Thursday, June 30, 2011

Compulsive Hoarding?

Minggu ini aku masuk kerja petang. Kalau terbangun pagi-pagi kalau tak boleh tidur balik, aku akan habiskan masa menonton siri televisyen. Maka tadi aku mengulangkaji episod-episod lama kartun keji South Park. Dalam satu episod ni, Stan dan Mr Mackey dikatakan mengalami masalah 'hoarding'. Untuk mengetahui punca masalah itu, mereka memanggil skuad Inception untuk masuk ke dalam mimpi mereka bagi merungkai persoalan tersebut. Memang lucu episod itu, tapi aku taknak cerita pasal South Park, aku hendak mengupas masalah hoarding. So apakah itu hoarding?


Hoarding adalah mengumpul barang-barang yang ternyata tidak membawa apa-apa kebaikan, dan kita tak guna dan tak mahu buang barang-barang tersebut. Dalam kes-kes yang kronik, masalah hoarding ini boleh mengganggu kehidupan, mempengaruhi kesihatan dan menghalang kita daripada membuat aktiviti harian seperti tidur dengan selesa dan memasak di dapur. Aku rasa aku bukanlah seorang compulsive hoarder, tetapi aku ada banyak mengumpul benda-benda yang tidak perlu dan aku tidak mahu buang. Tapi simptom seorang hoarder memang tak mahu mengaku yang dia seorang hoarder. Ayuh kita kaji permasalahan ini dengan lebih lanjut.

Antara benda-benda 'tidak perlu' yang aku simpan adalah:

Bateri lama


Hey bateri mahal ok. Lagipun aku menggunakan banyak gajet yang menggunakan bateri dari pelbagai saiz seperti wireless controller Xbox (ada 3), bateri untuk set Guitar Hero, bateri remote kontrol televisyen/astro/aircond, bateri untuk wireless mouse dan keyboard....seksa tau kalau tengah berperang bersama kawan-kawan dalam Call of Duty tiba-tiba kontroller berkelip-kelip tanda bateri nak habis lepas tu tidak ada bateri untuk ganti. Tak mungkin aku akan keluar pergi beli bateri baru tatkala kawan-kawan lain berseronok. Haa itulah gunanya bateri lama. Siapa kata kalau bateri dah habis kuasa tak boleh guna? Kau gosok-gosok sikit nanti menyalalah lampu controller kau. Kalau agak-agak bateri macam dah habis powernya, kau aplikasikan je urban legend di mana kau boleh cas kembali bateri itu dengan menjemurnya di matahari. Haha kalian buat begitu tak? Penyelesaian kepada masalah mengumpul bateri ini adalah memberi bateri rechargeable, tapi mahal doo.

Tiket wayang



Aku tak ingat sejak bila aku mula menonton filem di pawagam. Yang aku tahu, aku ada kumpul tiket setiap wayang yang aku tonton. Mama aku selalu bising apabila nampak tiket wayang bertaburan di bilik aku. Pernah sekali tu mama aku buang koleksi tiket aku yang entah berapa banyak tu tanpa mendapat persetujuan daripada aku. Memang devastated rasa macam dapat tahu crush kita sebenarnya dah ada teman lelaki. Lepas tu aku kembali mengumpul dan aku letak baik-baik dalam kotak. Ya aku tahu kumpul tiket wayang tiada value tak boleh nak jual kat mudah.com.my, tapi ada sentimental value hoccay. Aku bercadang nak buat scrapbook tiket wayang nanti aku dah ada anak nak cerita la kat anak-anak aku pengalaman aku menonton wayang dengan mama dia macam Ted Mosby. Tapi yang menjadi masalahnya bukan sahaja tiket wayang yang aku simpan, tiket bola yang ditonton di stadium, tiket konsert Rock the World yang dah entah berapa tahun tu, even tiket nak masuk ke taman tema Genting.

Resit

Hey resit penting ok. Kalau benda yang kita beli rosak kenalah ada bukti pembelian bukan? Itu yang aku simpan resit beli motherboard, beli RAM, beli grafik kad, beli Xbox, beli game tapi semua benda tak pernah rosak pun. Kalau rosak sekalipun, dah tamat warranty dah. But still, aku masih menyimpan resit-resit tersebut kerana emosiku mengatakan yang resit itu penting. Kadang-kadang dah jadi tempat pelupusan resit dah especially kereta aku dengan resit tol dan resit pembelian barangan di stesen minyak. Instead of buang terus aku pergi bawak masuk dalam kereta simpan dalam dashboard.

Mungkin aku boleh beri contoh hoarding yang lain. Mungkin kalian di rumah suka menyumbat makanan di dalam peti sejuk. Arwah abah aku suka simpan ikan yang dia pancing dalam freezer. Yelah mana tahu satu hari nak masak ikan siakap masak tiga rasa, tak payahla nak pergi beli ikan. Tapi memang tak pernah berusik pun ikan tu makin bertambah adalah dengan daging korban hari raya setiap tahun lagi. Bagi penggemar binatang pula, suka kumpul kucing. Famili aku dulu-dulu pantang nampak kucing terbiar ada potensi untuk merangkul hadiah di pertandingan kucing sikit, terus ambil bawa balik rumah, sehinggakan pada satu masa bilangan kucing aku pernah mencecah 50 ekor. Menyusahkan sebenarnya ada banyak-banyak kucing ni nak kemas berak nak keluar duit bagi makan lagi.

Hoarding ini sebenarnya penyakit emosi. Kau rasa macam benda yang kau kumpul tu sangat berharga, dan orang lain tak faham perasaan mengapa kau mahu simpan benda itu. Mereka ada pautan emosi terhadap benda yang mereka kumpul dan merasa pembaziran akan berlaku jika benda-benda tersebut dibuang begitu sahaja walaupun di mata pihak lain benda-benda tersebut tiada nilainya. Kesannya, benda yang dikumpul semakin banyak dan akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Aku rasa aku tidaklah masuk dalam kategori 'compulsive', tapi still mengumpul benda-benda yang membuatkan mama aku tensen. Adakah anda juga mengalami compulsive hoarding? Kumpul kasut Vincci tapi tak pakai tak kira ya gadis-gadis.

Tuesday, June 28, 2011

Filem-Filem Yang Tidak Perlu Ditonton Pada Bulan Jun

Hai apa khabar semua? Bertemu lagi kita di dalam rancangan Ulasan Filem Bersama Abang Jai. Selalunya aku akan membuat ulasan filem pada setiap awal bulan. Tapi kali ini kita keluar sikit daripada norma kebiasaan dengan membuat ulasan tentang filem yang dirilis pada bulan Jun yang anda TIDAK PERLU tonton, tak kiralah jika anda sudah kehabisan filem untuk ditonton di pawagam ataupun nampak poster filem melambai-lambai anda untuk membeli tiket. Usahkan di pawagam, di komputer peribadi pun tak usahlah kalian muat turun. Simpan bandwidth itu untuk muat turun benda yang lebih berfaedah seperti siri dokumentari Jejak Rasul. Biar aku sahaja yang tonton dan alami kemungkarannya. Ayuh teruskan membaca.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Henry's Crime


Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang Henry, seorang pekerja tol di lebuhraya Akleh yang hidupnya hari-hari sama sahaja. Sing tidur malam kerja. Bini kat rumah nak anak tapi dia buat tak endah. Henry tiada cita-cita, tiada tujuan, tiada impian, tiada harapan, tiada...well you get my point. Satu hari, kawan-kawan dia yang tak berguna datang rumah nak ajak main besbol. Tapi dengan takdir pengarah diorang pergi rompak bank pula memang celaka. Tak pasal-pasal Henry yang kena dan dia dituduh bersubahat lalu dipenjara. Dia jenis yang tak belot kawan so dia duduk diam-diam saja dalam penjara. Di dalam penjara, dia bertemu dengan Max, seorang Con-fidence Man yang dah selesa duduk dalam penjara tak mahu lihat keindahan dunia. Max mengajar dia erti kehidupan tapi takdelah tunjuk scene stereotype dalam penjara di mana Henry terlucut sabun di tangan, tunduk kemudian ditoron. Apabila Henry keluar dari penjara, dia telah berjumpa dengan matlamat hidupnya; iaitu untuk merompak bank yang dia tak rompak itu.

Ok. Kenapa aku tonton filem ini? Kerana ada Keane Reeves. Kerana cerita blokbuster lain sudah habis ditonton. Kerana masa aku Bing cerita ini dalam search result aku nampak ayat 'pretty funny'. Namun begitu, ayat sebenar yang patut digunakan adalah 'not funny'. AT ALL. Plot dia tidak berkembang dengan baik. Pacing dia perlahan sekali sehingga Da'Killa tertidur dua kali. Tengok Keanu Reeves rasa nak lempang tapi mungkin itu sebab dia berjaya membawa karekternya yang boring. Filem ini boleh dikategorikan sebagai filem heist juga tapi usahlah kalian mengharapkan heist yang gempak sekadar korek terowong sambil menyamar menjadi pelakon teater sahaja.

Ratings: $$

Dylan Dog: Dead of Night

Ulasan ringkas: Dylan Dog adalah sebuah filem yang diadaptasi daripada komik dengan tajuk yang sama. Dalam versi filem, Dylan merupakan seorang penyiasat persendirian yang bertugas menyiasat kes-kes rumahtangga seperti menyiasat suami curang dan mengambil gambar isteri sundal. Sehinggalah pada satu hari dia terpaksa kembali ke tugas lamanya iaitu menjadi detektif paranormal setelah rakannya dibunuh oleh makhluk misteri. Kalau korang nak tahu, kat dunia kita ni wujud pontianak, zomba, hantu tetek semua dan mereka berada di sekeliling kita mengadaptasikan diri dalam masyarakat. Demi kesejahteraan bersama, mereka telah melantik seorang manusia sebagai focal point jika mereka ada masalah. In return, identiti mereka dapat disembunyikan daripada manusia yang tidak berfikiran terbuka. Tetapi kesejahteraan itu hanya bersifat sementara setelah apa pihak cuba memecahbelahkan keharmonian itu dengan upacara untuk memuja iblys bagi mengawal dunia.


Sebelum aku pergi tonton filem ini di pawagam, aku usha dulu ratings dia di Rotten Tomatoes. Dia hanya dapat 4%. Empat peratus.........yet aku still pergi untuk tonton juga filem itu kerana di dalam hati aku berkata, 'it couldn't be THAT bad...'. Lagipun aku bukan jenis yang memilih filem main belasah je tengok semua. Namun begitu setelah menonton filem itu aku tahu mengapa filem itu hanya mendapat rating 4% (tadi aku cek dah jadi 3%). Pertama, lakonan Brandon Routh pelakon Superman tu kaku macam Rashid Sidek. CGI dia pun ala kadar je CGI filem Karak lagi kool. Plot dia tunjuk Werewolves lawan Vampire juga tapi setelah melihat aksi, mekap dan keperibadian serigala jadian dan pontianak dalam cerita itu, mesti kau cakap Twilight tu awesome nak arwah. Elemen komedi cuba diserapkan melalui watak partner Dylan iaitu Marcus. Marcus ni mula-mula meninggal lepas tu hidup kembali sebagai Zomba. Satu-satunya highlight dalam filem ini adalah kehadiran Kurt Angle The Olympic Champion sebagai Wolfgang.

Ratings: $ 1/2

Setelah membaca ulasan di atas, adakah anda masih ingin pergi menonton filem-filem tersebut? Usah begitu, simpan wang anda, biar saya yang tanggung penderitaannya. Filem lain yang aku rasa tidak perlu ditonton berdasarkan kualiti adalah The Infidel ataupun Attack of The New Kids On The Block. Ulasan filem yang lain akan saya tulis dalam masa beberapa hari lagi. Anyway, tiket Transformers dah beli ke belum? Kalau baru hari ini nak pergi beli mungkin boleh dapat seat DEPAN sekali. Hehe. Seronoknya aku bakal menonton Transformers hari Sabtu ini di Pavilion di kerusi belakang yang selesa secara tiga dimensi.

Monday, June 27, 2011

Pengaruh Unifi Di Dalam Kehidupan


Hobi aku setiap hari adalah melawat laman web rasmi Unifi dan menyemak senarai liputan jalurlebar kelajuan tinggi di kawasan rumah aku. Setakat ini, hampir keseluruhan kawasan Bangi sudah ada coverage, dan aku yakin Unifi di kawasan rumah aku hanya menanti masa untuk diaktifkan setelah aku melihat papan tanda di atas di simpang rumah aku. Kelajuan Streamyx aku ketika ini adalah di tahap jahilliyah hanya 512kb sahaja. Walaupun orang TM selalu call aku tanya nak naik taraf tak ke 4mb, mereka sebenarnya hanya memberi harapan palsu kepada aku kerana kawasan rumah aku tidak cukup port, maka kelajuan Internet aku akan terkandas di 512kb. 512kb, apa sangatlah yang boleh aku buat. Nak tengok klip video Prema Yin berulang-ulang kali untuk memenuhi kehendak syahwat pun rasa tak bersemangat sebab kena buffer dahulu video tersebut. So, bila sudah ada Unifi nanti aku akan menjadi tamak memesan pakej 20mb terus. Muahahaha aku gelak nakal. Namun begitu, Unifi ini boleh memberi kesan yang baik mahupun buruk kepada penggunanya. Ayuh kita kaji pengaruh Unifi di dalam kehidupan kita.

Penyelesaian konflik

Dengan adanya Unifi, konflik di dalam rumah dapat diselesaikan dengan mudah. Contohnya, kalau kita berkongsi menggunakan Streamyx 512kb bersama ibu kita, kita tidak akan lagi bertelingkah dengan ibu kita apabila melayari Internet. Dalam era pre Unifi, kita selalu menghadapi masalah apabila melayari laman web kegemaran kita seperti twitter.com yang seringkali tidak mahu memaparkan tweet daripada rakan-rakan kerana masalah bandwidth yang tidak mencukupi apabila mama kita melayari Youtube melihat klip video penyanyi Korea yang hangat seperti Yong Sou Jeng dan Rong Shu Seong. Samalah juga situasinya apabila housemate kita asyik memuat turun siri realiti barat menggunakan torrent seperti Restaurant Makeover. Dengan adanya Unifi yang laju nak arwah, tekanan hidup kita akan menjadi kurang melihat siri televisyen kegemaran di TV Dome tanpa ada sebarang gangguan kelajuan.

Perpaduan sesama jiran juga boleh dibentuk. Kalau kita ni jenis yang buta IT tak reti nak letak network key dalam koneksi wireless kita, selepas menggunakan Unifi kita tidak akan berasa marah lagi jika Internet kita lembab akibat wireless kita dicuri jiran. Sharing is caring so nak bagi satu qariah guna wireless Unifi kita pun tiada masalah. Eh.

Peningkatan kos sara hidup

Sebagaimana yang kita tahu, harga pakej Unifi memang mahal nak arwah bagi orang makan gaji tak berapa banyak macam kita ni. Pakej paling murah 5mb pun dah RM149, dan yang paling mahal 20mb RM249. Jika dibuat perbandingan dengan negara lain seperti Singapura contohnya, kita boleh dapat pakej yang jauh lebih pantas daripada 20mb dengan RM200. Tetapi bagi mereka yang menggunakan Internet dengan serius, kita memang tak banyak pilihan. Maxis pun ada keluarkan mereka punya highspeed broadband juga tetapi in the end pakej Unifi ternyata lebih baik.


Peningkatan kos sara hidup ini bukan sahaja direflect di dalam bil Unifi yang kita akan dapat setiap bulan. Kita juga akan menghabiskan wang membeli external hard drive disebabkan kapasiti cakera keras kita yang semakin berkurang. Yelah kalau hari-hari dok muat turun filem blu ray 8GB untuk dijadikan koleksi, tidak termasuk blu ray pornografi, huii makin nipislah dompet kita nak beli external hard drive. Hari tu aku baru beli external 2TB RM300 itu pun dah nak penuh dah dengan siri realiti Islamik Makmum Muda musim ketiga.

Dosa / pahala bertambah dengan mendadak

Ini adalah faktor yang kita tidak dapat elak. Bak kata pepatah Inggeris, with great speed comes great responsibility. Terpulang kepada kita bagaimana kita hendak menggunakan kuasa kelajuan Internet kita ini. Manusia yang lemah pasti tidak akan dapat menahan temptation untuk pergi ke laman web yang menyediakan koleksi pornografi percuma untuk dimuat turun. Hari ini bernafsu untuk melihat blonde Eropah, selepas mandi wajib dan menyesal seketika mungkin berminat untuk melihat aksi orang asia pula. Selepas mandi wajib dan menyesal seketika sekali lagi mungkin dah ada rasa ingin mencuba fetish-fetish aneh seperti aksi lelaki gelap, mahupun kasih sayang terlarang terhadap binatang peliharaan. Mungkin juga akan pergi ke laman web chatroulette dan mempamerkan organ reproduksi kita di hadapan kamera kerana kita rasa aksi itu lucu.

Tetapi kalau dosa kita boleh bertambah dengan mendadak, kita boleh katakan tentang perkara yang sama terhada pahala kita. Mengambil bait lagu Raihan yang popular, 'Iman tak daaaapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Iman tak dapat dijual beli, tapi boleh dipengaruhi Unifi..." Mungkin kita akan lebih banyak memuat turun siri ceramah Ustaz Ismail Kamus ataupun dokumentari Jejak Rasul. Tetapi secara jujurnya that's very unlikely la kan.

Piracy

Poin ini sebenarnya boleh dimasukkan ke dalam poin dosa, tetapi aku rasa harus dikupas secara standalone. Baru-baru ini kecoh pasal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) block laman web file sharing seperti The Pirate Bay dan Megaupload. Ini bukan satu masalah besar kerana kita boleh kembali melawat laman web tersebut dengan menggunakan universal DNS (sebab mereka belum blok IP lagi) ataupun menggunakan VPN. Bagi aku, tak salah kau pergi lawat site file sharing (to share files), yang salahnya ialah kau muat turun benda cetak rompak. Lanun cetak rompak lagi senanglah nak muat turun sumber sebelum diplagiat ke dalam DVD untuk dijual kepada masyarakat umum.

I guess bila kau sudah ada kerjaya sendiri, dapat wang hasil daripada usaha sendiri, secara tak langsung kesedaran sivik kau akan meningkat. Kalau dulu kau tiap-tiap hari download illegal MP3, beli CD lagu pairet kat Sungei Wang, kini kita akan membeli cakera padat tulen artis kegemaran sebagai tanda sokongan. Mungkin nampak mahal spend RM40 membeli sekeping CD yang kau boleh dapat secara percuma di Internet, tetapi keseronokan memiliki sesuatu benda yang kau suka itu akan membuatkan kau lebih menghargai benda yang kau beli. Dulu-dulu zaman sekolah pergi pasar malam beli VCD filem terbaru di pawagam, tapi kini ternyata menonton filem yang terjamin kualiti gambar dan bunyinya di pawagam lebih seronok. Kalau dulu pergi kedai Bernard beli DVD games RM10 yang tidak dijamin boleh dimainkan di Xbox anda setelah memuat turun update dashboard terbaru, kini anda sudah mampu untuk membeli game original yang boleh dimainkan tanpa perlu flash ROM anda tiap-tiap bulan. Or beli PS3 lah senang hehe.

Mungkin anda telah pun mula menjauhkan diri daripada cetak rompak, maka sudah tibanya masa untuk anda step up dan tidak menyalahgunakan Unifi untuk memuat turun perisian cetak rompak seperti Windows anda. Seronok ok guna original Windows kau boleh download update tanpa sebarang masalah serta boleh dapat support yang tidak berbelah bahagi daripada Maikrosof. Tak apa, kumpul duit sikit-sikit lama-lama kau mampulah nak beli Adobe Photoshop tulen yang penting kita berusaha hehe.

Online gaming


Ini adalah tujuan utama mengapa aku ingin melanggan Unifi. Sebaik sahaja aku dah pasang Unifi, aku akan minta hadiah hantaran aku iaitu PS3 dibeli secara advance untuk bermain game secara online. Kenapa PS3? Well sebab khidmat Xbox Live Gold kena bayar kalau nak main secara online, Playstation Network percuma. Hehe. Lagipun kita boleh rujuk poin di atas tak mahu jadi lanun cetak rompak lagi, so ada baiknya beli PS3 kalau nak main permainan tulen. Aku rasa skil Fifa dan Call of Duty kami ahli team Bangi sudah mampu untuk bersaing dengan gamers di Eropah, terutamanya Dazu yang berlagak handal main Fifa belasah kanak-kanak di London.

Working from home

Kalau anda bekerja di sektor IT dapat bekerja dari rumah memang satu advantage. Yelah tak perlu bangun awal untuk elak kesesakan lalulintas. Tak payah mandi, tak payah shave janggut dan bulu ketiak pun boleh login ke VPN pejabat. Kalau pakai Streamyx memang boleh connect, tapi kau akan nampak kesan laggingnya bila buka banyak aplikasi. So dengan adanya Unifi, aku yakin produktiviti kerja boleh meningkat as long as kau berdisiplin tak pergi salah gunakan kemudahan bekerja dari rumah yang diberi majikan dengan membuat perkara-perkara yang tidak direstui oleh bos kita seperti keluar membeli-belah KLCC ataupun pergi menyertai perhimpunan Bersih.

Adakah anda telahpun memiliki Unifi di rumah anda? Seronok tak memiliki Unifi? Ada banyak masalah teknikal kah? Bagaimanakah Unifi mempengaruhi kehidupan anda? Banyak betul soalan aku. Tak kiralah Unifi ini memberi kesan apa sekalipun, aku tetap akan menjadi tamak untuk melanggan pakej 20MB setelah available nanti. Muahahahihihuhu.

Friday, June 24, 2011

Team Bangi Akan Melawat Pulau Pinang!


Apa habaq oghang utagha? Awat loqlaq sangat dok asyik pi mai pi mai tang tu ja? Cemuih ceq nooo. Hah terkancing gigi kalian melihat aku cakap utagha bukan. Itu sebenarnya adalah persediaan aku untuk melawat Pulau Pinang untuk bercuti. That's right, jika dahulu Team Bangi telah melawat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah bagi menyambut bachelor's party ahli team Bangi Fandi, lawatan kali ini adalah untuk menyambut parti bujang aku pula. That's right sekali lagi, aku sudah hendak berkahwin dengan gadis pilihan. Saya tahu kenyataan itu akan meremukkan hati pembaca gadis dan sesetengah jejaka, tetapi pepatah kolot ada mengatakan, jika benar kita jatuh hati pada seorang blogger secara senyap-senyap, kita hendaklah mendoakan kebahagiaan mereka. Apapun, percaya atau tidak, aku TIDAK PERNAH melawat Pulau Pinang sepanjang hidup aku. Habis terer pun menyanyi lagu 'Seberanggg Peraiiii bandar yanggg indah menuju Pulau Pinangggg...' semasa sekolah rendah. Oleh itu, kami memerlukan bantuan anda untuk menjadi tour guide kami. Ayuh teruskan membaca.

Adakah anda penduduk tetap Pulau Pinang ataupun sering menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi percutian anda? Maka sebagai noob saibot Pulau Pinang, ada beberapa perkara yang kami ingin tahu berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Tempat tinggal

Walaupun ini merupakan trip parti bujang macam cerita Hangover 1, ahli team Bangi yang sudah berkahwin tetap akan membawa anak-anak dan isteri. Maka kami bercadang untuk menetap di homestay seperti banglo yang ada banyak bilik. Para isteri boleh duduk di dalam bilik mengepam buah dada menggunakan Madela Breast Pump, kami jantan-jantan boleh duduk di luar berjudi tanpa wang. Ikram yang KINI SUDAH KEMBALI SINGLE sudah ada homestay pilihan berhampiran dengan Hard Rock Cafe dan dia kata boleh jalan kaki pergi pantai, namun begitu sebagai alternatif jika tak dapat book, ada lagi tak banglo ataupun tempat penginapan lain yang boleh kami gunakan? Yang dekat dengan pantai lah kalau kool.

Makanan

Salah satu keunikan Penang adalah makanannya bukan? Orang kata Penang ni syurga makanan. Aku dah biasa dengar tentang kekoolan Nasi Kandar ataupun Pasemboq Penang. Persoalannya di sini, di manakah tempat yang paling popular ataupun menarik untuk dikunjungi jika kami mahu menikmati athentic cuisine Penang? Perhaps ada pasar malam ataupun gerai-gerai yang pernah dikunjungi oleh Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan? Dulu pergi Melaka korang ada rekomen Jonkers Street mungkin ada Street Street yang menarik di sini?

Tempat menarik untuk dikunjungi

Oh ini bahagian yang paling penting. Jika pelancong asing dalam negeri ingin melawat Penang, apakah tempat menarik yang harus dikunjungi? Harus dinyatakan di sini ahli team Bangi semuanya mengamalkan keperibadian Muslim yang above average. Kami masih lagi buat perkara-perkara yang berdosa seperti mengumpat, mencarut ringan dan kadang-kadang menonton filem thriller / ganas yang ada unsur tidak senonoh macam Basic Instinct ataupun Species. Tetapi dosa besar memang jauh sekali so kami tidaklah bercadang untuk pergi ke kelab malam meneguk alkohol ataupun rumah urut mengurut di organ yang tidak sepatutnya. Kami perlu cadangan untuk melawat ke tempat-tempat bersejarah, pantai-pantai yang tenang dan indah, muzium ataupun tempat kebudayaan, mahupun kompleks membeli belah yang kool.

Kami akan pergi melawat Penang pada bulan Julai. Diharap anda dapat membantu kami agar kami dapat bercuti dengan gembira! Yayy!

Monday, June 20, 2011

Lagu-Lagu 'Na Na Na Na Na' Kegemaran

Saya seorang penggemar muzik. Impian saya semasa sekolah menengah adalah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya. Namun begitu walaupun saya memiliki paras rupa untuk pergi jauh di dalam bidang itu, suara dan bakat muzik saya hanya layak untuk menghiasi slot-slot kegagalan di ujibakat Akademi Fantasia. Tetapi kegagalan saya untuk menjadi artis rakaman tidak bermakna saya tidak boleh menghayati keindahan muzik. Pelengkap kepada muzik yang indah adalah bait-bait lirik yang puitis mahupun literal. Bunyi-bunyi tanpa sebarang makna juga boleh dijadikan lirik. Ini termasuklah bunyi-bunyian popular seperti ra ra ra ra ra ataupun uuu eee uu aa aa ting tang wala wala bang bang. Bunyi tanpa makna yang sering dijadikan lirik yang paling popular adalah 'Na na na na na'. Hari ini saya ingin berkongsi lagu-lagu kegemaran saya yang ada segmen 'Na na na na na'. Ayuh teruskan membaca.

Hanson - I Will Come To You

Hanson adalah kugiran remaja yang paling popular semasa aku tingkatan satu. Siapa yang tidak mendengar Hanson ketika itu memang lame. Bagi gadis sunti lah. Tetapi kalau kau jejaka sejati dah sunat semua dan kau ditangkap mendengar lagu-lagu Hanson, kau pasti akan dipulaukan oleh rakan sekelas. So aku pun dengarlah kaset Hanson yang aku pinjam daripada kawan aku Dazrul secara senyap-senyap. Lagu I Will Come To You adalah single daripada album ketiga mereka Middle Of Nowhere. Sumpah masa mula-mula tengok Taylor aku jatuh cinta sebab dia cantik sehinggalah aku tahu dia pun berbelalai macam aku juga. Sekarang ni masing-masing dah baligh tiap-tiap tahun bagi bini mengandung. Na na na na na na, na na na na na naaaaaa (I will comeee to youuuuu). Lagu ini memang lagu wajib aku kalau pergi karaoke.



The Moffatts - I'll Be There For You


The Moffatts adalah kugiran remaja kegemaran aku sepanjang zaman. Mereka terdiri daripada adik beradik Scott (Abang Long), Bob (Abang Ngah), Clint (Abang Lang), dan Dave (Abang Cu). Eh tak, Bob, Clint dan Dave kembar tiga. Aku paling suka Scott sebab Scott muka watak jahat yang hensem dan sebab dia main gitar. Aku suka Dave juga tapi buat-buat benci dia selepas tu sebab dia mengaku gay. So terus aku minat kat Bob pulak. Aku rasa single I'll Be There For You yang menjadikan Moffatts dikenali di luar Kanada. Intro dia je dah 'Na na na naaa na na naaa na na nan naaa na na na na na na naaa na naaa'.

Blink-182 - All The Small Things

Aku rasa peminat muzik mainstream mengenali Blink-182 melalui lagu ini. Lagunya yang catchy memang menjadi siulan remaja ketika itu. Klip videonya pula tersangatlah lucu kerana memparodikan klip video penyanyi pop popular ketika itu seperti klip video Backstreet Boys (I Want It That Way), Britney Spears (Sometimes) dan Christina Aguilera (Genie In A Bottle). The most awesome part of this song is of course the chorus na na na na na na na na na na na na na na na naa naa na na!



Oasis - All Around The World

Ahh Oasis. Kawan sekolah menengah aku Shahrizal Jaapar mempengaruhi aku untuk mendengar kugiran British ini. Masa itu aku memang buta scene Britpop ni tahu lagu Song 2 nyanyian Blur je itu pun sebab jadi soundtrack dalam Fifa 98. Nak nak pulak masa tu baru belajar main gitar belajar lagu Oasis saja sebab lagu diorang semua pakai kord-kord asas. So tiap-tiap harilah aku berangan beraksi di hadapan ribuan orang bermain gitar sambil menyanyikan lagu-lagu Oasis dari album pertama Definitely Maybe sehingga album ketiga Be Here Now. Lepas tu aku dah tak layan Oasis dah. Tapi lagu All Around The World ada part na na na na maka haruslah dimasukkan ke dalam list ini.

Pink - So What?

Ramai orang boleh relate dengan lagu-lagu dendangan Pink kerana berunsurkan kehancuran di hati sebelum bangkit menuju kejayaan. Pandai-pandai je aku. So What merupakan single pertama daripada album Funhouse. Orang kata ini lagu ditulis berdasarkan kisah rumahtangganya dengan mat rempit Corey Hart. Adik Bret 'The Hitman' Hart ke? Hak hak hak aku cuba selitkan jenaka gusti. Lagu ini memang catchy (takde perkataan lain ke nak guna selain catchy?) dan chorus dia memang sesuai untuk di sing along ketika melawan cakap orang tua. Tapi janganlah melawan syurga kan di bawah tapak kaki ibu. Na na na na na naaa na na na na na na naa.

Kru - Fanatik

Ini merupakan lagu yang paling kool pada tahun 1997. Ustaz Wan Adnan ajar Pendidikan Islam kat kelas aku pun boleh aplikasikan lagu ini dalam pengajarannya. Ok fine. Aku memang bias memasukkan KRU dalam list ini kerana aku memang minat KRU. Tapi dah lagu Fanatik ada part na na na nak buat macamana, Na na na na na kita tak perlu gusar na na na na na diam itu pintar! Hari tu masa sambutan ulangtahun KRU yang ke-19 KRU ada buat temubual dekat Hot FM. Aku yang tak dengar Hot FM sebab terlalu banyak muzik dari seberang pun bersusah payahlah cari frekuensi dia di Lembah Kelang. Masa tu siapa tah DJ masa tu suruh Norman rapping sikit macam KRU di awal kemunculan dahulu. Edry cabar Norman rapping lagu Enuff Ezz Enuff tapi Norman sudah tua maka dah tak ingat lirik, so dia rapping lagu Fanatik sahaja. Kamon Abang Norman lagu Fanatik aku pun boleh menyanyi dari mula sehingga habis. Tapi mendengar Abang Norman rapping secara langsung memang membuat aku teruja, seperti aku teruja menaip pasal KRU sekarang ni. Alah kalau nak letak lagu Melayu lain yang ada na na na na pun, paling best yang lagu penyanyi hisap dadah dari Terengganu tu. Na na na na na ganu kiteeeeee. Eh.

Begitulah antara lagu-lagu kegemaran aku yang menggunakan 'na na na na na' sebagai lirik. Anda pula bagaimana? Ada lagu na na na na lain yang anda gemar untuk dikongsi bersama? Jangan cakap lagu Rihanna Ohh nana what's my name kerana dua saja na nanya. Lagu My Chemical Romance mungkin? Ada 275 na na na. Anyway, kalau terlupa lirik, na na na na na kan saja mereka!

Saturday, June 18, 2011

Sila Gunakan Entri Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Hari Jadi

Sudah. Jangan kau orang buat-buat hilang ingatan atau buat-buat amnesia. Aku tahu korang memang ternanti-nantikan tarikh 18/6 ini sejak tahun lepas lagi. Aku tahu kalian telah sudah set reminder di telefon bimbit, conteng di diari, dan yang lebih ekstrim siap buat tatu kat dada lagi bagi memberi peringatan yang hari ini 18/6 merupakan hari jadi ijaicool. Sebagaimana yang korang tahu, aku memang tiada perasaan malu, perasan nak arwah, bersifat narcissist dan cintakan diri sendiri. Maka di atas sebab-sebab tersebut aku demand ucapan hari jadi bagi setiap manusia yang membaca entri ini. Ayuh teruskan membaca.

Kali ini aku tidak mampu untuk menggunakan taktik tahun lepas menulis nama kalian satu-satu kerana aku menaip entri ini di tempat kerja. Demmit kerja di malam hari jadi. Tak kiralah anda ini teman rapat, teman sepejabat, teman di surau pejabat, sanak saudara, stalker tegar, pembaca senyap, pembaca bising, Hanis Zalikha, musuh tak berapa ketat, bekas teman wanita, mahupun bekas teman wanita kawan, jika kalian membaca entri ini walaupun secara sengaja ataupun tidak maka kalian diwajibkan untuk menulis ucapan hari jadi. Ini adalah blog berantai, jika kehendak birthday boy tidak dipenuhi maka nasib malang mungkin akan menimpa anda. Tapi jangan percaya sangat nanti jadi khurafat. Tapi still, korang play along sahaja. It's my birthday. Setahun sekali. Bila lagi kita hendak berinteraksi bukan? Oh by the way ucapan di Fesbuk dan Twitter tidak dikira. Hehe.

Thank you in advance. I lap uols. Parti liar?


Oh by the way birthday sambut sebulan kalau tak baca hari ini terbaca hari lain pun kena jalankan tanggungjawab juga hihi.

Friday, June 17, 2011

Life After Nora Elena


Semalam telah berakhirnya siri televisyen paling hangat ketika ini iaitu Nora Elena. Nora Elena bukan sahaja memberi impak yang mendalam kepada peminat setia siri tersebut, malah orang yang tak tengok langsung pun turut terkena tempiasnya. Jika tempoh hari kita telah melihat tanda-tanda anda ketagihan siri Nora Elena dan bagaimana pengaruh heronya Seth Tan dalam kehidupan wanita, hari ini kita akan membuat kajian tentang kehidupan selepas berakhirnya siri Nora Elena. Walaupun baru sehari sahaja siri itu tamat, saya sudah nampak kesannya terhadap kehidupan sosial kita. Ayuh teruskan membaca.

1) Bagi peminat hard core siri Nora Elena terutamanya gadis-gadis dan maybe seorang dua jantan dayus yang menggilai Seth Tan, mereka akan rasa seperti putus cinta. Rasa seperti baru lepas ditinggalkan oleh cinta agung mereka. Hati mereka terasa kosong, hidup mereka rasa miserable dan mereka berasa suicidal asyik fikir nak beli tiket bas ke Kelantan sebelum naik teksi ke KB Mall. Aku rasa situasi ini akan terus berlaku untuk at least beberapa hari lagi. Kita boleh kenal pasti mereka daripada riak muka yang sugul dan rambut mereka yang berkelemumur akibat tak lalu nak mandi. Kalau dengar lagu Dan Bila Esok mesti air mata mengalir deras.

2) Kesan serta merta yang anda dapat lihat setelah tamatnya siri Nora Elena adalah status-status depressing yang dinding Fesbuk mereka. Antara contoh-contoh yang saya dapat lihat adalah "NOOOOOOO TIDAKKKKKKK PORQUé" dan "Oh Abang Seth di mana kan kucari lelaki seperti mu yang gagah di perut serta manis di mulut?"


3) Anda kembali bertemu dengan rakan makan malam anda. Selama sebulan mereka menghilangkan diri tak sudi makan dengan anda sebab nak tengok Nora Elena punya pasal. Tetapi semalam mereka kembali membuat kemunculan. Pertemuan dimulakan dengan aksi peluk-peluk tanda rindu sebelum sesi catch up sebab dah lama tak jumpa. Mereka turut meminta maaf di atas sikap mereka dan berazam untuk tidak mengabaikan kawan-kawan lagi. Memetik kata-kata popular daripada siri tersebut "Setiap orang yang bersalah berhak diberi peluang kedua!"

4) Jemaah di surau akan kembali meningkat. Selama 2-3 minggu ni aku tengok jemaah di surau Al-Kauthar paling hebat pun 2 saf je. Selalunya boleh mencecah 5 saf. Ini semua sebab jemaah surau tak mahu ketinggalan satu babak pun dalam Nora Elena lalu mereka solat Maghrib di rumah sahaja. Itu pun pukul 8. Oh aku lalu depan surau tu masa on the way nak pergi pasar malam tak solat berjemaah pun (jujur).

5) Produktiviti di tempat kerja akan kembali menurun. Selama ini kita akan memastikan segala kerja dan tugasan akan disiapkan sebelum pukul 4.30 petang untuk memastikan kita dapat beredar dari pejabat tepat pada pukul 6, tetapi oleh kerana kita tidak ada lagi temujanji dengan Nora Elena pada pukul 7 petang, maka kita akan kembali ke tabiat asal mencuri tulang buat kerja last minit dengan menghabiskan bandwidth di pejabat menonton laman web Youtube, mengusha gambar jejaka kacak di Fesbuk dan berbual-bual kosong di Twitter.

6) Hubungan suami isteri akan kembali intim. Kita tak perlu berbicara tentang jimak antara suami isteri. Si suami balik kerja pukul 7 boleh nampak hidangan masakan Melayu tersedia di atas meja makan. Yelah selama ini daripada hari Isnin sehingga Khamis isteri asyik awal-awal dah hantar mesej pesanan ringkas suruh beli makan malam sendiri. Kali ini tidak lagi. Kita akan berasa gembira menikmati nasi putih yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut bersama dengan lauk Ayam Masak Lemak Cili Api, sayur Kangkung Goreng Belacan serta air soya yang diproses sendiri.

7) Saya rasa orang lelakilah yang paling beruntung dengan tamatnya siri Nora Elena ini. Terasa bagai beban yang berat telah dialihkan daripada bahu mereka. Yelah selama ini mereka tertekan kerana segala tindak tanduk, skrip di mulut, mahupun bentuk di perut semuanya dibuat perbandingan tidak adil dengan watak fiksyen Seth Tan. Mana ada peluang untuk kami bersaing dengan Seth.

8) I guess the best thing is, you guys will finally stop discussing about Nora Elena, stop wearing Seth Tan's t shirt to work, and I won't feel left out anymore! Yayyy~!

Saya berjanji inilah entri terakhir tentang Nora Elena. Namun begitu apa yang ditulis di atas mungkin akan lenyap begitu sahaja bergantung kepada siri terbaru dalam slot Akasia yang akan ditayangkan nanti. Mungkin ada hero yang lebih mengarut, lebih hensem, dan lebih ketak dadanya daripada Seth Tan akan muncul dan kita orang lelaki akan kembali mendapat natijahnya. Nauzubillahiminzolik.

Thursday, June 16, 2011

Superpowers Idaman Jejaka

Orang lelaki ni sebenarnya makhluk yang lemah. Mereka ni nampak sahaja gagah bawa Inspira sebelah tangan di stereng sebelah tangan lagi pegang rokok. Mereka nampak sahaja macho dengan spek mata hitam tulen Rayban dan kasut but Timberland. Tetapi apabila berhadapan dengan perempuan khususnya yang ada expectation yang tinggi terhadap layanan yang dipinta, mereka langsung tidak ada idea bagaimana hendak menguruskan mereka. Orang lelaki ni memang suka berfantasi. Selain berfantasi nakal terhadap kaum wanita, mereka juga sering berfantasi memiliki beberapa kuasa daripada adiwira popular khusus untuk berhadapan dengan wanita yang complicated. Di sini saya ingin mendedahkan kuasa-kuasa yang ingin kami miliki yang ternyata dapat memudahkan hidup kami di samping membuat anda gadis-gadis gembira. Ayuh teruskan membaca.

Kuasa minda Professor X

Ini adalah kuasa yang paling penting yang orang lelaki inginkan. Mengapa? Kerana kaum wanita sukar untuk dibaca dan diterjemahkan. Mulut kata lain hati kata lain. Mulut kata no hati kata yes. Mulut kata 'saya ok' hati kata 'BARBIEEEEE AKU TAK OKLAHHH'. Kadar sarcasm mereka memang tinggi cuma orang lelaki ni tak faham sahaja. Jadi dengan keupayaan untuk membaca minda kaum wanita, mudah sahaja untuk kami memahami anda. Kami tidak akan tak sengaja terkeluarkan ayat-ayat yang tidak bersalah tetapi gadis-gadis selalu misinterpret seperti "Sayang awak nampak happy" di mana gadis-gadis akan mentafsirkannya sebagai "Sayang awak nampak gemuk". Kami akan sentiasa keluarkan ayat-ayat sweet yang anda nak dengar.

Kita juga boleh tahu apa yang patut kita beli semasa harijadi mereka. Kalau nak tanya mereka apa yang mereka mahu, sampai harijadi tahun depan pun tak boleh decide lagi kerana gadis-gadis ini indecisive. Apa yang keluar daripada mulut mereka semuanya mahal-mahal belaka pulak tu. Beg tangan Jurulatih, set mekap Bobbi Brown mahupun Ipad 2 yang ternyata membazir. Bukan kami kedekut, kami cuma ingin mengumpul wang untuk berkahwin dengan anda. Dengan menggunakan pengaruh kuasa minda, kita boleh mempengaruhi mereka untuk meminta benda-benda sweet yang gadis-gadis zaman sekarang jarang minta seperti kad harijadi buatan sendiri ataupun kasih sayang hingga ke syurga.


Professor X juga mampu memanipulasi minda untuk membuat gadis-gadis hilang ingatan ataupun amnesia. Teknik ini sangat berguna kerana gadis-gadis tidak akan lupa dosa-dosa di dalam percintaan yang kita lakukan seperti terlupa tarikh anniversary couple, terlupa nak potong kuku ketika keluar dating mahupun terpandang gadis hangat yang lalu di sebelah kita. Mungkin juga kuasa minda Professor X dapat memulihkan penyakit gadis-gadis yang masih belum ditemui penawarnya iaitu PMS. I know it's hard, but it's worth a try.

Kuasa merentasi masa Hiro Nakamura (Heroes)

Orang lelaki ni suka membuat sesuatu tanpa memikirkan pro dan kontranya. Main belasah je semua benda. Cakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan hati gadis terguris ke tidak. Buat keputusan pun terburu-buru tak peduli gadis-gadis suka ke tak dengan keputusan kita. Dengan menggunakan kuasa merentasi masa Hiro Nakamura, kita tidak akan lagi membuat keputusan yang silap untuk jangka masa panjang. Contohnya, kita membuat keputusan untuk membelikan koleksi DVD Special Edition Nora Elena untuk gadis kita, tetapi setelah kita merentasi masa untuk melihat natijah kepada tindakan kita itu, kita tahu itu sebenarnya keputusan yang salah. Pada masa hadapan, kita dapat lihat gadis kita itu asyik dok ungkit dok membebel suruh kita jadi lelaki yang sweet seperti Seth Tan. Berbekalkan maklumat daripada masa hadapan itu, kita terus membuat keputusan untuk membelikan mereka DVD Lost instead. Tapi baik-baik jangan suka sangat ubah masa depan nanti berlaku ketidakseimbangan di dalam time-space continuum susah kita nanti.

Kelajuan The Flash

Falsafah gadis-gadis, it's okay for you guys to wait on us but don't make us wait for you. Amboi amboi kalau nak pergi dating tu gadis-gadis mengambil masa 30 minit untuk mandi, 15 minit untuk decide baju apa nak pakai agar orang kat Pavilion tak tuduh kita asyik pakai baju yang sama dan 30 minit lagi untuk mekap. Kita tunggu sampai bulu hidung tumbuh pun kita tak komplen. Tadi kalau mereka menunggu kita, tak boleh lewat walaupun seminit. Kita kena tunggu 5 minit lebih awal. Mana sempat kami pun mahu 'me' time juga nak main bola, nak main game, nak tengok Basic Instinct, nak berboys talk di mapley. Namun begitu dengan kelajuan The Flash kami pasti sempat untuk memuaskan diri kami dengan melakukan segala-galanya dengan sepantas kilat di samping dapat berada di sisi gadis-gadis di saat mereka memerlukan. Shopping 3 jam tanpa membeli apa-apa pun tiada masalah kami boleh bawa anda round satu Midvalley tu dalam masa 10 minit.

Kuasa halimunan Invisible Man / Kuasa penglihatan x-ray Superman

Now perkara pertama yang anda fikirkan dengan kuasa halimunan dan x-ray ini adalah penyalahgunaan kuasa-kuasa tersebut untuk melakukan perkara yang tidak senonoh seperti menyorok di dalam bilik persalinan di Forever 21 ataupun melihat jenama baju dalam yang dipakai oleh gadis-gadis. WRONG. Kami sebagai jejaka hero yang setia dan cintakan anda dengan sepenuh hati tidak akan membuat perkara-perkara keji sebegitu. Sebaliknya kami akan guna kuasa halimunan itu untuk melihat aktiviti seharian anda seperti makan tenghari dengan siapa, bercakap di telefon dengan siapa, ada flirting dengan rakan sepejabat ke tidak dan sebagainya. What? You call that stalking? Eh tak tak itu bukan stalking itu cuma menyiasat demi kebahagiaan. Dan kalau kami ada x-ray vision pun kami just nak check kandungan telefon bimbit anda je mana tahu ada SMS dari lelaki lain. Eh.

Kuasa berubah bentuk fizikal Mystique

Fine. Nak kami ada six pack macam Aaron Aziz? Done. Nak kami berambut pendek macam Aaron Aziz? Done. Nak kami berwajah licin tanpa jerawat seperti Aaron Aziz? Done. Nak kami ada organ reproduksi seperti Aaron Aziz? No need to change, we already have it.

Begitulah anda kuasa-kuasa yang kami ingin miliki untuk memudahkan tugas kami sebagai seorang lelaki. Alah konon-konon sahaja gadis-gadis usahlah sensitif. Ok fine, jika gadis-gadis ada superpower, superpower apakah yang kalian ingin miliki untuk menghadapi kami sang lelaki? Kuasa membeli-belah sehingga lupa diri? Hik hik hik KIDDING. Apapun, kami tetap akan menjadi diri sendiri, walaupun tidak sehebat mana, kami akan tetap cuba untuk menjadi superhero yang terbaik buat anda.

Tuesday, June 14, 2011

Jawatan Kosong: Eksekutif Binatang Peliharaan


Persona Cattery yang dimiliki oleh keluarga Faizal Rosly telah bertapak di arena binatang peliharaan khususnya kucing telah bertapak di dalam industri ini sejak 20 tahun yang lalu. Bermula sebagai hobi, keluarga Faizal telah membela, membeli, mengutip sekaligus membiakkan kucing daripada pelbagai baka untuk dijadikan sang juara bertanding di pertandingan kucing peringkat nasional dan antarabangsa. Berbekalkan pengalaman dan kebolehan semulajadi kucing dipelihara, membolot anugerah di pertandingan kucing tanpa perlu merasuah hakim memang sudah menjadi lumrah. Pada suatu masa, bilangan kucing yang dipelihara pernah mencecah 50 ekor dan itu bukanlah amaun yang ditokok tambah. Walaupun sudah tidak seaktif dahulu dan bilangan kucing sekarang hanyalah 20 ekor, Persona Cattery berminat meluaskan sayap dan pengaruh serta ingin menjemput individu yang berminat dan berkebolehan untuk menyertai kami.
Eksekutif Binatang Peliharaan - Kucing
(Bandar Baru Bangi)

Responsibilities:

- Memberi kucing makan dan minum. Jenama makanan yang digunakan adalah Iams. Oleh kerana industri ini terjejas dengan kegawatan ekonomi, usaha mengurangkan kos sedang dilakukan dengan mencampurkan Iams dengan makanan picisan Machiko. Usah sekali-kali memberi kucing makan Whiskas ataupun Friskies kerana mereka akan berak cair. Air yang digunakan adalah air mutlak yang telah ditapis. Makanan kucing mesti dibeli di kedai Simon seksyen 4 tambahan kerana boleh mendapat diskaun sebagai pelanggan tetap. Makanan harom seperti Meatballs dan Barbican harus dielakkan sama sekali bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

- Mencuci bekas berak kucing. Pada awalnya pasir kucing berjenama XXX digunakan tetapi oleh kerana taraf kehidupan binatang peliharaan semakin meningkat, surat khabar lama sahaja digunakan sebagai bekas berak kucing. Anda hanya perlu keluarkan surat khabar dari dalam bekas, cuci bekas jika terkena najis mughollazoh, dan letak 2 helai suratkhabar dan beberapa surat khabar yang telah dikoyakkan. Jadi usah bangga jika muka anda masuk surat khabar kerana pasti akan berakhir di punggung Persona Chevy juga.

- Mengemop kandang kucing jika ada muntah / hairball.

- Memastikan kucing sentiasa sihat walafiat. Jika anda nampak kucing tidak aktif dan bermuram durja, itu tandanya mereka demam dan anda mesti membawa mereka ke Klinik Mesra, seksyen 8. Anda juga mesti peka jika tempoh vaccination kucing telah tamat dan memerlukan suntikan baru.

- Anda bertanggungjawab untuk memastikan nafsu kebinatangan mereka dipuaskan. Ini tidak bermakna anda mesti mengamalkan tabiat 'Beastiality' yang melibatkan organ reproduksi anda dengan binatang, sebaliknya jika anda mendengar bunyi kucing betina memanggil-manggil mencari pasangan, anda mesti mencari jalan untuk membuat mereka senyap bagi mengelakkan daripada dicemuh jiran-jiran akibat pencemaran bunyi. Ini termasuklah dengan memindahkan kucing betina tersebut kepada kucing jantan untuk dikahwinkan(dengan kebenaran bertulis daripada kami). Namun begitu, kami sudah tidak mahu menambah bilangan kucing di atas faktor kewangan dan sedang membuat perancangan untuk mengkasikan sahaja kucing-kucing yang layak. Hukum mengkasikan kucing adalah harus.

- Menjadi bidan kepada kucing yang nak beranak.

Requirements:

- Memiliki sekurang-kurangnya kredit dalam pelajaran Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral dalam SPM. Rasionalnya di sini adalah kami menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Pendidikan Islam / Moral pula bertujuan untuk memastikan para pekerja sekurang-kurangnya dapat membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Contoh perkara buruk di sini adalah mencuri makanan kucing, mencuri kucing juara serta aktiviti Beastiality yang disebut tadi.

- Boleh menerima arahan dengan baik. CEO Persona Cattery iaitu mama saya memang kuat membebel jika anda tidak membuat kerja dengan betul.

- Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan akan diberikan. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada calon yang dapat membezakan kucing jantan dengan kucing betina dengan hanya sekilas pandang terhadap dubur mereka. Mereka yang memiliki binatang peliharaan di rumah sendiri juga digalakkan memohon.

- Sanggup bergelumang dengan bau yang kurang menyenangkan. Jika anda tengok filem Jackass pun anda boleh muntah, anda tidak digalakkan untuk memohon jawatan ini.

- Memiliki passion dan nilai kasih sayang yang tinggi terhadap binatang peliharaan. Kucing adalah haiwan yang jinak dan manja dan sukakan perhatian, maka anda mesti membelai mereka, tidak marah kepada mereka jika mereka berak di luar tempat yang disediakan serta selalu berbual-bual dengan mereka.

Perks:

- Latihan selama 20 minit akan diberi secara percuma. Sumpah senang kerja ni kalau tak cekap juga baik anda pergi terjun KB Mall sahaja.

- Asrama disediakan bergantung kepada bilangan kandang kucing yang available dan tidak digunakan.

- Ruang tempat letak kereta yang luas.

- Gaji tak lumayan tetapi pahala dapat banyak tau. Jika anda menunjukkan potensi yang tinggi, anda berpeluang untuk dinaikkan pangkat untuk menjaga Megatron.


Kami memandang serius tentang kemajuan professional dan kendiri anda, dan kami akan membantu anda untuk memilih sendiri career path yang anda inginkan. Pemohon yang berminat boleh menghantar emel ataupun telegram, lengkap dengan maklumat peribadi seperti umur, gaji yang dimahukan, salinan surat beranak dan sijil yang relevan, rekod jenayah, serta gambar bersaiz passport yang terbaru ke ijaicool (at) yahoo (dot) com. Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga melalui telefon, sebelum dipanggil untuk ditemuduga secara bersemuka. Sebarang pertanyaan boleh dihantar di ruangan komen.

On a more serious note, if ada mana-mana individu ataupun ataupun organisasi yang menyediakan perkhidmatan kemas kandang kucing yang kalian pernah guna, please let me know. Dulu aku ada seorang bibik kucing tapi dia tak rasa di boleh pergi jauh bekerja di rumah aku lalu dia pergi kerja dekat kilang Sony tinggalkan kami terkapai-kapai di sini. #TrueStory

Thursday, June 9, 2011

Pengaruh Seth Tan Di Dalam Kehidupan Wanita


Ini adalah kesinambungan bagi entri di bawah. Aku rasa ada banyak poin yang harus dikupas dengan lebih lanjut. Ada seorang rakan berkata, "Kau ni konon-konon je tak tengok Nora Elena, tapi banyak benda pulak kau tahu siap tahu tajuk lagu Asfan lagi.." Serius kawan-kawan, aku memang tak pernah tonton satu episod pun. Maka untuk mengelakkan cercaaan berterusan daripada masyarakat, semalam aku pun minta izinla dekat majikan untuk turun makan pada pukul 7. Saja nak experience bagaimana scene Nora Elena ni. Rata-rata yang aku tengok dekat food court tu memang fanatik. Siap pakai t-shirt gambar Aaron Aziz dan pakai pencuci muka SimplySiti walaupun heroin dia Siti Saleha bukan Siti Nurhaliza. Ok ok aku ezajerit. Tetapi takkan baru tengok satu episod dah boleh nak membuat rumusan tentang pengaruh cerita ini bukan? Maka apa yang ditulis di sini adalah hasil daripada pemerhatian sekeliling melalui pandangan seorang lelaki. Ayuh teruskan membaca.

Percintaan

Seth Tan adalah satu watak fiksyen yang menyusahkan kami para jejaka. Mengapa, anda tanya? Mungkin kerana gadis-gadis telah menjadikan Seth Tan sebagai benchmark untuk memilih jejaka idaman? Ok mari kita kaji keperibadian Seth Tan secara dalaman dan luaran. Luaran, huii wajah Seth kan hensem muka licin tiada bekas jerawat macam Justin Bieber. Badan dia pulak huiii ketak-ketak boleh gerak otot payu dara dia tanpa masalah. Ada six pack pulak tu. Kami ni para jejaka rata-ratanya hanya ada one pack yang sukar untuk dibahagikan kepada 6 bahagian. Dalaman pula tidak bermaksud kita hendak membuat perbandingan tentang organ dalaman. Aku pasti jantung Seth jantung yang sihat kerana dia suka bersenam. Dalaman di sini merujuk kepada keperibadian romantisnya. Ayat-ayat biasa yang dikeluarkan pun macam ayat yang baru diplagiat daripada laman web kataromantik.com ataupun kad-kad cinta yang dijual di Memory Lane.

Jadi prospek untuk kami jejaka-jejaka Average Joe mendapat teman wanita semakin sukar kerana gadis-gadis mendambakan jejaka seperti Seth. You girls want to hear the ugly truth? Jejaka seperti Seth tidak wujud. Jikalau benar pun mereka wujud, mereka semestinya sudah berkahwin ataupun bakal berkahwin macam aku ni. Yes in case jika anda tak sedar, saya baru sahaja membandingkan diri saya dengan Seth, except saya tidak merogol orang. Is that what really happened in the story? OM EM JI. Bagaimanakah anda dapat memaafkan lelaki sebegitu? Anyway jika anda hendak menunggu jejaka seperti Seth Tan datang dalam hidup anda, masuk ke umur 40-an pun belum tentu akan dapat.

Bagi mereka yang telahpun memasuki alam percintaan dan sudah ada teman lelaki, anda tidak bolehlah mengharapkan kami berubah menjadi seperti Seth tak kiralah dari segi fizikal ataupun personaliti. Kamilah Seth anda, tak kira baik ataupun buruk. In fact pepatah ala-ala Dr Fazley Yaakob ada mengatakan, "Usahlah mengharapkan seseorang menjadi yang terbaik untuk anda, tetapi anda jadilah yang terbaik untuk diri mereka". See, kami tak ada pun mengharapkan anda menjadi comel seperti Nora Elena, kerana anda jauh lebih comel daripada dia. Plus anda masih dara. Eh.

Rumahtangga

Bagi isteri-isteri yang sudah berkahwin, adalah tidak mustahil untuk minda separa sedar mereka membayangkan suami mereka seperti Seth. Hakikatnya, dulu-dulu suami anda memang sebijik macam Seth. Dulu-dulu si suami bukan main lagi bermadah berhelah dengan kata-kata manis di bibir, sekarang ni reply SMS pun 'k' saja. Dulu perut ramping walaupun tak ada six pack, lepas dah kahwin suami pulak yang bunting. Di mana hilangnya Seth yang dikenali semasa zaman percintaan di kolej matrikulasi? Well biar saya jawab mengapa lelaki tidak lagi romantik selepas kahwin:

a) Kami sudahpun 'memiliki' anda maka kami tidak perlu lagi mengurat anda. Lagipun romantik itu subjektif. Instead of sentiasa melakukan perkara-perkara yang anda sangka romantis, kami menghabiskan masa dan tenaga untuk menyara keluarga, memberi tempat tinggal yang selesa serta bangun malam untuk buat susu anak yang menangis. Bukankah itu ternyata lebih sweet dan romantik?

b) Kehidupan ini bukanlah seperti siri televisyen. Obvious sangatlah kalau nak ambil Seth sebagai contoh kan. Banyak filem komedi romantik yang dicipta hanya untuk memuaskan hati surirumah mahupun wanita berkerjaya yang dahagakan rangkulan hangat Ashton Kutcher ataupun Aaron Kwok. So subconscious mind para isteri ingatkan kami macam tu juga sekaligus membuat rumusan yang kita tidak lagi romantis walhal keperibadian kami masih sama ketika anda mula-mula jatuh cinta dahulu.

Selain itu, pengaruh Seth juga boleh memberi impak kepada layanan anda terhadap kami. Yelah orang lelaki ni sentiasa horny 23 jam sehari. Sejam yang tak horny tu pun mungkin sebab kami tengah tengok bola ataupun main game. So balik kerja ingatkan nak bersenggama dengan isteri tetapi isteri duduk di hadapan televisyen tak mahu berganjak. Kita pakai kostum menggoda macam kostum Batman sambil panggil 'sayanggggg' dengan nada lembut pun mereka tepis begitu sahaja. Orang lelaki ni kalau dia tak horny, dia hungry. So bila matlamat pertama tak tercapai kita mahu mengisi perutlah pula. Tapi bukak tudung saji tengok ada mangkuk malam tadi tak basuh lagi. Pergi dapur cari nasik pun hampa apabila melihat beras masih berada di dalam pot. Apa ini? Adalah menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk memasak masakan Melayu seperti Ayam Masak Lemak Cili Api ataupun Kangkang Goreng Belacan. Kami tak mahu makan kapkek Red Velvet itu bukan masakan. Kami tak mahu makan di luar pada setiap hari Isnin sehingga Khamis.

Produktiviti

Tadi aku ada tanya kawan aku Shadatul Shima binti Ibrahim di Twitter, bagaimanakah Seth Tan mempengaruhi hidup anda? Dia jawab biasa tapi aku ezajeritkan sikit, "OHH EMM JIIII. SETHHHHH WAWAWIWAAAA. AKU DATANG KERJA AWAL SEBAB AKU NAK BALIK AWALLL NAK TENGOK SETHHH. OHH TUHANKUUUUU!". Satu benda yang positif di sebalik keobsesan gadis-gadis terhadap Seth adalah, produktiviti di tempat kerja akan meningkat dengan kadar yang luar biasa. Mereka tidak akan membazirkan masa walaupun satu minit dengan pergi membuat perkara-perkara yang melalaikan seperti mengumpat mahupun membaca blog ijaicool selagi kerja belum siap. Kalau kerja habis pukul 6 petang, mereka akan pastikan by 4.30 dia dah siap semua tugasan. Walaupun tak boleh balik awal, at least mereka dapat membuat persiapan secara mental dengan membaca dan menghafal skrip episod terdahulu agar dapat dibincangkan bersama kawan-kawan kelab Nora Elena yang lain.

Tepat pukul 6 zaassss gadis-gadis akan mencabut kasut tumit tinggi dan berlari-lari sejauh 500 meter untuk ke tempat parking. See, itu boleh kira produktif juga sebab semangat Seth Tan telah merasuk kita untuk melakukan senaman secara tidak sengaja. Keluar peluh at least turunla berat badan sebanyak 200 gram. Kalau buat secara konsisten sehingga tamat siri Nora Elena, dah boleh kembali ke bentuk badan macam kerengga yang anda idamkan. Tapi jangan sampai terlalu ghairah asyik fikir Seth dalam kepala ketika memandu kereta sehingga tak sedar palang tol dah ketuk kereta kita. *COUGH*.

Kehidupan sosial

Seth Tan juga dapat mempengaruhi kehidupan sosial gadis-gadis. Mereka akan lebih banyak berkumpul bersama, mengadakan gathering di surau, berhubung melalui Skype, semuanya untuk bercerita tentang keagungan Seth. Besides, orang kesedaran orang wanita terhadap appresiasi sosial memang tinggi. Mereka tak mahu dituduh kolot ataupun ketinggalan zaman kalau tak kenal siapa itu Seth. Apa yang aku perhatikan di laman web sosial khususnya, tepat pada pukul 7pm kita akan dapat melihat status-status keterujaan mereka seperti "OHH ABANG SETH KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU" ataupun sekadar bunyi dengusan "HNGHHHHH" yang menggambarkan mereka sedang berovulasi. Mereka juga akan bernaung di bawah satu payung, di bawah satu bumbung menjadikan mereka satu armada yang formidable. Beranilah kalian kutuk-kutuk siri Nora Elena ataupun membuat entri parodi mengeji Seth, pasti mereka akan menyerang anda bertubi-tubi tanpa berfikir panjang. Orang perempuan kan short fuse sikit. Hehe.

Secara positifnya, mereka kini mula membaca. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Majalah Anjung Seri, gadis-gadis ni tak banyak membaca melainkan membaca gosip liar artis di Oh Bulan. Tetapi setelah mengetahui yang siri Nora Elena ini diadaptasikan daripada novel, mereka pun sibuk membeli novel-novel cinta mahal pun tak apa. Baca novel cinta ni bagus tau dapat menguatkan tatabahasa anda serta menambah kosa kata bahasa Melayu kita.

Poin-poin di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan pengaruh Seth Tan di dalam kehidupan seorang wanita. Kami sebagai orang lelaki hanya mampu merayu agar anda tidak terlalu obses sehingga mempengaruhi kehidupan kita yang selama ini bahagia sebelum kehadian seorang jejaka yang bernama Seth Tan.

Tuesday, June 7, 2011

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Nora Elena


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh TV3 dalam mesyuarat mingguan mereka, siri televisyen yang mendapat sambutan paling hangat ketika ini adalah siri Nora Elena yang ditayangkan di slot Akasia. Nora Elena merupakan adaptasi daripada novel Kasih Yang Suci hasil penulisan Meen Zulaikha terbitan Karangkraf. Sana sini di alam maya mahupun di alam realiti, semua orang sibuk memperkatakan tentang Nora Elena tak kiralah daripada golongan remaja baru akil baligh, makcik-makcik surirumah, mahupun jurutera awam yang bernama Fandi. Mereka bukan sekadar minat terhadap siri tersebut, mereka sebenarnya sudah masuk ke tahap obses. Di sini saya ingin berkongi tanda-tanda anda ketagihan siri Nora Elena. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda kini balik rumah daripada pejabat tepat pada masanya. Tidak akan berfoya-foya selepas kerja, tidak akan berlengah-lengah walaupun satu minit. By 6.30 mesti dah sampai rumah agar tidak terlepas lagu tema Nora Elena. Kawan-kawan sekerja ajak makan bersama pun kita sudah tidak hiraukan lagi. Kerja banyak tak siap pun usah haraplah hendak buat OT. Yang penting kita tak miss satu episod pun.

2) Sambil menonton Nora Elena, anda akan membuat ulasan secara langsung melalui Twitter, Fesbuk mahupun SMS CHAT kat Astro tu. Anda tidak boleh sekadar tengok diam-diam, anda mesti mahu berkongsi perasaan anda ketika menonton Nora Elena. Bagi mereka yang tidak menonton Nora Elena, jika anda nampak status-status di laman web sosial seperti "OMGGGGG SWEETTT GILA BARBIEEEEEEE" ataupun "OHHH PELUKLAH DAKU DI DALAM RANGKULAN HANGATMUUU", itu bermakna mereka sedang menonton Nora Elena.

3) Walaupun anda sudah tengok episod terbaru di slot Akasia di TV3, anda sanggup membazirkan bandwidth untuk memuat turun episod yang telah ditayangkan dari Mediafire untuk dijadikan koleksi. Nak lagi fanatik siap burn ke DVD dan guna aplikasi Nero untuk merekacipta cover DVD itu.

4) Anda menukar gambar profile anda di Fesbuk kepada gambar Aaron Aziz. Anda langsung tidak peduli rakan-rakan anda menggelar anda jantan dayus kerana anda merasakan Aaron Aziz merupakan jantan yang paling kool untuk dijadikan idola pada masa ini. Dahla hensem, badan ketak-ketak pula tu. Yang gadis-gadis pula of course akan tukar daripada gambar di tandas mereka kepada gambar Siti Saleha yang comel. Oh come on gambar Nur Amina is soooo last week.

5) Anda mula mengungkapkan bait-bait cinta diluar norma kehidupan yang diplagiat daripada Seth Tan untuk memikat gadis-gadis seperti "...pengorbanan ini akan membawa cinta yg indah seperti pelangi di langit" ataupun "Hakikatnya, aku suami dan kau isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..". Memang bajet romantis ah.

6) Anda lancar sahaja menyanyikan lagu Dan Bila Esok dendangan Sofaz, lebih lancar daripada membaca doa Qunut. Nada dering anda ditukar kepada lagu 'Terhenti Di Sini' dendangan Asfan. Mereka yang pakai Nokia 3310 pun taknak kalah siap beli buku ringtone lepas tu taip sendiri ringtone secara manual dengan tabah walaupun hanya monotone.

7) Anda buat-buat tak dengar bunyi azan Maghrib yang dilaungkan kerana tidak mahu miss satu part pun cerita itu. Selepas tamat sahaja lagu penutup anda terus buat-buat terkejut dan menyesal. EH DAH PUKUL 8? Astaghfirullahalazim aku belum solat Maghrib lagi ni.

8) Anda 'Like' semua page yang berkaitan dengan Nora Elena seperti 'Pencarian Lelaki Sweet Seperti Seth Tan', 'Aaron Aziz bukan adik Subadron Aziz', 'Kami mahu Erry Putra Pindah Ke Putrajaya' serta 'SETH TAN LAH BUKAN SETAN'.

9) Anda sudah merancang untuk menamakan anak perempuan anda sebagai Nora Elena. Fenomena menamakan anak berdasarkan nama watak di televisyen ini memang popular di kalangan masyarakat melayu. Contohnya Durrah (Ahmad Durrah), Dania (Awan Dania), Adam dan Dani (Adamaya) mahupun Syahdan jika mereka menonton drama persilatan popular Hati Waja.

10) Anda berasa marah jika ada orang mempermainkan keperibadian Seth apatah lagi jika mereka membuat entri parodi Nora Elena.

Jika anda memiliki salah satu daripada simptom di atas, anda memang merupakan peminat fanatik Nora Elena. Secara jujurnya, saya tidak pernah menonton satu episod Nora Elena pun di atas faktor waktu bekerja yang tidak menentu. Secara jujurnya juga, saya terasa ingin juga untuk menonton agar dapat kembali diterima masyarakat umum kerana apabila keluar pergi makan dengan kawan-kawan, semua orang dok cerita pasal Nora Elena tetapi saya hanya duduk di sudut-sudut yang gelap bermain telefon bimbit...damn you Seth Tan.

Monday, June 6, 2011

Wordless Monday?



Sepatutnya entri ini dipaparkan pada hari Rabu bagi menyertai permainan Wordless Wednesday, saya sudah tidak sabar untuk riak dan takbur. Lagipun entri wordless sebegini sepatutnya tidak memaparkan apa-apa 'word' kerana gambar yang dipaparkan sudah cukup untuk menjelaskan apa yang ingin disampaikan. Bagi saya, apa yang saya ingin sampaikan di dalam gambar di atas adalah kegembiraan dan keeksyenan dapat membeli tiket Jelajah Asia Liverpool di mana pasukan bolasepak kegemaran saya Liverpool akan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai nanti.

Harus dinyatakan di sini tiket hanya akan dijual kepada masyarakat umum pada 10 Jun nanti. Jika tiket hanya akan dijual pada 10 Jun, bagaimanakah saya dapat memiliki tiket di atas? SIAP DENGAN TRAINING PASS PULA TU? Di sinilah kelebihannya jika kita menyertai skim perbankan Islam Standard Chartered. Sebagai penaja Liverpool, pelanggan bank Standard Chartered diberi kelebihan untuk membeli tiket dengan lebih awal dan mendapat pas terhad untuk melihat pasukan Liverpool berlatih pada 14 Julai nanti.

Ok fine aku sebenarnya tiada akaun kad kredit mahupun debit Standard Chartered. Aku sudah hampir berputus asa dengan kebarangkalian untuk mendapat training pass semakin tipis jika tidak beli tiket awal-awal. Namun begitu rezeki boleh datang dari pelbagai sumber. Aku tiba-tiba disapa oleh seorang lelaki asing yang bernama Mohd Khairizal di Twitter. Kita ikuti perbualan yang dilakonkan semula ini:

@MohdKhairizal: Eh bro kau pakai pencuci muka apa aa? Nampak berseri-seri dowh muka kau.

@ijaicool: Aku ambil wudhu 5x sehari. Tapi kadang2 aku ambil 3x sehari, kadang2 tak ambil langsung sebab aku manusia biasa mudah alpa.

@MohdKhairizal: Oh patutlah nampak cahaya keimanan dan kehenseman. Hoi aku esok start kerja bank Standard Chartered. Kau nak tiket Liverpool?

@ijaicool: OH EM JI MESTILAH AKU NAK.

Begitulah dialog REKAAN antara aku dan Khairizal. Mula-mula aku agak skeptikal juga takut kena tipu mana tau dia nak mengambil kesempatan di atas orang yang terdesak seperti aku. Tak pun sebenarnya nak ajak aku join MLM. So semalam aku pun pergilah FTF dengan Adinda...eh Kekanda Khairizal di rumah dia dekat Giant Seri Kembangan. Dalam kereta aku dah sediakan perengkoh paip sebagai gajet mempertahankan diri manalah tahu dia nak lakukan perkara yang tak senonoh terhadap aku. Tapi nasib baik dia peniaga yang jujur menjual tiket yang halal. Yelah dulu tak halal sebab penaja Kasbeg. Eh. Maka terima kasih Mohd Khairizal kerana menawarkan tiket walaupun kita saling tidak mengenali. Anyway jika kalian mahukan tiket Liverpool menentang Malaysia dengan lebih awal, silalah login ke Jobstreet dan mohonlah jawatan di Standard Chartered. By the way tiket dan training pass lagi dua tu sebenarnya milik rakan aku Anas dan Muaz, tetapi aku rela mengorbankan persahabatan jika kalian menawarkan wang dengan nilai riba yang tinggi untuk merampas tiket tersebut. Heheh.

Sesungguhnya saya berasa amat gembira kerana dapat berjumpa dengan Anfield Heroes sekalian. Tak kisahlah kalau mereka setakat hantar Jay Spearing dan John Flanagan sekalipun. So who's going? Kita jumpa di sana ya. Anda tidak akan berjalan berseorangan.

Saturday, June 4, 2011

I'm Learning To Walk Again...

Hai apa khabar semua? Dewasa kini, memiliki blog adalah perkara yang lazim. Yang masih bersekolah pun ada blog juga. Kadang-kadang cerita pasal kerja sekolah yang susah dan kadang-kadang membuat pendedahan bangga yang dia sudah kehilangan dara walaupun baru berumur 14 tahun. Eh. Namun begitu, serajin mana pun anda mengemaskini blog anda, faktor utama yang mempengaruhi kekerapan anda untuk mengemaskini blog adalah idea. So tiada idea, tak update blog lah? Well bagi saya, kualiti lebih penting daripada kuantiti. Namun begitu apabila mindset untuk mengekalkan bilangan pengunjung hasil daripada kekerapan mengemaskini blog telah dibentuk, kita akan memaksa diri ini update juga walaupun kita sendiri tidak berpuas hati dengan apa yang kita tulis. Bagaimanakah untuk mengetahui seseorang itu sedang tiada idea untuk mengemaskini blog? Sila ikuti contoh di bawah.

1) Memulakan entri dengan ayat "Huii takde idea lah nak update" disusuli dengan karangan yang membosankan sebab dia nak jugak update seperti 'Saya pergi ke kedai untuk membeli Dynamo' (lepas tu upload gambar Dynamo yang dibeli). Lepas tu nak selit juga elemen komedi dia cakapla dia terjatuh longkang ke jerawat dia pecah ke.

2) Menulis lirik lagu popular masa kini sambil mengepilkan klip videonya dari Youtube.

3) Menjawab tag walaupun tiada siapa yang mengetag dirinya. Lepas tu dah buat tag kenala tag orang kan? Tapi dia simply letak "Siapa-siapa nak buat tag ini silakan, saya tak paksa'

4) Copy and paste emel yang diforward seperti Senarai Orang Terkaya di Malaysia ataupun Cara-cara Hendak Beristinjak.

5) Letak sekeping gambar besar, tak kisahla gambar apa pun. Beg tangan Jurulatih ke Buaya ke, kasut tumit tinggi 6 inci ke tak pun gambar printer.Lepas tu on caps lock, 'I WANT!!'.

6) Membuat update bertaraf Twitter di blog seperti 'Ha ha ha I suka stalk ijaicool because he's awesome!'. "Okla tu update sebaris pun, asalkan para pembaca aku puas yang aku update", bisik mereka di dalam hati untuk membuat diri rasa lebih baik.

7) Tak update blog.

8) Recycle content lama untuk dijadikan entri baru. Eh?

Apa yang aku tulis ni sebenarnya tiada kena mengena pun dengan tajuk utama yang ingin aku kupas. But still, today I'm gonna do number 2, but I am going to do it properly. Gonna do number 2....haha. Ayuh teruskan membaca.

The great thing about Twitter is, anda boleh mengetahui sesuatu perkara dengan pantas tak kiralah benda yang betul ataupun benda yang was-was. And the best thing that happened on Twitter yesterday was when Foo Fighters tweeted the world premiere of their latest video, Walk. Harus dinyatakan di sini yang Foo Fighters merupakan kugiran Internasional yang paling minati di alam semesta ini, maka untuk melihat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan mereka memang mengghairahkan aku. Walk adalah single kedua selepas 'Rope' daripada album terbaru Foo Fighters, Wasting Light. Bagi aku, Wasting Light pula merupakan album terbaik yang dirilis sejak album The Colors and The Shape pada tahun 1997 dahulu.

Berbalik kepada Walk, ada kemungkinan anda yang tidak melayan Foo Fighters pun pernah mendengar lagu ini. Jika anda melihat filem Thor, semasa scene di dalam bar, anda mungkin mendengar lagu ini dimainkan di latar belakang. Ketika kredit ini dimainkan pun lagu ini dimainkan penuh sehingga hampir mengalir air mazi aku di dalam wayang tempoh hari akibat keghairahan mendengar lagu kugiran kegemaran. Lagu ini memang hebat. Riff intro dia jika dihayati memang dapat menenangkan jiwa umpama kita pergi bertapa. Chorus pertama masih tenang lagi, tetapi kita sudah boleh mendengar bunyi pedal bass drum Taylor, sebelum disusuli dengan running bassline daripada Nate dan distortion keras 3 gitar. 3 gitar?? Ya, Pat Smear telah kembali menyertai Foos. Bahagian yang paling agung sekali dalam lagu ini adalah pada bridgenya. Vokal jeritan yang tegas dan konsisten daripada Dave Grohl dengan bunyi gitar yang padat benar-benar menunjukkan kekuatan lagu ini.


Bagaimana dengan klip videonya pula? Foo Fighters memang terkenal dengan reputasi mereka yang gemar menghasilkan klip video berkualiti tinggi dan bukan sekadar tangkap muat jalan-jalan main gitar di tepi pantai. Konsep lucu diterapkan di dalam klip video Big Me (iklan Mentos) dan Learn To Fly (aksi dalam kapal terbang). Mood yang sama digunakan dalam klip video Walk ini. Yang menjadikan klip video ini benar-benar menarik adalah bagaimana mereka membuat parodi kepada filem Falling Down lakonan Michael Douglas, cuma dinterpretasikan dalam bentuk yang menggelikan hati. Alah cakap banyak pun tak guna ayuh kita lihat kekoolan lagu dan klip video ini.



Best kan lagu ini? Hihi.

Wednesday, June 1, 2011

May Movies!

Musim panas telah tiba! Ini bermakna kita dapat melihat filem-filem penuh aksi penuh letupan penuh drama dan mungkin sikit-sikit aksi ciuman dalam filem blockbuster musim panas dari Amerika. Hobi saya adalah menonton filem terbaru di pawagam, maka saya memang eksaited untuk melihat filem-filem yang bakal ditayangkan. Oleh itu mari kita membaca ulasan filem separa professional yang ditonton pada bulan Mei yang bebas daripada spoiler ini.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Thor

Ulasan ringkas: Pada zaman Jahiliyyah, Odin Sultan kepada kerajaan Asgard telah bertempur dengan pembekal ais terbesar pada zaman itu iaitu Frost Giants. Tentera Odin telah menewaskan Frost Giants dan merampas weapons of mass destruction mereka. Selepas itu, anak sulung Odin yang sudah akil baligh Thor kini bersedia untuk mewarisi takhta, tetapi upacara pertabalan diganggu oleh Frost Giants pula. Thor ni biasalah masih muda dahagakan darah dan pertempuran pergi hambat pulak Frost Giants tu. Oleh kerana Thor ni derhaka taknak dengar cakap orang tua dia pun dihumban ke bumi dan gandin getahnya Mjolnir disita. Hendak dipendekkan cerita, Adik Thor yang muka sebijik macam Jared Leto tu pun merampas kuasa. Kisah seterusnya yang aku malas nak kupas adalah bagaimana Thor survive di bumi bersama Natalie Portman sebelum cuba kembali untuk mendapatkan kuasanya.


Kekuatan cerita Thor terletak pada jalan cerita. Mula-mula agak skeptikal juga nak tengok bagaimana mereka hendak mengadaptasikan komik Thor ke filem yang nyata. Yelah ini first time watak hero Marvel bukan manusia ada kuasa sihir pulak tu. Kalau watak tak digarap dengan betul mesti buruk jadinya. Chris Hemsworth memang membuat gadis-gadis terkeluar air liur dengan tubuh sasanya. CGI dekat Asgard memang top notch, tetapi story arc di bumi lebih menarik perhatian. Unsur lawak turut diselit ketika Thor yang sudah hilang kuasanya itu masih berlagak seperti anak raja. Anyway masa scene dalam bar serta masa kredit, kalian pasti ada dengar satu lagu yang awesome bukan? Itu adalah lagu daripada album Foo Fighters yang terbaru iaitu Walk. Sila muat turun plis. Kalian yang tidak bersabar pasti akan terlepas extra scene selepas kredit juga bukan? Watak Thor, bersama Iron Man, Black Widow, Hulk dan satu lagi filem filem superhero yang belum ditayangkan Captain America akan bergabung menjadi filem superhero terhebat sepanjang zaman The Avengers. So extra scene itu mungkin menggambarkan Loki menjadi supervillain kelak dalam Avengers.

Ratings: $$$$

Fast 5

Ulasan ringkas: Semasa penghujung cerita Fast 4, kita dapat lihat O'Conner dan adik Dom cuba untuk membebaskan Dom yang sedang dalam perjalanan ke penjara. Fast 5 bermula dengan scene yang sama. Selepas menyelamatkan Dom, mereka melarikan diri ke Rio. Oleh kerana kesempitan wang mereka terpaksa melibatkan diri dalam jenayah curi kereta di keretapi tetapi kisah menjadi kompleks apabila kereta yang mereka ingin curi itu adalah kereta yang disita kerajaan. Mereka dapatlah curi satu GT40 milik watak jahat dalam filem itu dan kini mereka turut diburu oleh The Rock seorang polis yang tak hensem sebab ada goatee. Dom dan O'Conner membuat keputusan untuk membuat perkara jahat buat kali terakhir sebelum bertaubat nasuha setelah mengetahui cip yang ditemui di dalam kereta itu bernilai 100 juta. Mereka pun mengumpulkan kawan-kawan stereotype lama mereka seperti watak kulit hitam sebagai sumber jenaka, watak gadis hangat sebagai pencuci mata, serta watak orang asia untuk taknak bagi nampak rasis.

Kita dapat lihat Fast 5 sudah tidak berkisarkan tentang perlumbaan kereta semata-mata di mana mereka nak mengubah francais ini menjadi menjadi filem heist Ocean's Eleven versi kenderaan. Kehadiran The Rock merupakan strategi yang baik di mana watak berototnya memberi saingan sihat kepada Dom. Kalau anda bersabar menunggu sehingga tamat kredit, kita boleh lihat extra scene di mana bekas teman wanita Dom yang berlakon dalam Lost tu masih hidup, dan wataknya mungkin dibentuk menjadi plot utama dalam Fast 6 nanti. Apa ada lagii?

Ratings: $$$ 1/2

Something Borrowed

Ulasan ringkas: Filem ini merupakan filem komedi romantik yang diadaptasikan daripada sebuah buku dengan tajuk yang sama. Rachel, watak utama dalam cerita He's Just Not That Into You telah meneguk alkohol dan membuat pengakuan yang dia ada crush dengan tunang teman baiknya Darcy sehingga berakhir dengan penzinaan.

Ok dari situ pun kita dah boleh lihat bagaimana plot filem ini berkembang. Masing-masing cuba menyembunyikan perasaan. Mula-mula cuba berpisah buat-buat tak kisah tetapi tidak berjaya. Tapi Kate Hudson memang hebat memainkan watak self centered blonde bimbo tanpa menyedari kecurangan tunangnya. Moralnya di sini gadis-gadis, kalau ada crush kat lelaki tu baik luahkan awal-awal biarlah direjek pun asalkan tak mengganggu kebahagiaan rumahtangga orang. Eh pendeknya ulasan filem ini nampak sangat aku dah malas. Memang klise tetapi kalau tengok dengan gadis oklah sebab ada banyak jejaka kacak.

Ratings: $$ 1/2

Pirates of The Carribean: On Stranger Tides

Ulasan ringkas: WOOHOOO tiada Orlando Bloom! Filem ini bermula dengan Kapten Jack pergi ke London setelah mendengar khabar ada orang menyamar menjadi dirinya mengumpulkan anak kapal untuk belayar ke 'Air Mancur dari Pemuda' (Google Translate Fountain of Youth). Rupa-rupanya si penyamar ini adalah bekas teman wanita Jack iaitu Angelica yang juga merupakan anak kepada lanun bermasalah Blackbeard. Dalam masa yang sama kita dapat lihat Kapten Barbossa kini telah berkhidmat dengan kerajaan setelah Black Pearl dan kakinya hilang sebelah. So mereka semua pergi menuju ke telaga yang sama. Ada syarat sebelum boleh nak minum air dari telaga, kena ada air mata duyung dan cawan perak Arcopal. Macam nak pergi meminang Puteri Gunung Ledang pulak. Tapi mermaid dia semua cun nak arwah pasti semua orang rela mati dalam rangkulan hangat mereka. Astrid Berges-Frisbey memang comel kau pasti tak kisah mermaid tu nak makan kau semasa mereka nak mengawan.


Jika filem ini ditonton tanpa menonton 3 filem sebelumnya, kita mungkin akan kurang rasa appreciation sebab tidak dapat menghayati karekter-karekter asal. Mungkin kerana mereka sudah ada established fan base dan direction filem ini pun kita dapat lihat lebih berminat untuk memuaskan hati peminat sedia ada seperti aku. Eh pandai-pandai je aku.

Ratings: $$$ 1/2

Movie of the month adalah Thor. Mungkin kalian akan kata Nur Kasih tetapi aku tak tengok Nur Kasih kerana aku tak pernah tengok siri televisyen dia. Tapi haritu aku tengok semua orang keluar daripada panggung Nur Kasih semuanya menangis teresak-esak termasuklah yang jantan pun turut mengalir air mata. Wahh hebat penangan cerita itu. Oh movie yang aku ingin sangat nak tonton pada bulan Jun adalah X-Men: First Class. How about uols?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...