeluar ataupun sebab dia check out gadis anda. Anda yang tinggi egonya dan bajet anda ni Matt Damon dalam cerita Good Will Hunting pergi confront lelaki tadi walaupun gadis anda sudah cakap 'let it go'.

Tetapi anda tidak peduli. Anda rasa gadis anda akan kagum melihat kehebatan anda bergaduh. Anda pergi execute pulak Stone Cold Stunner kat lelaki tadi. Tapi kalau anda menang, gadis anda pasti akan kata "YOU'RE A BIG JERK!". Kalau anda kalah lagilah aib dan gadis anda akan kata "YOU'RE A LOSER!". Maka it is a lose-lose situation. Kalau benar pun gadis anda ni hot semua orang nak usha, take it as a compliment kerana anda yang tak hensem sangat ni yang dapat keluar dating dengan dia. Tunjukkan kematangan dan gunakan kelelakian anda di tempat yang betul dan mana-mana gadis pun akan terpikat dengan anda dan akan membenarkan anda ringan-ringan dengan mereka.

5) Menonton Glee / Gossip Girls agar boleh dijadikan topik perbualan dengan gadis-gadis

Selalunya taktik ini akan diaplikasikan oleh lelaki semasa dalam proses saling kenal mengenali. Apabila kita dengar je gadis itu meminati Glee, maka kita pun akan balik rumah untuk muat turun satu episod. Kita pun tengoklah tapi sepanjang proses tontonan itu kita asyik dok mencarut "WHAT THE HELL IS THIS SHIT?". Memang struggle lah untuk habiskan 42 minit tu. Tapi kita sempatlah untuk ambil pointer-pointer penting serta mengenali watak-watak utama untuk dijadikan modal bagi mengimpress gadis kita dalam sesi temujanji yang seterusnya.

Tapi yang menjadi masalahnya adalah apabila mereka bertanya soalan-soalan yang mendalam seperti apakah model kerusi roda yang dipakai oleh Artie dan anda tak boleh nak jawab, mereka akan tahu yang anda sebenarnya berpura-pura menunjukkan minat terhadap Glee. Ataupun anda tiba-tiba keluarkan pick up lines Chuck Bass, adakah anda rasa gadis-gadis akan berasa flattered? Well maybe, jika anda ada bulu dada seksi macam Chuck Bass tapi kalau muka anda banyak jerawat kembung bernanah lepas tu ungkapkan kata-kata manis sedemikian, kebarangkalian untuk mereka muntah adalah tinggi.


6) Menipu

Menipu di sini boleh dibincangkan di dalam pelbagai aspek. Yelah dalam proses kenal-mengenalikan kita mestilah sedikit terdesak nak buat gadis-gadis impressed dengan kita. Berikut adalah contoh-contoh penipuan yang sering dilakukan oleh kaum lelaki:

a. Tipu status perhubungan. Dalam Fesbuk tulis single tapi sebenarnya sudah ada gadis saja je taknak bagi saham jatuh. Takpun dah kahwin siap ada anak lagi tapi mengaku solo biasalah gatal nak memikat gadis muda.

b. Tipu status kekayaan. Tayang kereta semasa date tapi sebenarnya kereta pinjam. Lepastu cakap yang kita ni anak Datukla, anak Sultan Brunei la. Tapi belanja makan kat KFC jugak.

c. Tipu saiz organ reproduksi. Tiada komen susulan di sini.

Kalau nak lebih faham, anda tonton je filem terbaru Adam Sandler di pawagam, Just Go With It. Satu penipuan kecil menjadi penipuan yang berterusan dan sekaligus boleh mengguris hati ramai orang.

So gadis-gadis, adakah anda mendapat layanan seperti di atas semasa dipikat oleh orang lelaki? Biasalah kami orang lelaki di saat-saat sedang dilamun angau, kami akan melakukan apa sahaja bagi menarik perhatian anda. Kadang-kadang kami tak sedar yang anda tidak suka dengan cara kami, maka anda haruslah berbincang secara matang dan tidak sekadar diam seribu bahasa. Buat para pembaca lelaki pula, teruskan usaha jangan putus asa kerana tiada gadis yang kita tidak boleh dapat jika kita menggunakan taktik yang betul.

Friday, April 1, 2011

Cara-Cara Untuk Bergurau di Hari April Fool #2

Hai apa khabar semua? Hari ini adalah hari Jumaat ataupun Friday. Kita lupakan dulu jenaka ataupun reference terhadap Rebecca Black, kerana tarikh hari ini merupakan 1 April, di mana tarikh 1 April dijadikan sebagai medium untuk berjenaka dan bergurau senda bersama rakan-rakan tercinta. Di sesetengah petempatan di kawasan pedalaman, 1 April dijadikan sebagai hari cuti umum di mana puak-puak tertentu akan menghabiskan masa membuat prank sesama sendiri instead of pergi bercucuk tanam. Maka hari ini saya ingin berkongsi tips-tips gurauan manja yang boleh merapatkan hubungan anda dengan rakan-rakan anda. Ayuh teruskan membaca.

Ok tipu, ada satu tips sahaja. Jika kalian ada blog, dan kalian tahu ada orang baca blog kalian, privatekan sahaja blog korang pada 1 April. Yes kalian telah terkena gurauan manja saya. Of course anda tidak akan dapat membaca entri ini sehingga esok hari (which is sekarang). Hahaha bagaimana perasaan anda bila datang ke blog ini dan melihat imej ala-ala di bawah tadi?


Pembaca veteran mungkin teringat yang mereka pernah terkena dengan jenaka yang sama tahun lepas. Ada kemungkin juga mereka terlalu fanatik sehingga terlupa lalu mencarut-carut tak pergi semayang Jumaat akibat tak dapat baca blog dan tak dapat melihat gambar jejaka kacak berbaju melayu di sini. Hee hee. Jika anda ada datang ke blog ini tadi dan 'terpedaya' dengan jenaka saya, sila kongsikan perasaan benci anda di ruangan komen. Sebelum itu aku kita lihat testismonial kemarahan yang dilemparkan akibat tak dapat membaca blog. Ada yang maki hamun di Twitter, ada yang memberi mesej pagi-pagi buta ada juga yang mengumpat di Fesbuk.








Amacam lucu tak? Ada lagi sebenarnya tapi kita simpanlah untuk tahun depan ok? Selamat Hari April Fools semua. Eh ustaz Faizal al-Kacaki cakap tak elok sambut April Fools ni. Friday Friday gotta get down on Friday!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...